PERTANDINGAN KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN KONSEP 1MALAYSIA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
PENDAHULUAN Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abd Razak telah memperkenalkan konsep 1Malaysia; Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Untuk menerapkan konsep tersebut di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mengumumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengadakan pertandingan
menulis
kertas
konsep
1Malaysia
semasa
beliau
merasmikan
Konvensyen Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan di Universiti Tun Hussein Onn pada 16 Mei 2009. Kumpulan yang memenangi pertandingan ini akan menjadi penggerak kepada pelaksanaan konsep 1Malaysia di IPT masing-masing dan bantuan kewangan untuk menjalankan aktiviti yang terkandung dalam kertas cadangan tersebut akan disalurkan kepada universiti masing-masing oleh KPT.
OBJEKTIF PERTANDINGAN Objektif pertandingan adalah seperti berikut: 1. Mencungkil idea tentang cara menerapkan konsep 1Malaysia di kalangan pelajar; 2. Meneroka kesedaran dan pemahaman pelajar IPT tentang konsep 1Malaysia; 3. Menerapkan kesemua nilai 1Malaysia mengikut idea dan acuan pelajar; dan 4. Merealisasikan 1Malaysia di kalangan pelajar daripada pelbagai kaum di Malaysia.
1
SYARAT PERTANDINGAN 1. Pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar di IPT; 2. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada empat (4) atau lebih kumpulan kaum di Malaysia; 3. Kertas cadangan hendaklah mengandungi kerangka kerja yang boleh dilaksanakan di sepanjang setahun pengajian; 4. Satu kajian perlu dijalankan di kampus masing-masing bagi mendapat idea dan pandangan daripada semua pihak. Hasil kajian tersebut perlu dimasukkan dalam kertas cadangan; 5. Selain daripada penerapan nilai-nilai 1Malaysia dalam setiap aktiviti yang dirangka, setiap aktiviti mestilah juga mempunyai hasil pembelajaran (learning outcomes), kemahiran insaniah, cara pelaksanaan, jangkaan peserta dan penilaian keberkesanan program yang dicadangkan; 6. Satu panel hakim bebas akan dilantik untuk mengadili pertandingan berkenaan. Keputusan panel hakim adalah muktamad; dan 7. Semua kertas cadangan perlu melalui Timbalan Naib Canselor (HEP) bagi IPTA dan Director Students Affair bagi IPTS.
FORMAT KERTAS CADANGAN a. Kertas
cadangan
mestilah
menyenaraikan
aktiviti-aktiviti
yang
boleh
dilaksanakan sepanjang 1 (satu ) tahun bagi mencapai 1Malaysia di kalangan pelajar IPT;
2
b. Kertas cadangan yang dikemukakan hendaklah ditulis sama ada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris dengan menggunakan font Arial saiz 12 dan tidak melebihi 30 muka; c. Kertas cadangan yang lengkap mestilah dihantar sebelum/pada 15 Ogos 2009 kepada: Urusetia Pertandingan Konsep 1Malaysia Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi Aras 2 Blok E9 Parcel E Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62505 PUTRAJAYA
HADIAH Hadiah bernilai RM30,000.00 setiap satu akan diberikan kepada lima kumpulan yang mengemukakan kertas cadangan terbaik untuk melaksanakan program yang dirancang.
KAVEAT Kementerian Pengajian Tinggi berhak untuk menerima atau menolak kertas kerja yang diterima. Satu panel hakim akan dilantik untuk mengadili pertandingan tersebut. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
3