1.0 PENGENALAN Pertumbuhan institusi pondok di Kedah berhubungkait dengan kemunculan ulama yang telah wujud pada waktu penjajah British datang ke Tanah Melayu. Umumnya, pendidikan pondok tidak memberi pendidikan sekular tetapi pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan satu bentuk pendidikan yang tertua di Alam Melayu. Maka, lahirlah bakal-bakal pemimpin Islam yang merupakan tokoh-tokoh agama dan alim ulama dalam masyarakat Islam seluruhnya. Salah satu pondok yang terdapat di Tanah Melayu adalah bertempat di Kampung Paya Kelubi, Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah. Pondok tersebut dikenali sebagai pondok Ustaz Adnan yang telah ditubuhkan sekitar tahun 1990. Ustaz Adnan adalah pengasas pondok tersebut dan beliau digelar “Ustaz Nan” dalam kalangan masyarakatnya. Nama penuh beliau ialah Adnan bin Abdul Majid. Beliau dilahirkan di Kupang, Baling, Kedah. Ustaz Adnan merupakan seorang tokoh agama yang penyabar dan berwawasan sepanjang beliau menjadi tok guru pondok. Menurut pandangan para pelajarnya, beliau sangat berdisiplin dan tegas dalam setiap beliau lakukan. Semakin hari semakin ramai penuntut yang datang malah mereka sanggup datang dari jauh. Pengkaji berminat untuk mengenali tokoh ini dengan lebih mendalam kerana dapat melihat kesungguhan tokoh dalam mendirikan pondok dan memberi ilmu agama kepada masyarakat.
1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN Pengkaji telah menggalurkan empat objektif dalam kajian ini, iaitu :
Pengkaji dapat memahami sistem pendidikan pondok di pondok Ustaz Adnan dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Pengkaji dapat mengetahui latar belakang dan sejarah hidup tokoh dari era 1990 sehingga tahun 2010.
Selain itu, pengkaji juga dapat mengetahui sumbangan dan peranan tokoh-tokoh penting dengan lebih mendalam.
2
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN Antara permasalahan kajian tersebut adalah pengkaji belum mengetahui dengan lebih mendalam akan latar belakang dan sejarah hidup serta sumbangan tokoh kepada masyarakat. Walaupun terdapat ramai tokoh agama di dalam Negeri kedah, mengapakah pengasas pondok iaitu Ustaz Adnan menjadi salah satu tokoh yang dikagumi dalam masyarakat. Walaupun tokoh tidak terkenal seperti tokoh yang lain, namun tokoh ini telah banyak memainkan peranan dalam mengajar ilmu agama kepada masyarakat yang datang dari pelbagai pelosok. Kejayaan tokoh tersebut bukan sahaja dapat dilihat dari aspek pendidikan, malah juga dapat dilihat dari aspek pembangunan institusi pondok itu sendiri dan pekerjaan penuntut di pondok Ustaz Adnan. Selain itu, pengkaji juga dapat mengetahui asal usul kemunculan institusi pondok dan perkembangannya di Tanah Melayu dengan lebih terperinci. Tambahan lagi, pengkaji dapat mengetahui mengenai tokoh dalam memberikan pendidikan islam kepada masyarakat. Hal ini telah memberikan impak kepada diri pengkaji dan masyarakat terutamanya kepada diri penuntut yang datang menuntut.
3
4.0 SKOP KAJIAN Pengkaji telah membuat skop kajian dari jarak masa antara tahun 1990 sehingga tahun 2010. Pengkaji memilih untuk mengkaji tokoh ini bermula pada tahun 1990 kerana pada tahun tersebut merupakan tahun tertubuhnya pondok itu oleh pengasasnya iaitu Tuan Haji Adnan bin Abdul Majid. Tambahan lagi, pada tahun 1990 juga telah berlaku zaman kemalapan dalam sistem pengajian pondok kerana pengaruh pondok telah mengalami kemerosotan sedikit demi sedikit selepas kedatangan Jepun di Negara kita. Ekoran daripada berlakunya peristiwa itu, pengkaji dapat memperlihatkan pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama di Kedah saling membantu antara satu sama lain demi mempertahankan pondok terus kekal. Selain itu, pengkaji juga telah membuat skop kajian dari aspek tempat iaitu di pondok Ustaz Adnan, Kampung Paya Kelubi, Sungai Karangan. Sebelum tertubuhnya pondok tersebut, kawasan ini hanya dipenuhi dengan ladang kelapa sawit milik Tuan Haji Abdul Majid bin Hussin. Pondok Ustaz Adnan ini terletak kira-kira 25 kilometer dari Bandar Kulim dan berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan. Pondok ini merupakan pondok yang terletak di dalam Daerah Kulim. Pengkaji memilih Tuan Haji Adnan bin Abdul Majid sebagai tokoh kerana tokoh ini merupakan
pengasas pondok itu sendiri di Kampung Paya Kelubi, Sungai
Karangan. Pengkaji juga amat berbangga kerana berpeluang mengenali tokoh ini dengan lebih mendalam kerana beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang agama.
4
5.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS Apabila pengkaji membuat penyelidikan mengenai tokoh, pengkaji telah mendapati bahawa terdapat satu kajian mengenai tokoh yang dilakukan oleh seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Karangan pada tahun 2005. Beliau telah melabelkan tokoh sebagai “Dunia Islam Adnan”. Kajian yang dilakukan oleh pelajar tersebut telah memberikan maklumat yang banyak mengenai tokoh. Kajian tersebut juga telah membantu pengkaji melengkapkan kajian dalam tajuk ini. Selain itu, pengkaji juga telah berjaya mengenalpasti bahawa terdapat sebuah buku yang diterbitkan oleh Pelima Media Sdn. Bhd. pada tahun 2001 mengenai pengajian di pondok. Penulis buku tersebut ialah Muhammad Hafiz Mat Tajudin. Buku tersebut berjudul “Personaliti Ilmuwan Islam Berjaya”. Buku ini telah menjelaskan proses pembelajaran dan budaya keilmuan para ulama di pondok. Walaupun buku ini tidak terdapat mengenai tokoh tetapi sedikit sebanyak telah membantu pengkaji untuk mendapatkan idea awal akan hal-hal yang perlu diulas iaitu berkenaan sejarah awal pondok ditubuhkan. Pengkaji juga telah berjaya menemui sebuah laman sesawang yang berkaitan dengan
latar
belakang
“fathoniebest.blogspot.com”.
tokoh.
Laman
sesawang
tersebut
ialah
Laman sesawang tersebut turut membantu
pengkaji mengetahui lebih mendalam tentang tokoh dan memberi banyak input kepada pengkaji.
5
6.0 KAEDAH KAJIAN Pengkaji telah menggunakan dua jenis kaedah dalam menyiapkan kajian ini, iaitu : Kajian Temubual : Pengkaji telah mengkaji dan menemubual sendiri tokoh serta telah memperolehi maklumat yang berkaitan di samping melihat tapak awal penubuhan institusi pondok di Sungai Karangan yang sememangnya menjadi tempat tumpuan untuk menuntut ilmu agama atau lebih dikenali sebagai pondok. Pengkaji juga telah berjaya menemubual beberapa orang sumber iaitu Encik Zamjuri bin Omar, Puan Saodah binti Kamaruddin dan Puan Rabiatul binti Zakaria. Encik Zamzuri merupakan bekas pelajar tokoh yang amat mengetahui latar belakang tokoh dan kini beliau menjadi tok guru pondok di Kampung Sedim. Menurut ayah Encik Zamzuri yang kini berada di Kampung Che Wan Jusoh, Sungai Limau, Baling, Encik Zamzuri merupakan teman sekampung Tuan Haji Adnan bin Abdul Majid sejak kecil lagi. Kaedah Perpustakaan : Pengkaji juga telah mendapatkan maklumat tentang tokoh dengan lebih mendalam melalui laman sesawang iaitu “alumnibakriah.wordpress.com”. Laman sesawang ini telah memudahkan pengkaji memperolehi maklumat tentang tokoh dalam pelbagai bidang yang tokoh lakukan terutamanya dalam menjadi tok guru agama.
6
7.0 BIBLIOGRAFI 1. Sumber Primer : Adnan bin Abdul Majid (pengasas pondok Ustaz Adnan), ditemu bual oleh Nur Amirah, Kampung Paya Kelubi, Sungai Karangan, 19 Januari, 2014.
Rabiatul binti Zakaria (warga emas, pondok Ustaz Adnan), ditemu bual oleh Nur Amirah, Kampung Paya Kelubi, Sungai Karangan, 19 Januari, 2013.
Saodah binti Kamaruddin (warga emas, pondok Ustaz Adnan), ditemu bual oleh Nur Amirah, Kampung Paya Kelubi, 19 Januari, 2013.
Zamjuri bin Omar (tok guru pondok, Kampung Sedim), ditemu bual oleh Nur Amirah, Kampung Sedim, 17 Januari, 2014.
7
2. Sumber Sekunder : Ahmad Darwis Sulaiman. “ Kehidupan Pondok Adnan”. 25 Januari, 2014. http://risalahdakwah.com.
Aminul Palaludin. “ Madrasah Sungai Karangan”. 30 Januari, 2014. http://epondok.wordpress.com.
Muhammad Hafiz Mat Tajudin. “Personaliti Ilmuwan Islam Berjaya”. 28 Mei, 2001. http://www.pelima.com.my/media/
Fazlan Nadiah Salleh. “ Ulama Adnan Disanjungi”. 20 Januari, 2014. Fazlannadiah.blogspot.com.
Zawati Samsudin. “ Pondok Sungai Karangan”. 29 Januari, 2014. Zawatisamsudin.blogspot.com.
8
9