Rumusan Kuantan yang juga merupakan ibu negeri Pahang Darul Makmur merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun.Kawasan yang indah serta tempat tempat yang menarik telah menjadikan Kuantan sebagai salah satu sumber bagi eko pelancongan di Malaysia. Ciri unik kawasan Kuantan,pembangunan yang makin pesat,bentuk muka bumi serta persekitaran yang aman lagi harmoni telah mempengaruhi kegiatan manusia dikawasan ini.Saya amat berbangga kerana dapat tinggal di kawasan yang menarik seperti Kuantan.