Adab Dan Etika Terhadap Haiwan Muslim yang sejati akan menganggap bahawa semua haiwan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT yang mempunyai hak untuk hidup aman di muka bumi. Makhluk ini dihormati dan disayangi semata-mata kasih sayang Allah SWT kepadanya. Berpaksikan ajaran Islam yang syumul, telah digariskan beberapa adab dan etika terhadap haiwan. 1* Memberi makan dan minum, jika haiwan tersebut lapar dan haus Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. “Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaganya. (Melihatkan yang demikian) lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.” “Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu. Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya." Sahabat Baginda bertanya: "Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?" Baginda menjawab: "Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya)"(Riwayat Muslim) Sabda Rasulullah SAW "Siapa tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Sabda Rasulullah SAW: "Sayangilah sesiapa sahaja yang ada di bumi, nescaya kalian disayangi sesiapa sahaja yang ada di langit." (Riwayat Thabrani dan AlHakim) Di dalam hadith lain daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW (sabdanya): "Bahawa seorang perempuan pelacur melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah mengampunkan dosanya." (Riwayat Muslim) 2* Menyayanginya dan dan berbelas kasih kepada haiwan Ketika Rasulullah SAW melihat orang-orang menjadikan burung sebagai sasaran anak panah, beliau bersabda: "Allah melaknat siapa sahaja yang menjadikan sesuatu sebagai sasaran." (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih) Rasulullah SAW melarang menahan haiwan untuk dibunuh dengan sabda Baginda: "Barangsiapa yang menyakiti ini (burung) dengan anaknya; kembalikan anaknya
padanya." (Riwayat Muslim) Rasulullah SAW bersabda sebagaimana kedua hadith di atas kerana melihat burung terbang mencari anak-anaknya yang diambil oleh salah seorang sahabat dari sarangnya. 3* Jika ingin menyembelihnya atau membunuhnya, maka lakukannya dengan baik Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik kepada segala hal. Oleh kerana itu, jika kalian membunuh, maka bunuhlah dengan baik. Jika kalian menyembelih, maka sembelihlah dengan baik. Hendaklah salah seorang dari kalian menenangkan haiwan yang akan disembelihnya, dan menajamkan pisaunya." (Riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Abu Daud, dan Ahmad) 4* Tidak menyiksanya dengan apa cara sekalipun Rasulullah SAW bersabda: "Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan seranggaserangga tanah. (Riwayat Bukhari) Di dalam hadith yang kedua: Rasulullah SAW berjalan melewati rumah semut yang terbakar, kemudian beliau bersabda: "Sesungguhnya siapa pun tidak pantas menyiksa dengan api, kecuali pemilik api itu sendiri (Allah)." (Riwayat Abu Daud) 5* Diperbolehkan membunuh haiwan-haiwan yang membahayakan nyawa Sabda Rasulullah SAW: "Ada lima haiwan membahayakan yang boleh dibunuh di tempat yang halal dan haram, iaitu ular, burung gaaak yang berwarna berbelangbelang, tikus, anjing yang suka menggigit, dan burung hudaya (sejenis rajawali)." (Riwayat Muslim) 6* Diperbolehkan mengecap telinga hewan untuk kemaslahatan Rasulullah SAW mengecap unta zakat dengan tangannya yang suci. Sedang pemberian cap kepada selain unta, kambing, dan lembu, maka tidak dibolehkan, kerana Rasulullah SAW bersabda ketika melihat keledai dicap: "Allah melaknat oarng yang mencap keledai ini di wajahnya." (Riwayat Muslim) 7* Mengetahui hak Allah SWT dengan mengeluarkan zakat haiwan untuk tersebut, jika haiwan tersebut termasuk sebagai haiwan yang harus dizakati 8* Kesibukan dengannya tidak menjadikan kita lalai terhadap Allah SWT Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta
kalian dan anak-anak kalian melalaikan kalian dari mengingati Allah." (AlMunafiqun: 9) Rasulullah SAW bersabda tentang kuda: "Kuda terbahagi kepada tiga jenis, seseorang mendapat pahala (kerananya), seseorang yang mendapat pakaian (kerananya), dan seseorang mendapat dosa (kerananya). Adapun orang yang mendapat pahala kerana kuda ialah orang yang mengikatnya di jalan Allah, dan memperpanjangkan talinya di tanah lapang, atau di padang rumput. Maka apa sahaja yang terjadi pada kuda tersebut di tanah lapang atau padang rumput, maka orang tersebut mendapat kebaikan-kebaikan. Jika orang tersebut memutus talinya, kemudian kuda tersebut berjalan cepat satu langkah, atau dua langkah, maka jejak-jejaknya, kotoran-kotorannya adalah kebaikan-kebaikan baginya, serta kuda tersebut bagi orang tersebut adalah pahala. Orang yang mengikatnya kerana ingin memperkayakan diri, namun ia tidak lupa hak Allah di leher, dan tulang punggung kudanya, maka kuda tersebut pakaian untuknya. Sedang orang yang mengikatnya untuk sombong, riya', dan permusuhan, maka kuda tersebut adalah dosa baginya." (Riwayat Bukhari) Allahu Ta'ala a'lam... Ingin saya kongsikan dengan haiwan kesukaan saya. Pendek kata, makhluk Allah SWT yang paling comel di muka bumi...