E
B
A H A N
T
B
A C A A N
A Z K I R A H
Rahsia Di Sebalik Surah ALIKHLAS Rasululah s.a.w pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya: "Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an. "Aisyah lalu berkata, "Wahai suamiku, saya tidak mampu khatam AlQur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w sambil tersenyum menjawab, "Barang siapa yang baca tiga kali surah Al-Ikhlas sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya". Dari Saidina Ali r.a dari Rasulullah s.a.w: "Siapa hendak pergi musafir, kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka tuhan memelihara rumahnya sampai ia kembali. Saidatina Aisyah menerangkan: " Dari Nabi Muhammad s.a.w: Siapa membaca sesudah selesai sembahyang Jumaat, surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kali dan surah AN-Naas 7 kali, maka tuhan akan melindungainya dari kejahatan sampai ke hari Jumaat yang akan datang Riwayat dari Saidina Ali r.a: : Siapa membaca Suratul Ikhlas sebanyak 11 kali sesudah sembahyang subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk memperbuat dosa, meskipun syaitan itu dengan sungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu. Ibnu Syihab Al-Zukhri menerangkan, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa membaca Suratul Ikhlas seolah-olah ia membaca Al-Qur'an. Abu Sa'id Al-Khanafi menerangkan: "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas, maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.