Ada lima faktor digunakan bagi mengdiagnosis kemurungan.
•
Mood negatif- rasa sedih, rasa ingin menangis, risau mengenai perkara buruk, risau atau kecewa dengan semua perkara dan tidak berupaya membuat keputusan.
•
Masalah interpersonal - kesukaran atau masalah berinteraksi dengan orang, anti sosial dan kerap mengasingkan diri (pengasingan sosial).
•
"Ineffectiveness" - penilaian negative terhadap keupayaan diri sendiri.
•
Anhedonia - tiada tenaga, tidak upaya menikmati pengalaman menyeronokkan, masalah tidur, hilang selera dan suka menyendiri.
•
Rendah jati diri - tidak suka diri sendiri, rasa tidak disayangi dan cenderung untuk bunuh diri.
Simptom kemurungan
•
Rasa sedih dan lekas marah.
•
Hilang minat pada aktiviti yang digemarinya.
•
Kurang selera makan.
•
Sukar tidur atau terlebih tidur.
•
Pergerakan yang lembap.
•
Keletihan dan kurang tenaga.
•
Rasa bersalah.
•
Sukar memberi tumpuan.
•
Kerap memikirkan mengenai kematian atau membunuh diri.
Fakta Kemurungan
•
Sekitar 10 peratus remaja mengalami kemurungan.
•
Kemurungan lebih cenderung terjadi di kalangan pelajar perempuan dan mereka yang lahir dalam keluarga yang ramai.
•
Pelajar yang murung kerap memikirkan untuk membunuh diri.
•
Kebanyakan pelajar yang murung sebenarnya bijak dan berbakat.
•
Kebanyakan pelajar murung tidak difahami oleh masyarakat sekeliling menyebabkan mereka tidak mendapat rawatan yang betul.
KEMURUNGAN
•
Sesetengah dari kita selalu mengadu sakit badan,sentiasa lesu, lemah, dan rasa malas untuk melakukan sebarang aktiviti dan mengatakan ini semua berpunca dari kelitahan akibat bekerja keras.Adakah betul tekaan anda?Sebenarnya ramai yang tidak tahu yang tanda tanda atau simptom seperti itu bukan sakit badan biasa yang disebabkan oleh letih tetapi adalah tanda tanda anda berisiko untuk mendapat penyakit kemurungan.82 % orang yang pergi mendaptkan rawatan tidak mengetahui ia sakit dan manakala 18 % lagi mengambil pil anti kemurungan.
•
Sebenarnya untuk pengetahuan anda penyakit kemurungan ini adalah serius dan menjadi penyakit ke-empat serius didunia dan penyakit ini juga bukan penyakit yang sengaja
diada-adakan lebih-lebih lagi dalam ekonomi gawat sekarang ini yang membuatkan ramai orang yang mengalami masalah dan mula berfikir banyak.Tanda-Tanda penyakit kemurungan ini ialah kurang minat melakukan aktiviti yang biasa dilakukan,hilang mood dan rasa cepat marah, menjadi sensitif dan sedih tanpa sebab, hilang tumpuan pada kerja dan sampai satu tahap pesakit akan bertindak ingin membunuh diri akibat tekanan perasaan yang kuat. Kemurungan ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonim dan noradrenalin.Serotonim ialah bahan kimia dalam saraf pusat yang boleh mengubah mood seseorang.Kemurungan ini juga boleh menyebabkan pesakit berisiko mendapat penyakit berbahaya lain seperti kencing manis.
• • •
Jenis-jenis kemurungan
• •
3-Penyakit Bipolar – Penyakit kemurungan mania
1-Reaktif-Paling biasa dan disebabkan oleh trauma 2-Endogenus – Tidak dapat biasakan dengan kehidupan seharian dan adalah disebabkan unsur genetik. Kemurungan ini dapat dicegah jika kita menjalani kehidupan dengan sabar dan tenang,jangan terlalu ‘high expectation’ hingga sukar untuk dicapai, rancang segala tugas dengan teratur, elakkan duduk bersendirian dan memikirkan sesuatu masalah, libatkan diri anda dengan aktiviti yang berfaedah, bawalah berbincang jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan yang penting jangan salahkan diri sendiri jika berlaku kegagalan.