Kajian Sejarah Tempatan-bangunan Bersejarah 2009 - Panduan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Sejarah Tempatan-bangunan Bersejarah 2009 - Panduan as PDF for free.

More details

  • Words: 908
  • Pages: 8
KAJIAN SEJARAH TEMPATAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH Sejarah 21/2 Panduan Menulis Tugasan 1(b)– laporan kajian (Elemen 2) 1. Tajuk – tulis tajuk berkenaan 2. Senarai Kandungan

Senarai Kandungan Tajuk

Muka Surat

Penghargaan_______________________________ 1 Objektif Kajian______________________________ 2 Kaedah Kajian______________________________ 3 Hasil Kajian________________________________ 4 – 15 Rumusan__________________________________16 Lampiran__________________________________17 Rujukan___________________________________18

1

3. Penghargaan Contoh: Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru sejarah saya *Puan/Encik…(tulis nama penuh guru) dan (nama guru lain jika ada yang membantu) kerana telah memberikan bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan Kajian Sejarah Tempatan PMR 200… ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada bapa saya *Encik…(tulis nama penuh bapa) dan ibu saya *Puan….(tulis nama penuh ibu) yang telah memberi kerjasama dan sokongan untuk saya menyiapkan tugasan saya ini. Selain itu saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan yang membantu dan memberikan kerjasama kepada saya iaitu (tulis nama penuh rakan-rakan anda)

*Senarai nama dalam penghargaan sekurang-kurangnya 3 orang iaitu terdiri daripada: • Guru Sejarah • Ibu dan bapa • Rakan-rakan • Saudara mara (ibu/bapa saudara/adik beradik/datuk/nenek)

4. Objektif Kajian Contoh: Kajian Sejarah Tempatan ini merupakan kajian tentang………(tajuk). Kajian ini merangkumi objektif-objektif yang berikut: • • •

Menceritakan tentang asal usul dan sejarah……... Memperihalkan tentang lokasi ………. Memperihalkan tentang keistimewaan……..

2

5. Kaedah Kajian Kaedah kajian boleh dilakukan melalui rujukan, penyelidikan dan temu ramah (temu bual). Contoh: Saya telah memilih beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat serta menganalisis maklumat yang telah diperoleh. Antara kaedah yang digunakan rujukan, penyelidikan dan temu ramah (temu bual),

a) Rujukan di ……….(nama perpustakaan) •

Mengumpul maklumat dan fakta yang berkaitan dengan tajuk kajian melalui buku ilmiah dan jurnal.



Mendapatkan maklumat melalui keratan akhbar dan majalah.

b) Penyelidikan di laman web: •

Saya membuat rujukan di internet mengenai sejarah pembinaan……



Saya mengumpulkan maklumat-maklumat serta gambar-gambar dari laman-laman web yang berkaitan dengan ………..

c) Temu ramah Saya telah mengenalpasti individu yang perlu ditemui terlebih dahulu serta soalan-soalan yang berkaitan. Antara individu yang dikenalpasti dapat membantu saya ialah………(senaraikan siapa yang telah anda temui dan namanya anda perlu senaraikan dalam penghargaan). 6. Hasil Kajian Isi hendaklah dirangka sendiri oleh pelajar melalui maklumat yang telah dikumpulkan dari hasil rujukan, penyelidikan dan temu ramah. 7. Rumusan Contoh: Kajian Sejarah Tempatan ini yang bertajuk …….(tajuk soalan) telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali asal usul dan sejarahnya

3

dengan lebih dekat lagi. Melalui temu ramah dengan individu yang mempunyai pengalaman dan cerita-cerita sejarah mengenai…….(tajuk) saya dapat mengetahui maklumat yang amat bernilai yang mana sebelum ini tidak pernah saya ketahui. Selain dari itu saya merasa amat kagum dengan ciri-ciri yang terdapat pada….(tajuk). Antaranya rekabentuk pelan yang unik, jenis bahan yang digunakan malah cara pembinaannya. Akhirnya kajian ini membuat saya semakin mengagumi khazanah budaya tinggalan sejarah dan ini menunjukkan bahawa betapa kayanya budaya sesuatu masyarakat di Malaysia. 8. Lampiran Lampiran merupakan peta negara, negeri, daerah, tapak kawasan dan galeri photo yang berkaitan dgn tajuk soalan. 9. Rujukan Rujukan hendaklah ditulis mengikut format yang betul: Buku Ilmiah Nama pengarang, Tahun diterbitkan, Nama buku, Tempat diterbitkan, Penerbit Jurnal Nama Pengarang, Tajuk, Bilangan, Tahun Akhbar Nama akhbar, Tarikh disiarkan Majalah Nama majalah, Tarikh Orang Sumber Nama, Umur, Alamat Melawat Tempat Kajian Nama tempat/bangunan, alamat Internet Alamat laman web VCD/DVD

4

Tajuk program, terbitan Rancangan radio/televisyen Tajuk program, Tarikh, Masa, Rangkaian Contoh: Buku Ilmiah Yunus Pipet, 1993. Gasing Melayu. Kuala Lumpur: DBP Jurnal “Gasing”dalam Ensiklopedia Dunia Melayu, Jilid 2, 1997 Akhbar Utusan Malaysia, Permainan Gasing di Pantai Timur, 16 Mei 2004 Majalah Siswa, Mei 2007, halaman 19 Orang Sumber En. Hasan bin Hj. Hamzah, 54 tahun No. 65, Jalan SS19/6B 47500 Subang Jaya, Selangor Tuan Hj. Mohd. Yusoff bin Salleh, 65 tahun No. 47, Jalan Bendahara Jaya 3 Taman Bendahara 83000 Batu Pahat, Johor Melawat Tempat Kajian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor d/a Perpustakaan Tun Raja Uda Persiaran Perdagangan 40572 Shah Alam, Selangor Internet Warisan Budaya Malaysia: Permainan Tradisional: Gasing, http://malaysiana.pnm.my/03/0307/gasing.htm

5

KAJIAN SEJARAH TEMPATAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH Sejarah 21/2 Panduan Menulis Tugasan 2 – Esei (Elemen 3) Elemen 3: Nilai dan Patriotisme



Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme.



Aspek Menulis esei yang menunjukkan adanya pengamalan unsur patriotisme seperti dalam senarai di bawah.



Catatan Calon perlu menulis esei yang mengandungi sekurang-kurangnya 4 atau 5 unsur patriotisme.

Pengamalan Unsur Patriotisme (UP)

UNSUR UP1

PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME BERBANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA • Menghormati raja dan pemimpin negara

• •

UP2

Menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara

Menghormati lambang-lambang negara • Menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara • Menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa • Berbangga dengan sejarah negara BERSEMANGAT SETIA NEGARA

6

• • • • • • • UP3

Cinta akan bangsa dan negara Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara Sedia berkorban untuk bangsa dan negara Bertanggunjawab kepada bangsa dan negara Berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan Negara Bersyukur sebagai warganegara Malaysia

BERSEMANGAT KEKITAAN • Bersatu padu dan berharmoni • Bertolak ansur dan bertoleransi • Bekerjasama dan tolong menolong • Hormat menghormati



UP4

UP5

Bersefahaman dan bermuafakat • Muhibah atau semangat bermasyarakat BERDISIPLIN • Berakhlak dan berbudi pekerti mulia • Mempertahankan dan menjunjung perlembagaan negara • Mematuhi peraturan dan undang-undang • Berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi • Bertindak wajar • Bersifat amanah dan jujur • Berlaku adil dan bertimbang rasa BERUSAHA DAN PRODUKTIF • Rajin dan gigih • Berdikari • Tabah menghadapi cabaran • Menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan

• •

Berganding bahu membangunkan negara Berilmu dan berketerampilan

7

Anntz Ann English-O-Matic

8

Related Documents