Projek Sejarah Bangunan Bersejarah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Projek Sejarah Bangunan Bersejarah as PDF for free.

More details

  • Words: 4,587
  • Pages: 38
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KEMBANGAN, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL EHSAN. _____________________________________________________________________

Kerja Kursus Sejarah Penilaian Menengah Rendah Tahun 2009

Bangunan Bersejarah di Malaysia:

Bangunan Sultan Abdul Samad Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur _____________________________________________________________________

Nama : Nombor I/C: Tingkatan: 3 Daisi 5 Guru Subjek: Pn. Jehan binti Abdullah

Senarai Kandungan: _____________________________________________________________________

No. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

Aspek Senarai Kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah Kajian Pengenalan Nama Lain Bagi Bangunan Sultan Abdul Samad Asal-usul Bangunan Pengasas Tarikh Pembinaan Perletakkan Batu Asas Lokasi Tujuan Pembinaan Kos Pembinaan san Upacara Perasmian Reka Bentuk Pelan Bahan-bahan Pembinaan Pengubahsuaian Hiasan Dalaman dan Keistemawaan Bangunan Kegunaan Dahulu dan Sekarang Cara Pembinaan Rumusan Lampiran Rujukan

Muka Surat 1 2 3 4 5 6 7 8-9 9 10 11-12 13-14 15 16-17 18 19 20-22 23 24 25-26 27-3_ 3_

Penghargaan: _____________________________________________________________________ Dalam tempoh melaksanakan kerja kursus ini, saya telah menghadapi beberapa cabaran yang agak menyulitkan. Namun, kerja kursus ini tetap dapat dijayakan atas bantuan dan kerjasama yang telah diberi daripada beberapa pihak.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru subjek Sejarah Tingkatan 3, Pn. Jehan bt. Abdullah yang telah banyak memberi penerangan dan tunjuk ajar mengenai format kerja kursus Sejarah PMR. Beliau juga membimbing dan membetulkan kesilapan dalam proses penghasilan projek ini.

Sekalung budi kepada kedua-dua ibu bapa saya, En. _________dan Pn.__________, kerana telah memberi dorongan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh penghasilan projek ini. Tidak dilupakan Pn. ___________yang telah telibat sebagai 2

responden dan sudi ditemu bual. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada rakan sekelas 3 Daisi 5 dan rakan saya kerana sudi berkongsi maklumat berkaitan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah terlibat dan sudi memberi bimbingan, sokongan serta kerjasama sepanjang tempoh penghasilan projek ini.

Objektif Kajian: _____________________________________________________________________ Kerja kursus Sejarah ini telah merangkumi beberapa objektif kajian seperti yang berikut: 1) Mengenal pasti sejarah dan latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad.

2) Mengetahui reka bentuk dan ciri-ciri Bangunan Sultan Abdul Samad.

3) Mengetahui tujuan Bangunan Sultan Abdul Samad dibina.

4) Kepentingan dan peranan Bangunan Sultan Abdul Samad semasa peristiwaperistiwa yang penting.

5) Membuat perkaitan antara Bangunan Sultan Abdul Samad dengan rakyat Malaysia. 3

6) Menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah dalam kalangan rakyat, kerana bangunan-bangunan tersebut melambangkan keistimewaan sesebuah Negara.

7) Menerapkan unsur-unsur nilai murni dan patriotisme dalam kalangan pelajar.

Kaedah kajian: _____________________________________________________________________ Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam penghasilan kerja kursus ini.Kaedah yang telah saya gunakan adalah seperti yang berikut:

1) Rujukan – Saya telah merujuk dan menganalis maklumat daripada buku-buku ilmiah,dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan seperti Perpustakaan Hipermedia MPSJ dan perpustakaan sekolah bagi mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang telah saya pilih.

2) Media – Saya telah menganalisi media masa dan media cetak seperti internet, majalahmajalah, dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut 4

mengenai bangunan yang telah saya pilih dan mendapatkan fahaman yang jelas mengenainya.

3) Pemerhatian –Saya telah melakukan pemerhatian bagi mengenal pasti seni bina dan keistimewaan bangunan yang telah saya pilih dengan tepat.

4) Temu Bual: - Saya telah menemu bual emak saya, Pn. Koay Lai Keok mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad. Hasil temu bual telah saya masukkan dalam Elemen 1 kerja kursus ini.

Pengenalan: _____________________________________________________________________ Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan di antara bangunan tertua yang terdapat di bandar Kuala Lumpur. Bangunan tersebut mempunyai reka bentuk yang tersendiri dan istimewa. Walaupun sudah berumur melebihi 100 tahun, bangunan tersebut tetap merupakan salah satu tumpuan pelancong yang hangat. Bangunan Sultan Abdul Samad telah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan negara kita.

Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah menjadi Pusat Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dapat dilihat pada poskad, setem serta lukisanlukisan. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslian reka bentuknya.

5

Nama Lain Bagi Bangunan Sultan Abdul Samad: _____________________________________________________________________ Pada mula pembinaannya bangunan itu dikenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the New Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat) yang dguna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Pada asalnya bangunan tersebut hanya disebut sebagai “Bangunan” sahaja sebelum ditukar kepada nama Bangunan Sultan Abdul Samad sempena pemerintah bagi negari Selangor yang memerintah dari tahun 1857 hingga 1898. Di samping itu, Bangunan Sultan Abdul Samad juga dikenali oleh pelancong negara asing sebagai Kuala Lumpur’s Big Ben dan Kuala Lumpur’s Grand Old Lady.

Jam besar yang terdapat pada menara setinggi itu pula dikenali sebagai “jam kemerdekaan” kerana jam tersebut berdenting 12 kali pada tepat jam 12.00 malam, 30 Ogos 1957. Pada masa yang sama, bendera Union Jack telah diturunkan dan

6

digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu (Jalur Gemilang) oleh saudara Hamzah Alang.

Asal-usul bangunan: _____________________________________________________________________ Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini bermula dari tahun 1889, iaitu setelah W.E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di negeri Selangor. Pada masa itu, bangunan-bangunan kerajaan dan rumah kedai yang dibina di Kuala Lumpur tidak begitu menonjol dan menarik. Justeru, beliau telah merancang untuk membina sebuah bangunan kerajaan yang boleh menempatkan semua jabatan-jabatan kerajaan Negri-negeri Melayu Bersekutu. Maxwell telah membawa Charles Edwin Spooner dari Ceylon (Sri Lanka) sebagai Jurutera Negeri (State Engineer) dan Pengarah Jabatan Kerja Raya dibantu oleh Arthur Charles Alfred Norman sebagai arkitek. Beliau memilih sebuah tempat yang keluasannya 1035 hektar.

7

Pengasas: _____________________________________________________________________ Setelah W.E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di negeri Selangor pada 1889, bangunan-bangunan kerajaan dan rumah kedai yang dibina di Kuala Lumpur tidak begitu menonjol dan menarik, di samping ingin membangunkan negeri Selangor sebagai pusat pentadbiran. Lantaran itu, Maxwell telah membawa Charles Edwin Spooner dari Ceylon sebagai Jurutera Negeri (State Engineer) dan Pengarah Jabatan Kerja Raya dibantu oleh Arthur Charles Alfred Norman dan Bellamy sebagai arkitek. Selaku arkitek Jabatan Kerja Raya (PWD), Arthur Charles Alfred Norman merupakan arkitek dan perancang bagi beberapa bangunan yang penting seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Sri Carcosa, Sekolah Victoria Institution dan sebagainya. Beliau menghabiskan masa di benua Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India seperti Taj Mahal yang membawa kepada ciri senibina Moor (Moorish) dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad. 8

Regent Alfred John Bidwell telah melukis pelan ketinggian (elevation plan) manakala A.C. Norman menyediakan pelan tampak. Reka bentuk yang dikemukakan oleh mereka ialah English Classical Renaissance. Namun, C.E. Spooner selaku Jurutera Negeri dan penyelia tidak begitu bepuas hati dengan reka bentuk yang dikemukakan, kerana berasa reka bentuknya tidak begitu sesuai dengan iklim dan persekitaran di Kuala Lumpur.

Lantaran itu, A.C. Norman telah mengadaptasi seni bina yang berunsurkan Muslim India dan Eropah, iaitu seni bina Mohametan. Seni binanya yang berbentuk “Saracenic” sebenarnya dihasilkan oleh pengikut-pengikut Nabi Mohammad. Seni bina “Saracenic” ini turut mempunyai beberapa nama yang lain, misalnya seni bina Moslem dan seni bina Moorish.

Bangunan yang dipengaruhi bangunan awam di India ini menonjolkan dua stail unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang bercirikan “Raj style” mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini.

Susunan umum pelan (susunan pejabat-pejabat) tersebut tidak ditukar, hanya bahagian luarnya yang diubah kepada seni bina Mohametan. C.E. Spooner terlebih dahulu turut berpendapat bahawa bangunan yang bercirikan unsur-unsur Timur sesuai dibina di Kuala Lumpur. Bangunan Sultan Abdul Samad yang berunsurkan reka bentuk Mohametan dianggarkan menelan belanja sebanyak $152,000.

_____________________________________________________________________ 9

Tarikh pembinaan: Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dari tahun 1894 hingga April, 1897 (2 tahun 7 bulan) _____________________________________________________________________

Perletakan Batu Asas: _____________________________________________________________________ Pada 6 Oktober 1894, Gebenor Negeri-Negeri Selat, H.E. Sir Charles BH Mitchell KCMG telah menggunakan satu kulir perak untuk meletakkan batu asas. Satu cekungan yang berada di bawah batu asas tersebut, Gabenor Mitchell telah meletak sekeping duit Yen (Jepun), duit syling Negari-negeri selat, sekeping bijih timah yang dilombong oleh The Straits Company serta senaskah akhbar Selangor Journal. Gabenor Mitchell turut mengatakan bahawa memang satu peristiwa yang mulia untuk membina pejabat-pejabat awam yang sesuai kerana perkhidmatannnya yang memuaskan, tetapi perkhidmatan yang diberi haruslah lebih cemerlang supaya dapat bekerja dalam bangunan tersebut.

10

Gambar 1: Perletakkan batu asas oleh H.E. Sir Charles B.H. Mitchell KCMG.

Lokasi: _____________________________________________________________________ Bangunan Sultan Abdul Samad berada di antara pertemuan Sungai Klang dengan Sungai Gombak. Kedudukannya boleh dikatakan amat strategik kerana bangunan ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Berhadapan dengan Dataran Merdeka di mana tiang bendera tertinggi di dunia berada dan Kelab Diraja Selangor, Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman dan di belakangnya ialah Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan.

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan bangunan pertama yang berdiri megah di tapak berbentuk segi tiga, iaitu terletak di antara Jalan Raja (Jalan Tuanku 11

Abdul Rahman) dengan Jalan Belanda yang melengkari ke arah barat sepanjang sungai Gombak dan Sungai Klang. Kawasan tersebut yang landai merupakan sebuah tapak paya bekas lombong.

Berdekatan dengan Bangunan ini ialah sebuah gereja besar yang bernama St. Mary Cathedral iaitu di mana Ratu Elizabeth II telah membuat lawatan baginda ke Malaysia pada tahun 1998. Gereja tersebut merupakan salah satu gereja yang tertua di Malaysia. Selain itu, Masjid Jamek turut tidak jauh dari sini.

Gambar 2: Peta menunjukkan kedudukan Bangunan Sultan Abdul Samad.

12

Tujuan Pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad: _____________________________________________________________________ Tujuan utama bangunan ini dibina ialah untuk mendirikan sebuah bangunan kerajaan sebagai pusat pentadbiran British di Selangor ( sebelum itu terletak di Klang). ketika itu dan memberi imej baru kepada Kuala Lumpur dengan menonjolkan imej seni bina Islam yang menarik. Bangunan Sultan Abdul Samad dibina bertujuan untuk menempatkan semua jabatan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di bawah satu bangunan pentadbiran berpusat. Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selangor dari 1857 hingga 1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor .

Berikut merupakan jabatan-jabatan, pejabat-pejabat serta majlis-majlis yang ditempatkan di Bangunan Abdul Samad: 1) Pejabat Sekretariat Kerajaan dan Negeri Selangor 2) Pejabat Kerja Raya 3) Pejabat Residen Jeneral 4) Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (Public Works Department District Office) 5) Pejabat Tanah 6) Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner)) 13

7) Pejabat Audit dan Pembendaharaan 8) Pejabat Pos 9) Jabatan Galian 10) Majlis Mesyuarat Negeri (Council Chamber) 11) Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) 12) Pejabat Pendaftaran Perkahwinan

Setiap jabatan dan majlis mempunyai pejabat yang tersendiri. Hal ini menunjukkan corak pengurusan yang sistematik. Di tingkat 1 terdapat Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Galian, Pejabat Audit dan Pembendaharaan. Di tingkat 2 pula ditempatkan Pejabat Sekretariat Kerajaan, Bilik Mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber), Lembaga Kebersihan, Pejabat Residen Jeneral, Pejabat Sekretariat serta jabatan-jabatan yang lain. Tidak dilupakan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan turut berada di dalam bangunan tersebut. Di samping itu, Bangunan Sultan Abdul Samad menempatkan beberapa mahkamah seperti Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1987, Mahkamah Agung Malaysia (Mahkamah Persekutuan), Mahkamah Rayuan dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya (di bawah Kementerian Kehakiman). Kini, Bangunan Sultan Abdul Samad dijadikan pejabat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).

14

Gambar 3: Batu plat di Bangunan Sultan Abdul Samad menunjukkan Mahkamah Persekutuan pernah ditempatkan di bangunan tersebut.

Gambar 4: Mohd. Shafie menandatangani plat semasa majlis penyerahan Bangunan Sultan Abdul Samad Kepada KPKKW.

Kos Pembinaan: _____________________________________________________________________ Kerajaan british telah mengehadkan bahawa kos bagi pembinaan bangunan tersebut tidak melebihi RM231,000, tetapi kos pembinaan yang dianggarkan sebelum pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad hanya RM150,000. Setelah pembinaan bangunan ini siap pada April, tahun 1897, jumlah kos yang sebenar ialah RM152,824. Kosnya yang beasr telah menjadikan Bangunan Sultan Abdul Samad bangunan yang termahal di rantau itu ketika bangunan tersebut didirikan. _____________________________________________________________________

Upacara Perasmian: _____________________________________________________________________ Pada 4 April, 1897, bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Frank Swettenham K.C.M.C. selaku Residen Jeneral pada masa itu. Teks lengkap yang disampaikan oleh C.E. Spooner semasa ucapan beliau dalam majlis perasmian tersebut boleh didapati dalam Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic 15

Society (JMBRAS), vol.65, tulisan The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M. Gillick.

Reka Bentuk pelan: _____________________________________________________________________ Regent Alfred John Bidwell melukis pelan ketinggian (elevation plan) manakala A.C. Norman menyediakan pelan tampak yang berunsurkan reka bentuk English Classical Renaissance. Tetapi C.E Spooner (penyelia) kurang bepuas hati dengan reka bentuk yang dikemukakan. A.C. Norman telah mengadaptasi seni bina yang berunsurkan Muslim India dan Eropah, iaitu seni bina Mohametan. Bangunan Sultan Abdul Samad mempunyai keluasan 10,200 meter persegi dan mempunyai ketinggian 57 meter. Bangunan ini mengunjur sepanjang 122 meter di Jalan Tunku Abdul Rahman. Menara jam bangunan tersebut setinggi 43.6 meter, manakala ketinggian bagi bangunan tersebut ialah 17.5 meter. Seni bina jenis Mohametan dapat dilihat melalui 3 kubah-kubah yang menghiasi bangunan tersebut. Sebelum itu, ketiga-tiga kubah tersebut berwarna hitam agar tidak kelihatan begitu ketara dan dikesan oleh kapal-kapal terbang tentera musuh (Jepun). Bangunan tersebut menonjolkan 2 stail yang unik, iaitu kehebatan 16

pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry). Di tengah-tengah bangunan ini yang berbentuk ladam, terdapat satu dataran segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Kehadiran laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini. Selain itu, bangunan tersebut mempunyai satu tapak letak kereta yang disediakan khas untuk hakim-hakim dan pegawai-pegawai mahkamah.

Pelan Tingkat Bawah

Pelan Tingkat 1

Pelan Tingkat 2

Pelan Tingkat Mezanin

Gambar 5: Reka bentuk pelan Bangunan Sultan Abdul Samad. Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar hakim dan bilik-bilik Mahkamah Agung. Ruang pejabat bangunan dikelilingi serambi yang memberikan pengudaraan secara maksima. 17

Bahan-bahan Pembinaan: _____________________________________________________________________ Pembinaan bangunan ini melibatkan penubuhan sebuah kilang di Brickfields, Kuala Lumpur yang membekalkan bahan binaan diperlukan, iaitu 1) 4 juta batu-bata, 2) 2,500 tong simen, 3) 18,000 pikul kapur, 4) 5,000 paun tembaga, 5) 50 tan besi dan keluli, 6) 30,000 kaki padu kayu. Batu-bata yang berkualiti berwarna merah dibawa dari India. Para pekerja terdiri daripada kaum India. Antara kontraktor kecil yang membawa batu-bata ini ialah Ghouse, yang berasal dari Chittagong, India (sekarang Bangladesh). Batu-bata ini dibawa terus melalui Sungai Klang dan ada sebuah pangkalan berhampiran Masjid Jamek sekarang.

18

Pengubahsuaian: _____________________________________________________________________ Pada tahun 1971, bandar raya Kuala Lumpur telah dilanda banjir besar akibat hujan lebat. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dilaksanakan pada sekitar tahun 1978. dengan anggaran kos sebanyak RM 17.2 juta, kerja-kerja pengubahsuaian telah siap sepenuhnya pada tahun 1984 (6 tahun). Pengubahsuaian bangunan hanya dilakukan pada bahagian dalam bangunan tersebut. Kerja-kerja menyadur ketiga-tiga kubah bangunan tersebut dengan tembaga telah dilakukan pada tahun 1982 yang ditanggung kosnya sebanyak RM200,000 oleh kerajaan Australia. Bahagian luar dan kedudukan asal bangunan tersebut tidak diubah. Apabila kerja-kerja pengubahsuaian tersebut sudah siap, bangunan tersebut dirasmikan sekali lagi.

Pada bulan Disember, tahun 2007, kerja-kerja pegubahsuaian telah dijalankan ke atas Bangunan Sultan Abdul Samad bagi menempatkan Pejabat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Kerja Raya. Kos pengubahsuaian ke atas bangunan tersebut ialah lebih kurang RM 20 juta. Bahagian luar bangunan tersebut tidak dijejaskan kerana ingin dipelihara kecantikan bangunan tersebut, sebagai salah satu usaha pemeliharaan bangunan itu.

19

Hiasan Dalaman dan Keistimewaan Bangunan: _____________________________________________________________________ Bahan bagi pembuatan lantai bagi Bangunan Sultan Abdul Samad ialah batu paten India yang menggabungkan corak-corak geometri berunsurkan Islam.

Gambar 6: batu paten India yang mempunyai corak-corak geometri di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Terdapat verandah (lebar: 3.7m) yang melingkari bangunan tersebut. Bangunan tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri yang istimewa dari aspek komposisi karektor seperti stail, ragam hias serta penerapan unsur-unsur Islam pada gerbang tingkap, pintu gerbang yang berbentuk ladam (arch), kubah potong bawang (dome) serta struktur-struktur minaret yang bisasanya dapat dijumpai di masjid-masjid (Cordova dan Mesir).

Jika diperhatikan dengan teliti, lengkungan pada tingkat atas adalah lebih kecil daripada lengkungan yang terdapat di tingkat bawah. Pintu bagi bangunan diperbuat daripada kayu berbentuk panel. Di samping itu, hampir semua tangga yang terdapat 20

dalam bangunan tersebut dibina dalam bentuk lingkaran. Bumbung condong (pitch) di bangunan itu menggunakan genting berwarna merah. Di samping itu, terdapat kipas pangkah pada siling bangunan itu yang perlu ditarik agar berfungsi.

Gambar 7 dan 8: Reka-reka bentuk yang terdapat pada bangunan tersebut.

Reka bentuk pada pintu dan tingkap gerbang adalah berbentuk ladam. Bangunan Sultan Abdul Samad mempunyai 3 menara. Antara menara yang paling menonjol ialah menara jam yang berusia lebih daripada 111 tahun. Jam yang terdapat pada menara itu dihasilkan oleh Gillet Johnston Founders Croydon England pada 1897. Jam itu berfungsi secara mekanikal iaitu menggunakan kaedah bandul pemberat, sistem takal dan gear serta perlu dikunci 2 kali seminggu. Jam ini telah menyaksikan peristiwa penting seperti penurunan bendera Union Jack.

Terdapat beberapa pertukaran waktu yang telah berlaku: 1) 31 Disember, 1931, dipercepat 20 minit untuk memanjangkan waktu siang. 2) Tahun 1942, dipercepatkan 2 jam mengikuti waktu Tokyo, Japun. (semasa Perang Dunia Kedua) 3) Tahun 1945, diselaraskan semula sama seperti tahun 1941 4) 1 Januari, 1982, dipercepatkan 30 minit untuk menyeragamkan waktu Sabah, Sarawak dengan Semenanjung Malaysia dan menjadi “Malaysian Standard Time”. 21

Tidak dilupakan bahawa terdapat banyak aktiviti, sambutan serta perarakan yang dijalankan berdekatan/di Bangunan Sultan Abdul Samad, contohnya: 1) Sambutan kemerdekaan negara 2) Perarakan Citrawarna Malaysia 3) Sambutan Tahun Baru 4) Mengarak Panji-Panji Diraja

Gambar 9: Sambutan kemerdekaan di Bangunan Sultan Abdul Samad.

22

Gambar 10: Sambutan kemerdekaan bagi negara kita pada tahun 1957.

Kegunaan Dahulu dan Sekarang. _____________________________________________________________________ Bangunan Sultan Abdul Samad telah menempatkan banyak jabatan, pejabat dan kementerian. Kini, bangunan tersebut berfungsi sebagai Pejabat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW). Bangunan yang bersejarah ini telah menempatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri, Pejabat Residen Jeneral serta mahkamah.

Tahun 1958- 1977

Tahun 1978- 2007

Sebelum merdeka.

Kini. (2008- 2009) Selepas merdeka

masa

23

- Pejabat Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. - Jabatan Pembendaharaan.

- Pejabat ResidenJeneral. - Pejabat Pos Besar.

- Jabatan Perakaunan. - Majlis Mesyuarat Negeri.

- Mahkamah Agung Malaysia. (sehingga bulan Mac 2007) - Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil dan Jenayah.

- Pejabat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW)

-Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Garisan Masa bagi Kegunaan Bangunan Sultan Abdul Samad:

Cara Pembinaan: _____________________________________________________________________ Sebagai bangunan kerajaan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya iaitu pada tahun 1894 hingga tahun 1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciriciri keistimewaan dari pelbagai budaya, seperti India dan Muslim. Penerapan unsurunsur seni bina ini dapat dilihat melalui pintu gerbang, kubah potong bawang dan sebagainya. Reka bentuknya yang bersesuaian dengan iklim dan budaya di Malaysia turut membolehkan bangunan tersebut menonjolkan kecantikannya. Seni bina bagi bangunan tersebut adalah hampir sama dengan masjid-masjid, contohnya Masjid Jamek yang kedudukannya tidak jauh dari bangunan itu.

24

Rumusan: _____________________________________________________________________ Saya amat bersyukur kerana dapat menjayakan Kerja Kursus Sejarah PMR Tahun 2009 yang bertema “Bangunan Bersejarah di Malaysia.” Saya telah memilih Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai kawasan kajian saya.

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan ikon atau simbol yang utama bagi bandar raya Kuala Lumpur yang telah merekodkan banyak peristiwa-peristiwa bersejarah. Bersamaan dengan Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas yang melambangkan era kemodenan, Bangunan Sultan Abdul Samad sering dikaitkan dengan fakta-fakta sejarah Kuala Lumpur pada zaman pemerintahan British dan Jepun. Namun demikian, bangunan ini tetap berdiri teguh di pusat bandar raya Kuala Lumpur yang pesat membangun atas usaha kerajaan dan rakyatnya.

Kehadiran, keistimewaan serta identiti seni bina yang terkandung dalam bangunan ini mendapat pujian dan sanjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat 25

Malaysia dan pelancong negara luar. Bangunan tersebut yang telah melalui jalan ranjau menuju ke arah kemerdekaan sehinggalah kini, bangunan ini menjadi tumpuan hangat bagi para pelancong di samping menjana kemajuaan ekonomi negara kita. Lantaran itu, Bangunan Sultan Abdul Samad bersama dengan Dataran Merdeka selalu dipilih menjadi pusat utama bagi pelbagai jenis perayaan dan sambutan, misalnya Samabutan Tahun Baru, Sambutan Hari Kemerdekaan serta acara-acara menarik yang membabitkan promosi pelancongan negara kita.

Saya sedar betapa bertuahnya saya menjadi warganegara Malaysia kerana negara kita mempunyai banyak keistimewaan yang ditinggalkan oleh zaman dahulu dan telah melahirkan masyarakat majmuk serta budaya yang tersendiri. Saya turut berasa bersyukur kerana dilahirkan di atas bumi yang mempunyai kesan peninggalan sejarah yang sangat unik dan bermakna kepada rakyat Malaysia. Tanah air kita yang telah dijajah melebihi 400 tahun telah memberi iktibar kepada kita semua.

“Untuk mara ke depan, kita perlu menoleh ke belakang,” itulah yang dikatakan oleh Tun Abdullah Badawi selaku Perdana Menteri Negara kita yang ke-5. Kita haruslah mengambil iktibar dan menjadikan peristiwa-peristiwa yang telah berlalu (sejarah) sebagai satu pengajaran dan peringatan agar tidak mengulangi kesilapan tersebut pada masa akan datang. Keindahan nilai estetika dan seni warisan ini dapat menjadi perangsang kepada rakyat dan kerajaan untuk terus mengekalkan peninggalan sejarah tersebut.

Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari nilai kerjasama dan kesabaran dalam mengahadapi cabaran sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini. Walaupun penghasilan projek tersebut tidak berjalan begitu lancar, saya tetap dapat menyiapkan dan menghantar folio sejarah tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan. 26

Lampiran: _____________________________________________________________________ 1) Foto-foto

2) Laman Internet: Portal rasmi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW).

3) Panduan Melaksanakan Kerja Kursus.

4) Surat Kebenaran Melaksanakan Kerja Kursus Sejarah

5) Surat Makluman Menjalankan Kerja Kursus Sejarah

6) Contoh buku ilmiah (Insiders Kuala Lumpur)

27

Saya telah mengunjungi kawasan kajian: Bangunan Sultan Abdul Samad.

28

Bangunan Sultan Abdul Samad diiktiraf sebagai salah satu daripada Warisan Kebangsaan Negara.

Pintu depan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Bahagian dalam Bangunan Sultan Abdul Samad.

29

Portal rasmi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW)

30

Tampak Hadapan

Tampak Belakang

Tampak Kiri

Tampak Kanan

Pelan tampak Bangunan Sultan Abdul Samad.

Rujukan: 31

_____________________________________________________________________ Saya telah merujuk kepada beberapa sumber yang berikut seperti: 1. Internet • http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad • http://malaysiana.pnm.my • http://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samad • http://www.heritage.gov.my/main/announcement/1567

2. Buku Ilmiah • Francis Dorai, 2005. Insight Guide Malaysia, United Kingdom: Lagensceidt Publishers, Inc. • Iman Suffiya, 2006. Seni Bina dan Seni Lukis,Kuala Lumpur: Penerbit Era Didik. • Mohd. Zahari Ishak, 2006. Di Sebalik Simbol Kenegaraan, Melaka: Associated Educational Distrbuters(M)Sdn.Bhd.2. • Lam Seng Fatt, 200 . Insiders Kuala Lumpur, Kuala Lumpur:

3. Orang Sumber • Puan Koay Lai Keok, 49 tahun, No. 31, Jalan BS 5/5, Taman Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

4. Surat Khabar • Berita Harian,Selasa,20 Januari 2009,Halaman 28

5. Melawat Tempat Kajian • Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, 50300 Kuala Lumpur.

32

Elemen 3: _____________________________________________________________________ Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara kita semakin maju, pembangunan yang terdapat di sekeliling kita adalah disebabkan oleh ekonomi yang mantap. Bagi menjana ekonomi negara, kita perlu bersatu padu dalam melakukan apaapa perkara demi tanah air tercinta. Usaha memupuk semangat patriotik boleh dilakukan melalui penghayatan bangunan-bangunan bersejarah.

Bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia merupakan ikon bagi sesuatu tempat. Contohnya, apabila kita menyebut nama Bangunan Sultan Abdul Samad, kita akan mengaitkannya dengan bandar raya Kuala Lumpur. Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Kita patut menghormati raja dan pemimpin negara kita. Tanpa adanya raja-raja dan pemimpin-pemimpin yang berwibawa, maka segala kemajuan sesebuah negara akan terhenti. Selain itu, segala jasa dan perjuangan tokohtokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Onn Jaafar haruslah kita semua kenang dan hargai. Kita juga patut menghormati lambang-lambang negara, contohnya bendera Jalur Gemilang, lagu kebangsaan dan jata negara. Lambang-lambang negara menunjukkan kedaulatan dan kegemilangan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Di samping itu, kita juga harus menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu, memang tanggungjawab kita semua untuk menghargai dan menghormati tradisi dan budaya orang lain. Kita turut harus berbangga dengan sejarah negara kita yang telah memberi kita banyak iktibar dan pengajaran.

Salah satu fokus utama kurikulum subjek Sejarah ialah melahirkan rakyat yang bersemangat setia terhadap negaranya. Kita perlu cinta akan bangsa dan negara 33

kita di samping mengamalkan taat setia kepada raja dan pemimpin negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah sedia untuk berkorban demi bangsa dan negara kita. Pejuang negara kita yang terkenal iaitu Leftenan Adnan merupakan teladan bagi kita semua untuk bersifat berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara tercinta. Kita juga patut peka kepada masalah dan isu-isu tentang bangsa dan negara. Sebagai seorang warganegara Malaysia, wajiblah kita untuk bersyukur kerana dapat menikmati kemajuan, pendidikan dan keamanan.

Selain itu, kita hendaklah mengamalkan semangat kekitaan kerana perpaduan dan hidup berharmoni sesama diri merupakan penjana kemajuan negara kita. Kita haruslah bertoleransi antara satu sama lain. Demi kesejahteraan semua, kita perlulah bekerjasama dan saling membantu agar perkara yang hendak dilaksanakan lebih mudah dan cepat diselesaikan. Di samping itu, kita juga patut bersikap bersefahaman dan bermuafakat agar tidak berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Muhibah dan semangat bermasyarakat harus dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia atas usaha mencapai kegemilangan, bak kata “bersatu teguh, bercerai roboh.”

Selaku warganegara Malaysia yang cinta akan tanah tumpah darahnya, kita haruslah berdisiplin. Kita harus berakhlak dan berbudi pekerti mulia agar terus dipandang tinggi. Kita perlulah mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara yang merupakan tulang belakang bagi kemajuan negara kita. Kita juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kita patut berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi supaya tidak menjatuhkan maruah bangsa dan negara kita. Dalam melakukan apa-apa perkara, kita perlu bertindak wajar dan berfikiran rasional. Sikap amanah dan jujur turut perlu diamalkan. Tanpa mengira apaapa pun perkara atau situasi, kita mestilah bersikap adil dan bertimbang rasa. 34

Di samping itu, kita mestilah berusaha dan produktif semasa melakukan sesuatu. Kita perlu bersikap rajin dan gigih. Kita juga perlu mengamalkan sikap berdikari. Kita tidak patut bergantung pada orang lain atau selalu mengharapkan bantuan orang lain. Semasa melakukan apa-apa perkara, cabaran atau masalah pasti akan timbul. Justeru, kita haruslah abah menghadapi cabaran.

Kita semua sebagai warganegara Malaysia yang sedang mengorak langkah ke arah kejayaan, wajib kita untuk merealisasikan impian-impian negara. Saya berasa syukur kerana dilahirkan di sebuah bumi yang aman damai, maju dan sedang bergerak ke arah kegemilangan.

Tugasan 2: 35

Tajuk: Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia? _____________________________________________________________________ Dalam usaha negara kita mengorak langkah menuju kea rah kecemerlangan dan kegemilangan di samping merealisasikan “Wawasan 2020” yang dirintis oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Seri Mahathir Mohamad, semangat cinta akan negara atau patriotisme merupakan pendorong bagi mencapai kedua-dua matlamat tersebut. Salah satu kaedah untuk menanam unsur-unsur patriotisme dan semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan kita semua ialah melalui pembelajaran di sekolah. Di sekolah, kita belajar pelbagai jenis subjek, seperti Sejarah, Geografi dan Pendidikan Moral. Subjek-subjek tersebut bukan sahaja mengajar kita tentang topic-topik yang diperuntukkan dalam buku-buku teks, tetapi juga membina insan yang menjiwai semangat cintakan Negara dan menghargai warisan-warisan bangsa negara kita. Nilai-nilai murni ini dapat dilihat dengan jelas dalam subjek sejarah. Melalui subjek ini, kita dapat menghayati dan menghargai “harta warisan” di tanah air kita.

Kerajaan negara kita kini sedang berusaha memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia. Sebagai contoh, Bangunan Sultan Abdul Samad yang diiktiraf sebagai warisan kebangsaan Negara kita telah berjaya menarik ramai pelancong atas usaha kerajaan negara kita yang bertungkus-lumus memeliharanya. Walaupun kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan terhadap bangunan tersebut, keaslian pada bahagian luarnya tidak terjejas.

Dengan adanya kerajaan yang boleh dijadikan teladan dan pedoman, wajarlah kita semua untuk menghayati, menghargai dan seterusnya mempertahankan ikon-ikon 36

Negara kita. Semangat ini haruslah dipupuk oleh semua rakyat Malaysia. Kita patut berbangga atas kesan peninggalan sejarah di negara kita, kerana apa yang berlaku pada masa dulu membentuk kita pada masa kini. Di samping itu, bangunan-bangunan bersejarah turut menunjukkan Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang berdaulat, walaupun pernah ditindas, dijajah serta dieksploitasi.

Rakyat yang mencintai warisan bangsa negaranya merupakan rakyat yang mencintai tanah airnya. Di negara kita, banyak bangunan-bangunan bersejarah masih lagi berdiri teguh dan megah di bumi tercinta ini. Melalui bangunan-bangunan tersebut, kita turut boleh mencontohi “ketabahan” bangunan yang telah disirami hujan lebat dan cahaya matahari yang terik. Seni bina bangunan bersejarah melambangkan pemikiran seseorang (arkitek), kita sebagai generasi muda patut mengaplikasi pemikiran kita yang kritis, kreatif dan berinovatif dalam melakukan apa-apa perkara.

Di sini, nyatalah bahawa usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia mampu menyemai semangat cinta akan warisan bangsa. Kita selaku warganegara Malaysia haruslah mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah agar peristiwa-peristiwa yang terkandung padanya tidak akan lupus. Kita haruslah menjaga warisan negara kita agar generasi yang akan datang berpeluang melihatnya.

37

Tamat.

38

Related Documents