Essay-edu.docx

  • Uploaded by: Xiaoxuan Lai
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Essay-edu.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,829
  • Pages: 11
1.0

PENGENALAN

Budaya merupakan tamadun atau kemajuan pemikiran manusia. Dalam kehidupan negara Malaysia yang majmuk ini wujudnya pelbagai budaya yang mana dia disebabkan oleh kepelbagaian kaum di Malaysia. Budaya memainkan peranan penting dalam memahami sesuatu kaum tersebut. Dengan adanya budaya, ia dapat mengambarkan peradaban sesuatu bangsa atau kaum tersebut. Kebudayaan ini mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat yang mana budaya ini merupakan sesuatu yang diwarisi dan dikongsi bersama-sama, Realitinya, budaya ini wujud disebabkan oleh manusia itu sendiri. Budaya ini dibentuk sendiri oleh manusia yang mana ia menjadi satu warisan dan diperkembangkan melalui perkembangan msayarakat itu sendiri. Apabila budaya ini berkembang, secara tidak langsung ia akan dipelajari dan dijadikan sebagai budaya sendiri. Setiap kaum di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing yang mana ia mempunyai keunikan yang tersendiri. Disebabkan rakyat Malaysia ini mempunyai budaya yang pelbagai mengikut kaum ia menjadi salah satu tarikan sesuatu kaum tersebut. Melalui budaya wujudnya pelbagai komponen budaya yang mana komponen budaya ini diwarisi oleh setiap kaum. Setiap kaum di Malaysia mempunyai kepercayaan, nilai, adat resam, dan sebagainya. Guru merupakan ejen perubahan dan penyebar maklumat. Oleh itu guru sepatutnya memahami konsep budaya itu. Guru mestilah menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid, dan dalam masa yang sama bertanggungjawab untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid. Penerimaan budaya merupakan perkara yang penting yang patut diterapkan oleh guru kepada murid. Guru mestilah bersedia untuk berhadapan dengan murid yang pelbagai budaya supaya dapat menyesuaikan diri dengan budaya mereka yang berbeza. Intihannya, sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa pendidik kita mestilah menghormati budaya orang lain, dan memahami budaya yang berbeza demi mewujudkan negara bangsa yang harmoni dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

1

2.0

TUGASAN 1 (ESEI DESKRIPTIF) 2.1

Rumusan isi tersurat dan tersirat

1 (a) Buat rumusan anda dalam konteks sosiologi pendidikan. Rumusan anda mestilah mencakupi isi tersurat dan tersirat. Melalui petikan tersebut dapat dirumuskan bahawa pentingnya perpaduan dalam negara yang berbilang kaum umumnya negara Malaysia ini. Jika kita lihat Malaysia terdiri dengan kepelbagaian kaum, yang mana setiap kaum mempunyai adat resam dan budaya yang tersendiri. Disebabkan Malaysia merupakan negara yang majmuk, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah sedar akan perkara ini. Sebagai negara yang berbilang kaum kita mestilah sentiasa bersatu hati dan berkerja di bawah satu pasukan demi merealisasikan hasrat negara iaitu dalam gagasan 1Malaysia. Pelbagai kaum di Malaysia inilah yang sememangnya membentuk dan menyumbang pembangunan sesebuah bangsa negara Malaysia. Oleh itu kita mestilah berbangga akan wujudnya kepelbagaian kaum di Malaysia ini. Seterusnya, jika dilihat dari segi konteks sosial pendidikan ini dapat dinyatakan bahawa pendidikan merupakan satu cabang atau unsur yang mana boleh dijadikan wadah untuk mencapai perpaduan ini. Melalui pendidikan, perpaduan dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat perpaduan murid-murid bermula sejak kecil lagi. Apabila perpaduan ini diterapkan kepada murid sejak kecil lagi akan wujudnya unsur penerimaan budaya, yang mana murid-murid akan dapat menerima dan mengenali budaya kaum lain. Sebagai contohnya, melalui pengajaran subjek Sejarah, Bahasa Melayu dan Moral akan dapat membantu murid untuk memahami erti dan maksud sebenarnya perpaduan itu. Selain itu juga, perpaduan itu bukan dapat dipupuk di dalam kelas sahaja, namun dalam aktiviti luar juga, Melalui aktiviti kokurikulum, guru dapat memupuk perpaduan dengan cara membuat aktiviti kepimpinan yang mana murid dapat bertukar pandangan, budaya dalam kaum masing-masing. Dalam aktiviti kepimpinan tersebut guru mestilah menekankan kepentingan dan semangat perpaduan sebagai seorang pemimpin. Di samping itu juga, guru dapat mewujudkan semangat perpaduan ini dalam kelas dengan cara mewujudkan kumpulan perbincangan seperti pembelajaran koperatif yang mana ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Oleh itu guru dapat mewujudkan perpaduan ini apabila wujudnya budaya tolong-menolong, berkerjasama dalam satu pasukan itu. Kesannya, ia akan dapat membuka minda murid dan dapat memberi 2

ruang kepada mereka untuk berkerja di bawah satu bumbung yang sama. Guru merupakan ejen perubahan yang mana guru berperanan untuk mencorakkan pandangan dan persepsi murid mengenai perpaduan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru bukan sahaja dapat memupuk semangat perpaduan ini berdasarkan apa yang diajar, namun guru juga dapat memupuk perpaduan ini dengan cara membuat program atau aktiviti-aktiviti di dalam dan luar sekolah. Contohnya dalam kegiatan kokurikulum seperti unit uniform guru boleh membuat aktiviti secara berkumpulan seperti aktiviti “Kawan baru saya”. Melalui akitiviti tersebut murid akan diberi pasangan yang berlainan kaum, dan kesannya mereka akan cuba berkomunikasi serta dapat bertukar-tukar pandangan dan pendapat mengenai kaum masing-masing. Secara tidak langsung, ia akan dapat memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain. Melalui sukan dan permainan juga, semangat perpaduan ini dapat diwujudkan dengan cara guru menganjurkan sukan dan permainan ini. Sebagai ejen perpaduan guru berhak untuk melaksanakan aktiviti yang mana dapat mewujudkan perpaduan dia antara murid. Sukan dan permainan yang dianjurkan oleh di sekolah dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia yang mana ia mampu mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Peranan guru yang lain dalam memupuk perpaduan ialah melalui aktiviti sosial seperti gotong-royong. Contohnya semangat perpaduan ini dapat diterapkan melalui aktiviti sosial seperti gotong-royong, yang mana ia dapat melahirkan modal insan yang bertanggungjawab dalam menyokong usaha-usaha perpaduan ini. Guru juga berperanan sebagai role model dalam memupuk usaha perpaduan ini. Contohnya, guru memberikan contoh yang baik kepada murid supaya ia akan menjadi amalan kepada murid. Kesimpulannya, perpaduan ini merupakan tunggak utama dalam pembinaan negara Malaysia. Jadi sebagai rakyat Malaysia, yang mencintai negara Malaysia kita mestilah bersama-sama memupuk usaha perpaduan ini demi mencapai keharmonian negara ini.

3

2.2

IMPLIKASI KELAS MESRA BUDAYA

1 (b) Sebagai seorang guru, hurai dan bincangkan implikasi kelas mesra budaya terhadap murid dan sekolah. Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh kerajaan dan pentadbiran

sekolah

bagi

membolehkan

natijah

terpuji

dicapai

selaras

hasrat

merealisasikan negara bangsa yang berjaya. Kelas mesra budaya merupakan kelas yang mempunyai persekitaran kelas yang ceria dan kelas yang mempunyai hubungan baik antara guru dan murid. Kelas mesra budaya ini mempunyai susun atur fizikal yang tersusun yang mana ia menjadikan kelas tersebut kondusif dan selesa untuk murid-murid belajar. Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Murid-murid pada masa sekarang ini terdiri daripada murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Pengurusan kelas mesra budaya bukan sahaja memainkan peranan akan kemudahan fizikal sahaja, namun ia menitikberatkan pengurusan fizikal yang mana mampu mewujudkan suasana iklim pembelajaran yang selesa dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Dalam perubahan arus permodenan ini, guru seharusnya menjadi lebih kreatif dalam menyusun atur kelas dan tidak terikat dengan kaedah tradisional. Murid sememangnya suka akan perkara-perkara baharu yang mana sesuai untuk perkembangan diri mereka. Oleh itu dalam kelas mesra budaya guru sepatutnya menyediakan persekitaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran murid yang pelbagai. Di dalam kelas mesra budaya, mestilah mempunyai sudut pembelajaran yang mana sudut pembelajaran itu mampu meningkatkan perkembangan intelek murid. Sudut pembelajaran yang boleh diwujudkan di dalam kelas seperti sudut mini yang mempunyai komputer, buku-buku dan bahan bacaan yang bermanfaat. Melalui sudut itu, murid dapat belajar sendiri dan dapat mengakses maklumat dengan kemudahan yang disediakan. Sudut atau ruang pembelajaran seperti ini akan dapat memberikan ruang kepada murid untuk berbincang yang mana secara tidak langsung akan mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya iaitu hubungan yang baik antara mereka. Kelas mesra budaya ini dapat memperkembangkan potensi individu murid tersebut yang mana ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mana dapat melahirkan manusia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial. Oleh itu kelas mesra budaya ini sememangnya penting kerana ia memberikan kesan yang positif kepada murid dan juga sekolah.

4

2.2.1

IMPLIKASI KELAS MESRA BUDAYA TERHADAP MURID

Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kecekapan berbahasa

Menggalakan perubahan tingkah laku yang positif

Proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan

Rajah 1 : Implikasi Kelas Mesra Budaya terhadap Murid Implikasi kelas mesra budaya kepada murid ialah meningkatkan kemahiran komunikasi dan kecekapan berbahasa. Melalui kelas mesra budaya murid akan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka dengan cara komunikasi yang tidak terbatas. Contohnya di dalam kelas, murid kaum cina, kaum india dan kaum melayu akan berkomunikasi. Bagi penutur bahasa Melayu kedua, mereka mungkin tidak fasih dalam berbahasa Melayu. Oleh itu melalui kelas mesra budaya ini akan adanya penambahan pengetahuan ilmu baharu yang mana pelajar kaum cina dan kaum india akan menggunakan bahasa Melayu semasa berbahasa. Jadi secara tidak langsung ia akan memperbaiki kemahiran bahasa mereka. Seterusnya, kelas mesra budaya ini akan menggalakan perubahan tingkah laku yang positif murid-murid. Jika di dalam kelas murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa yang mana susun atur fizikal bilik darjah selesa dan mencukupi ia akan menggalakan perubahan tingkah laku yang positif oleh murid-murid. Hal ini kerana, murid-murid akan berasa selesa dan dapat belajar dengan keadaan yang baik di dalam kelas. Contohnya, di dalam kelas murid mempunyai tempat yang selesa yang mana mempunyai kerusi dan meja, kelas yang bersih dan ceria dan guru mengajar dengan baik maka secara tidak langsung mereka akan mempunyai tingkah laku yang positif. Murid tidak akan bersifat negatif jika hak dan keperluan mereka dapat dipenuhi dengan baik. Disamping itu murid akan mempunyai tingkah laku yang positif kerana suasana kelas yang ceria yang mana ia akan membentuk tingkah laku mereka. Kelas mesra budaya mempunyai 5

susunan yang ceria dari segi sudut-sudut bacaan yang mana sudut-sudut bacaan ini mempunyai nota atau bahan bacaan yang mana daripada sudut-sudut tersebut murid akan dapat menambahkan pengetahuan mereka dan dapat menggalakan tingkah laku positif seperti dapat memupuk sifat membaca dalam kalangan mereka di dalam kelas. Selain itu juga, kelas mesra budaya ini akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan kepada murid . Melalui kelas mesra budaya ini, murid akan mempunyai penglibatan yang baik di dalam kelas. Contohnya melalui suasana pembelajaran kelas mesra budaya murid akan mempunyai penglibatan yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, guru mampu meningkatkan penglibatan mereka dan dalam masa yang sama guru mempunyai hubungan mesra budaya dengan baik yang mana guru mampu mewujudkan unsur penerimaan budaya dalam kalangan murid. Guru juga mempunyai hubungan yang mesra dengan murid sehingga mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu berkesan.

6

2.2.2

IMPLIKASI KELAS MESRA BUDAYA TERHADAP SEKOLAH

• Merapatkan jurang sosial warga sekolah

• Mengurangkan salah laku murid

• Mewujudkan iklim persekitaran sekolah yang positif

Rajah 2 : Implikasi Kelas Mesra Budaya terhadap Sekolah Kelas mesra budaya ini ia akan merapatkan jurang sosial warga sekolah. Kelas mesra budaya memberi penekanan hubungan baik dan mesra budaya antara guru dan murid.. Murid, guru dan warga sekolah akan dapat membina hubungan yang positif antara satu sama lain dengan cara penerimaan budaya hidup masing-masing. Guru dan murid mewujudkan penerimaan budaya dengan cara memahami budaya kaum lain yang mana dengan cara itu akan lahirnya sikap hormat menghormati budaya masing-masing tanpa adanya sikap prejudis dalam diri. Kelas mesra budaya juga akan dapat mengurangkan salah laku murid. Hal ini kerana, apabila wujudnya kelas mesra budaya murid ia akan dapat mengurangkan salah laku murid di dalam kelas dan sekolah. Secara tidak langsung ia akan memberi kesan yang positif kepada sekolah seperti nama baik sekolah akan terus terjaga. Implikasi kelas mesra budaya kepada sekolah ialah dapat mewujudkan iklim persekitaran sekolah yang positif. Melalui kelas mesra budaya di sekolah ia akan dapat mewujudkan suasana sekolah positif yang mana sekolah itu mempunyai persekitaran yang positif yang dapat membentuk suasana sekolah ceria dan selesa. Jadi jelaslah bahawa kelas mesra budaya dapat memberikan kesan yang positif terhadap sekolah kerana mampu mewujudkan persekitaran yang positif. Penerapan nilai murni dan budaya dalam kelas mesra budaya akan dapat mewujudkan keadaan sekolah yang baik 7

2 2.3

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan

Kerajaan

Anjurkan program kebudayaan dan perpaduan kepada guru

Kerajaan sediakan kemudahan prasarana tidak mengira sekolah

Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia anjur seminar kepada guru lama dan baharu

Anjurkan akiviti gotong royong

Anjurkan program motivasi dan kepimpinan

Anjurkan sukan di sekolah

Rajah 3 : Cadangan penambahbaikan merealisasikan bangsa yang berjaya

2.2.3 1 Pihak Kerajaan a) Menganjurkan program yang berbentuk perpaduan dan kebudayaan kepada Guru Dalam merealisasikan bangsa yang berjaya semestinya memerlukan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak. Pihak kerajaan seharusnya menganjurkan program, yang berbentuk perpaduan kepada guru-guru. Melalui program seperti ini, akan dapat mewujudkan unsur penerimaan mereka terhadap murid-murid yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza. Selain itu juga, kerajaan mestilah memperbanyakkan program yang berbentuk kebudayaan supaya dapat diperkenalkan dan difahami oleh guru dengan lebih baik. Melalui program ini, ia secara tidak langsung akan dapat mewujudkan percampuran budaya, dan seterusnya dapat membina bangsa yang berjaya yang mana selaras dengan hasrat yang digariskan oleh kerajaan.

8

b) Kerajaan mestilah menyediakan prasarana yang sama rata tanpa mengira sekolah Jika dilihat, sekolah di luar bandar jarang menerima kemudahan prasarana dan infrastruktur yang baik. Hal ini disebabkan oleh jarak sekolah yang agak jauh dari bandar. Dalam merealisasikan bangsa yang berjaya, kemudahan prasarana dan infrasturukur memainkan peranan yang penting. Kerajaan seharusnya mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan prasarana kepada semua sekolah tanpa mengira pelbagai faktor. Sekolah bandar mempunyai murid-murid yang cemerlang

disebabkan mereka mempunyai kemudahan yang mencukupi di sekolah

berbanding dengan murid pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan dalam pembelajaran harian mereka. Namun jika dilihat, sebenarnya murid luar bandar mempunyai potensi untuk berjaya walaupun mereka tidak dapat belajar dalam suasana kelas yang mesra budaya. Oleh itu, kerajaan seharusnya tidak memandang ringan akan perkara ini dan memberikan kemudahan prasarana ini kepada semua sekolah agar mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa seterusnya dapat membina bangsa yang berjaya. c) Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menganjurkan seminar kepada guru Guru merupakan ejen penyebaran ilmu pengetahuan. Pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia sepatutnya menganjurkan seminar kepada guru lama dan baharu. Seminar yang boleh dilakukan ialah seminar berkaitan dengan pembinaan kelas mesra budaya kepada guru. Apabila guru didedahkan mengenai kelas mesra budaya ini, maka guru akan dapat membina kelas mesra budaya ini di sekolah nanti. Hal ini kerana, dalam kehidupan era globalisasi ini murid-murid mestilah mengalami suasana persekitaran pembelajaran baharu. Guru tidak semestinya berpegang kepada cara tradisional yang mana masih mengekalkan konsep pengurusan bilik darjah yang lama namun guru sepatutnya cuba mengubah suasana persekitaran pembelajaran yang baharu agar dapat merangsang dan meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar. Oleh yang demikian, pentingnya seminar atau kursus mengenai pembinaan kelas mesra budaya ini kepada guru supaya guru dapat membina kelas mesra budaya di sekolah masingmasing. Seterusnya, melalui seminar ini juga guru perlu didedahkan akan input-input baharu supaya mereka dapat membawa input-input baharu tersebut ke sekolah dan dapat menyebarkan kepada murid-murid. Bagi guru pedalaman seperti guru yang mengajar di Sekolah Asli Kerajaan mestilah selalu memantau dan menyampaikan segala input baharu agar mereka tidak tercicir dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan masalah keciciran murid luar bandar. Ini dapat merealisasikan harapan bangsa yang berjaya yang mana seperti dihasratkan. Seminar kepada 9

guru juga bertujuan untuk memantapkan profesion perguruan. Guru di kawasan pedalaman seharusnya didedahkan dengan pelbagai perkara baharu supaya perkara-perkara baharu itulah yang akan dibawa semula ke sekolah supaya ia dapat membantu merealisasikan bangsa negara yang berjaya. 2.2.3.2 a)

PIHAK SEKOLAH

Menganjurkan aktiviti Gotong- royong

Pihak sekolah dapat mewujudkan persekitaran kelas dan mesra budaya dengan cara menganjurkan aktiviti gotong-royong di sekolah. Guru dan murid mestila saling berkerjasama bergotong-royong bagi menceriakan kawasan persekitaran sekolah. Selain itu juga, melalui gotong-royong yang dianjurkan oleh sekolah guru dapat bersama-sama membaiki infrastruktur sekolah yang mengalami kerosakan. Seterusnya melalui gotong-royong juga, murid dan guru akan berkerjasama dan ini akan mewujudkan satu hubungan mesra budaya yang mana dapat mengurangkan jarak sosial antara guru dan murid. Guru dan murid akan dapat berkomunikasi secara terus bersama-sama. Ini jelas dapat mewujudkan hubungan mesra budaya antara guru dan murid melalui aktiviti gotong-royong yang telah dianjurkan. Melalui aktiviti ini juga nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, berkerjasama, bantu-membantu dan hormat-menghormati akan dapat diterapkan kepada murid. Hasil daripada aktiviti gotong-royong ini akan dapat melahirkan insan yang berjaya yang mana mempunyai sikap yang positif. Ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana ingin melahirkan insan yang seimbang daripada pelbagai aspek. b) Menganjurkan program motivasi dan kepimpinan sekolah Pihak sekolah juga dapat merealisasikan bangsa yang berjaya dengan cara menganjurkan program motivasi dan kepimpinan kepada pelajar. Melalui program motivasi dan kepimpinan ini murid akan didedahkan dengan tugas-tugas pemimpin supaya murid ini mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri. Apabila perkara ini didedahkan kepada murid, secara tidak langsung mereka akan mempunyai tanggungjawab kepada diri bahkan kepada orang di sekeliling kita. Oleh itu bangsa berjaya dapat direalisasikan jika semangat kepimpinan ini dipupuk sejak mereka di bangku sekolah lagi. Seterusnya, melalui pogram kelas msera budaya di sekolah murid akan lebih bermotivasi untuk lebih belajar kerana mempunyai suasana pembelajaran yang menarik.

10

c) Menganjurkan aktiviti sukan di sekolah dan hari anugerah sekolah Sukan merupakan medium utama dalam perpaduan. Dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya, akademik bukan sahaja perkara yang diambil kira namun bidang sukan juga merupakan satu perkara yang penting. Melaui penganjuran sukan di sekolah seperti permainan tradisional akan dapat membina murid untuk mengenali budaya permainan mengikut kaum. Ini bermakna murid dapat mengenal identiti kawan-kawan mereka berdasarkan permainan tersebut. Selain itu juga melalui aktiviti sukan ia dapat membantu murid untuk memperkembangkan diri mereka dari segi jasmani yang mana ia juga dapat melahirkan bangsa negara yang berjaya jika mereka dapat bergiat aktif dalam bidang sukan. Manakala melalui hari anugerah sekolah pula, pihak sekolah sepatutnya memberikan hadiah dan anugerah kepada kelas-kelas yang menjadi contoh kelas mesra budaya. Ini supaya mereka akan rasa diiktiraf dan terus meningkatkan diri mereka lagi.

11

More Documents from "Xiaoxuan Lai"