Projek Lokalisasi Perisian Sumber Terbuka Di Malaysia

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Projek Lokalisasi Perisian Sumber Terbuka Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 3,680
  • Pages: 19
KERTASKERJA Projek Lokalisasi Perisian Sumber Terbuka Usaha,Perkembangan,Harapan dan Realiti untuk FOSSCON Free and Open Source Software Conference Hotel Sheraton,Subang

Ditulis oleh Muhammad Najmi Ahmad Zabidi , berserta input dari rakan- rakan seperjuangan.

ABSTRAK Kertas kerja ini mengupas pelbagai isu,dari segi penterjemahan,perkembangan,falsafah di sebalik projek penterjemahan,dan

kepentingannya.Bahasa

merupakan satu medium untuk memulakan

interaksi,dan juga cara menyampaikan ilmu kepada orang lain.Kekuatan dan maruah sesuatu bangsa itu dilihat dengan cara bagaimana rakyat sesebuah negara itu berusaha memperkembangkan dan menjaga kedaulatan(soverignity) bahasa,yang merupakan warisan sesuatu bangsa. Projek penterjemahan bagi perisian dan sistem operasi mungkin agak asing bagi sebahagian besar daripada kita.Ada yang mungkin berpendapat projek penterjemahan bagi perisian sebegini tidak mendatangkan apa-apa manfaat,sebahagian mungkin mempertikaikan kualiti terjemahan dan sebagainya.Isu-isu sebeginilah yang digarap(discussed) di dalam kertas kerja ini,memfokuskan kepada projek penterjemahan perisian sumber terbuka (OSS).

BAHAGIAN I PENGENALAN TAKRIF a)

Penterjemahan dari segi bahasa: Dari Tesaurus Melayu Moden Utusan, oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. ,terbitan

Utusan Publications and Distributiors Sdn Bhd 1999, muka surat 320, perkataan 'terjemah' ialah 'alih suara,alih bahasa,tafsir' dan 'terjemahan' pula ialah 'para frasa,pengubahsuaian,ringkasan' .Manakala di dalam muka surat 233,'penterjemah' ialah 'interpreter,jurubahasa,pengalih bahasa' dan 'penterjemahan' ialah 'alih bahasa,alih suara,pentafsiran'. Dari Oxford Advance Learner's Dictionary(OALD),6th ed.,Oxford University Press (2001): local: adj.[usually before noun] “belonging to or connected with the particular place or area that you are talking about or with the place where you live” locale: “noun(formal or technical) a place where sth(something) happens” Daripada huraian OALD pula,'local' pula dapat dihuraikan sebagai hakmilik yang dikaitkan dengan sesuatu kawasan yang diperkatakan atau didiami dan 'locale' pula ialah tempat di mana sesuatu berlaku.'Locale' pula dihuraikan sebagai tempat sesuatu perkara berlaku. b)

Penterjemahan dari segi teknikal: Penterjemahan (dalam kertas kerja ini, penterjemahan yang dimaksudkan ialah lokalisasi),

(localization-l10n) dan penyejagatan (internationalization-i18n) bermaksud (dipetik dari manual gettext,komponen yang membolehkan penterjemahan dilakukan):

“Two long words appear all the time when we discuss support of native language in programs,and these words have a precise meaning ,worth being explained here,once and for all in this document. These

words

are

_internationalization_

and

_localization_.Many

people,tired of writing these long words over and over again,took the habit or writing "i18n" and "l10n" instead,quoting the first and last letter of each word,and replacing the run of immediate letters by a number merely telling how many such letters are there.”

Berdasarkan takrif yang dipetik daripada manual gettext di atas, l10n ialah 'l' ditambah dengan bilangan aksara yang terletak di sebelum 'n' iaitu 'ocalizatio' sebanyak 10 aksara.Begitu juga i18n, di mana huruf 'i' dan 'n' masing-masing di awal dan akhir perkataan, mengapit aksara-aksara 'nternationalizatio' sebanyak 18 aksara.Disebabkan kekerapan menggunakan perkataan-perkataan tersebut,maka ringkasan di atas digunakan untuk menyampaikan maksud yang sama.

Penyejagatan, atau i18n (internationalization) : (dipetik dari manual gettext,komponen yang membolehkan penterjemahan dilakukan):: “By "internationalization",one refers to the operation by which a program,or a set of programs turned into a package,is made aware of and able to support multiple language.This is a generalization process by which the programs are untied from calling only English strings or other specific

habits

and

same,instead.Program

connected developers

to may

generic use

ways

various

of

doing

techniques

to

internationalize their programs.Some of these have been standardized.GNU 'gettext' offers one of these standards.” Penyejagatan,atau i18n, berdasarkan petikan di atas dapat disimpulkan sebagai proses yang membolehkan program, atau set program menyokong pelbagai bahasa.Proses ini biasanya dijalankan oleh pengaturcara dan pembangun perisian itu sendiri.Di antara piawaian yang digunakan untuk membolehkan penyejagatan, ini, untuk membolehkan perisian menggunakan bahasa selain Bahasa Inggeris ialah 'gettext'.Selain itu, penyejagatan juga turut melibatkan proses menangani: ➔ transliterasi – perkakasan yang membolehkan untuk menukar Jawi ke Rumi contohnya huruf "ca" di

tukarkan ke aksara "c" dan "a" dan sebaliknya ➔ collation (susunan teks), mungkin tidak berbeza di antara BM dan BI. Tetapi di dalam ➔ bahasa lain seperti Bahasa Sepanyol, 'CH' dikira 1 aksara yang terletak di antara aksara 'C' dan 'D',sila

rujuk http://www.dbazine.com/gulutzen1a.html ➔ CTL - Complex Text Layout seperti Bahasa Arab/Jawi di mana bentuk

aksara bertukar mengikut kedudukannya: awal, tengah, akhir atau bersendirian.

➔ BiDi - Bi-directional teks seperti Bahasa Arab di mana angka (nombor)

adalah dari kiri ke kanan, dan teks biasa kanan ke kiri. ➔ Memisahkan rentetan dari perisian (kod) ke po, tsv dan sebagainya, agar perisian dapat

diterjemahkan serta proses terjemahan tidak memerlukan kompil semula dari sumber (recompilation from source code) . Inilah perenggan yang menjelaskan bahawa proses penterjemahan bukanlah setakat penterjemahan sahaja;Lokalisasi atau l10n (localization) dari segi teknikal (dipetik dari manual gettext,komponen yang membolehkan penterjemahan dilakukan): “By "localization",one means the operation by which,in a set of program of already internationalized,one gives the program all needed information so that it can adapt itself to handle its input and output in a fashion which is correct for some native language and cultural habit.This is a particularisation process,which generis methods already implemented in an internationalized program are used in specific ways.The programing environment puts several functions to the programmers disposal of specific set of cultural habits for some country,together with all associated translations targeted to the same native language,is called the "locale" for this language or country,Users achieve localization of programs by setting proper values to special environment variables,prior to executing those progrmas,identifying which locale should be used.” Di dalam proses lokalisasi,berdasarkan petikan manual gettext di atas, lokalisasi ialah proses menempatkan perisian yang telah 'diantarabangsakan' ke dalam budaya tempatan yang dipanggil 'locale', di mana para penterjemah, selain menterjemah rentetan-rentetan perkataan, mereka juga perlu mengambil kira perkara berikut : ➔ mengadakan templat untuk borang-borang yang lazim digunakan ➔ format kalendar, tarikh, mata wang, unit ukuran, unit berat ➔ tinjauan linguistik – bagi mengesahkan yang istilah teknikal tersebutmengikut konteks yang betul ➔ grafik seperti bendera, logo dan sebagainya, untuk lokal tersebut

dan lain-lain pertimbangan.

Modus operandi projek lokalisasi Untuk projek penterjemahan yang menggunakan perisian gettext (melibatkan fail PO dan POT), perisian yang digunapakai di antaranya ialah poedit yang boleh digunakan di atas pelantar Windows dan Unix,Kbabel

(Unix)

dan

Gnometranslator

(Unix).Perisian

pengedit

teks

yang

lain

seperti

notepad,wordpad,vi,emacs,pico juga boleh digunakan,tetapi kurang efisien. Bentuk perisian yang diterjemahkan. Buat masa ini kebanyakan para penterjemah senang mengunakan perisian yang menyokong penggunaan gettext,yang membolehkan fail di dalam bentuk PO dan POT diterjemahkan dengan mudah dari samada pelantar Windows mahupun Unix. OBJEKTIF PENTERJEMAHAN DAN MOTIVASI 1. Terdapat berbilion-bilion penduduk di atas muka bumi ini yang bertutur dan menggunakan pelbagai jenis bahasa di dalam kehidupan seharian mereka.Buat masa ini, bahasa Inggeris dinobatkan sebagai bahasa perantara sejagat (lingua franca) ,di mana tidak dapat tidak, setiap individu yang ingin melangkah jauh di dalam kehidupan mereka perlu mempelajari bahasa ini.Namun demikian, semangat cintakan bahasa ibunda (native language) sendiri dan perlunya melihat negara sendiri terlibat sama di dalam pembangunan perisian menyebabkan proses penterjemahan dilakukan.Ini penting kerana soal kedaulatan bahasa yang punya maruah dan daulat (soverignity) ,pemeliharaan bahasa perlu dijaga supaya tidak luput ditelan zaman dan dilupai oleh generasi akan datang. 2. Bahasa merupakan kunci ilmu,dan bahasa juga membuka ruang untuk memulakan interaksi sosial di antara satu sama lain.Dengan penglibatan penterjemah di dalam projek penterjemahan sebegini,para penterjemah dapat membuka ruang lingkup pergaulan mereka ke peringkat global,sekalipun mungkin hanya melalui perantaraan Internet sahaja.Secara tidak langsung,penterjemah dari negara lain dapat berkenalan,mempelajari bahasa, dan sebagainya dari kita. 3. Perisian yang diterjemahkan mempunyai nilai pasaran.Penulis tidak mengatakan bahawa perisian sumber terbuka boleh dijual,tetapi bermaksud bahawa perisian yang menggunakan bahasa ibunda,contohnya Bahasa Melayu boleh diguna pakai untuk tujuan pendidikan,contohnya bagi individu yang mempunyai masalah dalam memahami bahasa Inggeris.Bagaimana pula sekiranya perisian itu

diterjemah dari bahasa Jepun atau Jerman ke dalam Bahasa Melayu,dan tiada individu berminat untuk menterjemah ke dalam Bahasa Inggeris? Maka di sinilah kekuatan penterjemahan itu di dalam menyampaikan ilmu. 4. Mempelajari teknologi baru.Penggunaan perisian sumber terbuka di Malaysia masih baru,dan tidak ramai pemaju dan penyumbang kepada pembangunan perisian ini.Dengan menjadi sebahagian pasukan kepada pembangunan perisian,khususnya di dalam aspek terjemahan,interaksi dan pemaju perisian itu sendiri mungkin terjalin,di samping teknologi terkini dapat dipelajari.Penterjemah juga boleh mengetahui berita terkini tentang perisan terbaru dan perinciannya (details) sebelum perisian itu diedarkan kepada umum. PENGGUNAAN UTF-8 Dalam proses penterjemahan ini,pengenkodan (encoding) UTF-8 yang menyokong huruf-huruf tambahan selain daripada huruf Roman seperti yang ada di dalam Bahasa Arab,India,Jepun,Thailand dan sebagainya digalakkan.Namun untuk Bahasa Melayu,soal ini tidak menjadi masalah kerana huruf-huruf yang digunakan ialah huruf Roman. Isu:

Mungkin penggunaan Mykad(Kad Pengenalan Maju) yang kini diperkenalkan boleh

menggunakan enkod ini,sebagai contoh,individu Melayu,Cina atau India yang inginkan nama mereka disertakan masing-masing di dalam tulisan Jawi,Kantonis,Mandarin dan Tamil boleh berbuat demikian.. PROJEK-PROJEK YANG SEDANG DAN SUDAH DITERJEMAHKAN Konvensyen dan Piawaian Kod Malaysia mengikut piawaian ISO 3166(dipetik dari manual gettext) ialah : MY=Malaysia Dari ISO 369 pula kod bahasa ialah ms=Malay Tetapi buat masa ini,di dalam edaran Linux yang sekadar penulis ketahui,kod untuk Bahasa Melayu ialah sekadar “ms” sahaja.Mungkin pada masa hadapan ada individu yang ingin menterjemah ke dalam tulisan Jawi dan bahasa Melayu,kod mungkin disambung ms_{kod jawi}.Penggunaan ms_MY menunjukkan enkod Bahasa Melayu di Malaysia. PERKEMBANGAN PROJEK Projek Gabai

Gnome (http://gnome.org) adalah perisian ruang kerja yang popular dan mesra pengguna yang biasa digunakan di atas pelantar Linux,keluarga BSD,dan kadangkala Sun. Projek ini adalah antara projek penterjemahan perisian sumber terbuka terawal, dan sentiasa di dalam keadaan penterjemahan,selagi mana perisian ruang kerja (desktop) Gnome masih ada. Projek ini dimulakan oleh saudara Hasbullah bin Pit,dan sudah boleh dimanfaatkan di dalam distro *nix terkini(Linux dan mana edaran BSD/UNIX yang menggunakan Gnome).

Pautan: http://gabai.sourceforge.net

Projek Meksom Mozilla (http://mozilla.org) merupakan satu perisan sumber terbuka yang mirip kepada perisian pelayar web,Netscape Navigator.Projek yang diterjemahkan secara berseorangan oleh penterjemah gigih,saudara Hasbullah bin Pit ini,turut merupakan antara projek terawal di dalam projek penterjemahan perisian sumber terbuka. Mozilla dilesenkan di bawah GNU General Public License (GPL),bermakna Mozilla boleh disalin,diubah,diedarkan semula selagi mana penerima menerima lesen yang sama. Pada masa ini,sebahagian sumber adalah di bawah samada Netscape Public License (NPL) ,atau Mozilla Public License (MPL),dan selalunya di bawah kombinasi GNU General Public License (GPL) atau GNU Lesser General Public License (LGPL) atau kedua-duanya. Mozilla.org sedang berusaha ke arah perlesenan trio MPL/LGPL/GPL. Mozilla,seperti Netscape,juga boleh dipasang di atas pelantar Windows,Linux,dan keluarga BSD. Pautan: http://ikhlas.com/meksom/

Projek Singa Emas Berbeza

dengan

projek-projek

lain,projek

penterjemahan

perisian

Open

Office

(http://openoffice.org) yang merupakan perisian pejabat popular yang dimuatkan di dalam majoriti distro popular Linux,mana-mana keluarga UNIX dan juga terdapat binari untuk digunakan di atas pelantar Windows.

Openoffice diedarkan di bawah lesen GNU General Public License (GPL) atau Sun Industry Standards Source License (SISSL) bagi kod sumber.Pustaka (libraries) dan komponen fungsi dilesenkan di bawah GNU Lesser General Public License (LGPL) .Manakala untuk dokumen dilesenkan di bawah Public Document License (PDL). Projek ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang mempunyai capaian Internet,tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi.Ini kerana ,penterjemah boleh menggunakan laman web projek ini,http://oo-l10n-my.sourceforge.net (atau ringkasnya http://oo-l10n-my.sf.net) untuk memulakan tugas terjemahan mereka.Open Office menggunakan format TSV,berlainan dengan format majoriti projek yang lain.(Untuk contoh mesej yang di ekstrak boleh dirujuk di: http://l10n.openoffice.org/extract_merge.html#output manakala contoh mesej yang digabungkan (merge) selepas terjemahan, sila rujuk: http://l10n.openoffice.org/extract_merge.html#input ) . Saudara Bustamam Harun,selaku ketua projek ini,telah menggunakan kepakaran beliau di dalam pengaturcaraan web untuk tugas ini,melibatkan bahasa pengaturcaraan Perl,PHP dan mySQL. Kredit juga untuk Zaharahanum Kamarudin (embun),dari bahagian perisitilahan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana penglibatan beliau di dalam projek ini.

Pautan: http://oo­l10n­my.sourceforge.net

Projek Munsyi Projek Munsyi telah berumur setahun pada bulan Jun 2003. Dalam tempoh setahun, 11 orang telah menjadi penterjemah, dan 3 orang adalah penterjemah aktif (telah menterjemah dan menghantar ke TP). 24 pakej telah ditugaskan kepada penterjemah. 10 pakej telah diterjemah 100%. Secara keseluruhan, Projek Munsyi telah menterjemah 6% dari keseluruhan pakej yang terdapat di TP (Translation Project -pelantar yang memuatkan keseluruhan fail POT yang hendak diterjemahkan.Fail-fail di sini akan bertamabah dari semasa ke semasa).

Pautan: http://munsyi.sourceforge.net http://www.iro.umontreal.ca/contrib/po/HTML/team-ms.html

Projek Kedidi Emas KDE (http://kde.org) K Dekstop Environment merupakan satu lagi perisian pengurus ruang kerja yang sangat popular dan merupakan saingan kepada Gnome. Projek penterjemahan untuk KDE ini dimulakan oleh Muhammad Najmi Ahmad Zabidi (penulis), sekitar akhir Disember 2002, dengan tunjuk ajar oleh saudara Hasbullah bin Pit (Sebol) dan seliaan saudara Sharuzzaman Ahmat Raslan. Buat masa ini,projek ini belum lagi dimuatkan di dalam pakej KDE yang boleh diguna pakai di dalam edaran..Setakat ini penulis sudah menterjemahkan hampir 3000 rentetan untuk pakej wajib,kdelibs dan sebahagian kecil daripada pakej kdebase dan kdegames. Pautan: http://kde-ms.sourceforge.net

Projek Mandrake Bahasa Melayu. Sharuzzaman telah menjadi penyelaras bagi terjemahan Mandrake Bahasa Melayu mulai bulan Mei 2003. Beliau mendaftar untuk menjadi penterjemah dan kemudiannya dipelawa oleh Pablo Saratxaga untuk menjadi penyelaras. 6 pakej telah dikemaskini ke 100% dan peratusan keseluruhan adalah antara 21 ke 22%.

Pautan: http://www.mandrakelinux.com/l10n/ms.php3

Projek. Red Hat Bahasa Melayu. Selepas pelayan i18n Red Hat mengalami masalah tidak berapa lama dahulu, penterjemahan Red Hat terhenti seketika. Pelayan i18n Red Hat kembali beroperasi pada 12 Jun, dan bermula pada hari itu, proses penterjemahan diteruskan. Sharuzzaman sedang menumpukan kepada anaconda-po, dimana 72% (1022/1419) telah diterjemah. Pakej-pakej lain sedang dikemaskini untuk mencapai 100%. Red Hat 9 telah mempunyai sokongan Bahasa Melayu untuk antaramuka pengguna terutama yang menggunakan GNOME, walaupun Bluecurve (tema yang diperkenalkan oleh Redhat) cuba menggabungkan GNOME dan KDE. Pautan: http://elvis.redhat.com/i18n/index.html

Projek Penterjemahan Phpmyadmin Projek ini bertujuan menterjemahkan Phpmyadmin (panel kawalan untuk pangkalan data dan yang biasanya menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP) ke dalam Bahasa Melayu.Projek ini sudah selesai menterjemahkan pemudahcara tersebut,dan dikendalikan oleh saudara, Mohammad Shafiq bin Mohd Mustapa, atau dengan nama samarannya, 'Sicksand'. Laman kerja (sudah tidak berfungsi kerana masalah pelayan nama (name server) ): http://shapik.johordt.com/l10n/ Perkara-perkara lain :1. Penggunaan perisian Kartouche (penterjemahan menggunakan laman web) dan penterjemahan melata

(distributed translation). 2. Penstrukturan semula Projek Munsyi yang akan memasukkan Red Hat, Mandrake dan juga projek lain

sebagai subprojek pada Projek Munsyi. 3. Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management Systems-CMS) diterjemahkan ke dalam Bahasa

Melayu boleh dimuat turun di http://mynuke.canggih.net,kebanyakannya ialah CMS berasaskan 'Nuke'.

*phpmyadmin merupakan pemudahcara untuk mengendalikan pangkalan data,fail Bahasa Melayu ialah 'malay.inc.php'

Projek melibatkan Persekitaran Kerja (Desktop Environment) Nama Asal Nama Projek Format Fail Pautan Projek Gnome Gabai PO,POT http://gabai.sf.net KDE Kedidi Emas PO,POT http://kde-ms.sf.net Projek melibatkan Sistem Operasi Nama Asal Nama Projek Mandrake Red Hat -

Format Fail Pautan Maklumat Projek PO,POT http://www.mandrakelinux.com/l10n/ms.php3 PO,POT http://elvis.redhat.com/i18n/index.html

Projek melibatkan Perisian/Pemudahcara Nama Asal Nama Projek Format Fail Mozilla Meksom XPI Open Office Singa Emas TSV Perisian Gnu Munsyi PO,POT PHPmyadmin* -

Pautan Projek http://ikhlas.com/meksom http://oo-l10n-my.sf.net http://munsyi.sf.net -

Pengurus Tetingkap (Window Manager) Xfce PO,POT WindowMaker PO,POT

Sub kepada http://munsyi.sf.net -

Memanfaatkan Hos Sourceforge.net sebagai Tapak Projek Sourceforge.net, http://sourceforge.net atau http://sf.net merupakan satu tapak web yang sangat popular untuk pemaju perisian sumber terbuka menempatkan projek mereka.Ini kerana Sourceforge.net menyediakan pelbagai kemudahan dari segi penggunaan capaian cengkerang (shell access),penggunaan CVS(Concurrent Version System) untuk pembangunan projek secara berkumpulan ,penggunaan cermin untuk muat turun (mirror usage for downloading purposes) dan sebagainya.Selain sourceforge.net,antara laman lain yang popular untuk pembangunan perisian ialah http://freshmeat.net

BAHAGIAN II:

KESILAP FAHAMAN DAN REALITI PROJEK PENTERJEMAHAN.

Terdapat pelbagai masalah dan kesilapfahaman(misconception) terhadap penggunaan bahasa di dalam

penyampaian

ilmu,keadaan

sebenar

pembangunan

perisian

dan

kepentingan

projek

penterjemahan.Penulis berharap melalui kertas kerja ini,daparlah kita sama-sama mengambil manfaat untuk menyelami falsafah,perkara yang berlaku dan realiti sebenar projek penterjemahan itu sendiri. 1.

Semua perisian yang berkualiti adalah di dalam Bahasa Inggeris

Realiti: Kebanyakan perisian contohnya dari Eropah dibangunkan di dalam bahasa tempatan mereka,contohnya Jerman dan Perancis.Begitu juga sekiranya kita ambil kira Jepun,di dalam penggunaan bahasa ibunda mereka.

2.

Perisian di dalam Bahasa Inggeris bertaraf antarabangsa

Realiti: Pelbagai bahasa(multi lingual) ialah antarabangsa.Hakikatnya,kebanyakan perisian sumber terbuka ialah di dalam pelbagai bahasa.

3.

l10n (Localization) atau lokalisasi adalah LEWAT

Realiti: Pada pandangan umum,penterjemahan ialah proses di mana perisian itu dibangunkan terlebih dahulu,barulah kemudian boleh diterjemah.Tidak semestinya. Perisian boleh terjemah sebelum perisian itu diterjemahkan.Inilah kelebihan yang terdapat di dalam perisian sumber terbuka di mana kita boleh menterjemahkan sesuatu perisian itu sebelum diedarkan.Berbanding dengan penterjemahan buku yang lebih berbentuk pasca edar(post release), penterjemahan perisian sumber terbuka boleh dilakukan sebelum edaran lagi. 4 Realiti:

Lokalisasi mencipta versi perisian yang berbeza Hakikatnya,penterjemahan bukanlah merupakan versi lain di dalam bahasa yang

lain.Perisian sumber terbuka yang diterjemahkan masih mengekalkan kod yang sama,hanya fail bahasa yang diterjemahkan.

5.

Bahasa Inggeris ialah satu-satunya kunci untuk ilmu pengetahuan

Realiti: Dengan projek penterjemahan dan penyejagatan (i18n-internationalization),pelbagai jenis ilmu dari pelbagai bahasa dapat dipelajari.Projek penterjemahan boleh memperkenalkan bahasa sesuatu bangsa itu kepada masyarakat dunia dan membuka mata mereka tentang bahasa bangsa lain. Kebanyakan dari kita mungkin tidak mengetahui wujudnya huruf tambahan seperti umlaut (ü) atau huruf Ö.Penggunaan   bahasa   Inggeris   di   dalam   semua   keadaan,tanpa   mengmbil   kira pemeliharaan bahasa asalnya menyebabkan kadang­kadang terjadi sebutan terjemahan yang jauh bezanya dari sumber asal.Sebagai contoh,perkataan algorithm adalah berasal daripada alkhwarizmi,nama individu. (sila   rujuk   http://math.truman.edu/~thammond/history/AlKhwarizmi.html).Terjemahan   ke   dalam   bahasa Melayu pula seperti yang boleh dirujuk di dalam kamus­kamus tempatan ialah algoritma,yang diambil terus dari bahasa Inggeris,bukannya bahasa Arab,asal perkataan itu sendiri.Namun demikian, Universiti Kebangsaan   Malaysia   sebagai   contoh   telah   mula   menggunakan   alkhwarizmi   menggantikan   perkataan algoritma.(sila rujuk http://www.ftsm.ukm.my/jabatan/tk/nfmy/tk1913/tk1913.htm)

6.

Penterjemahan hanyalah sekadar menterjemah

Realiti:  Mungkin   ada   yang   menyangka   bahawa   projek   penterjemahan   perisian   ialah   sekadar menterjemahkan   perisian   sahaja.Sebenarnya,banyak   aspek   terutamanya   dari   segi   teknikal   yang   perlu diambil kira.sebagai contoh: a)  Kekunci   capaian  (access   key)  mestilah   tidak   konflik   di   antara   satu   sama lain.Contohnya,untuk  ke  menu  Edit  menggunakan  papan  kekunci,butang   Alt  ditekan   bersama   huruf   E serentak.Andai kata penterjemah  ialah mereka yang terdiri  dari  orang yang tidak tahu apa­apa tentang aspek   teknikal,ia   mungkin   akan   menimbulkan   masalah   seperti   pepijat   di   dalam   perisian   itu   apabila diedarkan kelak.

b) Tag XML.Perkataan di dalam tag < dan

> seeloknya tidak diterjemah,bagi

mengelakkan konflik. Hakikatnya,individu penterjemah itu seharusnya mengkaji dahulu,bagaimana perisian itu berfungsi sebelum penterjemahan dilakukan,Ini untuk mengelakkan dari salah faham oleh pengguna akhir berpunca dari penterjemahan yang kurang teliti dan kurang berkualiti.Contoh lain yang tidak melibatkan

penterjemahan secara langsung (direct translation) ialah 'Pangram' yang merupakan uji-aksara di dalam font perisian.Contoh yang popular untuk Bahasa Inggeris ialah “The quick brown fox jumps over the lazy dog” ,dan mesti mengandungi 26 huruf dari A hingga Z (bergantung mengikut jumlah huruf untuk sesuatu bahasa).Cabarannya ialah melokalisasikan pangram ini bahasa Melayu tulisan Roman dan lebih-lebih lagi ke tulisan jawi (mesti mengandungi huruf Arab dari 'alif' hingga 'ya' dan ditambah huruf 'ca','pa','nga' dan 'va'), atau tulisan-tulisan lain yang tidak menggunakan aksara Roman seperti Jepun dan Cina.Rujuk http://www.wikipedia.org/wiki/Pangram . 7.

Penterjemahan

merupakan

projek

yang

kurang

bermakna

berbanding

pembangunan perisian Realiti: Bukan semua individu mempunyai kepakaran di dalam pembangunan perisian,lebih -lebih lagi di dalam aspek melibatkan teknologi maju seperti UNIX.Memetik manual gettext,

“Also,very

roughly

said,when

it

comes

to

multi-langual

messages,internationalization is usually taken care of by programmers, and localization is usually taken care of translators” Berdasarkan

petikan

di

atas,

proses

penyejagatan

biasanya

dikendalikan

oleh

pengaturcara,manakala proses lokalisasi pula dilakukan oleh penterjemah.Namun demikian,tidaklah bermakna terjemahan itu sekadar penterjemahan sahaja(lihat penerangan sebelum ini),kerana majoriti perisian yang boleh diterjemah setakat ini,terutamanya merujuk kepada perisian sumber terbuka memerlukan individu yang mempunyai kemahiran teknikal dan di sinilah wujudnya pertembungan yang menakjubkan (the astonishing cohesion) di antara individu linguistik dan individu teknikal di dalam mendaulatkan bahasa.

8.

Susunatur papan kekunci-terdapat hanya satu susun atur papan kekunci. Pada pengguna komputer di malaysia, kebanyakkan pengguna hanya biasa menggunakan hanya

satu susunatur papan kekunci iaitu "US Keyboard". Realiti: Terdapat banyak susun atur papan kekunci.Namun sebenarnya di dunia ini terdapat pelbagai jenis susun atur papan kekunci mengikut bahasa dan negara tertentu.Di antaranya ialah Jerman, British, Greek,Jepun,Arab dan lain-lain.Sebagai contoh, jumlah aksara di dalam bahasa Arab melebihi

jumlah aksara Roman, dan sekiranya pengguna mahu menggunakan perisian yang menggunakan bahasa Arab,papan kekunci yang mempunyai dwi-huruf perlu digunakan untuk memudahkan pengguna. BAHAGIAN III :

1.

RAMPAI PERBINCANGAN DAN PERMASALAHAN

Mungkin sebahagian pengguna tidak menyedari wujudnya fungsi pilihan bahasa di

dalam pemasangan sistem operasi,sebagai contoh Linux Mandrake atau Redhat dan memilih 'default' (tentunya Bahasa Inggeris).Sebenarnya,terdapat pilihan bahasa yang pelbagai yang membolehkan pengguna menikmati penggunaan perisian di dalam bahasa mereka sendiri, 2,

Sebahagian distro seperti Linux Slackware tidak meminta plihan bahasa semasa

pemasangan.Jadi pengguna akan menganggap penggunaan sistem operasi di dalam bahasa lain akan menyusahkan dan leceh. 3.

Sistem operasi komersial seperti Windows 9x ,lokal (locale) Bahasa Melayu tidak

disokong.Jadi pengguna terpaksa menggodam 'registry' untuk membolehkan lokal diubah.

4.

Tidak begitu ramai individu yang betul-betul sanggup untuk menjadi penterjemah yang

komited.Samada kerana masalah proses terjemahan yang agak teknikal atau kerana tiada ruang masa atau minat daripada umum.Ini tidak menghairankan kerana tugas menterjemah bukanlah tugas yang boleh dibuat secara sambalewa/sambil lewa (take for granted) kerana komitmen yang tinggi memang diperlukan dari setiap individu yang terlibat.

Apendiks 1)

Biodata Penulis Penulis dilahirkan di Teluk Intan,Perak pada 17 September 1980.Menerima pendidikan menengah

di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK), beliau kini adalah pelajar tahun akhir,Kuliyyah Maklumat dan Teknologi Komunikasi,Universiti Islam Antarbangsa Malaysia.Penulis berkenalan dengan dunia *nix semasa mempelajari pengaturcaraan C,menggunakan komputer Sun.Penulis berpengalaman dua tahun menggunakan Linux berasaskan RPM(RPM Package Manager) seperti Mandrake dan Red Hat.Penulis juga sedang berjinak-jinak dengan distro Linux yang lebih konveservatif iaitu Slackware dan juga sistem operasi Unix dari keluarga BSD,FreeBSD. Pada masa lapang,penulis terlibat di dalam kerja-kerja komuniti dan menggemari bahan bacaan seperti politik ,isu semasa, dan meminati sukan bola keranjang . 2)

Hasbullah bin Pit berusia 28 tahun, pernah bekerja di stesen penyiaran TV3 dan juga pernah

bekerja di syarikat teknologi maklumat,Homecomm.Kini beliau menetap di Muar dan mengusahakan unit stesen minyak Petronas.Beliau telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dengan Nor Azurah Anuar,seorang pensyarah kolej. 3)

Sharuzzaman Ahmat Raslan,dilahir:kan di Kampar, Perak,berusia 24 tahun kini bertugas sebagai

perunding sistem di ByteCraft Sendirian Berhad.Beliau pernah belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping dan merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Tenaga Nasioanal (UNITEN).Beliau sudah 2 tahun melibatkan diri di dalam projek penterjemahan di antaranya GNU nano, Abiword, Red Hat Linux, Mandrake Linux.Beliau menyertai Projek Singa Emas,Kedidi Emas dan mewujudkan Projek Munsyi.Untuk senarai mel,beliau boleh ditemui di: MyPenguin99, MyOpenSource, MNCC-OSSIG,dan turut menyumbang kepada Asian Open Source Center Knowledgebase 4) Bustamam Harun,telah berkahwin,kini menetap di Amerika Syarikat dan bekerja di salah sebuah syarikat gergasi IT, Sun Microsystems Inc., di California. 5) Mohammad Shafiq Mohd Mustapa (atau 'Sicksand') adalah pengaturcara web di MysysNet Sdn Bhd

BIBILIOGRAFI 1. Tesaurus Melayu Moden Utusan, oleh

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. ,terbitan Utusan

Publications and Distributiors Sdn Bhd (1999) 2. Oxford Advance Learner's Dictionary,6th ed.,Oxford University Press (2001) 3. Manual Gettext 4. http://www.wikipedia.org/wiki/Pangram 5. http://www.ftsm.ukm.my/jabatan/tk/nfmy/tk1913/tk1913.htm 6. http://math.truman.edu/~thammond/history/AlKhwarizmi.html 7. http://www.dbazine.com/gulutzen1a.html

PAUTAN BERKAITAN ➔ MOZILLA

http://mozilla.org

Maklumat Lokalisasi : http://ikhlas.com/meksom/ ➔ GNU

http://gnu.org

Maklumat Lokalisasi : http://www.iro.umontreal.ca/contrib/po/HTML/team-ms.html http://munsyi.sourceforge.net ➔ GNOME

http://gnome.org

Maklumat Lokalisasi : http://gabai.sourceforge.net ➔ KDE

http://kde.org

Maklumat Lokalisasi : http://kde-ms.sourceforge.net ➔ WINDOWMAKER http://windowmaker.org ➔ XFCE

http://xfce.org

➔ OPEN OFFICE

http://openoffice.org

MaklumatLokalisasi:

http://oo-l10n-my.sf.net http://l10n.openoffice.org/extract_merge.html#output http://l10n.openoffice.org/extract_merge.html#input

➔ MANDRAKE

http://mandrake.com

MaklumatLokalisasi: http://www.mandrakelinux.com/l10n/ms.php3 ➔ RED HAT

MaklumatLokalisasi:

http://redhat.com http://elvis.redhat.com/i18n/index.html

➔ SOURCE FORGE

http://sourceforge.net

➔ FRESHMEAT

http://freshmeat.net

➔ PHPmyadmin

http://phpmyadmin.sourceforge.net

➔ NUKE B.Melayu

http://mynuke.canggih.net

Related Documents