Pentaksiran Autentik.docx

  • Uploaded by: Lutfi Hadi
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pentaksiran Autentik.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,883
  • Pages: 13
PENTAKSIRAN AUTENTIK KPD 3016 TUGASAN INDIVIDU TAJUK: PEMBINAAN RUBRIK PENSKORAN BAGI TOPIK CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA BARAT(SEJARAH TINGKATAN 3) PENSYARAH : PROFESOR DR. OTHMAN BIN LEBAR DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD SYAHBANI BIN ABDULLAH D20161074291

PENGENALAN Ujian

atau

peperiksaan

adalah

aspek

penting

dalam

menentukan

keberkesanan hasil pembelajaran serta mengukur prestasi pencapaian seseorang pelajar. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan bagi menentukan profil pencapaian pelajar. Isu tentang penerimaan dan keyakinan masyarakat terhadap sesuatu pentaksiran perlu diberi keutamaan oleh pengamal pentaksiran. Secara umum, isu membabitkan pentaksiran ini bukan sahaja tentang hasil tetapi yang lebih penting adalah proses bagaimana sesuatu hasil pentaksiran di peroleh. Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada

proses

pengajaran

yang

diharapkan

dapat

memperbaiki

proses

pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) (2015) menjelaskan bahawa pentaksiran bukan sahaja membantu guru dalam pengajaran tetapi juga membantu pelajar belajar dengan berkesan melalui pengumpulan maklumat secara temu bual, tugasan bertulis dan cara-cara lain. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik dan autentik. Guru diberi pengitirafan dan autonomi untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing. Oleh itu, guru atau pensyarah perlu memastikan hasil pentaksiran diterima dan di yakini oleh pelbagai pihak. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memastikan perlaksanaan pentaksiran dapat dijalankan secara berkesan adalah pematuhan kepada prnsip-prisip asas pentaksiran. Antara prinsip asas pentaksiran ialah kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran, objektiviti, interpretability, utility dan etika.

HASIL PEMBELAJARAN Matapelajaran

: Sejarah Tingkatan 3

Topik

: Campur tangan dan penjajahan kuasa barat

Standard Kandungan : Pentadbiran Negeri-negeri Selat STANDARD PEMBELAJARAN (Hasil Pembelajaran)  Murid dapat mengenal pasti cara kedatangan Barat  Dapat menerangkan tentang faktor kedatangan Barat.  Murid dapat menjelaskan langkah awal British untuk menguasai Tanah Melayu  Dapat menjelaskan dasar pemerintahan British di Tanah Melayu. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mengikut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi pula bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Kemp (1995) menjelaskan bahawa strategi pembelajaran adalah suatu kegiatan pembelajaran yang harus dikerjakan guru dan peserta didik agar tujuan pembelajaran dapat dicapai secara efektif dan efisien. Dalam erti kata lain, strategi adalah pertimbangan terhadap teori, pendekatan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai objektif pembelajaran. Ia juga dianggap landasan penentu pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran

dilihat

sebagai

perubahan

dalaman

yang

berlaku

kepada

seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Teknik pengajaran yang digunakan adalah teknik main peranan. Main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid untuk

membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan murid-murid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang dibayangkan. Livingstone (1983) mentakrifkan main peranan sebagai satu gaya pengajaran secara interaktif yang melibatkan aktiviti bilik darjah untuk memberi ruang kepada pelajar mengaplikasikan bahasa yang dipelajari semaksimummungkin seolah-olah mereka berada di luar bilik darjah. Tujuannya adalah supaya murid berpeluang untuk melahirkan pelbagai perasaan dengan bebas mengikut situasi watak, pelajar juga berpeluang melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi selain dapat membantu murid yang bersifat pendiam kepada yang boleh membina keyakinan diri. Pelajar juga akan terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran yang mengkehendaki mereka mendengar, mengubah

dan

mengingat

skrip

dialog,

berbincang

dan

seterusnnya

mempersembahkan peranan masing-masing. Contohnya pelajar-pelajar diminta untuk melakonkan satu agenda kemasukan dan pentadbiran British di Tanah Melayu. Watak yang diberikan haruslah disampaikan dengan perasaan dan tingkah laku bagi mengambarkan situasi yang sebenar. Hal ini dapat menjadikan sesuatu pembelajaran yang senang difahami oleh kerana pelajar-pelajar dapat merasai situasi yang sebenar. Aktiviti lakonan tersebut telah terbukti juga dapat membina kemampuan psikolinguistik pelajar, iaitu sikap, personaliti dan motivasi pelajar terhadap apa yang diajar. Teknik ini juga merupakan suatu situasi yang melibatkan pelajar memegang suatu peranan samada sebagai dirinya sendiri ataupun menjadi individu yang lain. Ia boleh dijalankan di dalam kelas dan murid-murid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang dibayangkan. Teknik lain yang boleh diambil sebagai pengajaran guru di sekolah adalah teknik soal jawab. Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidangpendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksiantara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaankonsepkonsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan danpercaya diri sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakansoalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik

ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantungkepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal. Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak,mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunyai soalan. Adakah benar pelajarpelajar tidak mempunyai soalan untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh ditimbulkan di sini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar didalam kelas? Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatumaklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikapsaling memahami dan bekerjasama. Sebagai contoh, guru memberikan sebuah artikel tentang pentadbiran British di Negeri-negeri Selat dan meminta untuk pelajar membacannya dalam waktu yang telah ditetapkan. Selepas tamat waktu yang ditetapkan guru boleh menanyakan beberapa soalan tentang sistem pentadbiran British di Negeri-negeri Selat Secara teknikalnnya pelajar harus menjawab kerana artikel sudah diberikan. Perkara ini boleh menambahkan lagi pengetahuan dalam kalangan pelajar dan mengelakkan pelajar dari kaku kepada bergiat aktif. Selain daripada itu adalah menggunakan teknik perbincangan. Menurut Killen (1947) perbincangan merupakan proses berinteraksi secara bersemuka di mana pelajar dapat bertukar-tukar idea, membincangkan atau menyelesaikan sesuatu masalah, menjawab persoalan, mengukuh serta meningkatkan kefahaman pelajar. Kementerian Pendidikan (1990), strategi perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Gall and Gall (dipetik daripada Killen, 1947) menyatakan bahawa strategi perbincangan merupakan satu kaedah yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ciriciri teknik perbincangan adalah kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan, pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah, guru berperanan sebagai pemudahcara dan pembimbing pelajar sepanjang sesi perbincangan dan perbincangan melibatkan semua pelajar dalam kelas ataupun dijalankan dalam kumpulan kecil. Tujuan perbincangan adalah Untuk menggalakkan

perkembangan

mental

pelajar

supaya

mereka

dapat

menyumbangkan idea dan pandangan secara sistematik dan tepat dan juga Memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemahiran lisan mereka untuk

berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan. Cara pelaksanaan adalah guru perlu memilih topik berasaskan pengalaman, kebolehan dan minat pelajar sebagai contoh bagaimana pertapakan British di Negeri-negeri selat . Selain daripada itu, mengkaji dan melihat maklumat tentang topik perbincangan dan membantu pelajar untuk bersedia dalam aktiviti perbincangan. Seterusnnya, pengerusi dan pencatat harus

dipilih

untuk

mengendalikan

sesi

perbincangan

dan

semasa

sesi

perbincangan, pelajar digalakkan mencatatkan idea yang disarankan dari semasa ke semasa. Pada akhir perbincangan, idea-idea yang dicatat haruslah dirumuskan dan sedikit masa diperuntukkan bagi guru atau pengerusi membuat ulasan atau kesimpulan daripada hasil perbincangan. Sebelum akhir perbincangan, pujian harus diberikan kepada pelajar supaya mereka merasakan idea dan pandangan mereka mendapat perhatian. Jadi memberi pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik. Minda pelajar juga dapat dirangsang dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dan pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau masalah dalam perbincangan.

STRATEGI PENTAKSIRAN

Pentaksiran autentik adalah satu bentuk penilaian dimana murid diminta untuk menjalankan ujian atau tugasan dalam situasi yang sebenar untuk menunjukkan pengetahuan dan kemahiran sebenar mereka. Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkanpencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Manakala menurut Rudner & Boston, (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna. Pentaksiran Autentik ni digunakan dalam mata pelajaran sejarah tingkatan tiga. Untuk hasil pembelajaran dalam strategi pentaksiran iaitu “murid dapat mengenal pasti cara kemasukan dan pertapakan British di Negeri-negeri Selat”. Melalui objektif ini, guru menggunakan teknologi maklumat dengan menunjukkan video bergambar tentang cara kemasukan dan Pertapakan British dengan menggunakan tipu helah dan juga kelemahan pentadbiran tanah Melayu

yang diperolehi untuk memudahkan pelajar membuat pemerhatian. Melalui pemerhatian video berkenaan, murid-murid diminta mengulas tentang video berkenaan. Maka berlaku perbincangan antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru di dalam kelas berkenaan. Namun guru lebih kepada memberi peluang kepada pelajar-pelajar

untuk mengulas iaitu menggunakan kaedah pemusatan

murid. Perbincangan boleh meransang pemikiran kritikal dan dan menggalakkan pelajar-pelajar yang berkebolehan sederhana melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Menurut Abdul Rahman Abdul aziz (2000), kebolehan komunikasi adalah pencapaian manusia yang paling berharga kerana kebolehan ini telah membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain. Melalui petunjukan video ini, pelajar akan lebih seronok untuk belajar dan mudah untuk mengingat fakta dalam bentuk grafik dan bergambar berbanding dengan membaca. Seterusnya setelah perbincangan, pelajar dikehendaki mencatat dapatan dan membina peta bulatan I-Think. Peta Bulatan ini adalah kesimpulan yang telah diperhatikan oleh murid di dalam video yang telah dipertontonkan oleh guru tadi dan hasil perbincangan. Seterusnya strategi pentaksiran melalui hasil pembelajaran iaitu “dapat menerangkan tentang cara kemasukan dan pertapakan British di Negeri-negeri Selat” yang ditafsir setelah melihat video adalah pemerhatian. Kaedah ini adalah sebagai langkah dalam mengenalpasti kawasan, tarikh dan masa kemaraan tentera Jepun. Penyiasatan ini dilakukan melalui tontonan video yang ditayangkan pada hasil pembelajaran satu. Penyiasatan merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubungkaitan antara fenomena semula jadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973). Dalam melakukan pemerhatian tersebut, pelajar akan dapat menghubungkaitkan teori yang telah mereka pelajari di dalam bilik darjah dengan keadaan. Ini besesuaian dengan kaedah pentaksiran autentik yang menguji pelajar dengan alam yang sebenar melalui tontonan video. Setelah daripada itu, pentaksiran dilakukan melalui pembentangan hasil pemerhatian murid. Ini adalah untuk menilai hasil pembelajaran yang ketiga iaitu “murid dapat menjelaskan cara kemasukan dan pertapakan British di Negerinegeri Selat”. Penguasan pelajar menggunakan teknologi dapat ditaksif melalui pemerhatian guru dan pelajar dinilai berdasarkan hasil tugasan mereka. Dengan

menghasilkan slide persembahan dalam bentuk power point berbentuk grafik, pelajar bukan saja dapat menjelaskan pemerhatian mereka bahkan dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam penggunaan teknologi yang telah didedahkan kepada mereka. Menurut Miarso (2007 : 62) : Teknologi adalah proses yang meningkatkan nilai tambah, proses tersebut menggunakan atau menghasilkan suatu produk , produk yang dihasilkan tidak terpisah dari produk lain yang telah ada, dan kerana itu menjadi sebahagian integral dari suatu sistem. Pelajar dapat melakar dan mempersembahkan pemerhatian mereka dalam bentuk yang lebih menarik. Penggunaan teknologi juga dilihat dapat meningkatkan minat dan kreativiti murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran

juga

dapat

dilakukan

terhadap

tugasan

projek

yang

dilaksanankan oleh pelajar dalam secara berkumpulan. Tugasan projek ini dapat menilai hasil pembelajaran “Dapat menjelaskan dasar pemerintahan British di Negeri-negeri Selat ”. Tugasan ini bersesuai dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai kerana dapat memberi peluang kepada murid untuk mempraktikkan pembelajaran mereka semasa di dalam kelas dengan keadaan yang sebenar. Projek yang dilakukan oleh murid merupakan tugasan yang ditaksir sebagai pentaksiran autentik. Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan murid, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Oleh itu, murid akan berupaya untuk meningkatkan keupayaan pembelajaran mereka dalam pelbagai prespektif dan dapat berhadapan dengan pelbagai permasalah semasa proses pembelajaran mereka. REKA BENTUK PENTAKSIRAN

Kamus dewan edisi keempat mendefinasikan reka bentuk adalah corak atau bentuk sesuatu yg direka manakala pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu. Noraini Idris (2005) menyatakan pentaksiran merupakan sebahagian daripada aktiviti penilaian yang melibatkan suatu proses pengumpulan maklumat

secara berterusan dengan tujuan untuk menguji hipotesis, membuat keputusan dan mengemukakan soalan. Justeru itu, berdasarkan penggabungjalinan definisi reka bentuk dan pentaksiran maka dapat disimpulkan bahawa rekabentuk pentaksiran merupakan sesuatu corak atau bentuk direka yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu.

PROSES PENTAKSIRAN / LANGKAH- LANGKAH MENYEDIAKAN REKA BENTUK PENTAKSIRAN Langkah 1 1.

Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil

2.

Guru menayangkan video dan slide interaktif berkenaan pertapakan British di Negeri-negeri Selat

3.

Setiap kumpulan diminta untuk menyenarai cara pertapakan British di Pulau Pinang. Langkah 2

1.

Setiap kumpulan diminta membentangkan bagaimana cara pertapakan British di Pulau Pinang. .

2.

Setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan yang dipinta oleh guru.

3.

Guru menerangkan sistem Pentadbiran British di Negeri-negeri Selat. Langkah 3

1.

Murid diminta untuk mendapatkan maklumat berkenaan tentang kemasukan dan pertapakan British di Negeri-negeri selat.

2.

Murid juga diminta untuk membuat inferens atau kesimpulan awal yang munasabah untuk menerangkan pemerhatian yang akan mereka perolehi.

Langkah 4 1.

Guru bersoal jawab tentang pembelajaran hari ini

2.

Murid juga akan menjawab beberapa soalan yang terdapat dalam borang

pemerhatian mereka dan merumuskan hasil penyiasatan tersebut.

PEMBINAAN RUBRIK PERBENTANGAN

Kriteria/ Skala Pencapaian

Baik (2)

Struktur  pembentangan   

Ada salam Ada pengenalan diri Menyatakan tajuk serta kit ulasan Menyatakan ringkasan isi penting pebentangan

Baik (3)   



Teknik penyampaian

Huraian amat jelas Idea yang tepat Penjelasan amat baik (Huraian + Contoh ada kaitan dengan isu semasa) Kesimpulan atau rumusan yang meyakinkan Baik (3)

 

jelas dan mudah difahami intonasi & suara yang

Sederhana (1)

Lemah (0.5)

Jumlah

• Ada salam

• Ada salam

/2

•Ada pengenalan diri

•Tiada pengenalan diri

•Menyatakan tajuk dan tiada ulasan

• Tiada tajuk

• Tidak menyatakan isi•Tidak menyatakan isi penting pembentangan isi-isi penting pembentangan

Sederhana (2)

Lemah (1)

  

Huraian kurang jelas  Idea yang tepat  Penjelasan kurang  baik (huraian+ contoh ada tetapi tidak tepat dengan isu semasa)  Kesimpulan atau rumusan yang tidak meyakinkan Sederhana (2)

Tiada huraian Hanya membaca teks Tiada kesimpulan



Kurang jelas dan kurang difahami



Kurang jelas tetapi masih boleh difahami Intonasi& suara yang



/3

Lemah (2) /3

  

jelas Tahap keyakinan yang baik Interaksi bersama pendengar berkesan Gerak badan dan komunikasi mata yang berkesan

  

sederhana Tahap keyakinan yang sederhana Interaksi bersama pendengar sederhana Gerak badan dan komunikasi mata sederhana









Etika

Baik (2) 



Ketetapan masa pebentangan yang ditentukan Pakaian yang mengikut syarat & sopan

Jumlah Keseluruhan





Intonasi dan suara yang lemah Tahap keyakinan yang lemah Interaksi bersama pendengar sangat sedikit Gerak badan dan komunikasi mata sedikit

Sederhana (1)

Lemah (0.5)

Tidak mengikut masa pebentangan yang ditentukan Pakaian yang mengikut syarat & sopan /10



Tidak memakai pakaian yang mengikut syarat & sopan

/2

RUBRIK (PEMARKAHAN) TAHAP PENGUASAAN

MAKSUD

TAKRIFAN UMUM

1

Tahu

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respon terhadap perkara asas

2

Tahu dan Faham

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari

3

Tahu , Faham Boleh Buat

4

Tahu, Faham dan Boleh Murid melaksanakan sesuatu kemahiran Buat dengan beradab dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik

dan Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi

5

Tahu, Faham dan Boleh Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada Buat dengan Beradab situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau Terpuji secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif

6

Tahu, Faham dan Boleh Murid berupaya menggunakan pengetahuan Buat dengan Beradab dan kemahiran sedia ada untuk digunakan Mithali pada situasi baharu, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi

KESIMPULAN Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini akan diubah secara berperingkat

menjelang tahun 2011. Dengan ini, satu sistem

penaksiran baru akan diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini, ramai dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah kerana, terdapat ketidakadilan dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman&Pearson, 1990). Jadi, guru perlu keluar dari corak kotak pemikiran lama yang menggunakan kaedah tradisional untuk mengajar. Guru perlu mempelbagaikan kaedah mengajar yang berkesan dan melaksanakan kaedah pentaksiran yang bersifat lebih autentik dan holistik. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik ini menekankan kepada pengalaman terhadap dunia sebenar dalam kehidupan pelajar. Ia juga bukan hanya melibatkan tahap kognitif

di peringkat

pengetahuan dan pemahaman malah melibatkan tahap kognitif yang lebih tinggi iaitu peringkat aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

BIBLIOGRAFI. Basiah Abu Bakar, edisi ke-2. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim: Quantom Books.

Mohd.Majid Konting (2009) Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2016) Sejarah Tingkatan 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Related Documents


More Documents from ""

Proposal_sejarah.docx
April 2020 6
Jadual Kata
May 2020 27
Pengesahan Icim.docx
July 2020 21
Pengesahan Beby.docx
July 2020 25