1.)
Huraikan konsep dan matlamat pendidikan di Malaysia berdasarkan kenyataan di atas.
Pengenalan Dalam arus pendidikan di Malaysia pada masa kini, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai agen perubah bagi masyarakat dalam sesebuah negara. Pendidikan merupakan kayu
pengukur kedudukan seseorang
dalam
masyarakat,
menentukan tahap keilmuan yang dimiliki, serta berperanan dalam banyak perkara, khususnya sebagai garis panduan dan juru pandu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bertamadun. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran telah mewujudkan pelbagai inisiatif dalam meningkat dan memartabatkan profesion keguruan supaya para guru mampu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan berkeupayaan memberikan sumbangan kepada kemakmuran negara. Konsep Pendidikan Jika dilihat kepada maksud pendidikan menurut perspektif Islam, Khurshid Ahmad menyatakan bahawa ia merupakan satu pelajaran atau pendidikan bagi kognitif, fizikal dan roh untuk melahirkan insan yang berperikemanusiaan. Al-Qaradhawi pula menjelaskan bahawa pendidikan dalam Islam ialah pendidikan yang menumpukan kepada segala aspek kehidupan manusia, termasuklah pendidikan akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan perilaku. Dari segi falsafah, pendidikan ialah satu proses memanusiakan manusia, iaitu proses memupuk dan meningkatkan kesedaran dalam diri manusia (conscientization) tentang fizikal dan metafizikal (Tuhan, manusia dan alam). Pada era globalisasi ini, pendidikan telah memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan dan memajukan negara. Secara ringkasnya, pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan negara. (Tajul Ariffin dan Nor’Aini,1992). Selain itu, pendidikan merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga dapat menukarkan pola tingkah laku manusia. Tingkah laku ini bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran, perasaan dan perbuatan nyata. Menurut Ralph (1949), objektif pendidikan bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya.
1
Menurut Langeveld (1971), pendidikan adalah setiap usaha, pengaruh, perlindungan dan bantuan yang diberikan kepada anak tertuju pada pendewasaan anak itu, atau lebih tepat membantu anak agar cukup cekap melaksanakan tugas kehidupannya sendiri. Bah kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Kanak-kanak haruslah disuntik ilmu pengetahuan supaya dapat berdikari dan tidak perlu bergantung kepada orang lain apabila menghadapi masalah. Dengan adanya pendidikan, seseorang itu akan dilengkapi dengan ilmu yang dapat membantunya untuk mencari rezeki yang halal serta meningkatan taraf hidupnya. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan merupakan usaha yang dijalankan oleh seseorang atau kelompok orang lain agar menjadi dewasa atau mencapai tingkat hidup atau penghidupan yang lebih tinggi dalam arti mental. (Sudirman N, 1992) Selain itu, jika seseorang itu menguasai ilmu, sudah pastilah dia akan dapat memajukan diri dan negaranya sendiri. Hal ini demikian kerana, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. Seseorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara. Dengan itu, John Dewey (1999) mengatakan bahawa pendidikan merupakan proses pembentukan kecekapan-kecekapan fundamental secara intelektual dan emosional ke arah alam dan sesama manusia. Kesimpulannya, terdapat pelbagai kefahaman tentang konsep pendidikan yang telah diketengahkan oleh tokoh-tokoh yang berasal dari negara yang berlainan. Dengan itu, kita dapat lihat bahawa pendapat mereka adalah seiras dengan konsep FPK. Akhir kata, pendidikan adalah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan cirri-ciri fizikal,intelek, social dan emosi seseorang individu dan mendorongnya untuk bertindak dengan cara yang rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negara. Matlamat Pendidikan Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, 2010)
Pendidikan berperanan sebagai pembentukkan insan yang seimbang dan harmonis seterusnya menjadi warganegara yang cekap, berkeratrampilan, beretika, berilmu, beriman, kreatif dan berinovasi. Dengan erti kata lain pendidikan mampu melahirkan seorang insan 2
yang berketrampilan seperti yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Matlamat
pendidikan
yang
seterusnya
ialah
melahirkan
masyarakat
yang
bertanggungjawab dan memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Menurut persepsi awam, pendidikan adalah suatu cara untuk mengembangkan ketrampilan, kebiasaan dan sikap-sikap yang diharapkan dapat membuat seseorang menjadi warganegara yang baik.
Pendidikan juga memainkan peranan yang amat penting dalam mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada. Contohnya, pelbagai bantuan disalurkan kepada para pelajar contohnya bantuan Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWAPM), Skim Bantuan Tuisyen (SBT), dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Melalui pendidikan, kita dapat memahami, menerima dan mengamalkan prinsipprinsip Rukun Negara dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan serta bersikap toleransi dalam perpaduan rakyat. Dengan itu, insan yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara dapat dizahirkan.
Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk mencapai matlamat pendidikan. Dengan ini, negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat diwujudkan serta negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju lain. Matlamat pendidikan haruslah mengubah minda supaya menjadi seperti mata air yang mengalir, bukannya seperti sebuah takungan, yang diisi dengan pam dan dikosongkan dengan pam juga (John Mason, 2010).
3
2.)
Berdasarkan pemerhatian anda sebagai seorang guru pelatih, kaitkan kehendak FPK dengan pelaksanaan pendidikan dan FPG dengan latihan perguruan. Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan
(Abdullah Ahmad Badawi, 2006). Dengan itu, guru memainkan peranan yang dominan dalam menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru. Lantaran hal ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal dan menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dan dikenali sebagai FPK. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid,1998). Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) juga digubal sebagai panduan pelaksaana FPK bagi menggariskan jenis guru yang diperlukan oleh negara. Pernyataan FPG adalah seperti yang berikut: "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." FPK dan FPG adalah saling berkait. Untuk merealisasikan kedua-dua falsafah tersebut, sebagai guru, kita mestikan memahami konsep dan matlamat FPK dan FPG secara mendalam. Pertama sekali, pendidikan sebagai suatu usaha yang berterusan diterapkan dalam Projek Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) yang dijalankan secara aktif di sekolah bertujuan untuk menanam minat membaca serta mewujudkan modal insan dengan minda kelas pertama. Selain itu, Program Kecemerlangan Akademik dapat membantu untuk mempertingkatkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik bagi mempertingkatkan kecemerlangan sekolah. Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, guru perlulah bertanggungjawab sepenuhnya dan bersifat akauntabiliti dan sentiasa mengamalkan apa yang telah dipelajari bagi memenuhi matlamat dan aspirasi negara dan bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Ada juga guru yang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi demi mencapai kesempurnaan diri seperti saranan Carl Rogers ( 1980 ) dalam teori pembelajarannya yang menyatakan setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan diri. Dengan ini, guru-guru yang sentiasa berkembang maju ini memadai untuk mendidik para pelajar di sekolah. 4
Seterusnya, pertandingan nyanyian, bercerita, bersukan dan sebagainya sering diadakan di sekolah untuk mencungkil bakat murid-murid. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa sekolah ini telah berusaha memperkembang potensi murid-murid kerana setiap manusia yang diciptakan Allah mempunyai potensi diri yang tersendiri yang boleh diperkembang dari masa ke masa. Program seperti Motivasi Bina Insan dijalankan juga menggalakkan murid-murid berinteraksi dan berkomunikasi dengan individu lain dan melalui interaksi ini, bakat, potensi dan kebolehan mereka dapat dicungkil dan dikembangkan lagi. Dengan ini, para guru juga dilatih supaya bakat-bakat pelajar dapat diperkembangkan. Mereka haruslah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme
Keguruan untuk mempertingkatkan prestasi diri sendiri dengan
melengkapi diri dengan bakat-bakat tertentu. Jadi, guru-guru dapat menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar di sekolah. Untuk memupuk unsur jasmani, larian Satu Malaysia dan Hari Sukan turut diadakan. Ia dapat mengembangkan bakat larian yang dimiliki murid-murid serta memupuk semangat kesukanan dalam diri mereka. Selain itu, murid-murid yang berdarjah empat dan seterusnya diwajibkan untuk menyertai Badan Unit Beruniform dan sekurang-kurangnya satu jenis sukan sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Sementelahan itu, Institut Pendidikan Guru (IPG) juga mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) dan Karnival Guru Malaysia (KAGUM) untuk memupuk minat bersukan dalam diri para guru pelatih. Selain itu, program Bina Insan Guru (BIG) juga diadakan untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai daya kepimpinan dan keyakinan serta sahsiah diri yang tinggi. Dengan ini, para guru dan murid dapat saling membantu untuk mewujudkan masyarakat yang sihat. “Rakyat sihat, negara maju.” Dari segi emosi, ceramah tentang cara mengawal emosi seperti Ceramah Motivasi dianjurkan supaya pelajar mendapat ketenangan jiwa dan membentuk kestabilan emosi dalam diri mereka. Guru-guru kaunselor yang mencukupi juga disediakan dalam setiap sekolah supaya dapat menbantu pelajar untuk menyelesaikan kekangan yang dihadapi. Dalam IPG, guru pelatih akan diajar subjek Kompetensi Kecerdasan Emosi (EQ) yang berkaitan dengan kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran supaya mereka dapat mengawal emosi diri sendiri dengan berkesan dan seterusnya menunjukkan teladan yang baik kepada para pelajar. Hal ini kerana guru merupakan contoh dan aspirasi bagi anak-anak, sahsiah guru yang cemerlang dan komitmen yang diberikan dapat membentuk anak didik menjadi insan yang bersepadu dan dapat memahami peranan dan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap negara. 5
Untuk menzahirkan insan yang mempunyai unsur kerohanian, pelbagai aktiviti yang mampu mendidik jiwa murid-murid kerap dijalankan. Antaranya adalah Ceramah Sempena Maulidur Rasul, Kem Bestari dan Solat Hajat, pertandingan tilawah serta nasyid. Program seperti ini selaras dengan kehendak FPK bagi melahirkan insan yang patuh kepada tuhan serta bersyukur atas segala kurniaan tuhan. Tambahan pula, perayaan Hari Wesak dan Krismas juga diadakan demi mengukuhkan asas keimanan pelajar serta mengamalkan akhlak yang mulia dalam diri mereka. Sehubungan itu, guru perlulah berusaha mengekalkan warisan budaya kebangsaan dengan mengamal nilai murni, penyayang dan berempati, inovatif dan kreatif untuk menegakkan amalan dan mempromosikan budaya dan cara hidup Malaysia kepada para pelajar. Seterusnya, bagi menyerap unsur intelek dalam diri pelajar, Program khas Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) juga telah dijalankan. Ia dapat membantu pelajar-pelajar tahun satu yang masih lemah dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Program Intensif Semua Subjek A (PISSA) juga diadakan untuk membantu pelajar dalam usaha memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Berlandaskan FPG, seseorang guru mestilah mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Justeru, para pendidik berkaliber untuk menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan melahirkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi FPK dan visi 2020 dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT supaya boleh mengikuti perubahan system penyampaian. Justeru, memadailah guruguru untuk mengajar para pelajar. Selaras dengan unsur yang digariskan FPK bagi melahirkan generasi yang seimbang dalam segala bidang dan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketerampilan dan berakhlak mulia, Pendidikan Islam dan Moral diajar supaya pelajar dapat menyerap nilai-nilai yang murni dan berakhlak mulia. Dalam bidang ICT, makmal komputer yang dilengkapi dengan komputer dan alat-alat perisian disediakan bagi membolehkan murid-murid mempelajari cara-cara menggunakan teknologi maklumat tersebut. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsif terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-
6
pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996). Akhir sekali, murid-murid diberi peluang untuk menuntut pelajaran secara percuma dan pelbagai bantuan disalurkan kepada para pelajar contohnya bantuan Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWAPM), Skim Bantuan Tuisyen (SBT), dan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT)
demi
melahirkan
insan
yang
berkeupayaan
mencapai
kesejahteraan diri. Selain itu, biasiswa sukan dan akademik akan diberi kepada pelajar yang
cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum supaya dapat meringankan
beban keluarga mereka. Sehubungan itu, guru-guru dilatih melalui sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) untuk menjadi sebagai seorang pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada muridmurid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. Dengan itu, golongan generasi muda yang berbudi pekerti mulia dapat dilahirkan.
Sebagai konklusinya, kehendak FPK dan FPG adalah saling berkaitan bagai isi dengan kuku. Untuk merealisasikan FPK, guru berperanan penting dalam membimbing dan mendidik generasi muda ini. Pada zaman globalisasi ini, anak-anak bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan malah kemahiran baik dari segi teknikal dan juga skill agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pernah berkata, proses pembinaan negara bangsa tidak boleh dicapai dalam tempoh yang singkat dan peranan guru amat penting untuk memastikan kejayaannya. Kerajaan berharap golongan guru dapat bekerja dengan lebih keras kerana mereka menjadi tonggak kejayaan konsep ini lantaran hubungan rapat dengan anak-anak murid khususnya di peringkat awal. Justeru, guru amat penting dalam memainkan peranannya dalam membina Negara Bangsa, melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri serta berbudi bahasa dan mempunyai nilai adab yang tinggi dalam masyarakat. Selaras dengan Tema Guru 2003 iaitu “Guru Berkualiti Inspirasi Negara”. Tema ini mengambarkan bahawa seorang guru yang berkualiti mestilah memiliki ciri-ciri guru cemerlang untuk melahirkan tenaga kerja yang dicitakan oleh sesebuah Negara sejurus merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.
7
3.)
Sebagai seorang guru pelatih yang akan berkhidmat di sekolah, jelaskan dengan terperinci apakah persediaan anda sebagai guru untuk menghadapi alaf baru yang penuh dengan perubahan dan cabaran globalisasi pendidikan. Sistem pendidikan yang bersifat progresif dan dinamis bukan sahaja dapat
berperanan sebagai agen perubahan dan reformasi sosial dalam masyarakat membangun tetapi juga dapat mewacanakan perkembangan budaya saintifik yang menjadi asas percambahan dan ledakan kepada kemajuan sains, teknologi dan budaya fikir. (Abd. Rahim Rashid, 19 April 1997). Atas dasar inilah, maka pendidikan memainkan peranan asas di dalam menangani isu-isu sosial remaja kerana saling berhubung kait di antara satu sama lain. Adunan kedua-dua elemen ini iaitu pendidikan dan sosial remaja mampu untuk menjana satu harapan baru jika pendekatan yang lebih holistik diperhalusi. Mengikut Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berikutan penyakit sosial remaja, beliau menegaskan bahawa " sebenarnya, sistem pendidikan kita sudah cukup ramuan, cuma adunan dan cara memasak masih perlu diperbaiki." (Utusan Malaysia, 12 Februari 1997). Penulis berpendapat bahawa guru merupakan golongan yang penting untuk adunan dan cara memasak yang dimaksudkan oleh bekas Perdana Menteri kita. Persoalannya, sebagai seorang guru pelatih, apakah persediaan saya untuk menghadapi alaf baru yang penuh dengan cabaran ini? Pada pendapat saya, pertama sekali, persediaan yang paling signifikan ialah profesion keguruan harus melengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadi suatu keperluan di dalam hidup pada abad ini. ICT adalah satu teknologi yang digunakan untuk memproses, menyimpan, dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik. Perkembangan teknologi maklumat telah memberi impak ke atas konsep asas literasi dan kaedah pengajaran membaca dan menulis. Perubahan ini disebabkan oleh peralihan mendadak dari literasi tradisional berasaskan teks bercetak kepada kemunculan teks secara elektronik. Pendedahan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan guru amatlah perlu dalam melahirkan masyarakat bermaklumat. Seperti yang kita tahu, ICT merupakan wadah baru masyarakat hari ini. Semua insan alaf baru terpaksa kenal dan tahu memanfaatkannya, apatah lagi sebagai seorang guru yang perlu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran secara global. Justeru, para guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT dengan secukupnya dalam era globalisasi ini. Menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang guru itu mempunyai kelebihan bakat serta kemahiran (Giesert & Futrell, 1990). 8
Selain itu, menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Abdul Aziz Shamsudin, ICT amat penting dalam asa pendidikan seumur hidup serta menperkembangkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Para guru perlu mahir menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Keperluan perisian dan perkakasan yang berkualiti amatlah penting dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan penggunaan komputer dalam P&P. Semua sekolah-sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan kemudahan asas prasarana telekomunikasi menjelang 2005 bagi membolehkan pelajar dan penduduk pedalaman turut mendapat kemudahan akses maklumat. Dalam Institut Pendidikan Guru (IPG), guru-guru pelatih juga mestilah mengikuti kelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan disediakan kursus Learning Management System (LMS) untuk menguasai bidang tersebut. Akhir kata, seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam pengendalian perisian dan perkakasan komputer untuk menghasilkan proses P&P yang berkesan (Hillary Mc Lellan, 1991).
Kedua, guru-guru haruslah berupaya mengamalkan konsep pedagogi dan andragogi pada tempat yang sesuai dan dengan kaedah yang betul. Istilah andragogi digunakan untuk membezakan P&P kepada pelajar dewasa berbanding pedagogi, iaitu pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak. Pedagogi merujuk kepada konsep asas yang berkaitan dengan pembelajaran yang dipraktikkan dalam semua bilik darjah masa kini. Setiap pendidik perlu memahami dan dapat melaksanakan pedagogi dan andragogi kepada kumpulan sasaran yang tepat. Dengan menghasilkan pedagogi dan andragogi yang berkesan pula, seseorang guru haruslah mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif. Guru haruslah berfikir di luar kotak, melihat sesuatu daripada perspektif baru, berfikir secara fleksibel dan membuat sintesis, imaginasi serta visualisasi. Contohnya guru menggunakan daya imaginasi mereka dalam proses mencerna minda pelajar. Selain itu, media berbentuk visual, audio, teks dan grafik juga boleh membantu menjana minda pelajar. Penggunaan media-media seperti ini perlulah selaras dengan strategi pedagogi yang sesuai agar objektif P&P dapat dicapai.
Sehubungan dengan itu, sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk berdepan dengan cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan,
guru
hendaklah
berusaha
melengkapkan
diri
dengan
strategi-strategi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru 9
harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998). Ketiga, sebagai seorang guru pelatih, saya mestilah mempunyai sahsiah yang baik dan memenuhi etika bagi memartabatkan profession perguruan, dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Secara tegasnya, sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang. Hanya guru yang komited sahaja dapat menyemai dan memelihara nilai dan membantu pelajar untuk menghidupkan nilai (Maheshwari, 2005). Tidak dapat dinafikan bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walaubagaimana canggih sekalipun tidak dapat menganti peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid.
Atan Long (1980) mendefinisikan guru sebagai satu golongan masyarakat untuk memberikan pendidikan secara formal dan bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat itu. Memang dikatakan guru memainkan peranan penting dalam menjayakan pendidikan moral dan nilai kerana ketika anak-anak berada di sekolah, guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu peranan guru dan ibu bapa sama penting dalam pendidikan. Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh anak-anak didiknya sebagai contoh atau ‘role model’. Kalau tidak masakan ada pepatah berbunyi “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat murni itu dapat diteladani dan diikut jejak oleh para pelajar. Dengan itu, generasi negara yang bersahsiah tinggi dan berdisiplin dapat dizahirkan. Di samping itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik diharap dapat merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan. Selain itu, persediaan yang seterusnya ialah saya perlukah bersikap profesional. Guru adalah nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang cintakan 10
ilmu, mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten. Kita juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal supaya mempunyai persediaan untuk berubah seiring dengan peredaran masa dan sentiasa menyahut cabaran untuk meninggikan tahap pencapaian masing-masing. Setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Justeru itu, sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar dapat diwujudkan dan proses P&P dalam kelas akan bertambah baik dan matang. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru, guru perlu berusaha untuk meningkatkan kendiri mereka melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu, menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan professionalisme yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Bahagian Pendidikan Guru. Kursus-kursus ini termasuklah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang dilaksakan oleh pihak sekolah. Di samping itu, bagi menjamin bahawa seorang guru itu professional, guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri, pengetahuan konteks penting dan pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan. Satu perkara yang tidak kurang penting ialah kepekaan guru terhadap perkembangan pendidikan negara dan di dunia. Setiap guru perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru, belajar kaedah terbaik, menggunakan teknologi terkini dan menilai keberkesanan pendidikan yang diaplikasikan di luar negara. Akhir kata, dengan inilah guru yang professional dan berkaliber dapat dilahirkan.
Akhir sekali, pada pendapat saya, sebagai seorang guru juga, kita perlu mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan. Siapakah pelanggan kita di sekolah? Pelanggan sekolah terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa mereka. Di Malaysia, ibu bapa terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sebagai sebuah agensi perkhidmatan, para guru tidak terlepas daripada memberikan perkhidmatan terbaik yang berorientasikan pelanggan. Peranan guru dalam profession mereka adalah sangat penting kerana guru merupakan arkitek pembangunan negara. Murid pada hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Maka, adalah penting bagi seseorang guru untuk mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam menjalankan tugas mulia ini. Dalam kelas, guru berperanan untuk membina murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal dan patriotik. 11
Sehubungannya, kerajaan telah menyatakan bahawa “Perkhidmatan Pelanggan” dibahagikan kepada tiga kategori iaitu fizikal, penyampaian dan emosi. Komponen fizikal mengandungi persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan. Dalam komponen penyampaian pula mengandungi kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah diperoleh, mudah difahami, kompeten, kredibiliti dan keselamatan. Akhirnya, komponen emosi mengandungi mesra dan adil, mendengar dan memahami serta menghormati. Selain itu, guru mestilah berkawan dengan para pelajar kerana dengan ini, segala kelebihan dan kelemahan pelajar dapat dikuasai. Semasa berdepan dengan pelajar yang baik dan rajin, guru boleh mengajar dengan lemah lembut. Sebaliknya, apabila berdepan dengan pelajar yang nakal dan malas. Tindakan yang lebih efisien dan proaktif haruslah diambil demi mencapai situasi “menang-menang” antara guru dengan pelajar. Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa budak-budak pada hari adalah lebih aktif dan manja. Justeru, para guru memerlukan cara, kaedah, teknik dan gaya P&P yang berubah-ubah untuk menyelesaikan kekangan tersebut. Jika guru masih menumpukan kepada kaedah lama dan tradisional, adalah tidak mustahil sekiranya masalah malas belajar, ponteng sekolah, kurang minat belajar dan sifat membenci guru akan tetap berterusan (Mohd Izranuddin, 2006). Oleh yang demikian, sebagai seorang guru, kita perlulah bersedia dengan segala ilmu dan maklumat secara meluas. Ini penting agar kita dapat menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang seterusnya akan melahirkan pelajar yang berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Guru selaku pendidik anak bangsa haruslah berusaha menyumbangkan peranan pada era globalisasi ini. Dengan ini, martabat kita sebagai seorang pendidik dapat diangkat. “Guru Pembina Negara Bangsa.” Guru perlu sentiasa bersedia dan menimba ilmu secukupnya bagi menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Hal ini adalah penting agar kita dapat mengecapi nikmat kemajuan dan pembangunan negara pada masa yang akan datang seterusnya membina sebuah negara bangsa yang berjaya.
12
Peta minda tentang persediaan sebagai guru untuk menghadapi alaf baru yang penuh dengan perubahan dan cabaran globalisasi pendidikan Melengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat
Mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan
PERSEDIAAN SEORANG GURU
Mengamalkan konsep pedagogi dan andragogi
Mempunyai sahsiah yang baik dan memenuhi etika
Bersikap profesional
13