Rempit

  • Uploaded by: Kamaruzzaman
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rempit as PDF for free.

More details

  • Words: 664
  • Pages: 11
MAT REMPIT DISEDIAKAN OLEH: NURFARAHAIN BINTI JAAFAR NUR HASNINA BINTI TUAL NUR HANIS BINTI ROSLI NUR AINULFITRI BINTI BASIR

MAKSUD MAT REMPIT

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Salah satu gaya kegemaran Mat Rempit, Gaya Aerodinamik ataupun Superman yang dapat dilihat di jalan di Malaysia. Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur. Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.

FAHAMI JIWA MAT REMPIT

Isu Mat Rempit tidak akan selesai kerana kita tidak reti mendekati mereka. Mat Rempit bukan lembu atau kerbau yang bisa dihalau masuk kandang mengikut kehendak kita. Mat Rempit adalah insan biasa seperti saya dan anda. Mereka adalah “produk” keluaran masyarakat moden berjiwa besar yang kerdil ilmu. Walaupun negara kita dikategorikan dalam kumpulan negara membangun, tetapi dalam sesetengah perkara kita setaraf negara maju. Malah dalam hal tertentu, terutamanya yang berkaitan pembangunan fizikal kita berada di atas sesetengah negara maju. Namun dalam pembangunan insaniah, kita agak ketinggalan. Walapun rakyat Malaysia terkenal dengan sikap pemurah dan prihatin tetapi hanya dalam hal tententu. Sikap prihatin kita tidak menyeluruh. Kita hanya prihatin dalam lingkungan sendiri sahaja. Kita hanya peka terhadap kepincangan keluarga. Kepincangan dalam masyarakat jarang kita ambil pusing. Kita hidup bagai enau dalam belukar, berlumba melepaskan pucuk masing-masing. Berlumba bermakna bersaing. Dalam semua persaingan mesti ada yang kalah. Apabila ada menang, ada kalah, maka akan ada pula rasa tidak puas hati. Masyarakat yang dibesarkan dalam lingkungan perlumbaan, persaingan, kalah, menang dan tidak berpuas hati, sukar untuk bekerjasama. Kalau ada pun kerjasama, sekadar kerjasama secara paksaan atau terpaksa.

Masyarakat yang tidak ada semangat kerjasama secara ikhlas bakal membenihkan segala nilai negatif. Konsep perkongsian tidak dapat diterapkan. Nak berkongsi apa kalau masingmasing mahu “menang” dalam perlumbaan. Sebab itulah, setiap simbol perlumbaan mesti dielakkan. Malah, bersukan yang terlalu menitikberatkan kalah-menang mesti dihapuskan. Saya menamakan masyarakat begini sebagai masyarakat yang “sakit” kerana keadaannya lebih tenat daripada “tidak sihat”. Apakah yang dapat kita harapkan daripada orang sakit? Kita tidak dapat mengharapkan apa-apa selain kesembuhannya daripada sakit. Tidak masuk akal sekiranya kita mengharapkan seorang petani moden yang seliuh buku lali memanjat kelapa muda kerana kita dahaga air kelapa. Kita juga tidak boleh minta nelayan yang demam turun ke laut kerana kita kehabisan ikan di pasaran. Kita juga tidak boleh mendesak pakar ekonomi yang sedang berbaring di wad memikirkan cara meningkatkan ekonomi negara. Apa yang dapat kita lakukan ialah tunggu mereka baik dahulu. Mereka tidak akan baik tanpa doktor, rawatan dan ubat yang betul. Berbalik kepada isu Mat Rempit. Mat Rempit ialah “hasil” yang dikeluarkan oleh masyarakat yang sakit. Kalau kita mahu “hasilnya” baik, pulihkan dahulu masyarakat itu.

KEINDAHAN ‘MAT REMPIT’

‘KESIAN’ TERIMA KASIH ‘INSAFLAH SEBELUM TERLAMBAT’

Related Documents

Rempit
May 2020 5
Rempit
June 2020 9
Rempit 2
May 2020 2
Mat Rempit
May 2020 8
Rempit Tak Gentar!!!
April 2020 6
Mat Rempit Edited
May 2020 8

More Documents from "adle_2"