Resdung Muka / Rawatan Resdung Tradisional

  • Uploaded by: Nor Firnena
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Resdung Muka / Rawatan Resdung Tradisional as PDF for free.

More details

  • Words: 502
  • Pages: 2
Siapa yang layak membaca ini? Mereka yang tercari-cari mengenai topik ini: 1) Resdung Muka 2) Rawatan Resdung 3) Produk Berkesan Menghilangkan Jerawat dan selebihnya…. Resdung adalah penyebab utama dalam permasalahan jerawat. Selalunya kalau jerawat yang timbul akibat dari kuman resdung, adalah jerawat yang dikategorikan dalam lingkungan: jerawat yang paling degil! So, bagaimana untuk atasinya? Terlebih dahulu, ingin saya beritahu yang saya disini bukan untuk memberitahu dengan panjang lebar bagaimana ianya terjadi. Bukan saya tidak berminat atau tak tahu untuk tulis mengenai subjek itu tetapi, tak ada masa. Di kala saya ada masa ni, eloklah saya tulis mengenai bagaimana untuk menghapuskan jerawat dengan cara menyerang kuman resdung bermatimatian: menggunakan produk yang amat berkesan bagi menangani masalah ini. Banyak produk jerawat atau resdung diluar sana tetapi mengikut pengalaman selama bertahun-tahun, amat sedikit yang mampu memberi sinar harapan kepada pesakit jerawat dan resdung. Anda perlu tahu: Walaupun anda mempunyai suatu produk yang amat berkesan dalam menangani masalah jerawat dan resdung ini, tetapi tanpa tunjuk ajar atau teknik yang betul, nescaya anda akan gagal dalam mencapai hasil memuaskan. Resdung muka contohnya; kalau sudah bertahun dibiarkan membiak disekitaran muka tanpa apa-apa usaha membasminya, sudah tentu mempunyai tapak yang kuat di bawah lapisan kulit muka. Resdung muka adalah sesuatu yang amat merimaskan. Kalau anda nak tahu bagaimana rupa resdung muka, ia adalah sesuatu benda putih yang busuk dibawah lapisan kulit muka. Kalau anda picit kulit muka dan keluar benda-benda putih tu, maka itulah kuman resdung muka yang sedang bermaharajalela. Memang kuman yang merimaskan ini sukar dibuang. Pelbagai pihak tampil ke hadapan menggambarkan diri sebagai pakar dalam menangani masalah ni

(terutamanya bomoh, pawang atau perawat tradisional). Mereka ni selalu menyediakan ayat-ayat power dalam iklan sebagai usaha menarik pelanggan. Tapi mereka ni tak tau; pelanggan yang mencari mahukan sesuatu yang betulbetul dapat selesaikan masalah mereka. Bukan sesuatu yang dibuai oleh ayat-ayat power dan kemudian balik rumah hampa! Siapa yang peduli kepada mereka yang ada masalah resdung dan jerawat ni? Sikit sekali yang betul-betul ikhlas nak tolong. Sampaikan, ada sesetengah pihak yang sanggup menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dalam usaha mempromosi menunjukkan mereka ni pakar. Oleh kerana terlalu banyak pihak sebegini yang membuatkan saya terpanggil untuk memerangi jerawat dan resdung; termasuk pihak yang berselindung disebalik pakaian promosi dalam usaha mencari rezeki! Oleh itu, setakat ini, inilah artikel saya. Saya akan sambung lagi bila ada masa kelak. Saya di sini untuk membantu mereka yang mempunyai permasalahan jerawat dan resdung dengan sebetulnya, sebaiknya dan semampunya. Mana ada manusia sempurna. Walaupun tidak sempurna, tetapi saya sentiasa akan usahakan ke arah itu. Saya pun nak cari rezeki jugak. Tapi cara saya biarlah dapat rezeki besertakan doa dari pembeli yang berpuas hati dengan mutu khidmat saya. Dengan doa mereka, perjalanan saya akan menjadi lebih panjang dan kejayaan akan menjemput-jemput saya. Tengok? Sekarang saya dah mampu buat artikel untuk posting. Dulu, mana ada. Ini menunjukkan saya mendapat sokongan dan doa dari sekalian pelanggan yang pernah mencuba teknik saya. (Dan saya jua mendoakan agar anda berjaya). Cukup setakat ini di waktu ini. Berjumpa lagi di masa akan datang. www.firnena.com

Related Documents


More Documents from "nazril"

Nti
December 2019 56
1. Pendahulua.docx
November 2019 48
Topic
April 2020 39
Speaking Task.docx
May 2020 31