Ppsmi

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ppsmi as PDF for free.

More details

  • Words: 5,359
  • Pages: 37
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

NAMA PELAJAR

:

MOHD SYAHIDAN BIN ABDUL AZIZ

NO K. P.

:

900327-11-5517

KUMPULAN/UNIT

:

PPISMP SEMESTER 1 REKABENTUK DAN

NAMA MATAPELAJARAN

:

KEMAHIRAN BELAJAR

NAMA PENSYARAH

:

ENCIK SABRI BIN AWANG HITAM

TARIKH SERAHAN

:

17 SEPTEMBER 2009

TEKNOLOGI 1

‘Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’.

Tandatangan : ……………………………….. Nama penulis : MOHD SYAHIDAN BIN ABDUL AZIZ Tarikh

: 17 SEPTEMBER 2009

I

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

JABATAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU

II PENGHARGAAN Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi,akhirnya tugasan kerja kursus ini dapat disiapkan pada masa dan tempoh yang ditetapkan. Penghargaan ini turut ditujukan kepada individu-individu yang turut menyumbangkan bahan rujukan serta tunjuk ajar terutamanya Encik Sabri Bin Awang Hitam yang banyak membantu dan membimbing saya untuk menyiapkan hasil kreativiti saya ini. Tidak lupa juga diucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan dan individu yang turut memberi sokongan serta segala jenis bentuk bantuan kepada saya untuk menghasilkan kerja kursus ini. Selain itu turut dihargai dorongan ibu bapa yang memberikan sokongan moral dan semangat kepada diri saya untuk menyiapkan segala tugasan yang diamanahkan

kepada

saya

termasuk

kerja

kursus

ini

yang

menjadi

tanggungjawab saya menyiapkannya pada masa yang ditetapkan. Diharap dengan terhasilnya karya ini,ia akan dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi wadah keilmuan kepada para pelajar sebagai sumber utama dalam pembelajaran. Dengan terhasilnya kerja kursus ini diharap dapat meningkatkan lagi kepekaan kami mengenai teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Sekian,terima kasih.

III ISI KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN

I

TAJUK TUGASAN

II

PENGHARGAAN

III

SENARAI KANDUNGAN

IV

PEGENALAN

1

SEJARAH PELAKSANAAN

2

OBJEKTIF

3

PELAKSANAAN

4

5.1. PRESTASI AKADEMIK

7

5.1.1 PEPERIKSAAN

7

5.2. KAJI SELIDIK AKADEMIK

9

5.2.1 KAJIAN PERMUFAKATAN ILMIAH NASIONAL (PEMBINA)

9

5.2.2 KAJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL AND SCIENCE STUDY 11

5.2.3 KAJIAN PROF DR NOR HASHIMAH JALALUDIN

13

IV 5.2.4 KAJIAN UPSI 5.3 REAKSI DARI BIDANG PENDIDIKAN

14 16

5.3.1 KESAN NEGATIF

16

5.3.2 BAHASA SETEMPAT LEBIH SESUAI

17

5.3.3 DASAR MEMIHAK KELUARGA DI BANDAR

18

5.4 REAKSI AWAM

19

5.4.1 BANTAHAN GOLONGAN SASTERAWAN, BUDAYAWAN, DAN CENDIKIAWAN 19 5.4.2 AHLI POLITIK YANG MENDOKONG

20

5.4.3 AHLI POLITIK YANG MENENTANG

21

5.4.4. PENENTANGAN AWAM, GERAKAN PEMANSUHAN 22 6. PERSPEKTIF 6.1 PERUNDANGAN: PERCANGGAHAN DLAM PERLEMBAGAAN 24 7 MASA HADAPAN 7.1. PEMANSUHAN

25 26

8. REFLEKSI

27

BIBLIOGRAFI

29

V 1. PENGENALAN Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah melakukan kajian mendalam.

1 2. SEJARAH PELAKSANAAN PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

2

3. OBJEKTIF Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia; OBJEKTIF

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris,

3 4. PELAKSANAAN

PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen berikut:

BUKU TEKS BUKU LATIHAN DAN AKTIVITI

BUKU GLOSSARI

BAHANBAHAN PEMBELAJA RAN PPSMI

BUKU AMALI SAINS

CD-ROM GURU

BUKU PANDUAN GURU

MY CD

4  Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.  Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.  Buku Panduan Guru (Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu. MyCD (Pupil's CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.  CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah

komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja. 5  Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.  Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat. Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat oleh Dong Jiao Zong satu kompromi oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional, satu formula “2-4-3” telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala bagi Tahap II, formula “6-2-3-2” telah dilaksanakan mulai tahun 2006 untuk tujuan tersebut.[5]

6

5.1 PRESTASI AKADEMIK 5.1.1 PEPERIKSAAN Pada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkan peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. Menurut pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaran Biologi menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87% (91.45%-96.32%), Matematik Tambahan 6.81% (68.61%74.76%), Fizik 8.76% (94.87%-97.63%), Matematik 1.04% (77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%), sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalam pelajaran peringkat menengah.[7] MATAPELAJARAN BIOLOGY 100 MATEMATIK TAMBAHAN FIZIK 80 MATEMATIK SAINS 60TAMBAHAN

PERATUS PENINGKATAN (%) 4.87 6.81 BIOLOGY 8.76 1.04 ADDITIONAL 4.29 MATHEMATIC PHISICS

40 MATHEMATIC

20 0

ADDITIONAL SCIENCE 2006

2007

7

Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yang menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata, 159,234 orang murid (31% dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris sementara untuk kerta Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang (46%). Walau bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd

Arshad,

"sebanyak

31.1

peratus

murid-murid

yang

menguasai

pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," di samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain. [9]

8

5.2 KAJI SELIDIK AKADEMIK 5.2.1) [Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) 5.2.2) [Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) 5.2.3) Kajian Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin 5.2.4) [Kajian UPSI]

5.2.1) [Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) Kajian "Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid" mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang. Kajian ini mendapati PPSMI hanya mampu menunjukkan peningkatan minimum kepada penguasaan bahasa Inggeris sebanyak empat peratus dan pada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik. Kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmuah Nasional ini menggunakan kepakaran 53 pakar bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008. Antara universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

9

Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan. Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI:  menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.  PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Laporan eksekutif kajian ini diedarkan buat pertama kali kepada umum di Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.

10

5.2.2) [Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007. Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003. Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi matematik dan 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding enam peratus pada 2003. Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain. 11

Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima peratus). Dalam kategori 'High Benchmark 550' Matematik, hanya 18 peratus pelajar Malaysia tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70 peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus), Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20 peratus). Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian sains juga merosot secara mendadak. Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian matematik dan sains ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar belajar matematik dan sains dalam bahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau bahasa kedua/asing. Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi. 12

5.2.3) Kajian Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin Satu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan: 75% pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan. Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula mendapati 96% guru setuju pelajar semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43 orang guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun pada tahun kajian dibuat. MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS MENDATANGKAN MASALAH PEMAHAMAN

100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

BAHASA MELAYU MAMPU SAMPAIKAN MATEMATIK DAN SAINS DENGAN BERKESAN

PELAJAR KURANG MINAT DENGAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS

KAJIAN PROF DR. NOR HASHIMAH JALALUDIN

13

GURU SETUJU PELAJAR MEMPUNYAI MASALAH MEMAHAMI SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

5.2.4) [Kajian UPSI] Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian mengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008, berasaskan tiga kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap murid-murid Tahun Lima, iaitu pada bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz 1564 orang) dari 27 buah sekolah rendah; Julai 2007 (636 orang) dari 13 buah sekolah; dan Januari 2008 (1703 orang) dari 28 buah sekolah. Menurut abstrak kajian tersebut, “Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka ‘tidak faham/kurang faham’ pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka ‘sukar/agak sukar’ mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca arahan dalam Bahasa Inggeris dan ‘menyelesaikan masalah’. Bagi kohort Januari 2008 skor min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0; dan skor min Sains hanya 4.08 daripada maksimum 14.00. Skor min Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada skor maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang Asli, berbanding murid

Cina

dan

India.



Dapatan

dari

kajian-kajian

ini

menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai, bahkan negatif:

ia

menyusah

dan

melemahkan

lagi

pembelajaran

Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris pelajar.” 14

Kajian ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana kajiannya yang tidak kurang kepincangannya. Antara kelemahan utama yang ditekankan adalah: kelemahan guru berbahasa Inggeris dikaitkan dengan kegagalan dasar padahal ini masih boleh dibaiki; kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid; ketiadaan kelompok kawalan sebagai alat perbandingan statistik untuk mengukuhkan hujahnya, memandangkan semua sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris perbandingan hasil soalan berbahasa Inggeris dan soalan berbahasa Malaysia, yang mana hanya 37.3% menjawab soalan berbahasa Malaysia berkenaan dengan betul berbanding 39.6% yang menepati soalan berbahasa Inggeris itu, menjadikan hasil kajian ini seolah-olah tidak menyokong dengan sebaiknya saranan kajian ini agar memansuhkan dasar ini.

15 5.3.REAKSI DARI BIDANG PENDIDIKAN 5.3.1.Kesan negatif Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa

500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris;

formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid;

Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan

murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris,

16 sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat mereka.

5.3.2.Bahasa setempat lebih sesuai

Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi: “Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah.” (On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.) 17

Selain itu, memorandum juga merujuk laporan bertajuk Education for All: Policy Lessons From High-Achieving Countries[18] ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998. Mehrotra menegaskan kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk Eliminating Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciran bertambah.

5.3.3.Dasar memihak kepada keluarga di bandar Bill Templer, seorang pensyarah kanan yang melawat di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, berhujah dalam satu surat kepada akhbar, bahawa dasar ini berat sebelah kepada anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan tinggi, sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan miskin, baik di bandar mahupun di luar bandar, malahan boleh juga menjejaskan pemahaman konsep sains dan matematik kepada murid-murid biasa kerana mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka.

18

5.4.REAKSI AWAM 5.4.1.Bantahan golongan sasterawan, budayawan dan cendekiawan Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk kesemua Sasterawan Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said, Prof Muhammad Hj Salleh dan Anwar Ridhwan bersatu menyatakan

pendirian

menentang

dasar

PPSMI.

Mereka

menyatakan

penentangan mereka dalam satu kenyataan bersama di sidang media pada 5 Mei 2009. Enam alasan yang diberikan diringkaskan seperti berikut: 1. Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda, Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa ibunda. 2. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan. 3. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi. 19

4. Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca". 5. Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya. 6. Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas, relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.

5.4.2.Ahli politik yang mendukung Perbahasan mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak pembangkang mahupun pemerintah. Antara ahli politik yang mendukung dasar PPSMI ialah Mukhriz Mahathir, anak kepada pencadang dasar itu sendiri. Beliau pernah menyatakan bahawa tujuan mengajar matapelajaran sains dan matematik

dalam

bahasa

Inggeris

bukanlah

untuk

meningkatkan

penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam bidang sains dan matematik melalui pengetahuan bahasa Inggeris. 20

5.4.3.Ahli politik yang menentang Pada April 2008, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata "Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan sebelum ini, dan "pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik." Anwar mengulangi ikrar beliau untuk mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda sewaktu parti campuran Pakatan Rakyat pimpinan beliau menerima memorandum membantah PPSMI dari Gerakan Mansuhkan PPSMI di Kuala Terengganu pada 15 Januari 2009. YB Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda UMNO, turut menggesa agar dikembalikan bahasa kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik. Katanya, "(Berdasarkan maklum balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk fahami sains dan matematik. Guru pun ada masalah untuk mengajar, bukan sahaja lidah tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran." Tambahnya lagi, cara terbaik bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu secara menyeluruh, antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di sekolah.[26]

21

5.4.4.Penentangan awam: Gerakan Mansuhkan PPSMI Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan bergelar Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya adalah memastikan dasar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin. Gerakan yang asalnya dikenali sebagai "Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu" ini dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun kelihatan erat dengan Pakatan Rakyat, GMP menolak tanggapan bahawa mereka menyokong parti campuran tersebut, apatah lagi ada juga beberapa ahli politik Barisan Nasional yang menyokong perjuangan mereka, misalnya Datuk Puad Zarkashi dari UMNO. GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, penyair Dinsman dan Pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad, dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina dan India seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong Jiao Zong. Kemuncak bantahan GMP ke atas PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI. Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, di samping dilaporkan merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar "Keranda 152", sempena dakwaan PPSMI tersebut pada bulan Februari. Akan tetapi pada 15 Februari 2009, tunjuk perasaan "Keranda 152" itu 22

tidak menjadi kenyataan, akhirnya mereka membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur yang diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa dan diketuai oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin dan berkata, laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu. Persatuan

Kebangsaan

Pelajar

Islam

Malaysia

(PKPIM)

turut

kuat

membangkang dasar PPSMI. Pada 18 Februari 2009, PKPIM mengikut jejak Gapena membuat laporan polis yang seumpamanya terhadap kerajaan di Balai Polis Gombak, Selangor.

23 6. PERSPEKTIF 6.1. PERUNDANGAN: PERCANGGAHAN DENGAN PERLEMBAGAAN Menurut Prof Dr Aziz Bari, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sangat jelas dalam Perkara 152 di mana segala urusan rasmi baik di peringkat persekutuan dan negeri hendaklah dijalankan dalam bahasa itu. Walaupun terdapat pengecualian kepada penggunaan bahasa Melayu oleh Yang Dipertuan Agong, PPSMI tidak boleh dihujah sebagai sesuatu yang dibenarkan tambahan pula dasar ini tidak dilaksanakan melalui parlimen tetapi dibuat oleh pihak eksekutif secara tiba-tiba yang sepatutnya perlu melalui proses rundingan dan perbincangan awam. Polisi ini sudah pun dicabar pada tahun 2002 yang oleh empat orang pelajar Melayu Perak pada tahun 2002 kerana melanggar Perkara 152. Menurut Prof Dr Aziz lagi, mahkamah belum membuat keputusan mengenai PPSMI sedangkan dalam kes Universiti Merdeka pada tahun 1981, isu Perkara 152 Perlembagan Persekutuan telah timbul dan diputuskan oleh mahkamah. Dalam kes Universiti Merdeka ini, mahkamah telah menolak petisyen penubuhan Universiti Merdeka yang akan menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar kerana bertentangan dengan Perkara 152. Menurut bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato' Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Malaysia. Kenyataan ini disokong oleh ramai penulis muda Malaysia seperti Faisal Tehrani dan lain-lain.

24

7. MASA HADAPAN Sepanjang separuh kedua tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah mengadakan lima sesi persidangan meja bulat di kalangan ahli-ahli akademik, persatuan ibu bapa dan guru, kesatuan perguruan dan pertubuhan bukan kerajaan, untuk mengkaji semula dasar PPSMI dan dijangka mengambil keputusan terhadap PPSMI pada hujung tahun, berdasarkan keputusan UPSR dan faktor-faktor lain. Di sidang terakhir pada bulan Disember, usul-usul yang dikemukakan para hadirin persidangan dikumpul menjadi tujuh pilihan berkenaan nasib dasar ini, iaitu:



Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;



Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;



Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;



Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;



Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah;



Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah; dan



Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

25

Pada 8 Januari 2009, Datuk Hishamuddin berkata keputusan muktamad mengenai nasib PPSMI hanya akan dicapai pada "tahun hadapan", walaupun hampir selesai mengkaji segala maklum balas yang dikumpul. Setelah Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadiran negara selaku Perdana Menteri pada bulan April, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Menteri Pelajaran baru. Pada bulan Mei, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau masih belum puas hati dengan yang hasil kajian yang pernah dilakukan dan dibentangkan di sesi perbincangan meja bulat, oleh itu tidak dapat mencapai kata putus mengenai nasib dasar PPSMI, sebaliknya masih membuka pintu kepada kajian dan memorandum baru oleh semua pihak mengenai isu ini.

7.1.PEMANSUHAN

Akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam.. Dalam pada itu Tun Mahathir Mohamad memberi reaksi tidak puas hati seperti diduga, lalu mengadakan undian isu tersebut di blognya bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Bagaimanapun, pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh meneruskannya hingga tamat sekolah menengah sekaligus menundakan pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014.

26 8. REFLEKSI Semasa melaksanakan tugasan ini, saya meneliti secara lebih mendalam mengenai isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Antara aspek yang diperhatikan ialah objektif pelaksanaan, sejarahnya, reaksinya sehinggalah ke pemansuhannya. Selain itu, saya juga mencari dapatan kajian daripada beberapa pihak mengenai isu yang dibincangkan. Saya telah menggunakan bahan-bahan seperti internet dan buku ilmiah dalam mencari maklumat mengenai isu yang saya kaji. Setelah membuat penelitian berdasarkan sumber-sumber yang telah dikumpul, saya telah membuat perbincangan dengan rakan-rakan bagi mendapatkan panduan dan melengkapkan tugasan hasil kajian. Saya mendapati terdapat kelebihan serta kekurangan dalam dasar PPSMI ini bergantung kepada perspektif individu itu sendiri. Melalui kajian ini, saya dapat meningkatkan kefahaman saya dalam isu ini. Hasil daripada tugasan ini, saya dapat mempraktikkan amalan kemahiran belajar. Saya juga dapat meningkatkan keupayaan dalam membuat analisis tafsiran, membuat sintesis dan penilaian. Pada pendapat saya, sungguhpun isu PPSMI ditentang oleh pelbagai pihak mengenai pelaksanaannya, dasar ini sebenarnya mampu membantu pelajar dan bukan hanya memberikan keburukan semata-mata sehinggakan ia dimansuhkan. Hal ini demikian kerana dasar ini telah membantu saya selaku pelajar luar bandar dalam menguasai bahasa Inggeris yang semakin hari samkin penting penggunaannya. Pun begitu, pandangan golongan cerdik pandai serta kajian berangka tidak sepatutnya diketepikan. Pemansuhan dasar PPSMI munasabah demi kepentingan anak-anak bangsa sungguhpun pelaksanaannya adalah demi kepentingan mereka sendiri.

27 Mengenai pelaksanaan dasar PPSMI dalam kurikulum sekolah, pada pendapat saya ia sedikt menyukarkan para guru. Guru mengalami kesulitan untuk mengajar matapelajaran Sains dan Matematik apabila perlu mengajar dalam bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana tidak semua guru Matapelajaran Sains dan Matematik mahir berbahsa Inggeris. Sealain itu, murid-murid juga sukar memahami apa yang diajar di dalam kelas serta memahami buku teks dan rujukan kerana kebanyakan murid tidak mahir dalam berbahasa inggeris. Dasar ini juga menyebabkan murid-murid sekarang ramai yang tidak meminati Matapelajaran

sains

dan

Matematik

akibat

berasa

sukar

mempelajari

Matapelajaran tersebut. Hal ini ditakuti akan kekurangan cerdik pandai dalam bidang-bidang ini kelak. Tugas guru menjadi lebih mencabar akibat pelaksanaan dasar ini. Guru-guru terpaksa mengikuti pelbagai kursus yang disediakan bagi meningkatkan kelancaran berbahasa Inggeris. Akan tetapi jika dilihat dari segi positifnya, pelaksanaan dasar ini mampu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris guru-guru Sains dan Matematik. Akhir kata, saya ingin nyatakan bahawa dasar ini ada kebaikan dan keburukannya. Oleh itu, pemansuhan dasar ini hendakalah dijadikan ikhtibar dan panduan dalam meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.

28 BIBLIOGRAFI 1. "PPSMI dimansuhkan mulai 2012", Malaysiakini, 8 Julai 2009. Dicapai pada 8 Julai 2009. 2. "Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI)", Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008-08-07. Dicapai pada 2009-02-16. 3. Salmiyah Harun. "Penggunaan BI dalam UPSR 2008 belum membanggakan - Kesatuan Guru", Harakah, 2008-11-16. Dicapai pada 2008-11-16. 4. Kajian: Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI 5.

Dr Isahak Haron. "Bahasa Melayu untuk Sains, Matematik tetap realistik", Berita Harian, 2009-03-04. Dicapai pada 2009-03-05.

6. Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Bahasa dan Budaya (blog) (2009-02-04). Dicapai pada 2009-03-18. 7. Noraini Yaacob. "Teaching SCIENCE & MATH IN ENGLISH: Survey conclusions may be flawed, not policy", New Straits Times, 2008-09-12. Dicapai pada 2008-09-13. 8. Pernyataan Akhbar oleh Sasterawan Negara 9. Ng U-En. "Mukhriz enlightens the critics", The Malay Mail. Dicapai pada 2008-12-21. (Bahasa Inggeris) 10. "Pemuda: Kembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam BM", Bernama (mSTAR Online), 2007-11-08. Dicapai pada 2008-07-26. 11. Jimadie Shah Othman. "Sah, Dr Hassan ketuai bantahan PPSMI", Malaysiakini, 2009-01-08. Dicapai pada 2009-01-19. 12. Abd Aziz Bari, "PPSMI dalam konteks perlembagaan", di Seminar Halatuju Dasar PPSMI dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, Kolej Universiti Islam Selangor, 14 Mac 2009. 13. [http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=1216&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&a

rc=hive "Melihat PPSMI dari sudut undang-undang", Utusan Online. 16 Disember 2008. 29

Related Documents

Ppsmi
June 2020 13
Ppsmi
April 2020 15
Ppsmi
June 2020 21
Ppsmi
April 2020 19
Ppsmi
April 2020 18