RENCANA Pendahuluan, kemuncak dan kesinambungan merupakan tiga perkara utama dalam penulisan rencana. Anda perlu mencernakan fakta-fakta yang diperolehi dan memilih fakta-fakta yang paling menarik bagi pembaca. Setiap fakta-fakta tersebut perlu ada kesinambungan antara satu sama lain. Dengan ini, pendahuluan yang sesuai dapat dipilih bagi permulaan rencana. Kerangka penulisan rencana perlu disediakan terlebih dahulu. Dalam penulisan rencana kelak, penilisan perlu dilakukan dengan cermat supaya kesinambungan sentiasawujud di antara ayat-ayat dan isi-isi rencana atau idea -idea penulis. Kesinambungan ini berfungsi sebagai jambatan tempat pembaca menyeberang.kalau jambatan bengkang-bengkok atau runtuh tentulah pembaca terjatuh yakni tidak memahami rencana yang dibaca. Rencana biasanya memuatkan hokum-hukum jenaka,kasihan dan khhayalan.seseorang yang biasa menulis berita secara tidak langsungnya dapat menulis rencana dengan baik. Dalam penulisan rencana, disamping memuatkan kesemua penyataan,penulis boleh memakai segala daya khayal, daya cipta dan keupayaannya yang lain.
MENGETAHUI KHALAYAK PEMBACA Di dalam penghasilan rencana, penulis mestilah memahami kehendak golongan pembaca samada pembaca itu kanak-kanak, golongan dewasa atau orang tua. Jumlah edaran majalah dan surat khabar boleh menggambarkan tentang golongan pembaca tersebut. Angka-angka tentang peringkat umur, pendidikan dan pendapatan golongan pembaca bagi satu terbitan juga dapat membantu menentukan golongan pembaca. Jumlah edaran juga dapat memberitahu tentang minat daripada pembaca. Contohnya jika edaran sebuah majalah 50,000 naskhah dan rencana tentang hikmat beristeri dua atau tiga, kebetulan isu tersebut sedang hangat
diperkatakan, jangkaan untuk menulis rencana yang lengkap dengan fakta-fakta boleh dihasilkan dan akan dibaca oleh golongan yang berumur 20 tahun ke atas. Dalam penulisan rencana, adalah seperti bercakap dengan pembaca, yakni samalah halnya dengan apa yang dipelajari tentang pendengar semasa berucap atau berceramah. Penulisan rencana juga adalah untuk menyatakan idea-idea kepada pembaca yang berminat dan bersedia mendengar hasil kajian dan pengalaman penulis.
MEMAHAMI TEMA RENCANA Topik sepatutnya menjadi tema iaitu konsep utama yang dijadikan dasar utama. Tema ialah pusat fikiran atau pusat moral anda. Setiap perenggan merupakan bungkusan fikiran yang dihubungkan kepada perenggan lain dengan suatu tema yang konsisten. Setiap ayat memperluaskan dan mendalamkan lagi tema tersebut. Dalam pemilihan tema perlulah : 1) Memilih tema yang berkait rapat dengan kehidupan pembaca dan cukup
bererti dalam hidupnya . Dengan demikian , permasalah hidup yang dihadapi pembaca seperti ekonomi, kesihatan, rasuah, barang tiruan, penjagaan anak, rumahtangga, pekerjaan, cita dan pentadbiran perlulah diketahui terlebih dahulu. 2) Memilih tema yang berkait rapat dengan emosi dan nilai-nilai asasi manusia
dan perkara-perkara yang paling banyak mempengaruhinya. Misalnya, iman, kebencian, kasih, ketakutan, dukacita, perjuangan, kegembiraan. Penekanan perbezaan perasaan itu seperti kasih dengan benci, harapan dan putus asa dapat menarik perhatian pembaca. 3) Memilih tema tentang hal seseorang yang penulis tahu mendalam
tentangnya. 4) Memilih tema tentang persoalan berkaitan penulis sendiri dan persoalan juga
berkaitan dengan keluarga penulis, teman, jiran atau sesiapa sahaja yang penulis perhatikan seperti di perhentian bas, di restoran, di pawagam dan kejadian yang penulis sendiri baca dalam majalah dan surat khabar.
5) Memilih tema terhadap perkara yang benar. Penulisan rencana hendaklah
berdasarkan fakta yang betul dan berdasarkan penyelidikan dan pemerhatian secara objektif.
PENDAPAT Kebanyakkan rencana ditulis daripada pendapat orang ketiga ‘dia’ atau ‘mereka’. Jikalau rencana ditulis berbentuk ini, jangan sesekali beralih kepada orang pertama, ‘saya’.
MENGATUR BAHAN Sebelum menulis, nota perlu dibuat terlebih dahulu. Fikirkan bagaimana hendak menyusun rencana samada secara kronologi, geografi atau saintifik. Adakah menggunakan petikan deskriptif, kutipan panjang atau dokumentasi mendalam? Apakah isi penting yang perlu digunakan untuk menyokong penjelasan? Manakah hasil temu ramah yang memberikan hasil terbaik? Manakah sumber yang memberikan bahan yang terbaik? Kumpulkan semua nota, kutipan serta bahan-bahan yang diperolehi sebelum memulakan penulisan rencana. Taip draf pertama dengan langkau sebaris, dengan satu setengah inci margin kira-kanan halaman teks untuk penyuntingan.
MENYUSUN RENCANA Seperti esei, rencana juga mengandungi pengenalan (pendahuluan), isi dan penutup. Bagi rencana 1300 perkataan, kira-kira 100 perkataan untuk perenggan pendahuluan, 100 perkataan untuk perenggan penutup dan 1100 perkataan untuk isi dalam beberapa perenggan. Pengenalan dalam penulisan esei adalah untuk memberitahu pembaca tentang perkara yang akan diperkatakan dan dalam isi pula ialah tentang memperkatakan pengenalan tersebut.
Walau bagaimanapun, permulaan dalam rencana memerlukan pendahuluan yang berupa satu kutipan, satu perwatakan, satu anekdot, satu pertanyaan atau satu fakta menarik untuk menawan pembaca supaya membaca terus rencana tersebut. Pendahuluan boleh menjadi tema seperti halnya dalam contoh fakta atau maklumat yang menawan pembaca. Perwatakan dan anekdot boleh menggunakan dua perenggan untuk mengembangkan yang bermakna satu langkah memperlahankan rencana. Cara begini bersesuaian dengan rencana jenis profil. Jikalau pendahuluan dianggap bahagian pertama pengenalan, bahagian kedua adalah penjelasan kepada pembaca tentang rencana itu selanjutnya.
ISI Sebagaimana dalam esei, isi rencana bermaksud penghuraian pengenalan rencana. Perkara yang paling penting antara perenggan-perenggan seluruh rencana ialah peralihan hubungan di antara perenggan-perenggan yang mengajak pembaca menghayati rencana tersebut perenggan demi perenggan. Perkataan peralihan seperti ‘tetapi’, ‘dan’, ‘walau bagaimanapun’, ‘namun’, dapat mengaitkan fikiran penulis dan juga pembaca. Dengan demikian, penulis hendaklah meneruskan kesinambungan idea-idea dari satu perenggan ke perenggan yang lain.
PENUTUP Penutup pula merupakan bingkisan fakta, kutipan, perwatakan atau anekdot yang telah dibincangkan di atas. Penutup rencana hendaklah tidak lebih daripada dua perenggan.
MENYEMAK RENCANA Setelah rencana siap ditulis, semaklah keseluruhan rencana tersebut. Tindakan penyemakan ini juga bermaksud penyuntingan. 1. Struktur: Semak adakah kesemua perenggan berturutan? Adakah
menggunakan istilah baru dan penjelasan? Susunlah setiap halaman rencana secara urutan nombor. 2. Penjelasan: Semak ejaan semua perkataan, nama dan pastikan semua
angka adalah betul. 3. Khalayak pembaca: Adakah bahasa bersesuaian dengan peringkat
pembaca? Adakah rencana tersebut menggunakan terlalu banyak istilah khusus, bahasa pasar, bahasan kutipan atau bahasa ilmiah? 4. Tema: Adakah setiap ayat, setiap perenggan tidak terkeluar dari tema
rencana tersebut? 5. Terjemahan: Karya yang dihasilkan hendaklah dapat dibaca keseluruhannya.
Setiap bahan dari bahasa asing hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Melayu. 6. Klise: Dalam dunia penulisan, perkataan berulang merupakan gejala umum
dan hanya dapat dihindari oleh penulis yang baik. Perkataan yang berulang atau sama makna, jika digunakan dalam penulisan, menggambarkan bahawa penulisnya kurang berhati-hati seperti contoh di bawah: a) Matanya bulat dan bersinar-sinar. b) Nenek yang sudah tua benar itu berumur 80 tahun. c) Air kopi itu hitam dan gelap. 7. Kutipan: Kebanyakkan rencana memerlukan kutipan seperti: a) Memasukkan pendapat seseorang dalam rencana yang berbentuk kutipan
langsung dapat menguatkan dan ‘menyerikan’ suatu rencana. Sehubungan ini, ia hendaklah bersesuaian.
b) Kebanyakkan majalah atau surat khabar menggunakan gaya kewartawanan mengutip bahan daripada penerbitan lain seperti ‘Menurut penulis dalam “Tajuk Rencana” dan tidak menggunakan semua maklumat terbitan seperti tempat, tarikh dan penerbit. c) Jika perlu, masukkan setiap kutipan keseluruhannya dan jangan dipecah-
pecahkan ayat tersebut. Walau bagaimanapun, kutipan boleh diguna dalam pelbagai cara iaitu: Kutipan separuh: Dia berkata dia seorang ‘pelakon yang suka melukis’ Kutipan terganggu: ‘Mereka’, katanya, ‘adalah budak-budak nakal.’ Kutipan penuh: ‘Mereka adalah budak-budak nakal,’ katanya. d) Apabila memasukkan suatu perbualan (kutipan) daripada satu perenggan
ke suatu perenggan yang lain, dan orang yang sama yang bercakap janganlah gunakan tanda penutup kata di hujung perenggan pertama. Gunakan tanda pembuka kata di permulaan perenggan kedua dan semua perenggan berikutnya sehingga penuturnya habis bercakap, barulah diletakkan tanda penutup kata di hujung perenggan terakhir. e) Jangan gunakan tanda baca untuk menyatakan eufemisme seperti ‘menghembuskan nafas terakhir’, ‘pergi ke alam baka’ atau ‘buang air besar’. f) Dalam dialog, mulai dan akhiri perenggan dengan tanda pembuka kata dan tanda penutup kata setiap kali orang bercakap. g) Gaya penulisan sekarang ialah meletakkan tanda kutip di luar koma dan noktah: ‘Dia seorang gadis yang cantik’, katanya. ‘Ayahnya sudah meninggal.’ Katanya dia ‘rajin,’ tetapi ‘gagal.’ 8. Ayat aktif dan positif: Gunakan ayat atau kenyataan dalam bentuk aktif dan
positif, bukan dalam bentuk negatif. ‘Beliau telah dilantik menjadi presiden
oleh jawatankuasa persatuan itu,’ lebih baik dari ‘Jawatankuasa persatuan itu melantik beliau menjadi presidennya.’ Malah, ianya dapat memendekkan perkataan seperti ‘Dia sihat’ daripada ‘Dia tidak pernah sakit.’ 9. Eufemisme: Jangan menggunakan perkataan-perkataan sukar jika yang
mudah dan umum sudah ada: ‘menghembuskan nafas terakhir’ bagi ‘meninggal/mati’, ‘bilik air’ bagi ‘tandas’, ‘lemah dan lesu tidak bermaya’ bagi ‘letih.’ 10. Pembaziran perkataan: Gunakan perkataan yang tepat, ayat yang ringkas,
padat dan jelas.
Peringatan: Segala bentuk penyemakkan sebenarnya merupakan usaha penyuntingan dengan teliti. Dalam hal ini, bukan sahaja penyemakkan dan pembetulan pada ejaan perkataan, nama orang dan nama-nama lain, tetapi juga pada struktur dan tatabahasa supaya jalan bahasa mudah difahami dan menarik minat pembaca.