Presentation Khat

  • Uploaded by: Krull Hzm
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Presentation Khat as PDF for free.

More details

  • Words: 3,295
  • Pages: 53
SENI KALIGRAFI ISLAM KHAT KUFI KHAT FARISI KHAT DIWANI JALI

NAMA AHLI ► Roslina

Binti Othman

► Ifarizan

Binti Ibrahim

117142

118998

► Humaira

118249

Syadia Binti Harun

PENGENALAN KEPADA KHAT

Pengenalan ►

Kaligrafi (calligraphy) berasal dari perkataan Latin “ Kalios” yang bererti indah dan “graph” yang bererti tulisan atau aksara. Erti keseluruhan kaligrafi ialah kepandaian menulis atau tulisan yang menarik. Bahasa Arab menyebutnya khath yang bererti garis atau tulisan indah.



Definisi yang lebih lengkap dikemukakan oleh Syeikh Syamsuddin Al Akfani di dalam kitabnya, Irsyad Al Qashid bab “ Hashr Al ‘Ulum” yang bermaksud :-



“Khat/kaligrafi adalah suatu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, letak-letaknya, dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Atau apa-apa yang ditulis di atas garis-garis, bagaimana cara menulisnya dan menentukan mana yang tidak perlu ditulis; menggubah ejaan yang perlu digubah dan menentukan cara bagaimana untuk menggubahnya.”



Seni kaligrafi merupakan kebesaran seni Islam. Ini dapat dibuktikan pada pelbagai hiasan kaligrafi yang memenuhi masjid-masjid dan bangunan-bangunan lainnya yang ditulis dengan ayat-ayat Al-Quran yang mulia, hadith-hadith atau

Asal-usul Seni Kaligrafi ►

Tradisi bermulanya penggunaan tulisan merupakan tahap peningkatan tamadun manusia yang bergerak dari zaman lisan ke zaman penciptaan tulisan. Keperluan tulisan timbul kerana desakan kepentingan kehidupan manusia untuk mencatat peristiwa-peristiwa dan maklumat-maklumat penting agar tidak dilupakan dan tidak hilang ditelan zaman.



Tarikh sebenar sejarah penciptaaan tulisan bermula masih belum dapat dipastikan. Ada berpendapat bahawa tulisan telah diasaskan oleh Nabi Allah Adam. Pendapat ini mengambil dalil daripada firman Allah S.W.T yang bermaksud :Allah mengajarkan Nabi Allah Adam keseluruhan namanama” Surah alBaqarah, ayat 31 Ayat ini telah diberi tafsiran sebagai “Termasuk di bawah pengajaran nama-nama ini Nabi Allah Adam diberitahu tentang rahsia huruf-huruf”.



Walau bagaimanapun dari artifak-artifak kaji purba telah terbukti bahawa tulisan terawal telah tercipta sejak 3100 sebelum masihi oleh orang-orang Sumeria, di Mesopotamia. Kesan-kesan sejarah menunjukkan bahawa orang-orang Mesir, Hittide dan China adalah dari kalangan terawal mencipta tulisan. Mereka mencatatkan tulisan di atas tulang, tanah liat, mengukirnya di atas batu, daun kayu dan sebagainya.



Islam menerima bahawa tulisan adalah penting bagi panduan penyampaian dan penyebaran ilmu pengetahuan dan tamadun manusia. Jesteru itulah Allah S.W.T telah menghantarkan kitab-kitab panduan seperti Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran menerusi nabi-nabi Musa, Daud, Isa dan Muhammad S.A.W.

Perkembangan Seni Khat ►

Di antara berbagai-bagai jenis khat (tulisan), khat jenis Kufi dan Naskhi adalah yang paling terkenal sekali. Sebenarnya nama Kufi adalah mengambil sempena nama sebuah bandar bernama al-Kufa di Mesopotamia. Naskhi pula berasal daripada perkataan “menyalin” tetapi secara umumnya bermakna “melengkung” (cursive).



Khat Naskhi yang berbentuk melengkung dan bersambungsambung membolehkan seseorang itu menulis dengan cepat.



Khat jenis ini mula-mula sekali digunakan di dalam al-Quran oleh dua orang khattat yang terkenal iaitu Ibn Mugla dan Ibn al-Bawwab. Naskhi terdiri dalam pelbagai-bagai bentuk dan yang paling terkenal ialah Thuluth yang hampir-hampir menyerupai bentuk Kufi. Ia digunakan untuk menulis alQuran dalam ukuran yang besar dan juga diukir pada monumen-monumen yang terdapat hampir di seluruh Timur Dekat di Iran dan di Turki.



Di Parsi (Iran) pada kurun ke-13 Masihi telah muncul sejenis khat lagi yang dikenali sebagai Taliq. Pada akhir kurun ke-14 Masihi muncul pula tulisan yang dipanggil Nastaliq iaitu gabungan tulisan-tulisan jenis Naskhi dan Taliq. Khat ini telah diperkenalkan oleh seorang khattat bernama Mir Ali dari Tabriz. Tulisan jenis ini banyak digunakan dalam manuskrip-manuskrip Shah-nameh iaitu karya pemuisi-pemuisi Iran.



Di Turki pula terkenal dengan Khat Diwan @ Diwani. Ia dianggap sebagai tulisan rasmi negara tetapi jarang-jarang sekali digunakan pada bahanbahan seni dan juga manuskrip.

Fungsi-Fungsi Tulisan (Khat) ►

Ramai sarjana berpendapat penggunaan khat dalam seni reka Islam berpunca daripada larangan Islam terhadap penggunaan figura manusia dan makhluk bernyawa lain dalam seni yang dikhuatiri akan menjejaskan aqidah seseorang Muslim itu.



Ramai juga yang berpendapat bahawa penggunaannya adalah semata-mata sebagai hiasan. Ada juga yang berpendapat fungsi khat tidak terhad kepada kecantikkannya sebagai hiasan dalam seni reka tetapi ia mempunyai fungsi tertentu yang lain.



Fungsinya boleh disimpulkan sebagai untuk mengakui keesaan Allah dan mengagungkan kebesaran Allah atau untuk memperkuatkan tauhid di kalangan Ummah. Ungkapanungkapan yang kerap kali digunakan adalah terdiri daripada perutusan suci, nama-nama Allah dan nama Nabi serta para sahabatnya.



Penggunaan khat terbukti di sepanjang penghidupan umat – dari saat kelahiran hinggalah kepada saat kematian. Kalimah yang sering digunakan ialah Syahadah yang membawa

Seni Khat Tulisan Jawi ►



Terdapat banyak tulisan dalam bahasa Arab sama ada untuk merakamkan ayat-ayat suci alQuran, doa-doa dan lain-lain yang ditulis di atas pelbagai bahan seperti batu nisan, batu bersurat, dinding-dinding bangunan di masjid, istana, rumah, kulit, kertas, kain, senjata, wang syiling, rehal dan sebagainya. Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 1303 M merupakan teks dalam bahasa Melayu pertama yang dijumpai ditulis dalam ejaan jawi, mempunyai bentuk khat menghampiri gaya Thuluth. Wan Ali Haji Wan Mamat menamakan tahap awal tulisan jawi itu sebagai archaic hand.



Dua pucuk surat Sultan Ternate bertarikh 1521 M. dan 1522 M. merupakan manuskrip Melayu kedua tertua yang dijumpai, mempunyai bentuk tulisan yang mirip dengan Batu Bersurat Terengganu iaitu dengan gaya Thuluth, tetapi lebih banyak terpengaruh oleh gaya Muhaqqaq dengan lengkok hurufnya sedikit bersudut yang bergerak ke arah kiri secara mendatar. Namun begitu bentuk tulisannya masih lagi tidak seluruhnya stabil dari segi saiz, rupa dan kerapian khatnya. Wan Ali Wan Mamat menamakan tahap ini sebagai post-archaic hand.



Manuskrip-manuskrip Melayu pada abad-abad ke-18 dan ke19 M. yang dikaji kebanyakkannya mempunyai gaya khat jenis Naskhi yang terpengaruh oleh gaya Ta’liq, kecuali satu manuskrip iaitu satu daripada naskah Hukum kanun Melaka yang mempunyai gaya Ta’liq mirip ke arah Nashta’liq, dan satu manuskrip yang mempunyai gaya Naskhi tulen iaitu Hidayat al-Salikin dikarang pada kurun 1776 M.



Pada penghujung abad ke-19 M. dan abad ke-20 M. kebanyakkan karya dalam tulisan jawi sama ada buku, majalah, akhbar dan lain-lain telah dicetak dengan mesin dan gaya khat jenis Naskhi dengan judul buku, tajuk, kepala

KHAT KUFI

KHAT KUFI ‫٭‬

Sebelum tertubuhnya kota Kufah khat arab disebut sebagai Jazm sepertimana yang disebut oleh Al Alusi dalam Bulugh Al Urab: “Khat arab dinamakan Jazm kerana khat kufi pada awalnya bernama Jazm, sebelum kota Kufah di dirikan. Dinamakan Jazm kerana dia ‘juzima’ atau terpotong dan dilahirkan dari fan Musnad Humeiri. Dan khat kufi sudah lama sekali umurnya. Peletaknya ialah Sayidina Isma’il alaihissalam, seperti juga yang disebut oleh Ibnu Wahsyiyah Al Nabthy dalam kitabnya, Syawq Al Mustaham Fi Ma’rifati Rumuz Al Aqlam. Sedangkan Ibnu Nadim mengatakan, bahawa yang menulis dengan arab Jazm ini adalah seorang lelaki dari Bani Makhlad Ibn Al Nazhar Ibn Kinanah, maka sejak itu masyarakat arab mulai menulis dengannya”



Al Fairuz menambah dalam Al Muhuh:



“…..kerana itu orang arab menamakan khatnya dengan Jazm kerana dia potongan/kepingan (Jazm) dari musnad Humeiri. Dan khat Humeiri dinamakan musnad kerana dia bersandar (bersanad) kepada Nabi Hud alaihissalam”



Apa yang mungkin disebutkan oleh Al Fairuz ialah khat Musnad pernah diguna oleh Nabi Hud. Ini membuktikan betapa tuanya tulisan khat ini.



Khat ini juga disebut sebagai khat Muzawwa (kubisme) merupakan tulisan arab yang asal. Khat ini pernah masyhur di Hirah, Raha dan Nashibain sebelum tertubuhnya kota Kufah. Tulisan ini yang juga dipanggil khat Hieri (dari perkataan Hirah) diakui sebagai tulisan yang pernah memainkan peranan penting dalam menyalin masalahmasalah keagamaan.



Terbentuknya kota kufah dari sebuah kawasan perkhemahan tentera menjadi kota metropolitan yang membangun bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari aspek kesenian pada ???? .



Pembangunan dan perkembangan kesenian di kufah juga termasuk dalam seni penulisan khat.



Di sini seni khat Hieri mulai diperelok dan di perkemaskinikan.



Tulisan yang diguna di Mekah dan Madinah yang masih agak kaku, dengan bentuk yang keras dan tegak ini merupakan daripada gaya Hijazi seterusnya mengalami transformasi menjadi lebih unggul di kota Kufah.



Dengan ini tidak hairanlah kota kufah dianggap sebagai ‘ahli waris’ kebudayaan Hirah.



Namun begitu khat Hijazi dengan gaya lembut terus digunakan di Kufah untuk urusan pentadbiran dan surat menyurat.

Ciri Khat Kufi



Khat kufi mempunyai ciri istimewa yang tersendiri dan berbeza dengan khat-khat lain.



Ia amat mudah dikenalpasti kerana sifatnya yang bersudut-sudut atau bersegi.



Mempunyai ukuran yang seimbang dan spesifik khat ini nampak lebih kemas dan ringkas.



Sapuan garis vertikal adalah pendek manakala sapuan garis horizontal memanjang dalam ukuran yang sama lebar.



Maka ini akan menyebabkan tulisan khat kufi kelihatan berbentuk segiempat panjang.



Dalam gaya hiasan pula ukuran tersebut tidak semestinya mempunyai ukuran yang sama.



Misalnya sapuan garis vertikal boleh di bentuk panjang melebihi garis-garis horizontalnya.



Apa yang penting dalam menulis khat ini ialah menekankan bahawa khat ini ialah dari jenis tulisan yang bersiku-siku.



Khat kufi yang awal mempunyai huruf yang bersegi-segi dan mempunyai sapuan lembut ke atas dan ke bawah.



Sapuan vertikalnya mempunyai hujung yang dilebarkan dan berakhir dengan lekuk yang serong.

T



Pada abad ketujuh tulisan Ma’il telah mula diperkenal di Mekah dan Madinah.

L



Tulisan tersebut mempunyai sapuan miring yang lunak.

I



Tulisan ini tidak memiliki ejaan atau vokal tasykil, tiada tanda bacaan seperti kepala-kepala judul, baris atau penunjuk juz, nombor mukasurat, nombor ayat dan hiasan.



Secara keseluruhan ia mempunyai ciri-ciri tulisan kuno yang diketahui pada masa itu.



Tulisan ini juga dianggap digunakan dalam penyalinan Al Quran, ini kerana pada zaman tersebut seluruh jenis tulisan di tumpukan dalam bidang penyalinan Al Quran.

A ’



Malahan pada zaman itu tanda baca masih belum sempurna dan jarang digunakan oleh orang.

I



Namun begitu usia tulisan ini tidak lama kerana ia seterusnya telah diserap kedalam khat Kufi.

U

S A N M

Kemashyuran khat Kufi ► ►







Pada pertengahan abad kelapanlah khat Kufi mencapai tahap kesempurnaannya. Selama tiga ratus tahun lamanya khat Kufi diiktiraf sebagai ‘raja tulisan’ dan merupakan satu-satunya tulisan yang digunakan untuk menyalin Al Quran. Umumnya, mushafmushaf Al Quran terdahulu ditulis dengan khat Kufi yang menggunakan format (ukuran) empat persegi panjang. Pada abad kesepuluh gaya tulisan kursif mulai menjadi terkenal dan mulai dikemaskini. Khat Kufi juga tidak ketinggalan dan mulai menekankan bentuk gaya kursif dan geometric yang di kenali sebagai ‘Eastern Kufic’. Didapati bahawa sapuan vertikal gaya ini adalah lebih lembut berbanding gaya khat Kufi sebelum ini yang agak kasar. Tulisan gaya ini lebih banyak digunakan dalam penulisan buku daripada digunakan dalam hiasan senibina bangunan. Namun begitu gaya ini turut digunakan sebagai hiasan pada seramik. Khat kufi amat masyhur dan terus diutamakann untuk penulisan al Quran sehinggalah ia diganti dengan gaya nasakh Atabag di zaman Atabag (545H) di Mosul dan Utara Syam.

Penggunaan khat Kufi ►







Walaupun telah di ketahui bahawa khat Kufi digunakan untuk tugas-tugas menyalin Al Quran tetapi fungsinya tidak terbatas pada tugas tersebut sahaja. Khat Kufi turut digunakan sebagi lambing-lambang dalam inskripsi-inskripsi arab atau sebagai tulisan hiasan. Pada abad kelapan khat Kufi di gunakan secara meluas dan dcetak pada mata wang logam dan dan tulisan pada hari-hari kebesaran. Malahan khat Kufilah yang digunakan untuk cetakan mata wang dirham pada zaman al khulafa’ al rashidin (r.a), pemerintahan bani Umaiyyah, Abbasiyah dan ketika kekuasaan Islam di Andalusia (Sepanyol). Di Afrika Utara mata wang yang di buat pada akhir abad pertama dan permulaan abad kedua hijrah

► ►





► ►

Pada sekitar abad ke-13 dan abad ke-14 khat Kufi mulai digunakan sebagai hiasan pada bangunan. Gaya khat Kufi merupakan satu-satunya gaya yang di guna untuk menghiasi segenap ruang bangunan yang merupakan satu keistimewaan yang di miliki oleh senibina Islam. Di Morocco khat Kufi banyak di gunakan untuk menulis teks-teks sejarah di sekitar Bandar Attarin Medersa pada kayu. Kaligrafi plaster bn’ ‘inaniya medersa di Fes dan hiasan pada pintu Challah of Rabat turut menggunakan gaya tulisan khat kufi. Di Alhambra motto Nasrid iaitu ‘La ghaliba illa’llah’ hanya ditulis dengan gaya khat kufi sahaja. Tulisan khat Kufi digunakan untuk menulis basmalah di ‘gate of Udaya’ di Rabat, mihrab di masjid agung di Cordova, pada Nilometre* (Miqyas) di pulau roda di Mesir pada abad ke-9.

► Seniman-seniman

muslim di Mesir dan Syria di bawah khalifah Fathimiyah (909-1171) menggunakan khat Kufi secara meluas dalam bidang hiasan pada logam, kaca dan tekstil. ► Khat Kufi hias mencapai puncak kegemilangannya pada pada abad kesebelas di bawah sultan-sultan Seljuk, yang berkuasa sejak berakhirnya zaman dinasti Abbasiyah. ► Malahan pada zaman kerajaan Abbasiyah sendiri khat Kufi digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid, gedung pemerintahan, kubah atau menara azan dan

Khat Kufi

Khat Kufi

Khat Kufi

Khat Kufi

Khat Kufi yang ditenun

Khat Kufi

Nilometer @ al miqyas

Ukiran khat Kufi

KHAT FARISI

► TERDAPAT

3 PENDAPAT TENTANG SEJARAH DAN PENGASASAN KHAT FARISI

Pendapat Pertama ►

Khat Farisi atau juga dikenali sebagai Khat Farsi oleh sesetengah pendapat amat terkenal di kalangan bangsa Parsi dan bangsa bukan Arab (Ajam) yang lain.



Orang Islam Parsi, Afghanistan, dan India menggunakan seni khat ini dalam urusan suratmenyurat dan penulisan buku.

► ►

Statusnya begitu tinggi di kalangan bangsa Parsi. Fungsi seni khat ini begitu meluas dan mengambil alih tulisan Bahlawi.



Khat Farisi juga melahirkan banyak cabang khat yang berseni.



Antaranya, al-Syaksatah, khat Taaliq, khat Anjah Taaliq, khat Syaksatah Taaliq, dan khat Syaksatah Amiz.  



Seni khat menjadi bahan motif seni rupa yang utama dan mempengaruhi segala cabang seni rupa dalam tamadun Islam.



Berasaskan peraturan gerakan tulisan khat dari kanan ke kiri, seniman khat bebas menyusun ciptaannya dalam aneka susunan seperti bentuk bersegi, bulat, bujur, bentuk bunga, bintang, bulan, bangunan, perahu, dan sebagainya.

Pendapat kedua ►

Sesetengah pendapat pengkaji Khat mengatakan Khat Farisi juga dikenali sebagai Khat Ta’liq atau Khat Bebas.



Seni kaligrafi Islam ini dipercayai dimajukan oleh masyarakat Parsi dari Khat Arab yang bernama Firamuz.



Khat Farsi dikatakan seni khat yang ‘sederhana’ dari segi kepopularannya.



Gaya tulisan Khat Farsi yang bersambung telah diperkenalkan dan digunakan sejak abad ke-9.

► Abd

al-Hayy,seorang penulis khat yang berasal dari sebuah kota yang bernama Astarabad dikatakan telah memainkan peranan besar dan penting dalam perkembangan Khat Farisi pada awal kemunculan kaligrafi ini.

► Beliau

mendapat galakan daripada Shah Ismail untuk mengetengahkan peraturanperaturan asas penulisannya dalam penggunaan tulisan Farsi.

Pendapat ketiga ►

Mengikut sejarah,Khat Ta’liq dan Nastaliq Parsi juga dikenali sebagai Khat Farisi.



Perkembangan kaligrafi berlaku dengan pesat di bawah pemerintahan Shah Ismail dan penggantinya Shah Tahmasp(1524-1576).



Pada masa tersebut Khat Ta’liq berkembang menjadi tulisan yang luas penggunaannya dan menyebabkan lahirnya Khat Nasta’liq.



Menurut sumber Arab,Khat Ta’liq yang bermaksud gantung dimajukan oleh masyarakat Parsi.Sumber ini juga sama seperti yang tertulis di dalam kitab Al Fihrist karangan Ibnu Nadim .

Khat Farisi

Khat Farisi

Khat Farisi

KHAT DIWANI JALI

KHAT DIWANI ►

Khat Diwani berasal dan berkembang daripada tulisan Riq’ah menjadi tulisan Musalsal yang hurufnya berjalin. Kemudian meningkat menjadi Khat Sultaniyah dan Khat Hamayuni.



Khat jenis ini sangat luas penggunaannya dipejabat- pejabat kerajaan seperti Kerajaan Islam di Mesir di bawah pemerintahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220 H.



Sesudah itu oleh kerana sifat- sifat estatiknya yang jelas, Khat Hamayun digunakan untuk penulisan surat- surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan, surat keputusan dan sebagainya.



Diwani bererti catatan atau antologi karangan. Ia didapati daripada inspirasi model- model lain. Oleh itu sifatnya tersendiri.



Fungsinya hanya untuk hiasan. Khat Diwani yang antara ciricirinya berpanca antara satu sama lain dan ada yang berhias pada ruang- ruang yang kosong sesuai ditulis pada ijazahijazah, judul- judul buku dan iklan- iklan.



Khat Diwani juga khusus digunakan bagi surat menyurat Kerajaan Turki seperti perlantikan jawatan penting negara dan istiadat kebesaran yang lain.



Peningkatan Khat Diwani melahirkan Khat Diwani Jali yang lebih indah berbunga dan berhias seolah- olah mirip sebuah kapal di lautan. Antara ahli- ahli Khat Diwani yang termasyur dalam sejarah termasuklah Syeikh Hamadullah Al- Amasy, Jalaluddin dan Al- Hafiz Uthman.



Ahli khat yang telah banyak berjasa ke arah meninggikan mutu seni bagi Negara Turki pula ialah Hamid Al- Amidiy, Muhammad Izzat dan Hashim Muhammad Al- Baghdadiy.

KHAT DIWANI JALI ►

Selain Khat Diwani, terdapat lagi Khat Diwani Jali yang sifatnya lebih bervariasi dan lebih rumit penulisannya tetapi lebih indah dan estatik.



Model yang dipenuhi dengan tanda- tanda syakal ini sering digubah dalam bentuk- bentuk yang indah dan menarik seperti bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya.



Penulis- penulis Khat Diwani Jali yang terkenal adalah seperti Muhammad Izzat dari Istanbul, Hisyim Muhammad Al- Baghdadi, Syed Ibrahim dan Al- Mala Ali yang telah berjaya menghasilkan ciptaan- ciptaan yang indah.

KHAT DIWANI

KHAT DIWANI

KHAT DIWANI

AHLI KHAT : Ibnu Muqlah ► Tokoh

seni khat yang masyhur ini dilahirkan pada 868 M di Baghdad.

► Nama

sebenarnya ialah Abu Ali Muhammad bin Ali. Kariernya bermula sebagai pengutip cukai tanah di Fars.

► Apabila

Ibnu Al- Furat menjadi wazir pada 908 M, karier ibnu Muqlah semakin cerah. Beliau dilantik sebagai setiausaha Pentadbiran Pusat. Pengetahuannya dalam bidang geometrik banyak membantunya dalam mengubah suai tradisi kaligrafi.



Ahwal yang merupakan murid kepada Ibrahim AlSyajari bertanggungjawab membentuk Ibnu Muqlah menjadi ahli kaligrafi yang masyhur.



Kemasyhuran Ibnu Muqlah ialah kerana beliau telah menyumbangkan skrip kaligrafi yang istimewa AlKhat Al- Mansub’ yang kemudian telah disempurnakan dengan jayanya oleh Ibnu AlBawwab.



Sumbangan Ibnu Muqlah yang bermakna ialah peraturan- peraturan menggunakan lingkungan, garis lurus serta titik rombik bagi melahirkan bentuk- bentuk huruf yang betul serta gaya enam tulisan yang dikenali sebagai ‘Sitta’- Thuluth, Nasakh, Rihan, Muhaqqaq, Tauqi dan Riq’ah yang berkekalan berabad- abad lamanya

► Ibnu

Muqlah lebih menguasai tulisan Kursif daripada tulisan Kufi.

► Walau

bagaimanapun, beliau mampu menguasai tulisan tersebut.

► Ini

dibuktikan apabila beberapa karyanya telah dihasilkan dalam dua jenis tulisan tersebut.

► Antara

karya tulisannya dengan Khat nasakh dan Thuluth pula terdapat di Muzium Iraq, Baghdad. Dikatakan juga sebuah mashaf Al- Quran di Masjid Sevilla Andalusia merupakan hasil karya beliau.



Sungguhpun kegemilangan Ibnu Muqlah dalam lapangan kaligrafi mencapai reputasi yang menakjubkan, tetapi kehidupannya penuh dengan tragedi yang menyayat hati.



Jawatan Wazir (Perdana Menteri) kepada tiga khalifah Abbasiah iaitu Al- Muqtadir (908- 932 M), Al- Qahir (932- 934 M) dan Al- Radhi (934- 940 M) tidak menjaminnya hidup mewah dan bahagia.



Dalam kegelisahan akibat krisis kepimpinan khalifah, beliau sering difitnah dan teraniaya. Beliau pernah ditangkap dan dipenjara selama dua tahun, sebelum dibuang negeri ke Parsi. Kemudiannya difitnah lagi sehingga jawatannya dipecat dan hartanya telah diambil. Kemuncak daripada penderitaannya ialah apabila tangan kanannya telah dipotong.



Tetapi Khalifah Al- Radhi kemudiannya menyesal dan meminta agar tangan Ibnu Muqlah diubati.



Dengan tangannya yang cacat itulah Ibnu Muqlah meneruskan sisa- sisa kehebatannya dalam lapangan penulisan kaligrafi.



Penderitaan Ibnu Muqlah tidak berakhir di situ, tindakan kejam ke atasnya terus dijatuhkan oleh Ibnu Raiq dengan memotong lidah beliau serta menyumbatkannya ke penjara.



Sisa- sisa kehidupannya bertahun- tahun di penjara berakhir dengan kematiannya pada tahun 940 M/ 328 H. Kehilangannya tidak pula menenggelamkan seluruh kegemilangan kaligrafi yang telah dirintisnya.

► Ibnu

Muqlah meninggalkan muridmurid dan pengikut- pengikut yang meneruskan kegiatan kesenian kaligrafi Islam di tengah- tengah kemasyhuran gurunya. Antara muridmuridnya yang terkenal ialah Ibnu AlSimsimany dan Ibnu Asad Al- Ghafigi.

RUJUKAN Tajuk : Traditional Islamic Craft In Moroccan Architechture 1 Penulis : Andre’ Paccard Penerbit : E’dition Atelier 74 Tahun : 1980 ►

Tajuk : Seni Khath Islam Penulis : Drs.A.Sirajuddin AR Penerbit : Pustaka Panjimas ►

Tajuk : Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Penulis : Hashim Haji Musa Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun : 1999

Tajuk : Buku Kesenian Islam Penulis : Ahmad Kamal Abdullah Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun : 1990 ►

Tajuk :Aspek-Aspek Kesenian Islam Penulis : Manja Mohd Ludin Dan Ahmad Suhaimi Mohd Nor Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun : 1996 ►



Tajuk : Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam Penulis : Dr Othman Mohd Yatim Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tahun : 1989

Tajuk : Penghantar Tamadun Islam Penerbit : Media Intelek Sdn Bhd ►



Tajuk : Pertandingan Seni Khat Seramik Peringkat Kebangsaan 94



www.ummah.com .my/islamic portal/kaligrafi.htm www.iranonline.com/art/kaboly www.persianpainting.com www.caroun.com www.sakkal.com/ArtArabicCalligraphy www.islamicart.com/main/calligraphy www.arabiccalligraphy.com



Tajuk : Seni Kaligrafi Islam Penulis : Drs Irhash A. Samad Penerbit : Penerbitan Angkasaraya Tahun : 1993 ►

► ► ► ► ► ►

Related Documents

Presentation Khat
November 2019 16
Control Khat 4
May 2020 6
Khat Tsulust.pdf
May 2020 4
For U Win Khat
April 2020 6
Control Khat 8
May 2020 7
Control Khat 5
May 2020 8

More Documents from ""