ROSLI BIN PITRI PISMP PENDIDIKAN MUZIK SEMESTER 2 SAJAK HARI GURU 2017
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”
Juang Tiada Noktahnya
Ombak duduk simpul damai, Pasir merangkak penuh pengamatan, Saat pena mu terus menulis mukaddimah, Hujung tintamu tiada ukurnya.
Titis embun meratapi hening pagi kelembapan, Kau mula menyusun jejak ke pentas itu, Anak-anak nantikan hadirmu, Penuh ghairahnya pada curahan mu.
Guruh berdentum dek tangisan hujan yang mengalir, Panas terik kau turutkan juga. Kerna saat itu, Amanah kau pikul seangkatnya, Pintaan itu terus kau junjung, Demi warisan bangsamu.
Gelagat tercetus satu persatu, Namun, Rima merdu berlagu tanpa rintihnya, Alunan indah terus kau iramakan.
Kerana guru bukanlah jawatan semata, Taatkala kau perjuangkan nasib bangsamu, Sampai penghujungmu selamanya.
Rosli Pitri, IPGKTAA 2017