Program Kem Motivasi Kecemerlangan Pmr 2002

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Program Kem Motivasi Kecemerlangan Pmr 2002 as PDF for free.

More details

  • Words: 586
  • Pages: 3
PROGRAM KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN PMR 2002 Pendahuluan Merujuk kepada pencapaian semasa pelajar dalam peperiksaan akhir tahun di Tingkatan 2 dan 4 tahun 2001 , didapati ramai pelajar berpotensi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang; dan pelajar yang lemah masih ada harapan untuk dipertingkatkan pencapaian mereka. Oleh itu di atas kesedaran ini pihak sekolah terutama guru-guru telah bersetuju untuk menyumbangkan tenaga mereka bagi mencapai matlamat tersebut, disamping adanya permintaan dari PIBG. Dengan ini diharapkan program-program yang dirancang ini dapat membantu pelajar mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka supaya matlamat peningkatan kecemerlangan akademik akan tercapai. Pihak guru dan PIBG sedar bahawa para pelajar perlu diberi kesedaran dan bimbingan bagi mengubah sikap mereka terhadap pelajaran supaya ingin memperbaiki diri dan inginkan kejayaan demi masa depan mereka. Objektif • • • •

• • •

Berusaha meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam pencapaian akademik (PMR &SPM). Meningkatkan peratus kelulusan peperiksaan PMR & SPM dari segi kualiti dan kuantiti. Berusaha meningkatkan kualiti kecemerlangan bagi setiap mata pelajaran terutamanya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan akademik melalui bimbingan, ujian dan peperiksaan. Mendedahkan pelajar kepada teknik dan kaedah pembelajaran yang berkesan. Untuk mengesan dan membuat penilaian keberkesanan program peningkatan kecemerlangan yang dijalankan oleh pihak sekolah. Supaya pelajar mengetahui segala bentuk potensi yang ada pada diri mereka dan sedar bahawa mereka berpontesi menjadi pelajar yang cemerlang.

Kumpulan Sasaran Semua pelajar tingkatan tiga yang tinggal di Changkat Jong, Ayer Hitam dan Langkap. Pelaksanaan Program

Tarikh : 12, 13 dan 14 April 2002 Hari : Jumaat hingga Ahad Tempat : Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah Kaedah Pelaksanaan • • •

Ceramah Bengkel Riadah/rekreasi

Jawatankuasa Pelaksana Penasihat Pengerusi

: En. Pakhrurrazi B. Hj. Arshad (Pengetua SMAT) : En. Mohamad. Ramli B. Mokiat (Guru Kanan HEM)

Naib Pengerusi 1 : Tn. Hj. Elias B. Abd. Hamid (Guru Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi 2 : En. Mohd. Mudasir B. Yunos (Guru Kanan Ko-Kurikulum) Penyelaras Program: En Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling) Encik Ahmad Puad Bin Esa (Guru Bimbingan & Kaunseling) Kewangan Sumber Yuran Penyertaan 80 x RM10.00 Sumbangan Penghulu Mukim

RM 800.00 RM1500.00 ----------

---JUMLAH RM2300.00 -------------Perbelanjaan Makanan & Minuman 80 x RM6.00 x 2 hari Penginapan 160.00 Peralatan kursus (fail, kad manila, filem,dll) Tambang bas (pergi-balik) Bayaran penceramah 4 org x RM100.00

RM 960.00 RM RM180.00 RM600.00 RM400.00

-------------JUMLAH RM2300.00 --------------

JADUAL PROGRAM MOTIVASI SPM 2002

Masa/Hari 5.30pg-6.00pg 6.00pg.-7.00pg. 7.00pg.-8.00pg. 8.00pg.-8.30pg. 8.30pg.-10.00pg. 10.00pg.-10.30pg. 10.30pg.-12.30tgh. 12.30tgh.-2.15ptg. 2.15ptg.-3.45ptg. 3.45ptg.-5.15ptg. 5.15ptg.-5.45ptg. 5.45ptg.-6.45ptg. 6.45ptg.-7.15mlm. 7.15mlm.-9.15mlm. 9.15mlm.-10.45mlm. 10.45mlm.-11.00mlm. 11.00mlm.-5.30pg.

Jumaat

Sabtu

P e r s i a p a n Solat Subuh/ R I A S a r a p a n Matematik Moden Kudapan Motivasi Diri Makan Tengahari / Bahasa Malaysia PENDAFTARAN Sejarah Solat Asar/Minum PESERTA Riadah Persiapan Diri/ Makan Malam S o l a t M a g h r i b / Tazkirah/Solat Isyak Dinamika Kumpulan Strategi Peperiksaan M i n u m M a l a m R E H A T / T I D U R

Ahad D i r i Kuliah Subuh D A H P a g i Bahasa Inggeris Pagi Pelan Tindakan Solat Zohor/Penutup

Penutup Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri pelajar untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan dalam peperiksaan.

Related Documents