Rufaqa 6

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rufaqa 6 as PDF for free.

More details

  • Words: 718
  • Pages: 2
SAJAK ASAARI: Rahsia Besar II Indah sekali kedatangan Imamul Mahdi yang ditunggu-tunggu Di waktu itu tapak Islam telah sedia dibangunkan oleh Pemuda Bani Tamim dan orangorangnya Juga wazir-wazirnya telah siap sedia dan sudah pun bertemu satu sama lain Imamul Mahdi ibarat bulan purnama yang terang benderang cahayanya Wazir-wazirnya ibarat bintang-bintang di langit yang memagari bulan purnama Kelebihan wazir-wazir yang batin adalah faktor hati mereka Tapi kelebihan yang lahir masing-masing ada keistimewaannya Sheikh Syamar mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di seluruh Timur Tengah di kalangan puak Badwi Yang akan memberi taat setia kepada Pemuda Bani Tamim Kemudian selepas Daulah, kepada Imamul Mahdi Al Muntazar Sheikh Abdul Nasir pula seorang sekular yang faham ilmu dunia Tahu berbahasa Perancis dan tahu ilmu dunia Dr. Abdul Salam Harras pula pakar ilmu syariat Berpengalaman mengajar dan faham menyusun sistem pendidikan secara moden Sheikh Abdul Qadir pula keistimewaannya adalah pakar ekonomi Seorang tokoh koporat yang kaya dengan perniagaan yang akan membantu ekonomi Daulah nanti Pekerja-pekerjanya pula sangat ramai tenaga mereka bilangannya sekitar 40 ribu orang Sheikh Mahmud Affandi kelebihannya ramai pengikutnyaJuga seorang yang agak kaya, tapi kaya harta Kekayaannya juga boleh menyumbangkan untuk kebangkitan Islam di akhir zaman. Sheikh yang di Iraq kelebihannya adalah ilmu kitab Ia boleh dikatakan seorang yang sangat alim di zamannya Dia juga boleh dijadikan pakar rujuk di dalam soal nas dan dalil Pemuda Bani Tamim yang akan menjadi orang kanan Imamul Mahdi dengan takqir Tuhan banyak juga kelebihannya Dia adalah seorang datang berjuang menegakkan Daulah sebagai Tapak Ummah sedunia Pengikut-pengikutnya dan para simpatinya agak ramai seluruh dunia khususnya di Asia Pengaruhnya diketahui oleh dunia Kelebihannya yang utama yang dianugerahkan Tuhan kepadanya ialah ilmu ilham atau ilmu minda Ilmu mindanyalah yang akan diamalkan di seluruh dunia di masa Imamul Mahdi memerintah dunia Di samping itu kerana dia wazir yang berjuang, Tuhan beri kepada-Nya ilmu strategi Setengah strategi payah hendak dikesan oleh musuh-musuhnya Kerana itulah di dalam dia kena tahan pun perjuangannya masih berjalan Begitulah kurniaan Tuhan yang diberi kepadanya Di sini kita lihat wazir-wazirnya mempunyai berbagai-bagai kepakaran yang berlainan Gabungan kepakaran itulah nanti akan membangun dunia Islam kali kedua Begitulah ilmu yang diberi Tuhan kepada saya untuk perhatian kita semuanya - Asaari Muhammad, 25 Januari 2000 Daripada dua sajak sebelum ini, penulis berjaya mendapat maklumat dan elemen penting tentang �Daulah Islamiah� yang dibayangkan oleh Haji Asaari. Sajak ini tidak pernah didedahkan kepada ahli kerana anggota kabinet �zaman daulah� masih dirahsiakan olehnya. Terdapat beberapa maklumat penting berasaskan dua sajak tersebut; i. Antara tujuan Haji Asaari membuat delegasi dan rombongan ke negara-negara Timur Tengah dan Uzbekistan ialah untuk mencari wazir-wazir (menteri kabinet) yang

didakwa mendapat tahu daripada Rasulullah melalui �yaqazah�. Rombongan ke luar negara menjadi agenda utama al-Arqam ketika era antarabangsa untuk mengaitkan pertubuhannya dengan organisasi Islam yang berpengaruh di negara-negara terbabit. ii. Antara wazir-wazir yang akan menjadi menteri kabinet ketika Imam Mahdi memerintah ialah: 1. Haji Asaari, Malaysia, Pemuda Bani Tamim. 2. Sheikh Syamir; Jordan. Ketua puak Badwi. 3. Sheikh Mahmud Affandi; Turki. Tokoh Korporat. 4. Sheikh Abdul Nasir, Arab Saudi. Sarjana. 5. Dr Abdul Salam Harras, Maghribi. Rektor Universiti Qawariyyun. 6. Sheikh Abdul Qadir, Turki. Sheikh tarekat dan pakar ekonomi. 7. Sheikh Abdul Qahhar, Iraq. (SEDANGKAN SEMUA ULAMA INI TIDAK PERNAH TAHU MEREKA AKAN JADI WAZIR - ASAARI CLIAM DIRI DIA SEKALI) iii. Haji Asaari berpandangan bahawa perjuangannya dibantu Allah apabila strateginya sukar dikesan oleh pihak musuh. Sebagaimana yang dibincangkan dalam beberapa bab sebelum ini, penulis mendapati Haji Asaari sering menukar dan merancang strategi untuk memastikan survival pertubuhan yang dipimpinnya. iv. Haji Asaari menggambarkan dirinya berstatus dan kedudukan yang lebih tinggi berbanding �wazir� yang lain. Ini sekaligus boleh menimbulkan rasa kagum yang kuat terhadap peribadinya apabila perkara ini didedahkan kepada pengikutnya.Haji Asaari melalui wakilnya masih berhubungan dengan wazir-wazir tersebut walaupun dirinya ditahan di bawah Akta Kediaman Terhad. Ini dapat dibuktikan melalui frasa; �Yang bernama Sheikh Abdul Nasir yang telah bertemu saya di pejabat Aeilah di Selayang tiga tahun dahulu� dan �Kerana itulah di dalam dia kena tahan pun perjuangannya masih berjalan�. Rangkaian ini boleh dilihat sebagai satu kesatuan dalam bertindak merealisasikan �Daulah Islamiah� acuan Haji Asaari. Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada ia bersifat keganasan atau tidak, namun ia berkemungkinan menggunakan elemen keganasan bagi mencapai matlamat tersebut. Ini kerana keadaan politik yang tidak stabil akan menjadikan Haji Asaari bertambah minatnya untuk menjadi Perdana Menteri dan bertambah percaya �Daulah Islamiah� semakin hampir.

Related Documents

Rufaqa 6
November 2019 32
Rufaqa
November 2019 25
Rufaqa 2
November 2019 41
Rufaqa 8
November 2019 32
Rufaqa 4
November 2019 30
Rufaqa 7
November 2019 23

More Documents from "zuhadisaarani"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31