Ptp

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ptp as PDF for free.

More details

  • Words: 259
  • Pages: 2
SUBJEK

:

PENSYARAH :

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN EN NORIZAN BIN GHAZALI

NAMA PELAJAR : HAMIDAH BINTI ALIAS UJIAN 1 Mengapakah teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini ? Adakah pengajaran tradisional tidak berkesan yang menyebabkan teknologi diperlukan ? Bincangkan. JAWAPAN Teknologi bermaksud aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam pelbagai bidang. Teknologi pengajaran secara umumnya merujuk kepada satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan, penggunaan alat dan bahan media seperti slaid, foto, diorama, radio, risalah dan sebagainya amat membantu dan memberi impak positif kepada guru dan murid-murid. Penggunaan teknologi dalam pengajaran bukanlah untuk menidakkan keberkesanan pengajaran secara tradisional tetapi untuk menambah baik kaedah pengajaran yang sedia ada. Zaman telah berubah dan perkembangan teknologi semakin dirasai. Penggunaan teknologi dalam pengajaran juga perlu seiring dengan kemajuan teknologi dalam bidang lain. Kebanyakan murid telah terdedah kepada teknologi seperti kemudahan internet, terutamanya murid yang tinggal di bandar. Penggunaan teknologi dapat membantu melahirkan murid yang bertaraf global. Oleh yang demikian, guru harus melengkapkan diri agar tidak ketinggalan. Penggunaan teknologi secara tidak langsung sebenarnya dapat menarik minat murid dalam P & P. Dengan pelbagai media yang boleh digunakan, guru dapat mempelbagaikan pendekatan dan kaedah agar objektif pengajaran tercapai. Ia juga dapat memberi peluang kepada murid untuk meneroka pelajaran melalui media yang digunakan dan secara tidak langsung murid berinteraksi atau berkomunikasi dengan rakan-rakan, guru dan media itu sendiri. Nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bantu

membantu, bertolak ansur dan sebagainya juga dapat diterapkan. Maka, perkembangan teknologi dapat diseimbangkan dengan perkembangan sahsiah murid.

Related Documents

Ptp
April 2020 22
Ptp Puskesmas.docx
November 2019 34
Ptp Mixing
October 2019 34
Sk Ptp -
October 2019 36
Ptp Catania
May 2020 23
Tugasan Ptp
May 2020 16