Ppismp Sem 3-teras Kemahiran Emosi

  • Uploaded by: Mohamad Syafie Bin Samsir
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ppismp Sem 3-teras Kemahiran Emosi as PDF for free.

More details

  • Words: 2,391
  • Pages: 14
1.0 Kopetensi Kecerdasan Emosi Apa Itu Emosi ? . Secara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Perasaan atau emosi ini mempunya tiga komponen :

Kompetensi utama kecerdasan emosi yang menjadikan seseorang memiliki keperibadian yang mantap adalah sebagai berikut.

1) Kesedaran diri emosional: Seberapa jauh anda mampu mengenali perasaan sendiri. (2) Penampilan emosional: Kemampuan diri menampilkan perasaan dan naluri. (3) Kesedaran akan emosi orang lain: Kemampuan mendengarkan, merasakan atau menerangkan perasaan orang lain dari segi kata, bahasa tubuh, mahupun petunjuk lain.

(4) Kreativiti: Berhubungan dengan berbagai sumber daya non-kognitif yang dapat membantu menyalurkan idea baru, mengaplikasikan penyelesaian alternatif dan cara efektif untuk melakukan sesuatu.

(5) Kegigihan/fleksibiliti/keserasian: Tetap bersemangat serta bercita-cita walaupun ada halangan. (6) Hubungan interpersonal: Mencipta hubungan dengan orang-orang yang bersamanya anda akan mencipta hubungan yang utuh. (7) Ketidakpuasan konstruktif: Kemampuan bertenang dan fokus dengan emosi yang tidak meningkat sekalipun dalam perselisihan. (8)Wawasan/Optimisme 1

Positif dan opitimistik (9) Belas kasihan/ simpati: Kemampuan bersimpati dan menghargai perasaan orang lain. (10) Intuisi: Kemampuan mengenali, mempercayai, dan menggunakan perasaan kuat yang lahir dari dalam, serta respons kognitif lain yang dihasilkan oleh panca inderaindera, emosi, fiikiran, dan tubuh. (11) Kesanggupan: Mengatakan apa maksud anda dan tekad untuk melaksanakan apa yang anda katakan; bersedia tahan terhadap gangguan dan godaan agar dapat bertanggungjawab atas segala tindakan dan sikap. (12) Percaya: Mempercayai bahawa seseorang itu “baik” sampai terbukti sebaliknya; namun, tidak juga terlalu mempercayai seseorang. (13) Kekuatan peribadi: Yakin dapat menghadapi segala cabaran dan hidup sesuai dengan pilihan. Kecerdasan emosi kendiri merupakan subjek penelitian yang mengungkapkan kenyataan

bahwa

menggunakan

ia

bagian

berbeza dari otak

yang

kemampuan berbeza.

kognitif

Kecerdasan

atau

teknik

serta

emosi penting untuk

menangani situasi yang melibatkan emosi, satu keadaan yang sering terjadi. Ini adalah kerana, ia merupakan bagian yang paling rumit dalam pengembangan kecerdasan seseorang. Jenis emosi negatif dapat diatasi dengan kepercayaan diri, keberanian, dan kejujuran dapat diperolehi dengan melalui hasil mempunyai kecerdasan emosi. Pengembangan kecerdasan emosi sangat penting kerana ia menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Kecerdasan emosi juga merupakan penentu dalam

pembentukan

serta

perpaduan

yang

erat

dalam

kalangan

masyarakat.Malahan negara maju juga akan bertambah maju sekiranya rakyatnya merupakan antara golongan yang mempunyai kesihatan mental selain fizikal. Berikut adalah contoh-contoh yang boleh digambarkan oleh kita mengenai jenis- jenis emosi yang berlaku kepada kita seharian mengikut situasi yang kita alami:-

2

Marah

Bimbang

Degil

Mengantuk

Sedih

Gugup

Berfikiran positif

Sakit hati

Panik

Susah hati

Geram

Hairan

Yakin

Seronok

Tawar hati

3

Risau

Gembira

Buntu

Benci

Kecewa

Ragu-ragu

Kawalan kendiri

-seseorang individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif

1.Mengurus perasaan dan emosi negative dengan baik. 2.Tenang dan positif semasa tertekan. 3.Berfikiran waras dan berfokus dalam

Amanah

-seseorang individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan intergriti

tekanan. 1.Bertindak secara beretika mengikut peraturan. 2.Membina keyakinan melalui kebolehpercayaan dan autensiti. 3.Mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain. 4.Mengekalkan pandangan yang ada

Ketekunan

-seseorang individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri.

prinsip walaupun tidak popular. 1.Mempunyai komitmen dan menunaikan janji. 2.Bersifat akauntable untuk memenuhi objektif. 3.Teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas.

4

Kebolehsuaian

-seseorang individu itu fleksible dalam menangani perubahan

1.Menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan dan pertukaran yang kerap. 2.Menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering berubah. 3.Fleksible dalam perpepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku.

Inovasi

-seseorang individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru

1.Mencari idea baru daripada pelbagai sumber. 2.Memikirkan penyelesaian kreatif terhadap masalah-masalah 3.Menjana idea, perspektif terkini .

2.0 Cara Mengurus Emosi 3.0 Analisis cerpen 3.0.1 Sinopsis Cerpen:Pergi Tak Kembali, Karya Mohamad Asha’ari Yunos (NIE) Manisah seorang anak lelaki yang mempunyai sikap yang kurang ajar dan biadab kepada ibunya.Malah dia sering meninggikan suara kepadanya ibunya,Puan Samsiah.Setiap hari ibunya akan menyediakan makanan dan pakaian disamping melihat anaknya pergi ke sekolah. Pada satu hari semasa Man berada disekolah dia telah lupa menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dan dia telah didenda untuk kelas tahanan.Semasa berada di kelas tahanan dia telah tertidur bermimpi bertemu dengan ibunya yang memesannya untuk pulang awal kerumah.Oleh kerana dia tidur, gurunya mendendanya lagi dengan denda membasuh kereta gurunya.Selepas itu dia pergi bermain permainan video dan pergi kekelas malam.Man bukan belajar di kelas malam tetapi bermain-main dengan rakan-rakannya. Man pulang kerumah dan mendapati ibunya telah tiada kerana terlampau terkejut dia pengsan. Semasa pengsan Man bertemu dengan Hang Tuah yang menasihati Man agar tidak menjadi sepertinya.Man ketakutan dan kebingungan dengan keadaan itu.Hang Tuah menceritakan dia tidak mahu Man jadi seorang yang kejam dan pendendam.Beliau mengatakan sekiranya dia tidak bebuat demikain Man akan membunuh gurunya dan rakannya.Man menyedari perkara itu dan dia menyesal akan perbuatanya. Dia tersedar dari pengsan, ayahnya menceritakan segalanya pada Man.Semasa dia tersedar radio memainkan pesanan lagu Pergi Tak Kembali dari Kumpulan Rabanni yang dipesan oleh arwah ibunya. 5

3.0.2 Watak dan Perwatakan Watak Manisah

Perwatakan -Watak utama -anak lelaki kepada Pn. Samsiah dan suaminya

Perwatakan negatif -seorang anak yang biadab pada asalnya

Watak Positif -melakukan tugasan guru tanpa membantah

-gemar melawan cakap ibunya

-sedar akan kesalahannya

-malas melakukan tugasan pada awal waktu

-sayang akan ibunya

-suka mengacau rakanrakan perempuan

Hang Jebat

-hulubalang Melaka

-kasar dalam berbahasa -membunuh orang demi membalas dendam saudaranya

-Muncul dalam mimpi Manisah -kurang ajar kepada sultan dan menderhaka

-redha atas pemergian ibunya -insaf atas kesalahan yang dilakukan

-menasihati Manisah akan kesalahannya -Menyesal akan kesilapan yang dilakukan dahulu -Menasihati Manisah agar berfikir sebelum bertindak

Puan Samsiah

-Ibu Manisah isteri kepada bapa Manisah

-

6

-Tidak mahu Manish menjadi sepertinya -Sabar dengan perlakuan anaknya yang kasar kepadanya

-menyediakan kelengkapan untuk keluarga -Menasihati Manisah setiap kali Manisah membuat kesalahan -Tabah dalam menghadapi perangai anaknya -Sedih apabila anaknya bersikap biadab kepadanya

Ayah Manisah

Cikgu

-Ayah Manisah

-Cikgu kepada Manisah

-Sayangkan keluarganya -Penyabar walaupun dia kehilangan isteri

-

-Menyuruh Manisah membasuh keretanya.

-Redha atas ketentuan Ilahi -Tegas dalam berurusan dengan pelajar bermasalah

3.0 .3 Jenis –jenis Emosi Yang Tedapat Didalam Cerpen Pergi Tak Kembali 3.0.3.1 Watak: Manisah

1

Jenis Emosi Marah

Situasi: Ungkapan/petikan/kutipan Aaarrrrggggghhhhhh!!!! Baaaannnnggggsssssaaaattttttt !!!! " Huraian: Ketika ini Manisah berada didalam alam mimpinya,dia begitu marah atas kejadian yang menimpa ibunya.

2

Kecewa

Hatinya amat pedih sekali. Pedih yang teramat dirasainya. Pedih memendam segala kekecewaan yang amat sangat. Huraian: Manisah kecewa akan 7

Cadangan Dan Refleksi Introspektif Perasaan marah sebenarnya adalah satu perasaan dimana ia dapat dilihat dari segi produktif dan distruktif maka sekiranya marah itu disalurkan dengan betul dan cara yang bijak maka ia akan memberi kebaikan namun jika tidak ia akan menjadi sebaliknya. Kekecewaan sememangnya tercetus dari diri kita apabila harapan dan impian tidak kesampaian.Bagi menghadapi perasaan ini , seharusnya kita menjadikan kekecewaan itu satu

permergian ibunya yang dia tidak sempat berada disisi ibunya sewaktu menghembuskan nafas yang terakhir 3

Terkejut

Beliau tersentak dengan jawapan lembaga itu. Dia tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh lembaga itu. Kehadiran lembaga itu membangkitkan rasa kemusykilan tetapi beliau tidak menunjukkannya. Beliau memberanikan lagi dirinya walaupun jantungnya berdegup pantas.

pengajaran agar ia menjadi satu ingatan yang membuatkan kita sedar akan hakikat sebenar bahawa hidup ini penuh warnawarni.Bawalah berbicang dan sentiasa berfikiran positif. Apabila dalam keadaan terkejut perkara pertama yang paling baik ialah bertenang.Cara yang paling baik ialah menarik nafas perlahan-lahan dan memastikan tidak terlalu melampau-lampau apabila terkejut.

Huraian:Semasa bertemu dengan Hang Jebat,Manisah terkejut akan kehadirannya yang secara tiba-tiba dihadapan Manisah 4

Membantah "Kenapa? Tidak bolehkah? Aku hendak dapatkan pengadilan!!!" "Pengadilan apa yang kau maksudkan? Membunuh adil? Janganlah kau lakukannya kerana kau akan merana nanti." "Aku tidak peduliiii!!!!" Huraian:Manisah membantah apabila Hang Jebat menghalangnya membuat keputusan untuk membalas dendam atas kematian ibunya.Dia tidak memperdulikan nasihat Hang Jebat.

8

Tidak salah sekiranya kita membantah sesuatu keputusan sekiranya kita tahu bahawa ianya salah,namun sekiranya kita membantah tanpa berfikir dengan jelas dan waras maka bantahan kita itu adalah tindakan ‘bunuh diri’.Membantah nasihat atau cadangan yang baik juga satu contoh perlakuan yang seharusnya kita elak.Sekurangkurangnya kita harus mengambilnya sebagai pelajaran dan bukan bantahan.

5

Takut

6

Insaf

Ketakutan sebenarnya adalah emosi yang mampu mengawal kita dan melindungi kita ketika ia masih terkawal,namun ketakutan yang berlebihan membuatkan kita tidak mampu berbuat apaHuraian:Kehadiran Hang Jebat apa.Bagi mengatasinya kita boleh secara mengejut menyebabkab mengambil langkah dengan cara Manisah ketakutan, Hang Jebat berfikir adakah perasaan itu bercakap dengan nada yang harus ada pada kita? Apa yang tegas sambil memberitahu saya takutkan?.Langkah terbaik bahawa keadaan kematian ialah memikirkan samada apa Manisah yang kita takutkan itu logik atau tidak. Emosi insaf merupakan satu "Ibu........."keluhnya dengan bentuk cara kita berfikir semula nada yang kesal bersamaan akan kejadian kita.Pendek kata, titisan air mata. Lalu Manisah bagaimana kita kembali kepada mengambil wuduk dan terus tuhan dan berserah kepadanya.Ia bersembahyang. juga satu cara untuk kita Huraian: Apa bila Manisah mendekatkan kita kepada dapat menerima ketetapan Ilahi tuhan.Tuhan itu maha akan ketiadaan ibunya.Dia pengampun,walaupun kita tahu menyesal akan segala kesilapan diri kita berdosa tidak semstinya yang dia lakukan keatas ibunya tidak boleh meminta ampun kepada-Nya. "Siapa engkau? A.. Ap..App...Apa kesalahan aku?" tanyanya yang mula merasa ketakutan. Lembaga itu mula menghampirinya.

3.0.3.2 Watak: Hang Jebat Jenis Emosi

Situasi: Ungkapan/petikan/kutipan

Tegas

"Ya! Takdir di tangan Tuhan dan aku penyampaiNya. Engkau masih belum menyedari bahawa engkau telah lupa kepada Tuhan. Tuhan menghantar aku ke sini untuk menyedarkan engkau!" Huraian: Hang Jebat dihantar untuk menyedarkan Manisah akan perbuatanya untuk membalas dendam tidak sepatutnya dilakukan. 9

Cadangan Dan Refleksi Introspektif Dalam berurusan dengan seseorang yang bersikap keras kepala, ketegasan yang betul harus digunakan agar dia mengerti dan dapat menerima perkara tersebut.Namun masih terdapat cara lain selain menggunakan ketegasan dalam berbincang sesuatu perkara.Bergantung kepada keadaan tersebut.

Kesal

"Tidak boleh.Tuhan menghantar aku ke sini untuk melarang kau melakukan kesalahan yang serupa dengan kesalahan aku dahulu. Tuhan murka dengan orang yang hilang pedoman dan tidak menerima takdir yang ditentukanNya."

Kesal dengan kesalahan dahulu adalah satu perkara yang harus sering kita fikirkan kerana ia akan membuatkan kita sedar bahawa Allah itu maha Pengampun dan sebagai saudara seagama kita harus sering nasihat –menasihati.

Huraian: Hang Jebat tidak mahu Manisah melakukan dosa yang pernah dilakukanya.

3.0.3.3 Watak:Ibu Manisah Jenis Emosi 1. Sedih

Situasi: Ungkapan/petikan/kutipan

Cadangan Dan Refleksi Introspektif

Air mata ibunya mula menitis. Agak sedih sekali rasanya memandangkan beliau bersusah-payah membesarkannya dengan didikan dan asuhan yang baik agar menjadi anak yang soleh. Malangnya, anaknya telah menghampakan niatnya itu.

Sebagai seorang ibu yang sayangkan anaknya,Puan Samsiah harus bertegas sekiranya anaknya semakin hanyut menjadi seseorang yang biadab.Ataupun Puan Samsiah harus,menasihati anaknya dengan cara yang betul dan tidak menjadi seorang ibu yang takut akan anak sendiri.

Huraian: Puan Samsiah begitu sedih mengenangkan anaknya yang semakin hari berubah menjadi seorang yang bukan 10

menjadi harapannya. 2

Kasih

"Nanti habis sekolah terus balik ya Man!" Huraian:Puan Samsiah mengambil berat tentang keselamatan dan perihal anaknya yang seorang itu.Dia tidak mahu anaknya terus hanyut dalam perkara yg tidak baik.

Seorang ibu yang penyayang sememangnya akan meneliti tindak –tanduk anaknya walaupun dia tahu anaknya tidak suka akan perkara tersebut.Namun apabila merasakan kehilangannya maka tersentuh iman sebagai seorang insan

3.0.3.4 Watak :Ayah Manisah Jenis Emosi 1 Sayang

Situasi: Ungkapan/petikan/kutipan "Kau di bilik dan Ayah jumpa kau terbaring di hujung kaki ibumu. Tadi doktor datang untuk memeriksa kau berdua. Doktor kata kau terkejut amat sangat sehinggakan kau pengsan. Dia kata tekanan darah kau agak rendah sekali dan nadi kau agak lemah. Syukurlah, kau sudah sedar. Suratan takdir.."

Cadangan Dan Refleksi Introspektif Kasih sayang dalam kalangan ahli kelaurga adalah sesuatu yang utuh.Bak kata pepatah air dicencang tidak akan putus.Seperti ayah Manisah,beliau amat mengambil berat akan keadaan isteri dan anaknya maka atas dasar sayang itulah dia melakukan semua itu.

Huraian: Ayah Manisah seorang yang penyayang kepada keluarganya,dia mengambil berat akan keadaan isteri dan juga anaknya. 2 Redha

"Mengucap Man. Ini semua kehendak Allah..." Huraian:Walaupun Ayah Manisah kehilangan isterinya dia redha menghadapi perkara ini.

Ayah Manisah mampu mengawal emosinya apabila berhadapan dengan dugaan yang besar,walaupun dia kehilangan isteri tercinta namun dia masih mampu mengawal emosi dan memujuk agar Manisah redha atas ketentuan Ilahi.

3.0.3.5 Watak : Cikgu Jenis Emosi 1 Bengis

Situasi: Ungkapan/petikan/kutipan

Cadangan Dan Refleksi Introspektif

Beliau tersentak lalu terjaga dari

Dalam keadaan ini kita dapat

11

tidurnya. Gurunya berdiri dihadapannya dengan muka yang bengis. "Tidur ya! Bukannya nak baca buku! Macam ni, awak pergi cuci kereta saya sampai bersih. Selagi tidak bersih, awak tak boleh balik!" perintah gurunya. "Tap.. tappiii cikgu.." "Pergi!" Huraian: Cikgu memarahi Manisah kerana dia tidur semasa kelas tahanan, malah Manisah disuruh membasuh kereta cikgu tersebut sebagai hukuman.

melihat seorang guru yang mendenda pelajarnya.Dari perspektif saya, guru itu sepatutnya bertanya akan masalah pelajarnya sekiranya dia tahu bahawa pelajar itu bermasalah.Hukuman yang dikenakan ke atas Manisah adalah luar daripada bidang pelajar.Cara Manisah menerima hukuman juga dapat kita lihat beliau menolak melakukanya.Di sini ingin kita perbetulkan situasi agar kedua-dua pihak mendapat pengajaran.Cikgu tersebut harus memahami situasi Manisah dan Manisah harus menghormati hukuman yang diberikan diatas kesalahanya.

4.0 Refleksi Assalamualaikum...w.b.t Alhamdulillah. Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya saya dapat menyempurnakan kerja kursus pendek Kompetensi Kecerdasan Emosi bagi PPISM SEM 3. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Hanisah Bt. Zakaria selaku pensyarah Kompetensi Kecerdasan Emosi yang telah banyak memberi tunjuk ajar yang amat berkesan dalam membantu saya memahami dengan lebih mendalam mengenai objektif sebenar subjek ini. Soalan-soalan yang diutarakan adalah sukar sekiranya tidak mempelajari dan memahami subjek ini dengan lebih mendalam serta teliti. Dengan bantuan pensyarah yang berkaliber, saya dapat mengetahui cara untuk meguruskan emosi yang tidak stabil.Sebelum ini saya berpendapat emosi seseorang manusia adalah 12

fenomena biasa.Namun saya pelajari bahawa manusia ini mempunyai emosi yang kompleks. Disini dapat saya lihat bahawa kejadian ciptaan Allah S.W.T yang begitu mantap dan ia datang dalam bentuk pakej yang lengkap.Tubuh badan sahaja tidak menjamin apa-apa namun ia harus dilengkapi dengan rohani yang mantap serta baik, barulah ia membentuk seorang insan yang benar-benar lengkap. Pelaksanaan kerja kursus ini bukan untuk pembelajaran semata-mata tetapi ia juga memberi bimbingan kepada pelajar untuk mengaplikasikan pembelajaran yang telah dipelajari dalam menyelesaikan sebarang permasalahan dalam kehidupan seharian. Kesimpulannya, ilmu kemahiran berfikir amat berguna kerana ia dapat diadaptasikan dalam kehidupan kerana ia menyediakan pelbagai kaedah yang sistematik dalam menyelesaikan permasalahan harian. Malah sebagai seorang bakal guru yang akan berhadapan dengan realiti dunia luar yang telah ditempa oleh semua guru yang berada diluar sana.

Yang benar,

____________________________ (MOHAMAD SYAFIE BIN SAMSIR)

5.0 Bibilografi Buku Dan E-Book Cerpen Pergi Tak Kembali, Mohamad Asha’ari Yunos (NIE),Kumpulan Penulis Singapura. CIRI-CIRI TEKANAN DAN KAEDAH PENGURUSAN TEKANAN DALAM KELUARGA,Suhaiza Zainuddin, Akmalunnisak Md Salleh,Syed Mohamed Shafeq Bin Syed Mansor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai 81310 Johor Bahru Psikologi Umum II Pusat Pengembangan Bahan Ajar,Sitawaty Tjiptorini MBA ,M.P Si, Sumber internet http://eqi.org 13

http://indra307.blog.friendster.com/2009/01/tentang-emosi/ http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-243353.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Benci http://ms.wikipedia.org/wiki/Dendam http://mypermatahati.com/blog/info-cahayamata/emosi-kanak-kanak-tak-sama.html http://pangsenam.blogspot.com/2008/08/pengurusan-emosi.html http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.html http://www.imotivasi.com/cool-down-dengan-meluahkan-emosi-anda/

6.0 LAMPIRAN 14

Related Documents


More Documents from ""