wwwpostal2u.com di bawah kelolaan Vital Simplex Sdn. Bhd. telah melancarkan satu program berkonsepkan 1 Malaysia sebagaimana saranan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak. Majlis pelancaran website program postal2u telah di adakan pada 5hb Jun 2009, oleh Presiden En. Muhammad Syafiq Abdullah bersama tetamu undangan khas En. Billi P.S. Lim (Dare To Fail) di Dewan Vital Simplex Kelana Square, Kelana Jaya pada jam 8.00 malam. Beliau juga telah berkongsi pengalaman beliau dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia pada malam perasmian tersebut. Semangat muhibah dan membantu antara satu sama lain menghidupkan kembali jalinan perpaduan yang semakin pudar. Beliau juga turut menyampaikan pandangan beliau tentang ‘Dare To Give’, di mana ianya adalah sinonim dengan amalan masyarakat terdahulu dalam memberi bantuan meringankan beban tanpa mengira kaum. Program ini juga mampu menghidupkan kembali semangat kejiranan yang juga semakin pudar serta dapat membangunkan ekonomi melalui konsep perkongsian yang adil. Di samping itu, kita juga membuat kebajikan bersama dalam menyahut seruan kerajaan bagi menangani masalah kemiskinan serta kegawatan ekonomi.
Bagi membuktikan keprihatinan serta tanggungjawab yang telah di buat oleh warga program postal2u, empat buah badan kebajikan telah terpilih untuk menerima sumbangan pada malam tersebut. Di antara badan tersebut ialah Rumah Amal Limpahan kasih (Puchong), Persatuan Kebajikan Rumah Jeevan(Klang), KDSF National Centre(Kids Down Sindrom Foundation) dan Lutheran Church In Malaysia and Singapore(Penjagaan masyarakat orang asli). Inilah bukti kewujudan program yang mampu mendidik masyarakat agar bersatu dalam mengatasi masalah ekonomi di samping membuat kebajikan bersama membantu kepada yang memerlukan.
(Konsep 1 Malaysia)
Top 10 Achievers
Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin juga telah melahirkan rasa sukacita beliau terhadap saranan Perdana Menteri terhadap konsep 1 Malaysia di mana rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Postal2u telah mengorak langkah dalam mengajak semua kaum bergabung bagi menghidupkan kembali sikap dan tanggungjawab sebagai warga yang prihatin untuk mewujudkan kembali keharmonian dalam Negara kita. Justeru itu, masyarakat haruslah bersatu dan bergabung untuk terus membantu agar segala permasalahan sosial dan kadar jenayah dapat dikurangkan. Syabas
diucapkan kepada semua yang telah memberi sumbangan dan marilah kita teruskan dasar ini sebagai warga Malaysia yang prihatin. Tanpa sokongan bersama, mustahil kita dapat menjayakan program ini sekaligus turut membantu kerajaan dalam mengatasi kegawatan ekonomi. Ini merupakan satu langkah permulaan terhadap jalinan perpaduan di dalam Negara kita Malaysia.