PCK 5 Tujuan : Untuk menentukan faktor yang menyebabkan pengaratan. Prosedur : 1. Cuci 5 paku besi menggunakan kertas pasir. 2. Masukkan 5 paku besi terbabit ke dalam tabung uji yang berlabel A, B, C, D, dan E secara berturutan. 3. Untuk tabung uji A, masukkan air ke dalam tabung uji sehingga tenggelam paku besi dan kemudian tutup ia dengan gabus. 4. Untuk tabung uji B, masukkan minyak masak sekadar mencukupi untuk menenggelamkan paku besi dan kemudian, tutup ia dengan gabus. 5. Untuk tabung uji C pula, masukkan air yang mendidih sekadar mencukupi untuk menenggelamkan paku besi terbabit dan kemudian tutup ia dengan gabus. 6. Untuk tabung uji D, jangan masukkan apa jenis cecair pun dan hanya tutup ia dengan gabus. 7. Manakala, untuk tabung uji E masukkan Kalsium klorida terhidrat hingga tenggelam tabung uji setinggi 2 cm. Gantungkan paku besi menggunakan benang nipis dan kemudian tutup tabung uji itu menggunakan gabus. 8. Perhatikan perubahan keadaan paku besi di dalam setiap tabung uji selepas 1 minggu. Keputusan :
Label
Tabung
tabung uji A Pemerhatian Paku selepas
1 berkarat
minggu
Perbincangan :
uji Tabung
uji Tabung
B besi Paku
C besi Paku
tidak
tidak
berkarat
berkarat
uji Tabung D besi Paku berkarat
uji Tabung E besi Paku tidak berkarat
uji besi
1. Terdapat beberapa faktor yang diperlukan untuk proses pengaratan berlaku iaitu, kehadiran air dan udara atau oksigen. 2. Untuk tabung uji A, paku besi berkarat kerana didedahkan dengan kedua-dua faktor iaitu air dan udara. 3. Untuk tabung uji B pula, paku besi tidak berkarat kerana paku direndam dalam minyak yang menghalang wap air dari bersentuh secara langsung dengan paku, maka paku besi tidak berkarat. 4. Untuk tabung uji C, paku juga tidak berkarat kerana direndam dalam air yang mendidih. Air yang mendidih tiada udara didalamnya dan ini mengelakkan paku dari berkarat. 5. Untuk tabung uji D, paku berkarat kerana wap air dan udara tetap boleh masuk kedalam tabung uji walaupun ditutup dengan gabus dan ini menyumbang kepada proses pengaratan. 6. Untuk tabung uji E pula, paku tidak berkarat kerana kalsium klorida kontang menyerap wap air yang terdapat dalam tabung uji. Kesimpulan : Paku besi akan berkarat dengan kehadiran air/wap air dan juga oksigen yang terdapat dalam udara.
Pada akhir aktiviti ini, jawab beberapa soalan berikut: 1. Apakah yang anda telah pelajari daripada aktiviti yang telah dijalankan diatas? Terdapat banyak perkara yang dapat saya pelajari daripada aktiviti ini. Antaranya ialah saya dapat mengetahui cara menyediakan bahan-bahan radas seperti paku besi untuk mengetahui dan mengkaji tentang faktor-faktor pengaratan. Saya juga dapat mengetahui keadaan ideal bagaimana proses pengaratan itu berlaku dan seterusnya dapat mengaplikasikannya semasa mengajar kelak ataupun dalam kehidupan seharian jika ingin mencegah pengaratan dari berlaku.
2. Bahagian manakah di dalam kurikulum sains sekolah rendah yang mengajar tajuk ini secara spesifik? Sains Tahun 5-menyiasat bahan/jirim 3. Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. -
Guru boleh menerangkan secara ringkas kepada murid mengenai konsep pengaratan dan cara-cara melakukan eksperimen untuk menentukan faktor-
-
faktor pengaratan. Kemudian, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan eksperimen
-
yang dilakukan dipantau oleh guru. Guru memastikan maklumat-maklumat penting di rekod oleh murid dan sesi perbincangan di jalankan pada akhir eksperimen ini.
4. Apakah peranan guru dalam menjalankan aktiviti-aktiviti ini? - Guru bertindak sebagai fasilitator kepada murid semasa menjalankan -
eksperimen. Guru memastikan
faktor-faktor
keselamatan
ditekankan
sepanjang
eksperimen seperti melarang murid jika mereka bermain dengan paku yang -
tajam. Guru juga boleh menjadi pencetus soalan apabila keputusan pemerhatian dalam proses pengaratan tidak sama dan meminta murid memikirkan kebarangkaliannya.