Ppsmi

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ppsmi as PDF for free.

More details

  • Words: 361
  • Pages: 2
Ulasan Jurnal : ISU PPSMI/ETeMS 1

Artikel: Antara Aku, Mereka dan Peralatan PPSMI... Pengarang: Philip ak Pupur Jurnal: Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006, Jilid 1/ Kerjasama IPBL dengan PPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak di bawah Pengulas:

KPKIPBL Mardiana binti Mhmad Tahar (M20072000628)

1. Jurnal ini merupakan satu penyelidikan tindakan yang dijalankan dengan oleh penulis ke atas rakan kolaborasi serta guru-guru ETeMS di SK St John Taee, Serian terhadap penggunaan peralatan PPSMI. Kajian ini dijalankan berikutan beliau tidak berpuas hati dengan tahap penggunaan peralatan PPSMI yang dibekalkan oleh kerajaan. 2. Hasrat penulis untuk meningkatkan lagi tahap penggunaan peralatan PPSMI di sekolahnya merupakan satu usaha yang murni yang mungkin jika dilakukan di setiap sekolah, isu tidak tahu dan tidak menggunakan peralatan PPSMI tidak akan timbul. 3. Langkah terancang yang dilakukan oleh penulis adalah amat baik seperti membuat soal selidik untuk mendapatkan dapatan awal yang seterusnya digunakan untuk merancang tindakan yang sesuai dibuat untuk mengatasi masalah ini. 4. Bengkel penggunaan peralatan PPSMI yang dibuat oleh penulis dengan kerjasama pihak-pihak tertentu itu amat baik jika dapat dilakukan di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak sepatutnya akan dapat meningkatkan kadar penggunaan peralatan PPSMI di dalam pengajaran dan pembelajaran. Guruguru juga tiada alasan lain yang membolehkannya menidakkan penggunaan peralatan tersebut.

Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm

Ulasan Jurnal : ISU PPSMI/ETeMS 2 5. Seperti yang kita tahu, Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) didatangkan dengan pakej teaching courseware yang memang berkait rapat dengan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk membiayai program ini. Jadi seharusnyalah, guru sebagai orang tengah dalam aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kompetensi murid dalam ilmu sains dan teknologi menggunakan apa yang telah diberikan oleh kerajaan sepenuhnya dan menganggap TMK sebagai pemudah cara dalam memastikan objektif utama PPSMI tercapai. 6. Penulis mungkin boleh meneruskan usaha ini dengan mengadakan bengkelbengkel lain seperti bengkel penggunaan Microsoft Office, bengkel penggunaan internet, bengkel pembinaan website atau blog yang mungkin sedikit sebanyak dapat meningkatkan minat guru-guru untuk penggunaan peralatan PPSMI yang optimum. Ia juga boleh mengurangkan phobia guruguru tersebut terhadap TMK dan juga dapat mengubah persepsi mereka terhadap pelaksanaan PPSMI yang dikatakan tidak membawa apa-apa kebaikan.

Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm

Related Documents

Ppsmi
June 2020 13
Ppsmi
April 2020 15
Ppsmi
June 2020 21
Ppsmi
April 2020 19
Ppsmi
April 2020 18