RUMUSAN KARANGAN CONTOH SATU JAWAPAN SATU
CONTOH DUA JAWAPAN DUA
Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama , malah semakin menjadi amalan biasa. Apa – apa pun amalan biasa terutama yang buruk , seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras . Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa , akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia . Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini . Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa , kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan , terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat . Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis – habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju . Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini . Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati dengannya , maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula . Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan . Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis kepercayaan . Oleh itu , semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini , rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang – undang . Martabat atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku baik seseorang . Sehubungan itu , dalam memerangi gejala ini , semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan . Jika kita sepakat melakukannya , tiada sebab kita akan gagal .
( 30 m ) (Diubahsuaikan daripada Minda Pengarang Berita Harian 15 Februari 1997 )
Contoh 1 merumuskan karangan - JAWAPAN Pendahuluan 1.Petikan membincangkan implikasi/kesan – kesan amalan rasuah di negara ini dan usaha – usaha untuk membendungnya. (2M) 2. Petikan membincangkan implikasi/kesan – kesan amalan rasuah di negara ini . (1M)
Isi tersurat 1. Rasuah menjejaskan system pentadbiran sesebuah negara ( 2 M ) 2. Menggugat kestabilan sosial
(2M)
3. Menjejaskan keyakinan masyarakat terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan dan birokrasi negara . ( 2 M ) 4. Seseorang sanggup menjual prinsip dan maruah ( 2 M ) 5.Pengamal rasuah akan bertindak di luar peraturan yang ditetapkan ( 2 M ) 6. Akan ditimpa krisis kepercayaan ( 2 M )
Isi tersirat 1. Pentadbiran negara akan menjadi lemah ( 2 M ) 2. Hubungan sosial antara anggota masyarakat menjadi renggang ( 2 M ) 3. Keadilan sistem perundangan dan birokrasi akan dipersoalkan oleh masyarakat ( 2M ) 4. Amalan rasuah boleh menghancurkan masa depan masyarakat .( 2 M )
Kesimpulan
Amalan rasuah perlu dibanteras agar gejala buruk tidak berleluasa. ( 2 M )
Contoh 2 Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari menular di negara kita . Harta benda awam telah dirosakkan sewenang – wenangnya . Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi . Pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta – juta ringgit untuk memperbaiki kemudahan awam yang telah dirosakkan oleh individu yang tidak mempunyai “ perasaan memiliki “ setiap kemudahan yang disediakan . Banyak perkara yang dapat dilakukan oleh masyarakat untuk membanteras vandalisme daripada terus menerus berleluasa . Pendidikan merupakan tunjang atau paksi utama yang dapat mengubat penyakit sosial ini . Di peringkat sekolah , pendidikan diharap mampu mencambahkan kesedaran cinta terhadap harta benda awam . Di samping itu, masyarakat setempat pula perlu prihatin dan berasa terpanggil untuk mengambil tindakan tanpa perlu mengharapkan pihak berkuasa membuat tangkapan . Dalam hal ini , Jawatankuasa Perumahan yang berkenaan perlu bergabung tenaga untuk membuat kawal selia di kawasan masing – masing . Kepada pesalah – pesalah vandalisme pula , hukuman yang lebih berat perlu dikenakan sebagai suatu jalan pencegahan yang paling baik . Ada cadangan daripada pihak masyarakat yang mahu supaya para pesalah didenda melakukan kerja pembersihan di kawasan – kawasan awam , seperti membersihkan tandas dan sebagainya. Denda ini adalah sebagai pengajaran kepada individu lain agar menjauhkan diri daripada perbuatan vandalisme . Kita boleh juga mengambil contoh dari negara Singapura yang menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah vandalisme . Selain itu, langkah bersama yang boleh diambil adalah mengadakan program tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensi seperti Polis Diraja Malaysia , Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ). Di ibu negara , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan . Kerana menyedari hakikat bahawa pelajar merupakan aset penting dan generasi wawasan yang akan menerajui negara pada masa hadapan , maka Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini . Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan “ Harta Benda Awam Milikku – Milikmu “ . Pertandingan seperti ini penting untuk menanamkan sifat bertanggungjawab dan menyemaikan perasaan sayang terhadap harta benda awam .
( 30 markah )
Merumuskan karangan - Jawapan Contoh 2 -
pendahuluan 1 . petikan tersebut membincangkan langkah – langkah mengatasi masalah vandalisme di negara kita dan akibat – akibatnya / kesan – kesannya.( 2 M ) 2. Petikan tersebut membincangkan langkah – langkah mengatasi masalah vandalisme di negara kita ( 1 M )
Isi – isi tersurat 1. Pihak sekolah perlu menanamkan perasaan cinta terhadap harta benda awam di kalangan pelajar ( 2 M ) 2. Masyarakat setempat perlu prihatin dan berasa terpanggil untuk membuat tindakan tanpa mengharapkan pihak berkuasa ( 2 M ) 3. Pesalah vandalisme perlu dikenakan denda dan hukuman yang lebih berat ( 2 M) 4. Mengadakan program tindakan bersama yang melibatkan pelbagai pihak ( 2 M ) 5. Penubuhan jawatankuasa Antivandalisme oleh DBKL bersama dengan jabatan dan agensi lain .( 2 M ) 6. Kementerian Pendidikan telah menganjurkan pertandingan – pertandingan yang menyemaikan sifat bertanggungjawab terhadap harta benda awam di kalangan pelajar .( 2 M )
Isi – isi tersirat 1. Dapat melahirkan generasi yang bertanggungjawab terhadap harta benda awam (2M) 2. Orang ramai takut untuk melakukan vandalisme ( 2 M )
3. Imej negara akan terjejas di mata dunia ( 2 M ) 4. Industri pelancongan akan merosot ( 2 M ) 5. Negara terpaksa mengalami kerugian kerana membaik pulih kerosakan ( 2 M ) 6. Gejala vandalisme dapat dikurangkan .( 2 M )
Kesimpulan Semua pihak hendaklah bekerjasama mengatasi masalah vandalisme agar masalah ini dapat dikurangkan .( 2 M )