Projek She : Feng Shui Di Malaysia

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Projek She : Feng Shui Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 6,505
  • Pages: 33
FENG SHUI DI MALAYSIA MOHD RIZAL KIMATHB BATCHA

Sejarah dan asal-usul “Feng Shui” “Feng Shui” sudah lama diamalkan di China sejak Dinasti Tang lagi. Kemungkinan besar ilmu ini muncul dan berkembang sebelum bangsa Tiongkok kuno mengenali kompas iaitu penentuan kondisi suatu tempat yang baik. Misalnya, untuk mendirikan rumah. Pada mulanya, ilmu “Feng Shui” hanya melihat perpaduan unsur angin dan air. Kononnya para raja Tiongkok kuno sangat mempercayai kebenaran ilmu “Feng Shui” sehingga agak ramai pakar-pakar ilmu ini dijadikan penasihat kerajaan. Para pakar astrologi pada masa itu dianggap memiliki kedudukan penting kerana diyakini memiliki kekuatan supranatural (supernatural power) dan mengetahui rahsia alam. Namun demikian, “Feng Shui” tidak hanya berasaskan kepada “bisikan gaib” semata-mata, ilmu ini juga berkonsep kepada penalaran yang sangat logik dan empirik. Pakar “Feng Shui” yang paling tua dalam seni ini umumnya mempercayai bahawa Yang Yun Sang seorang yang berpengalaman merupakan pengasas “Feng Shui”. Master Yang meninggalkan warisan klasik yang dikekalkan dan terus diamalkan sehingga ke hari ini. Beliau merupakan penasihat mahkamah Maharaja Hai Tsang (SATU.D. 888). Buku-buku beliau tentang “Feng Shui” yang diterbitkan merupakan teks-teks yang paling utama di mana pencapaian generasi muda pengamal “Feng Shui” adalah bergantung kepadanya. Master Yang menekankan bahawa bentuk gunung dan arah aliran air adalah penting dalam ilmu “Feng Shui”. Semua ini akan menempatkan dan mempengaruhi Naga, Cha yang merupakan makhluk suci yang dihormati di syurga. Butir-butir doktrinnya dalam tiga klasik yang terkenal secara keseluruhannya menghuraikan praktis “Feng Shui” dalam turutan warna-warni metaphor naga. Pertamanya, “Han Lung Ching” mengandungi “Seni Membangunkan Naga”. Kedua, “Ching Nang Ao Chih” terdiri daripada kaedah yang menentukan lokasi tempat tinggal Naga. Sementara buku yang ketiga iaitu “I Lung Ching” yang diterjemah dari “Prinsip-prinsip Mentaksir Naga”. Buku yang ketiga ini menyediakan kaedah dan teknik bagaimana mencari Naga dalam kawasan di mana mereka tidak ketara bediri keluar. Ilmu astrologi serta analisis tata letak ruang yang dikenali dengan nama “Feng Shui” dipengaruhi oleh ajaran Tao dan Confusius. Secara etimologis, kata “Feng Shui” sendiri berasal dari gabungan kata ‘Feng’ yang bererti angin dan ‘Shui’ yang bererti air. Namun, gabungan kata ‘Feng’ dan ‘Shui’ ini menyimbolkan dua oposisi biner kekuatan Yin dan Yang yang menescayakan keselarasan dalam siklus kosmos.

Perkembangan “Feng Shui” di Malaysia “Feng Shui” berkembang ke Malaysia sejak pertengahan tahun 1950an. Banyak terjemahan teks kuno “Feng Shui” ke dalam bahasa Inggeris. Di antaranya ialah

karya-karya klasik yang

berkaitan dengan Yoga dan Taoism. Ini telah membuka peluang luas pada skala internasional untuk mempelajari, mengkaji dan mempraktikkan ilmu “Feng Shui”. Kebanyakan pengamal ilmu “Feng Shui” terdiri daripada kaum Cina. “Feng Shui” terus berkembang di Malaysia dan diamalkan sehingga sekarang. Malah bukan sahaja masyarakat Cina mengamalkan ilmu ini, kaum-kaum lain di Malaysia turut mengamalkan ilmu ini dalam kehidupan harian mereka seperti kaum Melayu dan Kaum India. Secara umumnya, “Feng Shui” sekarang membicarakan tentang bangunan. Bahkan di kalangan arkitek mulai mempelajari dan menggunakan “Feng Shui” dalam merencanakan dan membuat “blue print” bangunan. Hal ini juga dapat diamati dari kebanyakan buku yang membincangkan masalah “Feng Shui” beredar di pasaran dan hampir kesemuanya adalah “Feng Shui” yang berkaitan dengan seni arsitektur.

Prinsip-prinsip “Feng Shui” dan praktisnya dalam perniagaan

Terdapat 22 prinsip “Feng Shui” yang perlu diamalkan dan dipraktiskan dalam perniagaan untuk membantu seseorang berjaya dalam perniagaan. Penyusunan pejabat penting bagi sesbuah perniagaan yang dijalankan. Antara prinsip-prinsip “Feng Shui” dalam perniagaan adalah seperti berikut: 1) Selalu duduk belakang menghadap dinding batu untuk menjamin sokongan dalam

kehidupan

anda. Jangan sekali-kali duduk dengan tingkap di belakang anda. 2) Dalam pejabat, letak mesin faksimili, telefon dan komputer di tempat yang mempunyai harta benda dan kekayaan pada masa depan untuk perniagaan yang lebih banyak. 3) Penyusunan meja dan kerusi haruslah dalam keadaan yang harmoni supaya Chi boleh mengalir dengan licin. 4) Kalau anda berhajat menjadi ketua dalam bidang anda, letak Naga di sebelah kanan meja dengan menghadap tingkap atau pintu. Naga juga akan melihat pancutan air anda. Naga selalunya menangkap mutiara. Jadi tingkap dan pancutan air boleh melambangkan mutiara. 5) Kalau anda memiliki kedai anda sendiri, cuba letak laci wang di sudut kekayaan kedai walaupun tin tunai yang tidak penting. Buku tempahan juga boleh diletak di sini dengan syiling Cina diikat dengan riben merah. 6) Anda tidak harus mempunyai sebarang kaktus atau tumbuhan yang tajam di dalam pejabat anda

kerana tumbuhan ini ada daun kecil yang tajam. Jadi, ia akan menyebabkan “shar chi” di dalam pejabat. Chi ini akan membawa angin yang melalui mereka dan ini akan menyebabkan Chi menjadi garang dan tajam. 7) Kalau pekerja anda selalu jatuh sakit di tempat ini, gunakan loceng angin logam yang diperbuat daripada 6 atau 7 rod logam yang panjangnya 1ft merupakan bunyi logam yang terbaik sebagai pemulih “Feng Shui”. Lain-lain seperti struktur logam atau objek logam tidak berkesan walaupun ia juga merupakan logam semulajadi. Letak kristal sfera yang digantung untuk mengaktifkan Chi atau menyebarkan Chi negatif. 8) Dalam pejabat anda, jangan sekali-kali membiarkan pintu utama menghadap meja anda kerana Chi yang masuk akan memukul muka anda dan ini akan menyebabkan anda menjadi malang tetapi sebaliknya lebih banyak halangan dan masalah. Menyusun semula pejabat anda. 9) Dalam pejabat pengurus, anda perlu cuba jangan memilih bilik yang ada dua pintu kerana Chi akan masuk ke dalam bilik tersebut dan keluar dari pintu yang satu lagi. 10) Chi daripada pintu masuk utama dalam pejabat anda tidak boleh bertemu dengan dinding dalam pejabat anda. Hal ini kerana apabila Chi memukul dinding akan berpusing dan ini akan menyebabkan ia menjadi lambat. Jadi, perniagaan anda akan menjadi lambat dan tidak bergetar. Cuba menggunakan penggantung kristal di pintu masuk pejabat anda dan ini akan menambah Chi. 11) Jangan meletak mesin fotostat berdekatan dengan pintu utama. Haba yang berdekatan dengan pintu utama adalah selalunya tidak disukai dan menyebabkan Chi menjadi panas dan disebarkan dengan mudah kerana ramai orang yang kerap berjalan masuk dan keluar dengan cepat. Hal ini kerana Chi tidak dibenarkan untuk tinggal untuk sedikit masa. 12) Jangan meletakkan mesin pemotong kertas berdekatan dengan pintu utama. Mesin pemotong ialah untuk memotong kertas. Jadi kalau ia diletak di sini, ia akan menyebabkan pekerja menikam dari belakang dan bergaduh sekiranya seorang tidak berhati-hati. 13) Jangan meletak pasu kosong berdekatan dengan pitntu utama kerana sekali Chi baru masuk ke dalam pejabat anda akan dihisap ke dalam pasu yang menyebabkan tiada lagi yang tinggal untuk persekitaran. 14) Bagi pelanggan koporat, satu tangki ikan diletakkan di tempat yang ada kekayaan adalah cara terbaik untuk mendapat keputusan yang baik dan kejayaan. Bagaimanapun, terdapat kriteria yang tegas untuk tangki ikan yang perlu diikuti. 15) Papan notis syarikat perlu ditempatkan di tempat yang ada kekayaan supaya tiada pesaing lain cukup kuat untuk memukul anda dalam permainan anda. 16) Letak pancutan dalaman di sudut kekayaan anda untuk mengaktifkan Chi. Ini juga ada kebaikan perubatan. 17) Jangan biarkan pejabat anda berselerak. Laci anda perlu kemas. Ini sangat penting, pejabat di China tidak akan membiarkan bekas kertas di dalam laci dan kebanyakan syarikat Amerika sekarang

juga menggunakan pendekatan yang sama. 18) Tempatkan penggantung kristal di tingkap. Ini akan mengaktifkan Chi dan juga nampak ganjil. Apabila terpukul mereka, mereka menghasilkan pelangi yang menakjubkan. 19) Tiga dewa katak berkaki. Rajah ini digunakan untuk menarik kekayaan dan tuah yang berlimpahlimpah. Letak makhluk ajaib ini di depan pintu masuk dan menghadap pejabat anda untuk tuah dan kekayaan atau letak di sektor kekayaan pejabat anda untuk membesarkan tuah kekayaan. Selalu meninggalkan duit syiling di dalam mulutnya. 20) Bola kristal terpisah daripada melihat masa depan anda, anda boleh meletak di atas telefon untuk menggalakkan lebih banyak panggilan perniagaan dan juga untuk menarik kekayaan dan tuah. Paling baik untuk setiap pejabat perlu ada. 21) Anjing “Fu” Jantan dan Betina merupakan haiwan pelindung yang perlu diletak berdekatan dengan ambang pintu untuk melindungi pengaruh syaitan. Mereka adalah simbol keberanian dan kemewahan. 22) Cermin “Ba Gua”. Kalau anda ada tenaga negatif yang terus di pintu depan anda, cermin “Ba Gua” akan menyebarkan tenaga negatif itu.

AMALAN FENG SHUI DALAM KEPELBAGAIAN KAUM DI MALAYSIA Amalan Feng shui Perniagaan Oleh Kaum Cina Amalan Feng Shui telah lama diamalkan dalam kalangan kaum Cina. Feng Shui bermula diamalkan dalam kalangan kaum Cina pada awal era tahun 80an. Mulai pada era tahun 80-90an “Feng Shui” telah banyak diminati dan pelajari. Keberadaan Feng Shui ternyata cukup berpengaruh, khususnya dalam kehidupan orang Cina dan telah dibawa sampai ke zaman modern ini. Feng Shui Cina terbahagi kepada dua jenis iaitu Feng Shui rumahan atau bangunan dan feng shui kuburan. Feng Shui bangunan kelihatan lebih menarik dan lebih umum diminati oleh orang ramai karana kaum cina berasa Feng Shui bangunan lebih kuat pengaruhnya dalam kehidupan seseorang. Hal ini kerana penerapannya memang lebih nyata dalam mempengaruhi pola kehidupan. Feng Shui perniagaan dalam kaum Cina termasuklah methodology peramalan serta analisa tata letak ruang. Kaum Cina mementingkan tata letak atau susunan ruang kerana mereka percaya tata letak ruang yang betul akan membawa kemewahan dan nasib baik. Dalam kaum Cina, Feng Shui bangunan yang baik memperhatikan hal-hal sebagai berikut: pencahayaan, sirkulasi udara, keindahan, aspek keamanan, kebersihan, kenyamanan, dan warna (masalah psikologi). Kaum Cina percaya alam ini adalah susunan gabungan unsur-unsur yang berada dalam suatu dimensi ruang dan waktu yang terus berubah kerana adanya energi yang saling bereaksi satu sama lain secara alami menuju keseimbangan. Manusia yang hidup di alam ini juga mempunyai energi. Jika seseorang berniaga di suatu tempat yang mempunyai energi baik serta perpaduan unsur yang cocok maka orang itu akan mendapat pengaruh yang baik, begitu juga dengan sebaliknya. Dalam kaum Cina, langkah awal dalam Feng Shui bangunann adalah menentu arah, bentuk dan lokasi tanah serta bangunan yang baik dan sesuai fungsinya. Pemilihan lokasi dan arah yang tepat dipercaya akan memberikan keuntungan. Sementara salah memilih

lokasi dan arah akan membawa kehancuran. Hal ini kerana energi yang diberikan oleh lokasi dan arah akan mempengaruhi keseimbangan energi di dalam tubuh manusia. Energi yang seimbang secara fisik dan mental akan memaksimalkan segala usaha manusia. Selain itu Feng Shui bangunan juga dikenal berbagai benda / bentuk tertentu yang sering digunakan sebagai atribut pelengkap misalnya: kaca cermin cekung atau cembung, dan lai-lain. Benda-benda tersebut sebenarnya adalah atribut dari Tao yang mungkin sudah jarang dipakai pada modern dewasa ini, tetapi tidak jarang bentuk-bentuk yang mewakili benda-benda tersebut tetap dipakai untuk maksud mendatangkan kebaikan atau menolak hal-hal yang negatif. Dalam ilmu Feng Shui setiap bentuk, warna, binatang, elemen (air, logam, kayu, api, tanah), dan sebagainya mempunyai arti dan tempat tersendiri di dalam lingkungan sesuatu ruang tempat. Feng Shui (Angin dan Air makna dalam bahasa cina) adalah kebudayaan lama penempatan untuk menggalakkan keharmonian, kekayaan, kejayaan dan kesihatan. Feng Shui berurusan dengan lokasi dan reka bentuk bangunan-bangunan, bersama dengan rekabentuk dalaman dan luaran pelandskapan. Kaum Cina percaya bahawa pengikutan Feng Shui yang betul dan sesuai akan banyak mendatangkan nasib baik dan keuntungan yang tidak dapat didugakan. Jika terlanggar sesuatu Feng Shui juga akan membawa kerugian. Walaupun tidak sekuat di Asia, terbukti dunia barat pun kini mulai memasukkan aspek-aspek pertimbangan Feng Shui dalam rencana-rencana penataan ruangan yang dibuat. Bahkan sekarang banyak kalangan arsitek mulai mempelajari dan menggunakan Feng Shui dalam rencana dan pembuatan rekaan.

Amalan Feng Shui Perniagaan Oleh Kaum India Feng Shui juga diamalkan dalam kalangan kaum India tetapi ia dikenali sebagai Vasthu Sastra. Kebanyakkan Feng Shui diamalkan adalah berkaitan dengan kesihatan, kekayaan, kebahagiaan, kehidupan yang harmoni dan keamanan dunia. Vasthu Sastra adalah satu seni bina sains India yang purba yang dipercayai memberi pengaruh dalam kesihatan, kemakmuran, kebahagiaan, cinta, kebahagiaan dan ketenangan fikiran. Vasthu Sastra menumpukan pada berharmoni kehidupan mengikut pada seni bina, rekabentuk dalaman dan landskap. Vaastu Shastra adalah satu jalan untuk belajar apa dilakukan jika anda merasa satu masalah. Vastu (nota ejaan) adalah nama diberikan kepada tenaga dinamik (atau prana) benda-benda dalam tempoh hidup, termasuk bangunan-bangunan dan struktur-struktur, dan Vaastu adalah rata atau sokongan atas Vastu yang tinggal. Ini boleh mendapatkan amat mengelirukan, sebagai ia bermakna bahawa Bumi kedua-duanya Vaastu dan Vastu, maksud ia adalah dianggap di India sebagai suatu sokongan dan kedua-duanya hidup dan responsif.

Vaastu menumpukan pada berharmoni kehidupan mengikut pada seni bina, rekabentuk dalaman dan landskap. Suatu bangunan adalah satu perluasan seseorang. Ia adalah bertalian kedua-dua kuasa-kuasa kosmik sekarang dalam persekitaran dan untuk medan tenaga penduduk-penduduk. Vaastu memasang tenaga positif daripada persekitaran untuk memanfaatkan yang hidup di sana. Vaastu digunakan suatu kompleks, sistem grid 3-layer untuk menyediakan susunatur terbaik untuk rumah, pejabat atau tapak perdagangan . Kaum Indian berkepercayaan bahawa kita boleh memperbaiki sesuatu sebelum menyusun semula tempat-tempat di mana kami hidup dan kerja. Lazimnya, mandala diguna dalam Vaasu. Mandala adalah satu rajah Vaastu yang pengamalpengamal berunding untuk mencari cara yang terbaik untuk merekabentuk sebuah bangunan. Ia adalah satu kekisi, suatu model, dan dalam model itu nombor-nombor tertentu atau tuhan tertentu disusun satu kedudukan tertentu

Vastu mengajar pengamal-pengamal untuk memeriksa persekitaran mereka dan membuat kebanyakan daripada kosmik pengaruh di persekitaran mereka. Vastu adalah sains bangunan untuk membawa kesihatan, kemakmuran, kebahagiaan dan ketenangan fikiran. Falsafah digunakan lima unsur asas -- ruang, udara, kebakaran, air dan bumi -untuk menjajarkan tempat-tempat bagi mengekalkan keharmonian dengan alam.Bila bangunan, hidup atau kerja dalam satu harta, satu mestilah menalakan dengan universal kuasa-kuasa sekitar kita agar kita berada dalam keadaan yang diimbangi dengan kuasakuasa kosmik. Vasthu berdasarkan kepada susunan-susunan, pecahan-pecahan dan seimbang lima unsur dalam peringkat baik mereka. Ia boleh diamalkan tanpa mengoyak jatuh dindingdinding atau membawa keluar pengubahsuaian sebagai ia ialah suatu seni penempatan benda-benda. Di samping itu, ia juga terdapat garis panduan untuk memilih satu harta, direkomenkan mewarnakan untuk dinding-dinding dan lantai-lantai, kajian-kajian kes, memperbaiki perniagaan dan mempunyai keamanan minda dengan menggunakan Vasthu. Dalam kaum Indian, Vasthu bukan sihir, tahayul, satu agama atau keagamaan ritual, dan tidak bekerja di suatu sistem kepercayaan. Ia adalah juga tidak satu soalan kepercayaan tetapi satu hakikat kehidupan.

Vaastu adalah sains 'tempat hidup' atau rumah. Ia boleh berbanding dengan Chinese Fung Shui. Kaum Indian mempercayai bahawa

bagaimana untuk membeli atau

mewujudkan satu "rumah rumah cantik" menurut di untuk 5,000-year-old Indian sains yang boleh masih ada digunakan dalam zaman moden.

Amalan Feng Shui Perniagaan Oleh Kaum Melayu Feng Shui perniagaan juga diamalkan dalam kaum Melayu namun ia adalah terhad. Hal ini kerana amalan Feng Shui mempunyai beberapa elemen yang agak bertentangan dengan agama Islam. Walaupun Islam dapat menerima suasana persekitaran atau fizikal yang baik penting bagi kehidupan individu dan keluarga, Islam lebih mementingkan persoalan spiritual atau dalaman iaitu hubungan manusia dengan tuhan, bukan dengan alam. Tetapi tidak dinafikan terdapat sebilangan orang melayu yang terpengaruh dengan penggunaan atau perhitungan Feng Shui untuk memilih ruang niaga dan sebagainya. Hal ini kerana kepercayaan berbentuk mistik dan paranormal masih tebal dalam sebilangan orang melayu. Maka tidak hairanlah megapa mereka mempercayai Feng Shui. Menurut kaum Melayu yang percaya Feng Shui, penubuhan perniagaan di tempat yang bersesuaian boleh membantu nasib, kesihatan dan keadaan sempurna tubuh manusia. Kaum Melayu percaya akan kuasa ajaib pada batu permata dan batu lain yang diikat menjadi cincin. Untuk menarik Feng Shui yang lebih baik, sesetengah kaum Melayu juga menganjurkan kaedah tertentu seperti memakai cincin dan batu permata yang khusus dan dengan cara meletakkan objek di sekitar perkarangan pejabat seperti hablur(crystal) dan sebagainya semuanya bertujuan mengubah nasib buruk atau menjaga nasib baik pengamalnya. Mereka percaya bahawa perletakkan objek yang sesuai dan betul dapat membantu dalam perniagaan dan seterusnya membawa kepada kekayaan.

KEDUDUKAN STRUKTUR BANGUNAN DAN PREMIS PERNIAGAAN Berdasarkan prinsip seni Feng Shui, pembinaan sesebuah bangunan atau premis perniagaan haruslah sesuai dan harmoni dengan persekitarannya. Kedudukan, arah ,dan keseimbangan merupakan beberapa prinsip yang harus dipatuhi bagi memastikan kehidupan atau perniagaan seseorang mencapai kejayaan dan kemakmuran. Kegagalan mematuhi prinsip ini dipercayai akan mengundang pelbagai masalah kepada pemilik dan perniagaan mereka. Dalam memastikan bahawa bangunan atau premis perniagaan mereka mempunyai Feng Shui yang baik (good Feng Shui) , dua faktor luaran sesuatu bangunan haruslah diberi perhatian iaitu faktor lokasi dan struktur bangunan atau premis. Lokasi Seni Feng Shui menegaskan bahawa lokasi mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar ke atas kehidupan seseorang, terutama jika ia tinggal di situ untuk tempoh yang lama. Lokasi melibatkan semua unsur persekitaran samada yang semula jadi atau buatan manusia. Ia tidak terhad kepada sesuatu yang pegun tetapi juga yang bergerak atau berubah. Persekitaran semulajadi – meliputi apa sahaja objek atau keadaan geografi semula jadi yang terdapat disekeliling bangunan atau premis perniagaan. Ini termasuklah bukit, gunung, sungai, tasik, laut, pokok, belukar dan sebagainya. Persekitaran semulajadi memainkan peranan penting dan ia dikatakan mempunyai kuasa atau tenaga yang mampu mendatangkan kebaikan atau keburukkan. Persekitaran buatan – meliputi apa sahaj objek atau struktur yang dihasilkan oleh manusia yang berada disekeliling bangunan atau premis. Contohnya jalan raya, bangunan,tiang elektrik, kolam, air pancut, arca dan sebagainya. Struktur buatan manusia secara umumnya tidak mempunyai kuasa atau tenaga, tetapi ia mampu menghala, menggalak dan menghalang aliran kuasa atau tenaga.

Garis Panduan Berkaitan Lokasi Jalan raya Merupakan kemudahan komunikasi dan pengangkutan, namun turut mengalirkan tenaga “chi” yang mampu mempengaruhi sesuatu lokasi bangunan,orang dan perniagaan. Berikut adalah beberapa garis panduan berkait jalan raya. •

Elakkan dari menjalankan perniagaan di bangunan atau permis yang berada tepat di penjuru tajam sesuatu selekoh,lencangan,atau di penghujung persimpangan T dan Y. Ini kerana ia akan mengundang tenaga “chi” yang tidak baik iaitu sha chi.



Bangunan atau permis yang berada sama atau tinggi dari jalan akan memperolehi “chi” yang sihat dan baik, manakala bangunan berada rendah dari jalan raya akan kehilangan “chi” tersebut.



Bangunan yang berada di hujung jalan mati turut harus dielakkan kerana memperoleh tenaga “chi” yang sedikit selepas diharap oleh bangunan lain sebelumnya.

Permukaan tanah / bukit Lokasi dan kedudukan bukit dan tanah tinggi memainan peranan yang penting dalam feng shui, ini dikatakan mempunyai kuasa atau tenaga “chi” yang hebat.Berikut adalah garis panduan feng shui berkenanan bukit: •

Elakkan dari membina atau menduduki bangunan yang terletak di puncak sesuatu bukit kerana diandaikan ia terlalu terdedah dan tiada perlindungan tempat yang lebih sesuai adalah di lereng bukit.



Bangunan atau permis yang menghadap bukit adalah tidak ideal dan harus dielakkan. Konfigurasi yang lebih ideal bagi sebuah bangunan di kawasan berbukit adalah bukit di sebelah kiri baru tinggi dari yang sebelah kanan dan bukit di belakang lebih tinggi dari yang depan.

Aliran air/ sungai Dalam feng shui air(sui) dianggap sebagai wang, oleh itu ia merupakan elemen yang sangat penting. Kedudukan dan aliran air di kawasan bangunan atau permis perniagaan perlu diberi perhatian. Berikut adalah garis panduan berkenaan air: •

Seperti juga jalan raya, bangunan yang berada di lencongan aliran air atau sungai yang tajam, akan terdedah kepada sha

chi (panah beracun) yang membawa

mudarat. •

Aliran air dan sungai bawah tanah yang melalui bawah bangunan perniagaan dianggap feng shui yang tidak baik.Kolam atau air pancur dihadapan bangunan adalah sesuatu yang digalakkan oleh feng shui.



Terlalu banyak saliran keluar air dihadapan atau pagar hadapan bangunan haruslah dielakkan kerana ia diandaikan seperti wang yang keluar tanpa sempat diperolehi.

Pintu masuk utama Dalam feng shui pintu masuk utama dibaratkan seperti mulut seseorang. Jika sheng chi memasuki sesuatu bangunan komersil melalui pintu utmanya. Syarikat tersebut dipercayai akan memperoleh perniagaan yang baik. Namun, sebaliknya jika si chi (nafsu mati) yang memasuki bangunan, maka akan menghadapi perniagaan yang lembabn berikut beberapa garis panduan berkaitan pintu sesuatu bangunan: Pintu masuk utama sesebuah bangunan atau permis perniagaan harus dielakkan dari menghadap perkara berikut keran dipercayai akan mendatangkan masalah. •

apa-apa tiang



hospital



pokok mati



kuil atau lorong



tong sampah



binaan runtuh



balai polis



atau bersadai



tanh perkuburan



lerowong



persimpangan T dan U



kem tentera



bucu sebuah bangunan



lorong belakang



penjara



buaian

Struktur Bangunan Pengamal seni Feng Shui percaya struktur sesuatu bangunan atau premis perniagaan mampu memberi kesan ke atas pemilik dan perniagaan mereka. Dalam Feng Shui sesuatu bangunan haruslah harmoni dengan persekitaran semulajadi sekaligus menjadi sebahagian daripada lanskap sesuatu kawasan. Secara umumnya bangunan yang seimbang, seragam dan elok dipandang adalah mempunyai feng shui yang baik, ini akan mendatangkan kebaikan kepada penghuninya. Bentuk Bentuk sesuatu bangunan atau premis perniagaan bergantung kepada lima elemen, iaitu api, bumi, air, kayu, dan besi/emas. Elemen –elemen ini berkait rapat dengan perniagaan yang dijalankan. Bangunan yang mempunyai sesuatu elemen tidak semestinya tidak sesuai bagi elemen lain,ia bergantung kepada jenis elemen tersebut. Elemen api -

berkait rapat dengan perniagan atau industri yang terlibat dengan tenaga

atau kuasa, peralatan elektrik dan elektronik, bahan bakar petroleum, bateri, senjata, bahan letupan, bahan kimia dan sebagainya. Bentuk bangunan bagi elemen ini sebaiknya berbentuk seperti pyramid, bersegi- segi atau tajam dibahagian atas bangunan. Perniagaan yang berunsur atau elemen besi dan kayu juga sesuai dengan bangunan seperti ini. Namun perniagaan yang berunsur bumi dan air harus mengelakkan bangunan berbentuk seperti ini. Contoh bangunan yang sesuai dengan elemen api ialah Menara Berkembar Petronas (gambar 1.0). Elemen bumi – berkaitan perniagaan yang terlibat dengan kegiatan perlombongan, kauri, pembinaan, perumahan, ukiran batu , mozek dan sebagainya. Bangunan yang berunsur bumi sebaiknya berbentuk segi empat sama atau tepat, berkotak- kotak, serta memanjang dan lebar. Bangunan berunsur bumi turut sesuai bagi perniagan yang berelemen air dan besi. Walaubagaimapun ia tidak sesuai bagi perniagaan yang berunsur api dan kayu. Contoh ialah bangunan BB (gambar 1.1)

Elemen air – elemen ini mengambarkan perniagaan yang terlibat dengan minuman, perikanan, taman tema, hotel, perdagangan, pemasaran, peruncitan dan yang berkaitan dengan perhubungan awam. Bangunan yang sesuai adalah yang berbentuk tidak sekata atau bersifat organic, beralun atau seperti ombak dan berbumbung melengkung atau cembung. Contoh bangunan elemen air ialah kuala Lumpur sentral (gambar 1.2) dan Menara Sea Insurance (gambar 1.3). Elemen kayu – berhubung dengan perniagaan seperti pembalakan, pertanian, perbankan, sivil, pemprosesan kertas dan sebagainya. Bangunan bagi unsur ini adalah berbentuk segi empat sama atau tepat, lurus, tinggi, dan tidak terlalu lebar. Perniagaan yang berunsur bumi dan air juga sesuai beroperasi dibangunan elemen kayu. Namun ia tidak sesuai bagi perniagaan yang melibatkan elemen besi dan api. Contoh bangunan ialah Menara Vision City (gambar 1.4) dan bangunan bank of china (gambar 1.5)

Elemen besi – jenis perniagaan terlibat adalah berkaitan barang kemas, bengkel, automotif, jentera berat, pendawaian dan penghasilan keluli atau logam. Bangunan yang berunsur ini adalah berbentuk seperti bulatan atau separa bulatan, tinggi dengan bumbung atau atas melengkung. Perniagaan yang mempunyai elemen air dan kayu juga sesuai beroperasi di bangunan berunsur besi, tetapi perniagaan berunsur bumi dan api adalah tidak sesuai. Contoh bangunan adalah seperti bangunan Yayasan sabah.(gambar 1.6) dan menara maju perdana (gambar 1.7) Suatu bentuk, rupa atau rekaan bangunan atau premis perniagan haruslah mematuhi prinsip Feng Shui yang asas iaitu keseimbangan dan keseragaman. Bangunan yang tidak seimbang mungkin akan dilihat sebagai hasil artistic bagi seorang pereka atau arkitek tetapi bagi pengamal Feng Shui ia mempunyai maksud tersirat yang tidak disedari atau diduga. Contohnya bangunan yang mempunyai bumbung mencondong curam ke bawah dianggap kurang baik kerana diandaikan tenaga atau kuasa chi bangunan itu sentiasa melunsur keluar. Manakala bangunan yang berbentuk seperti tangga bertingkat- tingkat memperlihatken bahawa ia seakan sedang menuju puncak kejayaan.

SUSUN ATUR RUANG DALAMAN Ruang Sambut Ruang sambut dalam pejabat adalah penting kepada sebarang perniagaan struktur di mana imej syarikat diunjurkan kepada pelanggan-pelanggan dan rakan-rakan perniagaan. Ia bergantung kepada di mana letaknya kedudukan dalam pejabat. Terdapat beberapa amalan “Feng Shui” dalam susun atur ruang sambut. Pertama, perlindungan meja sisi. Kedudukan ini mempunyai pinggir tepi yang didampingi meja sisi untuk melindungi kelemahan dan terbuka sisi ( gambar 2.0 di lampiran). Kedua, letak rung sambut di tempat yang sesuai. Tempat yang sesuai akan memberi satu pandangan yang jelas mengenai pintu masuk utama. Syarikat mempunyai kawalan yang baik tentang kedatangan pelanggan. Meja sisi adalah tempat sesuai dan menambah feng shui ruang sambut untuk membawa khabar baik untuk syarikat (gambar 2.1 di lampiran). Dalam kawasan ruang sambut, mesti memberikan tanggapan pertama yang baik kepada pelanggan. Reka bentuk meja pemyambut tetamu yang baik akan merangsangkan perasaan pelanggan dan juga membantu meningkatkan perniagaan syarikat. Terdapat banyak jenis reka bentuk meja penyambut tetamu. Pertama, bentuk segi empat tepat meja penyambut tetamu. Meja seperti ini apabila digunakan dalam sebuah pejabat, projekprojek akan memberikan satu tanggapan kesungguhan murni ke arah satu perniagaan (gambar 2.2 di lampiran). Kedua, meja yang konvensional dengan perlindungan tepi. Jenis meja ini merupakan sebuah konservatif meja penyambut tetamu tetapi ia akan menjadi semakin konservatif jika mempunyai kedua-dua sisinya sebagai zon perlindungan dan memberi keselesaan kepada pekerja (gambar 2.3 di lampiran). Ketiga, lengkung meja penyambut tetamu. Meja ini mempunyai satu positif pandangan dalam feng shui (gambar 2.4 di lampiran). Keempat, meja lengkung di sisi dan mempunyai kedua-dua sisi tepi. Meja ini biasanya lebih harmoni dalam feng shui berbanding dengan segi empat bentuk meja (gambar 2.5 di lampiran). Kelima, meja penyambut tetamu tidak patut memilih jenis logam meja kerana ia akan menyebabkan “kedinginan” terhadap perniagaan.

Bilik Pejabat Banyak syarikat kini menyekat bilik pejabat mereka dengan panel kaca. Panel kaca digunakan supaya memberikan satu persekitaran yang selesa kepada pengurus dan pekerjanya. Pengurus perlu berhati-hati memilih dan menggunakan panel kaca supaya tidak mewujudkan kesan buruk. Terdapat beberapa jenis panel kaca yang tidak sesuai digunakan untuk bilik pejabat. Pertama, panel kaca yang lutsinar. Panel kaca ini yang boleh melihat semua benda dalam bilik tidak baik kepada penguraus kerana semua kuasanya dan rahsia-rahsia syarikat akan dilemahkan akibat pendedahan (gambar 3.0 di lampiran). Kedua, terdapat garis melintang pada panel kaca. Satu garisan atau jalur yang berwarna kadangkala diletakkan atau dicat pada panel kaca memberi satu amaran kepada mereka yang tidak sengaja berjalan terus akan menyebabkan kerosakan kepada mereka sendiri dan kaca. Di samping itu, ia juga sangat buruk dalam feng shui kerana dilihat seolah-olah ia merentasi kepala seseorang (gambar 3.1 di lampiran). Ketiga, panel kaca yang separuh lutsinar. Kepala seseorang mungkin kelihatan dikerat. Ini mempunyai kesan yang seperti panel kaca yang mempunyai satu garisan di tengah. (gambar 3.2 di lampiran). Keempat, ketinggian panel kaca mesti sama dengan ketinggian pintu bilik supaya mendapatkan keseimbangan. (gambar 3.3 di lampiran). Cara-cara untuk mengatasi kelemahan pendedahan kepingan kaca dalam sebuah pejabat adalah menggunakan bidai menegak, bidai venetian, dan langsir (gambar 3.4 di lampiran).

Bilik dan Tempat Duduk Eksekutif Pemimpin korporat perlu membuat keputusan pada semua masa. Pelaburan dan rancangan pemasaran juga perlu

dirancang dengan teliti dan bijaksana. Pemimpin

korporat bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran pengurusan yang betul dan pandangan jauh untuk berjaya dalam perniagaan, beliau juga perlu mempunyai satu bilik dan tempat duduk yang baik bagi meningkatkan kawalannya dan kejayaan dalam perniagaan.

Terdapat beberapa jenis susun atur bilik dan tempat duduk eksekutif yang baik untuk para pengurus. Pertama, kedudukan “yang”. Kedudukan tempat duduk dalam bilik ini adalah seimbang bagi feng shui.Tingkap terletak di belakang meja maka cahaya boleh menembusi ke dalam bilik untuk memberikan pengurus satu kekuatan. Tempat ini dinamakan kedudukan “yang” kerana cahaya dianggap sebagai unsur “yang” (gambar 4.0 di lampiran). Kedua, perlindungan dari dinding. Meja eksekutif diletakkan di tengah bilik dan disokong dinding yang kukuh. Susun atur yang seperti ini akan memberi pengurus satu perasaan sokongan yang kuat. Ini dianggapkan satu feng shui yang baik (gambar 4.1 di lampiran). Ketiga, bilik yang berbentuk pisau. Bilik jenis ini boleh membawa kuasa jika eksekutif meletakkan tempat duduknya menghadap pemegang pisau. Dengan berbuat demikian, beliau akan berkebolehan mengawal di dalam biliknya dan juga mengawal sebarang perbincangan atau mesyuarat apabila berada di biliknya (gambar 4.2 di lampiran). Jabatan Pemasaran Tugas kakitangan pemasaran dalam sesebuah syarikat adalah untuk meningkatkan jualan syarikat dan mempromosikan produk-produk syarikat kepada pelanggan. Mereka perlu bekerja sangat keras supaya dapat bersaing dengan syarikat lain. Tempat pasaran yang kukuh untuk syarikat akan memberikan kejayaan dan kemajuan sesebuah syarikat. Jabatan pemasaran harus diletakkan depan sekali dalam sesebuah pejabat. Pengurus dan CEO tidak patut meletakkan bilik-bilik mereka

sebelum jabatan pemasaran. Jika

perniagaan anda menduduki keseluruhan bangunan,

jabatan pemasaran sepatutnya

terletak di tingkat bawah (gambar 5.0 di lampiran).Apabila terdapat satu bilik pameran atau ruang sambut di tingkat bawah maka jabatan pemasaran boleh diletakkan di tingkat satu (gambar 5.1 di lampiran). Jangan meletakkan jabatan pemasaran di tingkat atas manakala jabatan pengurusan dan jabatan kewangan terletak di tingkat baawah (gambar 5.2 di lampiran). Jika perniagaan anda hanya menduduki satu tingkat sahaja, jabatan pemasaran anda harus terletak di hadapan sekali (gambar 5.3 di lampiran).

Jabatan Kewangan Jabatan kewangan (akaun) memainkan peranan penting dalam kemajuan syarikat. Jabatan kewangan adalah seperti sebuah tabung beg di mana bayaran-bayaran dikumpul terutama semasa pembelian barangan. Kelulusan bayaran biasanya datang daripada jabatan ini. Kekurangan wang boleh meenyebabkan syarikat bankrup. Oleh sebab itu, jabatan kewangan perlu diletakkan di tempat yang bersesuaian supaya perniagaan dapat dijalankan lebih berlancar dan berjaya. Pejabat akaun perlu terletak di tengah pejabat untuk kebaikan syarikat. Di samping itu, pintu pejabat akaun mesti terletak di titik permulaan pejabat akaun supaya aliran kekayaan dapat memasuki pejabat (gambar 6.0 di lampiran). Pejabat akaun yang mempunyai tingkap bermaksud mempunyai api semulajadi dan yang chi. Jika sesebuah pejabat akaun tidak mempunyai tingkap boleh melembapkan perniagaan (gambar 6.1 di lampiran). Jangan menggunakan bilik yang berbentuk segitiga aneh sebagai pejabat akaun. Bentuk ini mempunyai unsur api yang akan membawa kesusahan kepada jabatan kewangan (gambar 6.2 di lampiran). Selain itu, jabatan akaun juga tidak boleh terlalu diletakkan di depan sesebuah pejabat kerana akan membawa kesan negatif kepada syarikat iaitu kekayaan syarikat akan mudah mengalir keluar (gambar 6.3 di lampiran).

Bilik Persidangan Terdapat banyak susunatur dan reka bentuk meja dalam bilik persidangan. Meja mesyuarat yang bentuk bulat sesuai digunakan untuk bilik sederhana. Meja jenis ini yang digunakan dalam bilik persidangan merupakan sangat harmoni dalam Feng Shui.(gambar 7.0 di lampiran). Meja mesyuarat yang berbentuk bujur juga mempunyai ciri positif dan sama dengan meja mesyuarat yang berbentuk bulat (gambar 7.1 di lampiran). Bagi meja yang berbentuk segi empat sama atau segi empat panjang, ia mempunyai bentuk yang kurang cair berbanding dengan meja bulat atau bujur tetapi ia akan memberi lebih praktikal keputusan (gambar 7.2 di lampiran). Meja mesyuarat yang berbentuk Pat Kua akan membawa symbol perlindungan. Menggunakan meja ini membawa maksud untuk mewujudkan satu unsur jaminan dan keselamatan ke arah perniagaan (gambar 7.3 di lampiran).

Selain itu, meja yang berbentuk U akan membantu mewujudkan hubungan yang harmoni di antara pelanggan dan rakan-rakan sekerja. Ini disebabkan ia mempunyai sifat seperti magnet yang boleh menarik benda. Walaubagaimanapun, CEO perlu sentiasa duduk di tengah (gambar 7.4 di lampiran) supaya beliau dapat berkuasa dan mengawal mesyuarat. Meja mesyuarant yang berbentuk segitiga tidak sesuai digunakan dalam bilik persidangan kerana mempunyai unsur api. Unsur api sentiaasa mudah meruap, tidak dapat dijangka dan susah mengawal, maka lebih baik tidak menggunakan meja ini untuk bermesyuarat kerana akan berakhir dengan percanggahan dan tidak persetujuan (gambar 7.5 di lampiran).

Susunatur Tempat Duduk yang Umum Pergaduhan dan pertikaman di belakang biasanya boleh berlaku di pejabat dalam kalangan rakan-rakan sekerja apabila tempat duduk disusun dengan teruk. Apabila ketidakharmonian dibiarkan dalam sesuatu tempat kerja, pengendalian

perniagaan

syarikat akan terpengaruh akibat daripada rakan-rakan sekerja membuang masa dalam perkara-perkara kecil. Biar kami memandang lebih jauh pada situasi yang berbeza dalam pelbagai susunatur agar boleh mengelakkan kedudukan yang tidak baik dan huru-hara. Jika pejabat anda jatuh dalam kategori negatif, anda boleh menyusun semula meja supaya mendapat kebaikan untuk syarikat. Terdapat pelbagai jenis susunatur tempat duduk di pejabat. Pertama, menghadap ke arah hadapan. Tempat duduk kakitangan am yang menghadap ke arah depan dianggap mempunyai kedudukan tempat yang sesuai (gambar 8.0 di lampiran). Kedua, menghadap ke arah belakang . Kakitangan tidak patut ditempatkan dalam satu tempat duduk di mana mereka tidak boleh melihat dengan segera siapa yang memasuki kawasan pejabat terutamanya apabila mereka duduk menghadapi ke belakang (gambar 8.1 di lampiran). Ketiga, sisi terdedah. Ia sangat popular untuk mengatur meja dalam satu barisan sepanjang pejabat. (gambar 8.2 di lampiran). Tetapi meja yang terdekat dengan pintu masuk akan mendedahkan tepinya kepada chi yang baru dan meletaknya dalam suatu kedudukan yang tidak kukuh. Salah satu penyelesaian ialah meletakkan satu sekatan rendah di sini untuk melindunginya didedah. Penyelesaian yang

lain adalah meletakkan satu tumbuhan hidup yang tinggi untuk membantu menyerap chi yang baru dan membuat tempat duduk ini lebih stabil (gambar 8.3 di lampiran). Keempat, susunatur yang kelam-kabut. Jangan meletakkan meja dalam susunan kelam-kabut. Dalam Feng Shui, jika melakukan demikian akan mewujudkan banyak anak panah

yang akan memusnahkan kawasan kerja (gambar 8.4 di lampiran). Kelima,

belakang-membelakangi. Jika susunan tempat duduk diletakkan belakang-membelakangi dengan tujuan menjimatkan ruang pejabat, meja yang terdekat ke pintu masuk perlu letak satu sekatan yang rendah untuk melindungi mereka daripada chi yang baru (gambar 8.5 di lampiran). Keenam, menghadap pintu utama. Seseorang yang duduk menghadap pintu masuk utama biasanya tidak akan bekerja lama dalam syarikat. Melainkan chi yang cukup kukuh untuk menahan kuasa-kuasa luaran dan ini adalah betul terutama penyambut tetamu. Oleh itu tempat duduk lebik baik dipindah jauh dari pintu masuk utama (gambar 8.6 di lampiran). Penyelesian lain ialah meletakkan hiasan hablur untuk mendapatkan chi yang baik serta boleh mencerminkan seseorang bernasib baik. Ketujuh, menggunakan dua meja. Seseorang yang menggunakan atau menduduki dua meja dalam pejabat merupakan feng shui yang tidak baik. Setiap orang hanya boleh menggunakan satu meja kerana menggunakan dua meja akan membahagi kawalan tenaga anda. Maka, gunalah satu meja sahaja. (gambar 8.7 di lampiran).

Objek Atau Perhiasan Feng Shui 1) Ba-gua Ini adalah satu alat yang berkuasa dalam feng shui untuk mewujudkan perubahan positif. Ba-gua adalah satu carta oktagon yang menggambarkan lapan mata sebuah kompas. Setiap arah dalam kompas menumpukan pada satu aspek yang berbeza kehidupan. Sebagai contohnya, Tenggara mempengaruh kekayaan dan nasib dan boleh digambarkan oleh warna unggu dan nombor empat. Menggunakan pengetahuan ini boleh membantu mencapai matlamat dalam segala aspek perniagaan. Ba-gua boleh digunakan untuk mencerminkan dan menarik tenaga.

Ba-gua akan membawa keharmonian dan perlindungan pejabat dalam keadaan positif yang bernasib baik "Chi" dan memantulkan "Sha" atau negatif "Chi" berjauhan dari pejabat. Apabila Ba-gua diletakkan di luar pintu depan, tenaga "Sha" akan ditukar ke "Chi" sebelum ia memasuki pejabat (terdapat gambar di lampiran).

2) Bola Kristal/ Pokok Kristal Kristal merupakan simbol yang paling terkenal untuk meningkatkan feng shui dalam perniagaan atau pejabat. Kristal juga penting dalam mewujudkan keadaan keharmonian dan kebahagiaan dalam pejabat. Ia digunakan untuk memantulkan chi yang buruk dan menarik chi yang baik. Kristal juga meningkatkan kejayaaan perniagan. Meletakkannya di meja sebagai simbol untuk mencerahkan masa depan. Kristal yang berbentuk nanas membawa simbol kekayaan dalam feng shui. Jika meletakkan kristal ini di atas meja akan cepat membawa kekayaan seseorang. Selain itu, kristal pokok dikatakan membawa chi yang kaya. Ia mempunyai kuasa ajaib untuk menenang dan menumpukan minda seseorang. Ia juga dapat membantu seseorang unutuk membebaskan tekanannya dan mewujudkan keharmonian. Dalam cara ini, ia boleh mengurangkan kemarahan dan pergaduhan dalam pejabat (terdapat gambar di lampiran).

3) Buddha Buddha Riang dipercayai akan membawa kegembiraan dan kekayaan kepada seseorang. Buddha juga mempunyai kuasa untuk menangkis roh jahat dan menghalang chi yang buruk untuk memasuki premis bangunan. Beliau adalah simbol kebaikan, kebahagiaan, pengetahuan dan pencahayaan. Satu jongkong yang besar di belakangnya mewakili kekayaan. Meletakkan Buddha di hadapan meja akan membawa lebih banyak perniagaan manakala menempatkannya di Baratdaya akan membawa kebahagiaan. Meletakkan Buddha di meja yang berdekatan dengan awak untuk menumpukan fikiran semasa bekerja. Buddha Wang adalah simbol ideal untuk membawa nasib kaya kepada seseorang atau syarikat. Beliau adalah juga membawa simbol kebaikan, pengetahuan dan pencahayaan.

Di samping itu, Buddha riang adalah digunakan untuk menangkis masalah-masalah, tekanan dan kesedihan (terdapat gambar di lampiran).

4) San Sui Wah San Sui Wah merupakan gambar, lukisan atau gambarfoto pemandangan berair yang terkenal. Ciri-ciri utama pemandangan indah gambar ini berasaskan dari mekar sungai, tasik, kolam, air terjun dan ombak beralun dari lautan. Kebiasaannya, San Sui Wah sangat dicadang diletakkan di tempat spesifik dalam bangunan pejabat atau tempat bekerja untuk kebaikkan. San Sui Wah yang menggambarkan air bermaksud kekayaan. Tujuan meletakkan gambar seperti ini adalah untuk membantu aliran kekayaan masuk ke syarikat. Kita mesti berhati-hati semasa memilih San Sui Wah supaya tidak membawa senario negatif seperti masalah kewangan (terdapat gambar di lampiran).

5) Patung Binatang Kemakmuran Kucing Kemakmuran dikatakan membawa kekayaan dan nasib baik dalam perniagaan. Ciri tangan kanannya memegang perkataan cina “Sheng Yi Xin Long” yang bermaksud sentiasa mempunyai banyak perniagaan. Tangan kiri kucing memegang sesuatu yang bersimbol wang. (terdapat gambar di lampiran).

6) Katak Wang (Three-legged Toad) Katak Wang (Three-legged Toad) adalah satu simbol bernasib baik. Ia dikatakan paling kondusif untuk menarik kekayaan. Terdapat satu syiling di dalam mulut katak yang sedang duduk di sebuah katil emas untuk membawa kekayaan dan kemakmuran. Meletakkan katak wang berdekatan pintu depan di tempat rendah tetapi bukan di lantai. Mulut katak mesti menghadap keluar (bukan menghadap ke dalam pejabat) untuk mendapatkan banyak kekayaan. Bagi mendapat banyak perniagaan dan kekayaan, boleh meletakkan banyak katak wang (tidak melebihi 9 ekor) dalam pejabat (terdapat gambar di lampiran).

7) Gulungan Kertas Merah - Joran dalam Perniagaan Huruf-huruf Cina dalam gulungan bermakna "Joran dalam Perniagaan". Ikan dan air menyimbol kekayaan. Perkataan dalam bendera yang diangkat oleh budak lelaki bermakna sentiasa akan bernasib baik semasa bekerja. Meletakkan gulungan ini dalam pejabat akan membawa kebaikan kepada syarikat (terdapat gambar di lampiran).

8) Patung Naga Naga dikatakan untuk membawa chi yang kosmik ke dalam pejabat dari nafas sucinya. Ia adalah simbol pencegahan daripada chi yang jahat dan membawa suci chi. Naga ini meniup chi yang kosmik. Meletakkannya dalam timur untuk menghembus chi yang berharga. Bagi mendapatkan satu permulaan yang baik, letakkan pada atas meja (terdapat gambar di lampiran).

9) Perahu Layar Perahu layar mempunyai makna kejayaan. Ia dikatakan boleh membawa chi yang baik supaya seseorang mudah mencapai matlamat mereka apabila meletakkan perahu layar di pejabat (terdapat gambar di lampiran).

10) Bunga dan Tumbuhan Tumbuhan dan bunga hidup membawa banyak unsur positif ke dalam tempat kerja. Selain daripada keindahan semulajadi, ia juga memperbaiki kualiti udara, menyatukan kami dengan alam luar, dan warna hijaunya juga menggalakkan pertumbuhan peribadi dan perniagaan. Mengelakkan menanam kaktus atau tumbuhan yang berdaun tajam kerana boleh membawa sha chi. Untuk membawa pengaruh positif kepada syarikat, tumbuhan dan bunga mestilah sentiasa sihat dan segar. Jika tumbuhan mati, membuangkan dan menukarnya dengan satu lagi. Ingat lebih baik mempunyai sepohon tumbuhan berbanding daripada tiada semua (terdapat gambar di lampiran).

11) Akuarium Air adalah simbol wang dalam feng shui. Tenaga chi adalah berfaedah kepada kesihatan dan kemakmuran anda tetapi mesti menjaga air segar dan bersih. Memelihara ikan emas di dalam tangki ikan atau akuarium akan membawa feng shui yang baik dalam perniagaan kerana ikan emas merupakan emas dalam symbol cina sebagai wang dan akan membawa kekayaan kepada sesebuah syarikat.

Lampiran Bentuk-bentuk bangunan mengikut elemen

1.0

1.5

1.2

1.3

1.6

1.7

1.4

Ruang Sambut 2.0Perlindungan meja sisi

2.1 Letak rung sambut di tempat yang sesuai

2.2Bentuk segi empat tepat meja

2.3 Meja yang konvensional dengan perlindungan tepi

2.4 Lengkung meja penyambut tetamu

2.5 Meja lengkung di sisi dan mempunyai kedua-dua sisi tepi

Bilik Pejabat 3.0 Panel kaca yang lutsinar

3.1 Garis melintang pada panel kaca

3.2 Panel kaca yang separuh lutsinar

3.3 Ketinggian panel kaca

3.4 Bidai menegak, bidai venetian, dan langsir

Bilik dan Tempat Duduk Eksekutif 4.0 Kedudukan “yang”

4.1 Perlindungan dari dinding

4.2 Bilik yang berbentuk pisau

Jabatan Pemasaran 5.0 Tingkat bawah

5.1 Tingkat satu

5.2 Tingkat atas

5.3 Di hadapan

Jabatan Kewangan 6.0 Di tengah

6.1 Tiada Yang Chi

6.2 Bilik yang berbentuk segitiga

6.3 Di depan

Bilik Persidangan 7.0 Meja mesyuarat berbentuk bulat

7.1 Meja mesyuarat berbentuk bujur

7.2 Meja mesyuarat berbentuk segiempat sama

7.3 Meja mesyuarat berbentuk pat kua

7.4 Meja mesyuarat berbentuk U 7.5 Meja mesyuarat berbentuk segitiga

Susunatur Tempat Duduk yang Umum 8.0 menghadap ke arah hadapan

8.1 menghadap ke arah belakang

8.2 satu barisan dan sisi terdedah

8.3 penyelesaian

8.4 susunatur yang kelam-kabut

8.5 belakang-membelakangi

8.6 menghadap pintu utama

8.7 dua meja

Produk Feng Shui dalam Perniagaan

1) Ba-gua

2) Kristal Bola/ Pokok Kristal

Kristal Bola

Kristal Nanas

Kristal Pokok

3) Buddha

Buddha Riang

4) San Sui Wah

Buddha Riang

Buddha Wang

5) Kucing Kemakmuran

6) Katak Wang

7) Gulungan Kertas Merah - Joran dalam Perniagaan

8) Patung Naga

9) Perahu Layar

http://www.fengshui-import.com/

Related Documents

Feng Shui
November 2019 36
Feng Shui
June 2020 17
Feng Shui
June 2020 21
Feng Shui
November 2019 31
Feng Shui
November 2019 36