Refleksi Berkenaan Dengan Implikasi Falsafah Pendidikan Timur

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Refleksi Berkenaan Dengan Implikasi Falsafah Pendidikan Timur as PDF for free.

More details

  • Words: 863
  • Pages: 4
Refleksi berkenaan dengan implikasi Falsafah pendidikan Timur, Islam, dan Barat terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

Falsafah pendidikan Timur, Islam, dan Barat memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan pendidikan di Malayia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita mempunyai beberapa aspek yang diterapkan dari Falsafah Pendidikan Timur, Islam, dan Barat. Falsafah pendidikan Timur ini digubal berkonsepkan pencapaian kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan juga memenuhi kehendak-kehendak sosial dan ekonomi. Falsafah pendidikan Islam ini memberikan keutamaan terhadap aspek keagamaan. Ia juga mempunyai beberapa prinsip yang menekankan unsure kerohanian. Falsafah Pendidikan Islam berkonsepkan proses memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani, dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insane soleh yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam ini berunsurkan unsur keagamaan dimana membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu,berimam, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta melengkapkan diri sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. Falsafah Pendidikan Barat pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tradisional dan moden. Kedua-dua bahagian ini mempunyai mahzab-mahzab tertentu. Secara keseluruhannya, tumpuan diberikan kepada kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah, Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Berapa perkara yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah daripada Falsafah Pendidikan Timur. Antara aspek-aspek yang diterapkan dari falsafah pendidikan timur adalah, aspek emosi, intelek dan jasmani dimana kebijaksanaan dalam bidang muzik, puisi, kesusasteraan, sejarah, kod dan tatacara, kelakuan yang baik, seni, drama dan tarian, dan pendidikan diberi keutamaan. Sama seperti Falsafah Negara kita dimana para pelajar diajar matapelajaran-matapelajaran yang tidak teras seperti muzik, seni dan untuk menjadikan para pelajar seimbang dari segi emosi. Penekanan secara rohani yang terdapat di Negara kita pula jelas terpapar dalam falsafah pendidikan islam dan timur. Dalam falsafah pendidikan islam, konteks agama diberikan keutamaan dimana terdapat pendidikan al-immaniah yang bermaksud pendidikan iman. Abd Halim Hj Mat Diah, 1989 berkata bahawa pendidikan islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan untuk membentuk manusia Muslim berdasarkan ajaran Islam. Aspek rohani juga ditekankan dalam pendidikan islam dimana dalam dalam konsep Abd Halim Haji Mat Diah ,al-immaniah iaitu pendidikan iman terkandung di dalam bidang pendidikan Islam. Ahli falsafah timur iaitu, Rabindranath Tagore pula menyatakan bahawa pendidikan adalah satu usaha seseorang insan untuk mencapai nirvana. Ini jelas menunjukkan bahawa aspek rohani yang terdapat di Negara kita diterapkan dari kedua-dua falsafah ini. Dalam Falsafah Pendidikan Barat, empat perkara yang diberikan keutamaan iaitu, kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Dalam Falsafah Pendidikan Barat ini kebanyakan mazhab yang wujud memberikan penumpuan kepada

pembinaan insan yang berkereterampilan. Contohnya, mazhab Progresvisme dimana mazhab ini bermatlamatkan individu yang sedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian. Akpek ini juga terdapat dalam Falsafah Pendidikan kita dimana falsafah ini digubal untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Selain itu, dalam mazhab

esensialisme, tumpuan diberikan kepada

kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira di samping matapelajaran wajib seperti sains, sejarah, seni dan muzik.

Ia adalah sama seperti Falsafah

Pendidikan Negara kita dimana 3M iaitu membaca, menulis dan mengira diberikan penumpuan. Falsafah pendidikan islam pula menyatakan bahawa pendidikan bermaksud, satu proses yang berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani serta bersepadu ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.

Menurut Abdul

Halim El-

Muhammady, pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani, emosi manusia berasaskan ilmu wahyu, al-quran dan as-sunnah, pengalaman Salaf Al-Salih serta ilmu muktabar Ini pula jelas menunjukkan bahawa aspek intelek yang terdapat di Negara kita ini adalah pengaruh daripada falsafah-falsafah barat dan juga islam dimana aspek intelek diberikan keutamaan. Aspek emosi pula jelas terpapar di falsafah pendidikan islam dimana menurut Abdul Halim El- Muhammady, terdapat bidang al-nafsiah dan al-aqiliah yang masing masing bermaksud pendidikan jiwa dan pendidikan mental. Selain itu, dalam falsafah pendidikan timur, Conficius dan Rabindranath Tagore memberikan penekanan kepada muzik, seni, puisi yang dapat mengimbangkan seseorang insan dari segi emosi. Aspek jasmani pula ditekankan dalam pendidikan islam dimana dalam dalam konsep Abd Halim Haji Mat Diah, al-jasmiah iaitu pendidikan jasmani terkandung di

dalam bidang pendidikan Islam. Selain itu, Rabindranath Tagore juga menekankan tarian dan drama sebagai satu matapelajaran. Ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah Pendidikan Timur, Islam, dan Barat mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Setiap aspek yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita diterapkan daripada ketiga-tiga Falsafah Pendidikan ini dan digabungkan ke atas satu unsur iaitu keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ketiga-tiga falsafah ini boleh dikatakan sebagai asas untuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita.. Walaubagaimanapun,

ketiga-tiga falsafah ini digabungkan dan

diubahsuai mengikut keperluan negara kita. Aspek-aspek penting yang terdapat di dalam ketiga-tiga falsafah ini digunakan untuk dijadikan panduan untuk perkembangan pendidikan di Malaysia.

Related Documents