Rasuah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rasuah as PDF for free.

More details

  • Words: 335
  • Pages: 2
Rasuah Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: •

Meminta/Menerima Rasuah



Menawar/Memberi Rasuah



Membuat Tuntutan Palsu



Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.

[sunting] Indeks Persepsi Rasuah Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka oleh Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar rasuah di peringkat sejagat. Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah: •

Haiti



Bangladesh



Nigeria



Myanmar



Chad



Paraguay



Azerbaijan

Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata yang sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Malaysia terletak di bahagian yang lebih tinggi iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi ialah Singapura dengan 9.3.

[sunting] Politik wang Rencana utama: Politik wang Politik wang ialah istilah rasuah bagi perlakuan mengunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.

Secara mudah adalah wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan seperti kain pelikat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang.

[sunting] Lihat juga •

Korupsi



Etika

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Rasuah" Kategori: Jenayah korporat | Rasuah

Related Documents

Rasuah
June 2020 20
Rasuah
June 2020 15
Rasuah
June 2020 20
Gejala Rasuah
June 2020 35
Rasuah Ha...
December 2019 18
Contoh Rasuah
June 2020 14