P.vokasional - Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi

  • Uploaded by: Sekolah Portal
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View P.vokasional - Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi as PDF for free.

More details

  • Words: 924
  • Pages: 5
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

AKUAKULTUR DAN HAIWAN REKREASI

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2003.

1

Sukatan Pelajaran Akuakultur dan Haiwan Rekreasi KBSM PENDAHULUAN Akuakultur dan Haiwan Rekreasi adalah satu daripada mata pelajaran elektif yang ditawarkan di sekolah menengah akademik harian untuk tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Murid yang mengikuti mata pelajaran ini berkebolehan menguasai kemahiran asas menjalankan ternakan akuakultur dan haiwan rekreasi. Mata pelajaran Akuakultur dan Haiwan Rekreasi adalah lanjutan dan peluasan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah penyediaan murid sebagai tenaga kerja yang berketrampilan dalam industri pengeluaran ternakan akuakultur dan haiwan rekreasi. Mereka ini diharapkan dapat mengamalkan sikap dan budaya kerja yang positif dan peka terhadap isu dan perkembangan dalam industri ini. Dalam bidang ternakan akuakultur, murid mempelajari teknik asas membuat pembenihan, melakukan asuhan anak ikan dan menternak ikan sehingga ianya boleh dipasarkan. Semasa inilah murid menguasai kemahiran membuat pemilihan ikan untuk dijadikan induk dan pengurusan ternakan. Dalam bidang haiwan rekreasi pula, murid mempelajari teknik asas pemilihan baka, pengurusan dan pembiakan haiwan rekreasi. Murid menguasai kemahiran mengendali dan mengekang haiwan rekreasi serta mengenal pasti tanda-tanda haiwan sakit dan membuat rawatan mudah. Mereka juga perlu menguasai kemahiran menyediakan tempat atau perumahan, makanan, peralatan dan aksesori untuk haiwan yang berkaitan. Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai minat dan kecenderungan dalam bidang ternakan akuakultur dan haiwan rekreasi. Dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh, murid boleh menjalankan perniagaan sendiri atau bekerja di taman rekreasi, kedai haiwan, klinik haiwan atau zoo. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Akuakultur dan Haiwan Rekreasi adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran dan produktif dalam membuat pembenihan, pembiakan, pemeliharaan dan pengeluaran ternakan akuakultur dan haiwan rekreasi dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang kepada tenaga kerja mahir di industri ternakan akuakultur dan haiwan rekreasi. OBJEKTIF Kurikulum Akuakultur dan Haiwan Rekreasi adalah untuk membolehkan murid: 1. Memilih induk ikan untuk pembenihan dan penetasan 2. Memelihara dan mengurus ternakan ikan hiasan dan ikan makan 3. Memilih jenis dan baka, membiak dan memelihara haiwan rekreasi 4. Menyediakan perumahan, makanan, peralatan dan aksesori untuk ternakan akuakultur dan haiwan rekreasi 5. Mengesan tanda-tanda awal ikan dan haiwan rekreasi yang berpenyakit dan membuat rawatan mudah 6. Mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan amali ternakan akuakultur dan haiwan rekreasi 7. Membuat pengiraan kos 8. Mengamalkan etika kerja dalam ternakan akuakultur dan pengendalian haiwan rekreasi 9. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi dengan berkesan.

1

Sukatan Pelajaran Akuakultur dan Haiwan Rekreasi KBSM

ORGANISASI KANDUNGAN Mata pelajaran Akuakultur dan Haiwan Rekreasi diolah dalam tiga bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran mempunyai unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan senarai unit pembelajaran dalam tiga bidang ini adalah seperti berikut. 1.

Akuakultur Dalam bidang pembelajaran akuakultur, murid membuat pembiakan beberapa spesis ikan hiasan dan ikan makan. Murid membuat pembenihan, penetasan dan asuhan ikan hiasan yang melahirkan anak seperti ikan guppy, molly, swordtail dan platy. Murid juga membuat pembenihan, penetasan dan asuhan ikan hiasan yang bertelur seperti ikan angel, barb, pelaga dan emas. Murid mengenal pasti jenis ikan makan yang berpotensi untuk diusahakan, mengenal pasti jantina ikan, membuat pembenihan, penetasan dan asuhan. Murid menternak ikan makan seperti ikan tilapia dan keli eksotika. 1.1

1.2

1.3

1.4

1.5

1.6

Pengurusan di tempat kerja a.

Pengurusan yang baik

b.

Etika dan budaya kerja

c.

Peraturan dan undang-undang kerja

d.

Pemeliharan alam sekitar dalam industri akuakultur dan haiwan rekreasi

Pengenalan akuakultur a.

Ternakan akuakultur

b.

Jenis ikan

c.

Pembiakan ikan

Ikan hiasan jenis beranak a.

Pembiakan

b.

Asuhan benih

c.

Pengredan (saiz dan kualiti)

d.

Pembungkusan

Ikan hiasan jenis bertelur a.

Pembiakan

b.

Asuhan

Pembiakan ikan makan a.

Persedian pembiakan ikan

b.

Penetasan

c.

Asuhan

Ternakan ikan makan a.

Sistem ternakan

b.

Pengurusan ternakan

c.

Kutipan hasil

2

Sukatan Pelajaran Akuakultur dan Haiwan Rekreasi KBSM

2.

Haiwan Rekreasi Dalam bidang pembelajaran haiwan rekreasi, murid mempelajari sejarah penjinakan haiwan, etika dan peraturan memiliki haiwan, kebajikan haiwan dan langkah keselamatan. Murid membuat pemilihan jenis dan baka haiwan, menyediakan perumahan, memilih peralatan dan aksesori dan menyediakan makanan haiwan. Murid juga mempelajari kaedah pembiakan haiwan dan menjalankan pengurusan harian semasa pemeliharaan haiwan rekreasi. 2.1

2.2

2.3

2.4

Pengenalan a.

Sejarah dan penjinakan haiwan

b.

Etika dan peraturan pemilikan haiwan

c.

Kebajikan haiwan

d.

Keselamatan haiwan dan pemilik

Haiwan kesayangan a.

Pemilihan jenis dan baka

b.

Perumahan dan peralatan

c.

Pemakanan

d.

Kesihatan

e.

Pengurusan harian

f.

Pembiakan

g.

Tingkah laku dan latihan

h.

Pengendalian dan kekangan

Unggas 1 ( Ayam hiasan ) a.

Pemilihan jenis dan baka

b.

Perumahan dan peralatan

c.

Pemakanan

d.

Kesihatan

e.

Pengurusan harian

f.

Pembiakan

g.

Tingkah laku

h.

Pengendalian dan kekangan

Unggas II ( Burung ) a.

Pemilihan jenis dan baka

b.

Perumahan dan peralatan

c.

Pemakanan

d.

Kesihatan

e.

Pengurusan harian

3

Sukatan Pelajaran Akuakultur dan Haiwan Rekreasi KBSM

2.5

3.

f.

Pembiakan

g.

Tingkah laku

h.

Pengendalian dan kekangan

Haiwan makmal a.

Pemilihan jenis dan baka

b.

Perumahan dan peralatan

c.

Pemakanan

d.

Kesihatan

e.

Pengurusan harian

f.

Pembiakan

g.

Tingkah laku

h.

Pengendalian dan kekangan

Keusahawanan Dalam bidang pembelajaran ini murid diperkenalkan kepada teknik berkomunikasi yang berkesan, kemahiran melayan pelanggan dan membuat keputusan. Murid juga mempelajari cara membuat perancangan perniagaan dan mengenal pasti organisasi yang boleh membantu usahawan. Murid diberi pendedahan kepada peluang kerjaya dalam industri ternakan akuakultur dan haiwan rekreasi. 3.1

Kemahiran berkomunikasi

3.2

Kemahiran membuat keputusan

3.3

Rancangan perniagaan

3.4

Agensi yang membantu usahawan

3.5

Pemasaran

3.6

Peluang kerjaya di industri akuakultur dan haiwan rekreasi

4

Related Documents

Rekreasi
May 2020 14
Haiwan
October 2019 40
Haiwan
June 2020 32

More Documents from ""

B.cina-tahun 1 - 2
October 2019 32
Muzik - Kbsm (ting 4 - 5)
October 2019 46
B.cina-tahun 4 - 4
October 2019 31
B.cina-tahun 5 - 2
October 2019 39
B.cina-tahun 5 - 3
October 2019 35