Psv Sebelum Dan Selepas Merdeka

  • Uploaded by: miss iza
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Psv Sebelum Dan Selepas Merdeka as PDF for free.

More details

  • Words: 1,086
  • Pages: 29
PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

AHLI KUMPULAN: • RAZNIZA BT MOHAMMAD • NURUL AMALIA BINTI MOHD SAAD • SITI NUR HANIS BINTI HAMIDAN PENSYARAH: EN JAAFAR BIN MAHMOOD

SEBELUM MERDEKA

ZAMAN PRA SEJARAH Zaman Batu atau Paleolitik • Pada zaman ini manusia suka mengembara • Mereka menggunakan peralatan seperti pemukul yang diperbuat daripada batubatu besar dan kasar.



Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik) Manusianya tinggal didalam gua di negeri

Kedah,Kelantan, Perak dan Pahang. • Alat2 daripada batu seperti kapak, batu penumbuk dan karang perhiasan telah dijumpai di dalam gua tersebut. • Alat tersebut menyerupai seni Hobinhian, Indochina

Zaman Batu Baru (Neolitik) • Zaman ini merupakan kedatangan puak2 Indonesia antara tahun 2500-1500 S.M • Pada zaman ini mereka sudah pandai menjahit pakaian. • Mereka mula berfikir tentang mutu dan nilai dan bukan lagi kerana fungsi semata-mata • Di malaysia, bermulalah seni lukis oleh Abdullah Arief yang melukis menggunakan cat air diikuti dengan Yeo Mum Seng ia juga melukis menggunakan cat air. • Mereka melukis pemendangan alam sekeliling tanpa dipengaruhi oleh mana-mana kefahaman (ism)

Zaman Sebelum Perang • Laporan Winstedt- Zaman British  Tujuan Sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran Tahunan Negeri- Negeri Selat 1885 ialah: i. Cukup untuk kehendak- kehendak biasa budakbudak Melaya, yang akan kelak menjadi pemandu kereta lembu, penanam padi dan nelayan. ii. Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan, kerana ia akan menimbulkan kesulitan.

 Pada tahun1930, sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari.  Mata pelajarannya karangan, ilmu kira- kira, ilmu alam, sejarah melayu, kesihatan, lukisan, menganyam, dan berkebun.  Kesihatan, lukisan, menganyam dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem persekolahan melayu lebih mirip kepada kampung- anjuran dari R.O. Winstedt.

 Winstedt mencadangkan: a) Lukisan adalah mustahak untuk “latihan yang amat baik memerhati alam” yang didapati darinya, dan ia dapat menimbulkan minat dan kecerdasan murid- murid, dan melatih mereka ketepatan dan kecermatan. Dan ia menyesuaikan mereka dengan kerja- kerja mandur. b) Menyediakan mata pelajaran kerja tangan seperti membuat bakul . c) Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris tahun 1922. diantara mata pelajarannya, pekerjaan tangan- kerja membuat raga dianggap paling sesuai kerana: i. Seni pertukangan asli ii. Bahan- bahan mudah didapati. iii. Pekakas tidak banyak dan mudah.

Melayu Proto • Datangnya lebih awal, dan alat- alat batu- batunya lebih licin dan penggunaan tembikar.

Melayu Deutru • Mereka tiba ke sini selepas puak Melayu Proto. • Kumpulannya lebih maju, alat- alat besi telah diperbuat seperti alat- alat pekakas dan senjata. • Tedapat juga loceng dan tambur – tambur besar.(Benda ini menyerupai seni Dongsan, Indo China) • Pada kubur mereka terdapat alat- alat perhiasan yang mahal seperti hettile dari Phonecia bertarikh 600 s.m.

Zaman Pengaruh Hindu • Di Bukit Batu Pahat, Johor telah ditemui, tapak bangunan candi (kuil), dibina dari batu- batu granit berbentuk 4 persegi. • Tiang dan bumbungnya dari kayu. • Di situ juga telah ditemui peti batu yang berisi batil- batil tembaga kecil- kecil, serbuk emas, permata, ukiran manusia dan bentuk tuhan Hindu, dan tali pinggang perak.

Zaman Tua • Orang- orang Sakai, Semang dan Senoi telah membuat pertukangan tangan dan seni bina. • Bagi mereka seni berfungsi untuk keagamaan dan kegunaan. Kraf tangan mereka banyak diperbuat daripada buluh, siput dan tempurung. • Setelah meninggalkan kehidupan dalam gua, mereka mula membina rumah untuk kediaman.

Zaman Kesultanan Melaka • Masyarakat mula memikirkan tentang keindahan dan kecantikan tetapi unsur seni sebenarnya belum wujud. • Waktu ini mereka telah memikirkan tentang keindahan pakaian, rumah, halaman, peralatan termasuk senjata tetapi ianya lebih kepada kecantikan sahaja. • Kemasukan pengaruh Hindu, China, Buddha, Portugis, Belanda dan Inggeris telah mengubah corak pemikiran orang Melayu.

Zaman Jepun • Kedatangan Jepun telah banyak mengubah sikap orang-orang Melayu. • Mereka mulai sedar bahawa banyak benda yang dibuat sendiri, contohnya:-

a. Pertukangan kayu : dilatih membuat perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. b. Menjilid buku: hanya sebilangan kecil penuntutpenuntut tahun 3 yang mengikutinya.

c. Menganyam jaring: membuat jaring untuk kegunaan permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. d. Pertukangan tanah liat: hanya sebilangan penuntut sahaja yang dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain- lain dari tanah liat.

SELEPAS MERDEKA

• Ramai pelukis dari Malaysia yang keluar negeri untuk menimba ilmu tentang seni lukis. • Sekembali mereka dari luar negeri, timbul bermacam- macam ism. • Berlakulah perombakan perkembangan seni tanah air dari cat air kepada catan plastik: oil painting, pastel dan sebagainya. • Tiba di suatu peringkat , pelukis Malaysia mulai sedar bahawa sesetengah seni barat tidak sesuai dengan negara ini seperti seni Erotik dan Porno.

• Ramai pelukis yang mulai kembali pada unsur- unsur peribadi bagi mewujudkan sesuatu identiti negara dalam semangat bersatu padu semua kaum. • Kerana itulah jika diperhatikan banyak lukisan- lukisan yang menampilkan ideaidea yang bercorak Malaysia.

Kurikulum Selepas Merdeka Terbentuknya 2 Akta Pelajaran iaitu:1. Akta Pelajaran 1961 2. Dasar Pelajaran Kebangsaan

Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras • Sebenarnya maktab ini merupakan satu sekolah seni lukis dan juga maktab latihan perguruan. • Jabatan Pendidikan Seni Visual dengan diketuai Peter Haris, tahun 1961. Diambil alih oleh Syed Ahmad Jamal. • 1964, diganti oleh Yeoh Jin Leng .

• Tujuan utama kajian seni lukis dan seni reka ialah : 1. Untuk memberi para pelajar latihan dan keadaan alam sekitar yang sesuai untuk pertumbuhan daya cipta, permandangan, imaginasi kemahiran dan sambil itu memperkembangkan kecenderungan dan bakat individunya. 2. Untuk menyediakan pelajar- pelajar tersebut untuk pekerjaan yang berguna atau sebagai juru gambar bebas atau sebagai pelukis yang memberi sumbangan kepada rakyat. 3. Untuk mewujudkan kesedaran bagi perubahan terhadap alam sekitar, kebudayaan dan masyarakat untuk menyebarkan kesedaran ini beberapa luas yang boleh.

• Melalui penyertaan dan penglibatan dengan masalah- masalah kesenian, analisa, pengetahuan dan pengumpulan data serta pemilihan pengalaman yang betul untuk memberi sumbangan terhadap pembaikan nilai- nilai yang kukuh , yang bermakna dan sihat.

USM • Kursus seni halus menyentuh aspek- aspek asas seni halus yang memungkinkan para pelajar membuat penilaian dan penghargaan secara kritis bila berhadapan dengan objek- objek. • Tujuannya adalah melatihkan para pelajar menjadi (visual literate) atau pemerhati, pemandang yang arif, bila menilai mutu dan erti dunia yang berbentuk 2 dan 3 dimensi.

Pembentukan Kurikulum • Dibahagi kepada 3 iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan diri individu.

Bidang Komunikasi • Bahasa pengantar (Bahasa Malaysia,Bahasa Cina dan bahasa Tamil), Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Matematik.

Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya • Pendidikan Agama Islam , Pendidikan Moral dan Alam Dan Manusia.

Bidang Perkembangan Diri Individu • Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.

Bibliografi Arifin Jusoh, 1987, Pendidikan Seni Visual, Percetakan Watan Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Related Documents


More Documents from "SITI HAJAR FADZLIANA BTE YAHYA"