Rum Us An

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rum Us An as PDF for free.

More details

  • Words: 624
  • Pages: 3
RUMUSAN PENGALAMAN KONFLIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA:SATU SOROTAN OLEH:NURAZUKI YUSUF Umumnya,hubungan etnik merupakan suatu fitrah yang menjadi keperluan bersama.Penulisan ini mengetengahkan sorotan golongan golongan intelektual daripada pelbagai etnik yang mengutarakan pendapat dan kajian berdasarkan pengalaman konflik hubungan etnik di Malaysia.Malaysia merupakan sebuah Negara yang demokrasi di mana setiap rakyat mempunyai hak dan matlamat dalam hidup masing-masing yang jelas dibuktikan melalui ideologi politik yang berbeza. Terdapat beberapa persepsi kedudukan masyarakat Malaysia yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh tertentu seperti Abraham(1977),Lu hon Sun(1989),Taib Abdul Rahman(1979) dan lain-lain.Pandangan yang diberikan termasuklah system penjajahan dan penaklukan telah mencorakkan kehidupan masyarakat yang berbeza.Selain itu,dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan British juga menjadi punca keadaaan ini terjadi.Faktor lain yang turut dikaitkan ialah kewujudan akhbar pelbagai bahasa,kemunculan persatuan pelbagai kaum,isu-isu yang menyentuh sensiviti kaum iaitu bahasa rasmi dan pendidikan serta perbezaaan kebudayaan dan latar belakang sosial antara kaum.Kekuasaan politik serta hak istimewa orang Melayu,parti-parti politik yang mewujudkan jurang antara kaum,berlakunya ketidakseimbangan ekonomi,dan masalah petempatan penduduk juga dikatakan menjadi punca keadaan ini berlaku.Konflik hubungan etnik ini berlaku juga disebabkan pembahagian rakyat kepada bumiputra dan bukan bumiputra yang mewujudkan persaingan,serta adanya perbezaan ideologi politik dalaman setiap kaum. Sebagaimana yang diketahui,peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa berdarah yang menyebabkan negara diisytiharkan darurat dan diperintah oleh Majlis Gerakan Negara(MAGERAN)selama 20 bulan.Terdapat beberapa pandangan yang telah diberikan berhubung peristiwa hitam berikut seperti pandangan daripada Shafie Mohd Salleh(1971),Hoo Lal Lai(1989),Anthony Reid(1969) dan lain-lain. Antara punca-puncanya melibatkan kerenggangan budaya, ekonomi, perkauman, serta sikap kerajaan yang terlalu liberal.Dari aspek politik UMNO terlalu bermurah hati,kerkyatan yang mudah,masyarakat Cina yang sering membuat rusuhan untuk mendapatkan sesuatu serta keistimewaan orang Melayu yang tidak dapat dikecapi oleh semua orang Melayu dan pemimpin UMNO yang lebih tunduk kepada orang

bukan Melayu.Tindakan Singapura yang mempersendakan corak kepimpinan kerajaan Malaysia dan penguasaan ekonomi masyarakat Cina turut mendorong terjadinya peristiwa ini. Peristiwa ini terjadi turut disebabkan isu Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Bahasa Malaysia yang digembur-gemburkan oleh penduduk bukan Melayu, wujudnya persaingan politik,kempen politik yang menimbulkan isu-isu sensitif,serta perasaan tidak puas hati masyarakat Cina terhadap Dasar Ekonomi Baru(DEB).Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa konflik hubungan etnik muncul ekoran kewujudan masalah polarisasi kaum yang ketara,peranan media massa yang menimbulkan perasaan perkauman,kegagalan Kerajaan Perikatan mengatasi politik perkauman dan masalah penerimaan struktur ekonomi sedia ada yang bersifat dualisme. Selain itu,masyarakat Cina dan Melayu gemar budaya menarik sokongan parti melalui pelbagai isu memerosotkan hubungan antara kaum.Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa masyarakat Cina gagal menepati hasrat kerajaan dan kehendak negara bangsa kerana Malaysia mengamalkan akulturasi(pembudayaan) sebagai proses integrasi,mereka sensitif dengan isu pendidikan dan bahasa,serta terdapat kepelbagaian orientasi politik.Kajian menunjukkan sikap etnosentrik memainkan peranan mengurangkan proses integrasi berlaku namun terdapat pendapat yang mengatakan interaksi yang berlaku walaupun sedikit tetap mempengaruhi kadar integrasi.Antara heterogeneous Cina Malaysia ialah kekalkan identifikasi Negara China,peradaban dan politik,realistik , beratkan status sosial,bermain politik dengan bermacam ideologi serta Cina tempatan menerima semua tindakan kerajaan. Segelintir masyarakat Cina bekerja keras untuk memastikan mereka menguasai semua bidang untuk menguasai Malaysia dari orang Melayu yang kurang motivasi.Sebenarnya kaum Melayu mempunyai sikap etnosentrik yang lebih kuat daripada orang Cina.Dahulu,masyarakat Cina tidak bersetuju Perlembagaan Malaysia adalah untuk semua kaum kerana mereka tidak mudah diasimilasikan. Isu keagamaan sebenarnya bukanlah faktor utama yang merenggangkan secara langsung hubungan etnik di Malaysia.Namun begitutidak dinafikan faktor ini merupakan aset penting dalam menilai sejauhmana kekuatan integrasi kaum berlangsung. Kekuatan hubunagan juga turut berlaku sekiranya masyarakat berada

dalam satu akidah misalnya orang Melayu beranggapan sekiranya masuk Islam bermakna masuk Melayu. Konklusinya,faktor-faktor yang diutarakan perlu dinilai sepenuhnya oleh setiap individu msyarakat di Malaysia.Sejarah dan pengalaman lampau perlu dijadikan iktibar generasi kini dan generasi yang akan datang.Perlu diingatkan bahawa faktor keagamaan bukanlah faktor utama yang merenggangkan secara langsung hubungan etnik.Penekanan perlu diberikan terhadap dasar kerajaan kini iaitu membangunkan modal insan,pembentukan Islam Hadari dan pendekatan sistem nilai kerohanian amat perlu direalisasikan bersama oleh setiap warganegara Malaysia.

Related Documents

Rum Us An
December 2019 10
Rum Us An
May 2020 13
Rum Us An
May 2020 5
Rum Us An
May 2020 5
Rum Us An
May 2020 7
Rum Us An
June 2020 6