Working Paper

  • Uploaded by: salmah
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Working Paper as PDF for free.

More details

  • Words: 837
  • Pages: 5
KERTAS BENGKEL ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN (E-PENTADBIRAN) _______________________________________________________________

PENGENALAN Perkembangan ICT berlaku dengan cepat dan mempengaruhi banyak bidang kehidupan manusia. Terdapat banyak pengetahuan dan kemahiran ICT yang “berlalu” begitu sahaja tanpa sempat untuk kita kuasai, sama ada yang berkaitan dengan “hardware” atau pun “software”. Internet sebagai sumber maklumat dan saluran

komunikasi

telah

menjadi

aplikasi

utama

dalam

usaha

untuk

memperkasakan bidang pendidikan. Teknologi rangkaian dan multimedia menjadi komponen penting kepada perkembangan Internet. Para pendidik dan pentadbir sekolah perlu meningkat dan mengemaskinikan pengetahuan dan penguasaan mereka dalam bidang-bidang tersebut agar selari dengan perkembangan semasa. Komputer dan Internet telah lama dikenal pasti mempunyai peranan penting dalam bidang pentadbiran dan pengurusan pendidikan selain daripada membantu pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah (Tengku Zawawi, 2000; Tengku Zawawi, 2004a). Pengurusan sekolah secara elektronik (E-Pentadbiran) akan memanfaatkan sepenuhnya keupayaan ICT untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah, khususnya dari segi penyampaian maklumat dan penyediaan bahan sumber. Antara aplikasi penting dalam E-Pentadbiran sekolah adalah, seperti “Online Notice Board”, “E-Mail”, “Documents Repository” dan sebagainya. Melalui E-Pentadbiran, para pentadbir, guru, pelajar dan ibu bapa boleh Bengkel E-Pentadbiran

1

berinteraksi dan berkomunikasi dengan cara yang mudah dan selamat pada bilabila masa dan di mana-mana sahaja. Selain meningkatkan keberkesanan, EPentadbiran juga diyakini dapat menyelesaikan beberapa masalah dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah, seperti masalah perbelanjaan, pengangkutan, bahan sumber dan sebagainya. RASIONAL Perubahan persekitaran pada masa kini memerlukan pemimpin-pemimpin sekolah mempunyai pelbagai kompetensi dalam bidang pengurusan. Selain daripada menguasai pengurusan kurikulum sekolah, pengurusan kewangan, pemimpin-pemimpin sekolah harus menguasai bidang pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Aplikasi dan infrastruktur canggih berasaskan ICT yang terdapat di sekolah pada hari ini menuntut agar para pentadbir dan pendidik mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang setanding. Kecanggihan prasarana sedia ada (seperti Wireless Broadband

dan

E-Learning

sepenuhnya secara

Management

maksimum

dan

System)

optimum,

perlu

khususnya

dimanfaatkan untuk

tujuan

meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran, selain untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial, serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran, berbudaya fikir, pemusatan kepada murid, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif. Dalam Pelan Induk Kementerian Pendidikan Malaysia semua sekolah di Malaysia akan menjadi sekolah bestari menjelang 2010.

Bengkel E-Pentadbiran

2

Implementasi ICT untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah dan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya telah menunjukkan banyak cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani. Sehingga kini penggunaan ICT dalam pengurusan serta proses pengajaran dan pembelajaran masih belum sampai ke tahap yang optimum (IAB, 2005). Malah pemantauan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT, 2006) mendapati bahawa penggunaan peralatan ICT di sekolah-sekolah negeri Terengganu untuk tujuan P&P tidak sampai 20%. Berdasarkan kepada beberapa senario dan pernyataan di atas, maka program peningkatan profesionalisme ICT di kalangan pentadbir dan pendidik amat perlu diadakan dari semasa ke semasa sama ada melalui agensi kerajaan atau pun swasta.

Semoga

amalan

dan

budaya

kerja

berasaskan

ICT

dapat

memartabatkan sistem pendidikan negara bagi melahirkan warga pelajar kelas pertama.

OBJEKTIF Pada akhir bengkel ini, para peserta akan dapat: 1. memahami konsep pengurusan berkesan berbantukan ICT. 2. mengetahui peranan komputer dan Internet

dalam pengurusan dan

pentadbiran sekolah. 3. meningkatkan kompetensi pengurus sekolah dari segi penggunaan aplikasi online. 4. meningkatkan keberkesanan pengurusan maklumat dan keupayaan prasarana ICT di sekolah-sekolah terpilih.

Bengkel E-Pentadbiran

3

KANDUNGAN KURSUS / BENGKEL 1. Penggunaan ICT dalam pendidikan. ♦ Definisi konsep ♦ Peranan ICT ♦ Learning Management System (E-Learning) dan E-Assessment 2. Aplikasi E-Pentadbiran ♦ Definisi konsep ♦ Kelebihan E-Pentadbiran ♦ Aplikasi utama – E-Mail, Online Notice Board, Documents Repository, Help Desk. 3. Internet ♦ Aplikasi Utama ♦ “Browsing and Searching” 4. Penggunaan E-Mail ♦ Create E-Mail Account ( www.losong.com) ♦ Compose, Read & Attachment ♦ File Manager 5. Aktiviti “Self Access” dan “Self Directed”

STRATEGI PELAKSANAAN KURSUS / BENGKEL Penyampaian isi kandungan kursus berdasarkan konsep “learning by doing” yang melibatkan: Bengkel E-Pentadbiran

4

1. Kuliah dan demonstrasi 2. Aktiviti

hands-on

secara

online

melalui

portal

http://www.bestarionline.net 3. Perbincangan & Sumbangsaran

PENUTUP Diharap, pengetahuan dan kemahiran yang bakal diperoleh dari bengkel ini akan dapat meningkatkan lagi tahap keprofesionalisma para pentadbir dan pendidik dalam bidang ICT, seterusnya dapat dimanfaatkan untuk kecemerlangan organisasi dan pelajar. Tentu sekali, sokongan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk memastikan kejayaan yang bermakna. Diharapkan impak penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah dan P&P boleh menjadikan sekolah-sekolah negeri Terengganu sebagai: “ A school that delivers education in a dramatically better way to significantly enhance the achievement of the goals of the National Philosophy of Education, utilising technology as the selected and effective tools and practices accompanied by the necessary organisational support and continuous professional development”. (Smart School Conceptual Blueprint, 1997)

Tengku Zawawi Tengku Zainal. (2000). Pembelajaran secara elektronik (atas talian). http://www.kuwi.net.my/artikel/e-learning.htm (10 Oktober 2007). Tengku Zawawi Tengku Zainal. (2004a). Penggunaan Internet dalam pendidikan matematik. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik. Kota Bharu, 12–14 September. Tengku Zawawi Tengku Zainal. (2004b). Webagogi. Buletin Rakit, IX. Maktab Perguruan Kuala Terengganu.

Bengkel E-Pentadbiran

5

Related Documents

Working Paper
July 2020 23
Working Paper
June 2020 22
Working Paper
June 2020 31
Working Paper
June 2020 18
Working Paper 2
May 2020 9

More Documents from "api-26691457"