Renungan Jika ada sesiapa pinta cintamu.. Katakan ia untuk Allah. Rindumu untuk Rasulullah, dan kasihmu untuk ibu dan bapamu. Tetapi jika dipinta keikhlasanmu berilah pada yang tahu menghargainya.
"Mintalah guru menghalalkan ilmu, kerana mereka adalah sumber ilmu yang sangat bernilai" Dipetik dari Petua Menghadapi Peperiksaan oleh : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah _______________________________________
Gurindam Jiwa Gurindam Jiwa
(L) Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan (P) Anak cina pasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Jati Di dalam hati tidak ku lupa Sebagai rambut bersimpul mati ( korus ) (L) Batang selasih permainan budak Daun selasih dimakan kuda Bercerai kasih talak tiada Seribu tahun kembali juga (P) Burung merpati terbang seribu Hinggap seekor di tengah laman (L) Hendak mati di hujung kuku Hendak berkubur di tapak tangan (L&P) Kalau tuan mudik ke hulu Carikan saya bunga kemboja Kalau tuan mati dahulu Nantikan saya di pintu syurga