Punca Dan Langkah Vandalisme.docx

  • Uploaded by: rosliza
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Punca Dan Langkah Vandalisme.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,352
  • Pages: 4
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlaku kegiatanan vandalisme dalam masyarakat.Punca ini boleh dikategorikan kepada 2 aspek iaitu dipengaruhi oleh faktor luaran dan faktor dalaman diri sendiri. Contoh pengaruh luaran adalah ialah pengaruh rakan sebaya dan keluarga, manakala pengaruh dalaman diri sendiri adalah dipengaruhi oleh emosi dan tekanan. Antara faktor-faktor luaran,pengaruh rakan sebaya adalah faktor utama yang menyebabkan remaja melakukan kegiatan vandalisme.Lazimnya remaja yang terlibat dalam vandalisme menpunyai sesuatu ciri yang tertentu iaitu suka ponteng kelas atau sekolah dan melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah.Pada zaman sekarang,golongan remaja lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya melalui meniru perbuatan,tingkah laku,nilai dan sikap rakannya.Mereka melakukan vandalisme tanpa tujuan munasabah, sebaliknya mereka merosakan kemudahan awam atau harta orang lain sematamatanya untuk menyonokan sendiri ,menunjuk kebolehan mereka dan menarik perhatian orang lain.Selain daripada pengaruh rakan sebaya,kebanyakan remaja yang menlakukan vandalisme adalah disebabkan kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibupaba.Dalam era globalisasi zaman ini ,kebanyakan ibubapa lebih mementingkan kerja mereka.Mereka berfikir bahawa menberi wang saku yang mencukupi sudahlah bermaksud melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.Ini bermaksud mereka hanya memuaskan keperluan anak-anak mereka dari segi fizikal,tetapi bukan dari segi mental.Apa yang diperlukan oleh kanak-kanak bukanlah saja wang saku yang mencukupi,apa yang diperlukan oleh mereka adalah permehatian,pengajaran dan dapat berinteraksi dengan ibubapa dalam pengaulan seharian. Justeru,ibubapa hendaklah menberi nasihat,membantu dan menberi kasih sayang kepada anaknya apabila mereka memerlukan. Faktor- faktor dalaman seperti emosi atau tekanan jugalah akan menyebabkan aktiviti vandalisme berlaku. Bagi orang yang menpunyai keupayaan kawanlan emosi yang agar rendah,emosi mereka mudah dipengaruhi oleh kawan dan sekelilingnya.Ketika berasa marah, mereka akan melakukan sesuatu seperti mencontengkan perkataan-perkataan kasar di dinding,atau menulis sesuatu mengutuk orang mereka benci untuk membantu meredakan kemarahkan.Selain itu,tekanan juga adalah salah satu faktor yang mendorong vandalisme berlaku.Antaranya ialah tekanan daripada pelajaran atau tekanan dari perkerjaan.Ini bermakna jika seseorang tidak ada cara lain untuk menlepasi tekanan yang dialami,mereka sanggup melakukan sesuatu seperti conteng atau menrosakan benda-benda awam agar mendapat kesenangan sementara untuk menlupakan tekanan-tekanan yang dihadapi. Sekiranya perbuatan vandalisme tidak dikawal dengan baik,ia akan membawa kesan buruk kepada masyarakat dan keamanan masyarakat akan terjejas.Sebagai contoh ,kerosakkan harta benda awam seperti telefon awam akan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi pada masa kecemasan dan perkara ini mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa atau mengalami kerugian kepada orang lain.Walaupun vandalisme bukan sesuatu jenayah yang sangat serius tetapi perbuatan ini akan menburukan nama dan ekonomi sesebuah negara. Hal ini kerana kegiatan vandalisme telah menyebabkan pelabur asing menghilangkan keyakinan kepada negara tersebut dan akhirnya menyebabkan kerugian yang besar dalam sektor ekonomi yang sedang membangun. Jadi untuk menhapuskan fenomena vandalisme ini, tindakan yang tegas perlu diambil dengam segera. Pihak kerajaan,institusi keluarga dan media massa mempunyai tanggungjawab dalam menbendung gejala ini.Pihak kerajaan perlu memberi hukuman yang lebih berat seperti berpenjara dan hukuman rotan bagi orang yang melakukan vandalisme. Tujuan menberatkan hukuman adalah untuk menakutkan orangorang yang ingin menjalankan vandalisme supaya mereka dapat bertimbang rasa konsikuensi sebelum melakukan.Selain itu,ibupaba juga memainkan peranan yang penting dalam usaha menbanteraskan gejala ini .Mereka hendaklah menluangkan masa mereka untuk berinteraksi dengann anaknya.Mereka perlu tahu aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka supaya boleh memberi nasihat positif kepada anak mereka.Di samping itu,fungsi media massa memainkan watak yang penting dalam mengubah sikap remaja masa sekarang.Media massa boleh menbawa kesan buruk kepada remaja,tetapi ia juga akan menbawa kesan yang baik kepada remaja.Isi-isi yang dipapar patutlah bermakna dan berpendidikan dan media massa hendaklah mengurangkan menawarkan program-program yang akan menberi idea yang negatif dan tidak bermoral kepada remaja seperti menawarkan iklan rokok,dan drama-drama yang tidak berfaedah.

Kesimpulannya, gejala vandalisme akan menpengaruhi keamanan dan kejahteraan bagi sesebuah negara yang sedang menbangun .'Sediakan payung sebelum hujan', pelbagai langkah yang berkesan perlu diambil dengan segera supaya masalah ini tidak akan menjadi batu penghalang kepada pembangunan negara.Dengan kata lain, pihak kerajaan,institusi keluarga dan media massa perlu berkerjasama antara pihak satu sama lain supaya masalah vandalisme dapat diselesaikan dengan lancar and effektif

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme i. Pengaruh Rakan Sebaya Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh oleh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya. ii. Ibu Bapa dan Keluarga Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini. iii. Pengaruh Media Massa Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari Barat yang mempunyai unsurunsur perlakuan ke arah vandalisme juga boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Remaja ialah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah anggota masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah i. Penguatkuasaan Undang-undang Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan

pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membelibelah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan. ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa. iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah. Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab. iv. Peranan Media Massa Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa. Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam

dan

komitmen

keberkesanannya.

daripada

media

massa

maka

kempen

ini

dapat

direalisasikan

Related Documents


More Documents from ""

Slaid T3 Bab 3.pptx
December 2019 14
Karangan Pendek.docx
December 2019 17