RESEPI DONAT GEBU Bahan basah:
1 paket yis 2 sudu susu pekat 1 cawan air suam 2 sudu gula
campurkan bahan ini dan biarkan sehingga kembang
Bahan kering: 4 cawan tepung gandum 2 sudu teh bread softener 2 sudu marjerin 1 sudu teh garam - Ramaskan bahan-bahan kering sehingga menjadi seperti serbuk roti. - Kemudian, campurkan yis tadi dan gaul rata. - Biarkan selama lebih kurang 1 jam. Bekas mestilah ditutup. - Apabila doh telah kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin. - Terap doh dan biarkan kembang. - Selepas itu, bolehlah menggoreng.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN
BAHAN YANG DIPERLUKAN
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT DONAT
Campurkan gula dan susu pekat.
Masukkan air suam dan yis.
Biarkan sehingga kembang.
Satukan tepung dan mentega
Gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan yis yang telah mengembang tadi.
Gaul sehingga sebati.
Biarkan sehingga kembang.
Doh telah pun mengembang.
Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan adunkan.
Uli doh dengan menggunakan sedikit tepung.
Terap doh dan biarkan sehingga kembang.
Doh telah mengembang.
Boleh mula menggoreng.
Toskan donat yang telah digoreng.
Salut donat dengan gula kastor.