Psikomotor Halus Rekod Berterusan

  • Uploaded by: Afi Le Feu
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Psikomotor Halus Rekod Berterusan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,410
  • Pages: 8
MENILAI PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR HALUS KANAK-KANAK PRASEKOLAH Oleh BAYREI BIN ASRIN ROHAYA BTE KAMIS ROSEIDAYU BTE ELIAS JERED YUTUI FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 9 OKTOBER 2008

1.0

PENGENALAN

Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod perkembangan kanakkanak amat ditekankan bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam perkembangan mereka. Oleh itu, merekod perkembangan murid dalam kelas amatlah penting. Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid. Terdapat pelbagai kaedah merekod perkembangan murid namun apa yang penting adalah menyimpan rekod tersebut sebagai maklumat untuk sesi konferen antara guru dan ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid.

2.0

REKOD BERTERUSAN

2.1

Definisi

Menurut Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang

1

diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Setiap pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 hingga 5 minit.

2.2

Kelebihan

Rekod berterusan merupakan satu rekod yang lengkap dan tidak terhad kepada suatu aspek atau kejadian sahaja. Ini membantu guru bagi mengkaji dan mengesan masalah perkembangan yang ada pada setiap murid. Selain itu, rekod jenis ini juga, lebih bersifat terbuka dan guru boleh mencatatkan apa sahaja yang berlaku sepanjang pemerhatian yang dibuat. Rekod berterusan juga tidak memerlukan sesorang guru itu mahir dalam kemahiran pemerhatian yang khusus. Setiap tingkah laku dan perbualan murid dapat dijadikan data mentah yang berguna dalam penilaian.

2.3

Kekurangan

Rekod berterusan ini memerlukan pengkaji atau guru untuk memerhatikan setiap tingkah laku murid yang dikaji dan ini memerlukan masa yang banyak bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan lebih tepat. Selain itu, guru juga akan mengalami kesukaran bagi mencatatkan setiap kejadian yang berlaku dalam pemerhatian secara terperinci. Rekod berterusan juga, lebih sesuai digunakan bagi pemerhatian secara individu kerana sukar bagi guru untuk merekod pemerhatian jika secara kumpulan. Selain itu, pemerhati juga perlu menjauhkan diri mereka daripada kanakkanak yang diperhati bagi mengelakkan gangguan tumpuan ataupun berlaku tingkah laku yang lain daripada tingkah laku sebenar kanak-kanak yang diperhatikan.

2

3.0

KAJIAN

3.1

Fokus

Dalam pemerhatian menggunakan rekod berterusan ini, fokus pemerhatian adalah pada aspek perkembangan psikomotor halus responden. Pengkaji menggunakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan psikomotor halus kanak-kanak dan melalui aktiviti ini juga, pengkaji akan merekod segala tingkahlaku responden dan mengenal pasti sama ada aspek psikomotor halus dan koordinasi mata tangan responden sudah mempunyai perkembangan yang sesuai dengan umurnya.

3.2

Objektif kajian



Mengenal pasti tahap perkembangan psikomotor halus kanakkanak yang diperhati.



Mengenal pasti aktiviti yang sesuai bagi meransang perkembangan psikomotor halus kanak-kanak dan



Dapat membantu meransang perkembangan psikomotor halus responden.

3.3

Sampel kajian

Nama

:

Mohd Faizal bin Tajuddin

Umur

:

6 tahun

Alamat

:

No 74 Kampung Balun, 35820 Slim River, Perak.

Sekolah

:

Sekolah Kebangsaan Balun, 35800 Slim River, Perak.

3.4

Limitasi kajian

3

Dalam menjalankan pemerhatian ini, terdapat beberapa masalah yang pengkaji hadapi. Pertama, pengkaji menghadapi kesulitan untuk mencari kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti yang kami sediakan. Masalah ini disebabkan pengkaji perlu mencari kanak-kanak yang hampir dengan kami bagi memudahkan pengkaji menjalankan pemerhatian di luar waktu kuliah. Sebagai langkah penyelesaian, pengkaji memilih kanak-kanak di Slim River kerana mudah untuk menjalankan pemerhatian ke atas kanakkanak tersebut pada hujung minggu dengan menginap di rumah salah seorang ahli kumpulan di Slim River.

Disebabkan pengkaji memilih kanak-kanak di Slim River, maka pengkaji berhadapan dengan masalah jarak dan pengangkutan untuk membolehkan kesemua ahli kumpulan kami menjalankan pemerhatian ke atas kanak-kanak tersebut. Sebagai langkah penyelesaian, pengkaji membahagikan tugas dimana 2 orang menjalankan pemerhatian dan selebihnya menjalankan kerja yang lain bagi melengkapkan pemerhatian ini. Hasilnya akan pengkaji bincangkan bersama di dalam kumpulan pada perjumpaan berikutnya. Selain itu, pemerhatian ini juga memerlukan masa yang banyak. Jadi pengkaji menghadapi masalah untuk mencari masa yang sesuai memandangkan jadual waktu kuliah yang tidak sama. Untuk menyelesaikan hal ini, pengkaji memilih kanak-kanak di Slim River kerana boleh memperuntukkan cuti hujung minggu bagi menjalankan pemerhatian ini.

Sebelum menjalankan pemerhatian, pengkaji juga berhadapan dengan masalah pemilihan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut. Oleh itu, pengkaji menyediakan beberapa pilihan aktiviti bagi membolehkan kanak-kanak tersebut melakukan aktiviti tersebut dengan lancar. Disebabkan rekod ini memerlukan pengkaji mencatatkan kejadian dengan terperinci, oleh itu, pengkaji mengambil inisisatif dengan

4

menonton semula video rakaman bagi mengemaskini pemerhatian yang telah dijalankan sebelumnya.

4.0

METODOLOGI KAJIAN

Pemerhatian ini dijalankan oleh 2 orang pemerhati ke atas seorang kanak-kanak (responden). Pemerhati menjalankan kajian selama lebih kurang 10 minit bagi setiap sesi menggunakan rekod berterusan. Aktiviti yang dijalankan melibatkan lima aktiviti dimana segala pemerhatian dan ulasan dicatatkan dalam rekod berterusan tersebut. Selain itu, pemerhatian ini melibatkan rakaman video semasa pemerhatian dijalankan disamping beberapa gambar sebagai bukti pemerhatian. Dalam pemerhatian ini, pengkaji menggunakan 5 aktiviti semasa pemerhatian dibuat.

4.1

Aktiviti mewarna

Responden diminta untuk mewarnakan perkataan “selamat hari raya” yang telah disediakan. Objektif aktiviti ini adalah untuk melihat perkembangan motor halus dan koordinasi mata – tangan ketika mewarnakan perkataan tersebut.

4.2

Aktiviti menggunting

Responden diminta untuk menggunting beberapa keping gambar dan perkataan dari pelbagai saiz. Responden perlu menggunting gambar yang bersaiz besar dahulu kemudian diikuti dengan gambar yang lebih kecil. Objektif aktiviti ini adalah untuk melihat perkembangan motor halus dan koordinasi mata - tangan semasa menggunting.

4.3

Aktiviti menampal

5

Responden diminta untuk menampal gambar dan perkataan yang telah digunting pada kertas tebal yang telah disediakan. Kemudian responden diminta untuk menampal hiasan lain seperti bintang dan bulan bagi mencantikkan lagi kad yang dihasilkan. Objektif aktiviti ini adalah untuk melihat kebolehan responden menampal gambar serta hiasan tersebut.

4.4

Aktiviti melukis dan melorek

Responden diminta untuk melukis mengikut bentuk acuan yang disediakan iaitu bentuk bulan dan bintang. Kemudian menggunakan pencil warna, responden diminta mewarnakan lakaran tersebut. Objektif aktiviti ini adalah untuk melihat penguasaan kawalan jari serta koordinasi mata dan tangan semasa mengikut bentuk acuan tersebut.

4.5

Aktiviti memasukkan benang ke dalam lubang

Responden diberikan benang untuk dimasukkan ke dalam lubang-lubang kecil yang telah disediakan pada tepi kad yang disediakan. Objektif aktiviti ini adalah untuk melihat perkembangan motor halus dan koordinasi mata - tangan semasa memasukkan benang ke dalam lubanglubang tersebut.

5.0

DAPATAN KAJIAN

 Rujuk pada lampiran 6.0

ULASAN

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, serta rekod berterusan yang telah dibuat, pengkaji mendapati responden masih belum menguasai kemahiran psikomotor dengan baik namun sesuai dengan umurnya. Namun begitu, terdapat

6

aktiviti yang mampu responden siapkan dengan kemas. Bagi aktiviti mewarna, rekod menunjukkan responden semakin cekap semas mewarna namun kelamalamaan, responden seolah-olah hilang tumpuan semasa mewarna kerana semakin menunjukkan ketidakkemasan pada hasil kerjanya. Bagi aktiviti menggunting pula, rekod menunjukkan hasil guntingan responden agak kemas. Ini menunjukkan koordinasi mata tangan responden agak baik.

Aktiviti seterusnya iaitu aktiviti menampal. Rekod menunjukkan responden mengambil masa agak lama untuk menampal semua gambar dan hiasan yang disediakan. Selain itu, responden juga masih agak kurang mahir dalam menggunakan gam untuk menampal. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti melukis dan melorek. Rekod menunjukkan responden mahir melukis mengikut acuan dan juga kreatif dalam menggunakan pelbagai jenis warna semasa mewarna lakarannya. Aktiviti yang terakhir adalah aktiviti memasukkan benang ke dalam lubang pada kad yang disediakan. Aktiviti ini agak sukar bagi responden kerana memerlukan koordinasi mata tangan yang baik. Responden memerlukan masa yang lama semasa memasukkan benang ke dalam lubang namun berjaya menyiapkan kad hari raya yang dihasilkan.

7.0

KESIMPULAN

Terdapat pelbagai kaedah merekod perkembangan kanak-kanak dan rekod berterusan merupakan salah satu kaedah yang baik walaupun terdapat beberapa kekurangan pada kaedah rekod ini. Dalam pendidikan prasekolah, aspek merekod amat penting dan berguna kepada guru dan juga ibu bapa bagi membantu perkembangan kanak-kanak. Dalam pemerhatian ini, rekod berterusan ini membantu mengesan tahap perkembangan psikomotor halus kanak-kanak dan tindakan susulan perlu dibuat bagi meningatkan lagi tahap kemahiran kanakkanak tersebut. Kesimpulannya, rekod berterusan ini amat membantu dan dengan adanya kefahaman guru terhadap tahap kemahiran murid, akan membantu guru

7

untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan sesuai dengan tahap murid-muridnya.

BIBLIOGRAFI

Penilaian melalui pemerhatian. Diperolehi pada 26 september 2008 daripada http://mahirkmm.tripod.com/taksir2.htm Sukatan peperiksaan penilaian tahap kecekapan . Diperolehi pada 25 september 2008 daripada http://apps.emoe.gov.my/bppk/sukatan/pdf/772%2003.pdf Surayah Zaidon. Satu tinjauan literatur penggunaan portfolio kanak-kanak prasekolah. Diperolehi pada 26 september 2008 daripada http://www.ipislam.edu.my/ uploaded/file/surayahzaidon.pdf Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Diperolehi pada 25 september 2008 daripada http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb3.pdf Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Diperolehi pada 27 September 2008 daripada http://misskhan0.tripod.com/prasekolahmpks/id7.html

8

Related Documents

Psikomotor
June 2020 9
Psikomotor
May 2020 9
Penilaian-psikomotor
May 2020 10
Psikomotor: Oleh
November 2019 27
Rekod Anekdot
June 2020 32

More Documents from ""