Nor Atikah Bt Mat Said Lot 1662, Kampung Keling Limbat, 16150 Kota Bharu, Kelantan. En. Shukri Ab. Rahman Penolong Pendaftar Kanan Unit Kemasukan & Pengambilan Universiti Sains Malaysia Kampus Induk 11800 Minden Pulau Pinang. 2009
19 MEI
Tuan, RAYUAN BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DIPLOMA KEJURURAWATAN SESI 2009/2010. Saya seperti nama di atas, ingin memohon rayuan bagi pengambilan kursus Diploma Kejururawatan sesi akademik 2009/2010 yang telah diumumkan keputusannya baru-baru ini. 2. untuk pengetahuan pihak tuan, saya amat berminat untuk mengikuti kursus kejururawatan ini dan sentiasa mengambil peluang yang ada dalam usaha saya menempatkan diri di dalam bidang ini. Lantaran itu, saya telah menduduki ujian bertulis yang dijalankan oleh pihak tuan, alhamdulillah saya telah lulus menduduki ujian tersebut dan telah di panggil untuk temuduga. Temuduga tersebut telah memberi saya satu harapan agar dapat mengikuti kursus kejururawatan ini, namun keputusan yang dikeluarkan baru-baru ini sedikit mengecewakan saya kerana peluang yang dilihat untuk saya terus menimba sebanyak mana ilmu di dalam bidang kejururawatan ini terkubur begitu sahaja. 3. Namun, oleh kerana, minat yang mendalam dalam bidang ini, saya tetap tidak berputus asa dengan itu saya berusaha jua dengan memohon rayuan bagi kemasukan ini. Saya amat berminat untuk menceburi bidang ini kerana, bagi saya bidang ini adalah salah satu bidang yang professional ini jelas dapat dibuktikan dengan pemakaian uniform mereka yang senantiasa kemas dan melalui uniform inilah orang awam dapat mengenali profesion jururawat ini. 4. Di samping itu juga, saya berminat menceburi bidang ini kerana, bagi saya profesion ini mempunyai satu peluang masa depan yamg amat cerah jika dibandingkan dengan masa dahulu yang hanya setakat peringkat diploma sekarang profesion ini boleh dikembangkan lagi sehingga ke peringkat PHD. Selain itu juga, bagi saya dengan menceburi bidang ini, saya dapat seimbangkan antara dunia dan akhirat kerana disamping bekerja saya dapat melakukan amal kebaikan dengan melayan orang sakit serta meringankan beban kesakitan mereka dengan melayan mereka sebaik mungkin.
5. Tambahan pula, saya amat memerlukan untuk mengikuti kursus ini kerana keadaan keluarga saya yang tidak mengizinkan saya untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti. Untuk pengetahuan pihak tuan ayah saya terpaksa menanggung lima orang adik beradik saya lagi yang masih belajar di sekolah menengah dan rendah dengan keadaan ayah saya yang tidak berapa sihat itu, yang mempunyai pelbagai jenis penyakit iaitu sakit jantung, kencing manis, lelah, darah tinggi, oleh itu, saya amat memerlukan peluang ini untuk mengikuti kursus kejururawatan ini. 6. Oleh yang demikian, saya amat berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian yang sewajarnya terhadap rayuan yang dikemukakan ini agar kelak saya dapat menempatkan diri di dalam bidang ini dan menjadi sebahagian daripada warga USM kelak. Saya amat berharap dapat diberikan peluang agar saya dapat membaiki nasib keluarga saya. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah saya hargai. Saya juga berharap mendapat maklum balas yang segera dan sewajarnya daripada pihak tuan. Besarlah harapan saya agar dapat berkhidmat disamping menabur bakti kepada masyarakat tempatan. Kerjasama yang diberikan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang benar, ………………….. (NOR ATIKAH BT MAT SAID) NO.K/P:910429036042