Pn Salma

  • Uploaded by: smk kamil tersohor
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pn Salma as PDF for free.

More details

  • Words: 3,358
  • Pages: 27
PN.SALMA C HASSAN

640919035002

SOALAN 1 “Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan wawasan negara, peranan guru amat penting untuk memastikan nilai nasional dapat disempurnakan.’

Y.B.Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein Perutusan Hari Guru 2006 Bincangkan bagaimana martabat profession keguruan dapat ditingkatkan selaras dengan perutusan Y.B Menteri Pelajaran agar misi nasional dapat disempurnakan.

JAWAPAN PENGENALAN: ‘Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan wawasan negara, peranan guru amat penting untuk memastikan nilai nasional dapat disempurnakan’. Begitulah petikan ucapan daripada Y.B.Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussien ,Menteri Pelajaran Malaysia sempena Perutusan Hari Guru Tahun 2006. Petikan ucapan daripada beliau ini wajar diberi perhatian oleh semua warga pendidik dalam usaha menuju kearah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, bertanggungjawab dan berkebolehan, seterusnya melalui peningkatan profession keguruan, maka misi nasional dapat

1 640919035002

disempurnakan. Melalui pendidikan, seharusnya masyarakat menyedari tentang pentingnya membantu anak-anak muda memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan dalam usaha merealisasikan misi nasional ini Profession perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,masyarakat dan negara. Profession ini merupakan profession yang paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.Guru juga merupakan golongan terpilih yang berada di barisan hadapan dalam menjaya dan menyempurnakan misi nasional. Sesungguhnya para pendidik hari ini, telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Tanpa guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama, maka perpaduan kaum tidak akan dicapai, sedangkan elemen penting yang hendak dicapai dalam

wawasan 2020 mementingkan kewujudan integrasi nasional , barulah misi nasional akan tercapai.

2

640919035002 Kedudukan perguruan sebagai satu profession di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebenarnya dipenuhi oleh pelbagai cabaran onak dan duri. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profession ini dari semasa ke semasa. Hakikatnya sebelum merdeka lagi, sudah ada perbincangan mengenai perkara itu iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) , terdapat satu simposium mengenai “Pendidikan Universiti dan Laporan Carr Saunders”.Di dalamn simposium tersebut, perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profession turut diadakan (Lim Tay Boh 1948).Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidkan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profession keguruan bukan pada zaman dahulu sahaja, tetapi juga masa kini.

Misi Nasional

Misi nasional sebagai teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9) bagi memacu Malaysia menuju Wawasan 2020 melalui pendekatan yang 3 640919035002 berasaskan pengetahuan,kreativiti,inovasi dan usaha memupuk minda kelas pertama sebagaimana yang terkandung dalam Teras 2 Misi Nasional yang berkait rapat dengan bidang pendidikan

serta peranan yang dimainkan oleh

golongan guru.

Bagaimana martabat profession keguruan dapat ditingkatkan.

Oleh sebab profession keguruan tersangat penting dalam proses pembangunan insan dan untuk menjayakan wawasan negara,. maka pelbagai langkah boleh dimainkan

ke arah memartabatkan profession keguruan sama ada secara

langsung atau tidak langsung yang melibatkan

satu pakatan bijak antara

pelbagai pihak seperti antara pihak kerajaan, anggota masyarakat, guru-guru, institusi-intsitusi di dalam profession ini ,pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta. Sememangnya kejayaan dalam sistem pendidikan banyak bergantung kepada faktor guru selain pihak-pihak yang lain dalam menjayakan misi nasional ini.

Salah satu peranan yang paling penting ke arah mencapai matlamat murni ini adalah Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri yang harus memainkan peranan utama ke arah membuat reformasi pendidikan sepenuhnya dalam usaha 4

640919035002 pencapaian misi nasional. Menurut matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010, antara lain yang mengambi kira Dasar Wawasan Negara , bermatlamat membina bangsa yang berdaya tahan, menentukan setiap warganegara memperoleh peluang pendidikan yang berkualiti selama 12 tahun dari segi akses, ekuiti dan kualiti. Matlamat ini selari dengan matlamat pendidikan

kebangsaan

untuk

memenuhi

keperluan

individu,

keluarga,

masyarakat , dan negara serta cabaran-cabaran terkini hasil daripada pengaruh besar globalisasi, liberalisasi dan K-ekonomi. Secara ringkasnya rajah di bawah menunjukkan peranan yang perlu dimainkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah pencapaian misi nasional tersebut.

5

640919035002 Rajah

menunjukkan

peranan

yang

perlu

dimainkan

di

peringkat

Kementerian Pelajaran ke arah memartabatkan profession keguruan , seterusnya misi nasional dapat direalisasikan.

Membuka Peluang Peningkatan

Semakan Etika Profession

Kerjaya

Meningkatkan

Memperkasakan

Kualiti Guru

Sekolah Kebangsaan

PERANAN KEMENTERIAN Sistem Pengawasan dan

Pemantauan

Memperketatkan Syarat Pengambilan

Menaik Taraf Maktab

Calon Guru

Perguruan 6

640919035002

Peranan di peringkat Kementerian. Kementerian

Pelajaran

Malaysia

haruslah

memperkukuhkan

dan

memperkemaskan serta membuat reformasi pendidikan sepenuhnya menjelang tahun 2020 sebagaimana yang dihasrat dan dijalankan mengikut Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan.(PIPP) 2006-2010.

1.Membuka peluang peningkatan kerjaya. Kerajaan mewujudkan gred baru guru berasaskan merit dan prestasi tahunan di samping menggariskan langkah-langkah bagi menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat guru-guru menerusi beberapa strategi pelaksanaan yang membabitkan penambahbaikan perjawatan guru dengan cara antaranya menambah kuota bagi gred kenaikan pangkat guru besar dan pengetua cemerlang.

Kriteria pemilihan guru bukan hanya melihat dari sudut akademik sahaja, tetapi juga mengambil kira komitment mereka dalam kegiatan kokurikulum bagi membentuk modal insan yang cemerlang. 2.Pengambilan calon guru. Syarat pengambilan calon guru diperketatkan sejak 2005 dalam usaha melahirkankan tenaga pengajar yang mahir dan berwibawa. 7 640919035002 Program pengenalan kepada profesion keguruan harus dijalankan untuk guru permulaan dengan menggunakan konsep mentoran,manakala pihak pentadbir pula perlu memainkan peranan lebih berkesan dalam menangani perubahan supaya dapat diterima oleh pendidik. Pengambilan guru baru juga perlu ditemu duga terlebih dulu sebelum diterima oleh sekolah serta melalui tempoh percubaan dan perlu menduduki ujian-ujian kompetensi sebelum layak menjawat jawatan guru sebagaimana yang diamalkan di setengah-setengah negara.Mereka juga mengambil kira kelayakan dalam memenuhi Petunjuk Prestasi Utama bagi diberi insentif kepada guru.Melalui proses seperti ini , dapat meyakinkan bahawa guru yang diambil mampu menyumbang secara lebih berkesan dan seterusnya dapat merealisasikan wawasan negara.

3.Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru.

Dalam usaha melahir dan melestarikan guru yang berkualiti,kementerian telah menaikkan taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru(IPG). Dengan menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG),dapat memantapkan pemilihan bakal guru dan latihan serta menambah baik karier keguruan dan persekitaran kerjanya. Langkah menaik taraf ini juga akan melahirkan guru siswazah yang memahami 8

640919035002 keperluan dan cabaran sekolah dan mencapai sasaran untuk mengisi 100 peratus guru siswazah di sekolah menengah dan 50 peratus di sekolah rendah menjelang 2010.

4.Memperkasakan sekolah kebangsaan. Pendidikan awal kanak-kanak merupakan masa yang amat penting dalam melahirkan

generasi

yang

berwawasan.Dalam

memperkasakan

sekolah

kebangsaan, Kementerian Pendidikan perlu menambahkan bilangan kelas prasekolah terutama di kawasan luar bandar dan menggunakan Kukurikulum Prasekolah Kebangsaan.

Selain itu kementerian menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas yang mencukupi serta berkualiti termasuk melengkapkan prasarana,mengubah suai

dan menaik taraf sekolah –sekolah yang usang dan menambah bilangan bilik darjah.

5.Usaha meningkat kualiti guru. Dalam usaha meningkat kualiti guru,kementerian hendaklah meningkatkan tahap latihan di kalangan pendidik semua peringkat dan kurikulum yang lebih efisen. Penubuhan Institut Aminudin Baki (IAB) dalam meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan adalah salah satu langkah yang efisien ke arah 9 640919035002 meningkatkan tahap professionalisme guru-guru.Sehubungan dengan kehendakkehendak tersebut,guru-guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah agar berlaku anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran.

6.Sistem pengawasan dan pemantauan. Kementerian Pendidikan haruslah memperkukuhkan dan memperkemaskan sistem pengawasan dan pemantauan ke atas guru-guru untuk memastikan mereka sentiasa bertugas dengan betul,berdedikasi dan tidak menyeleweng dari tanggungjawab yang diamanahkan. Proses pemantauan harus dilakukan secara tekal oleh pentadbir sekolah dan jemaah nazir dan laporan pemantauan digunakan untuk pengesahan dan

kenaikan pangkat.Tanpa sistem pengawasan yang baik dan berkesan, segala kebaikan di dalam ilmu-ilmu profession keguruan akan sia-sia. Oleh itu, peranan Kementerian Pendidikan haruslah bersifat formal, rigid dan tegas supaya profession keguruan ini dapat dimartabatkan sepanjang masa, seterusnya tercapai misi nasional.

10

640919035002 7.Semakan etika profesion Etika profesion keguruan yang sedia ada harus disemak semula bersesuaian dengan cabaran pendidikan kini dan hasrat bagi menyempurnakan misi nasional.Satu lembaga harus dibentuk bagi memastikan etika berkenaan dipatuhi.Aspek ini juga harus diberi penekanan dalam kurikulum pendidikan guru di universiti dan maktab secara serius.Tatasusila profesion keguruan juga harus memberi tumpuan kepada ikhtisas dan ilmiah

8.Peranan guru. Para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara.Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan .Kedudukan perguruan sebagai suatu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut menghadapi cabaran-cabaran masa kini dan akan datang.

Di tangan guru sendiri, martabat profesion keguruan dapat ditingkatkan dengan memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab

terhadap pelajar,ibu

bapa , masyarakat , negara,rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap profesion keguruan. Dalam konteks ini, beberapa aspek yang perlu dimainkan oleh guru sebagai agen perubahan ke arah memartabatkan proffesion ini agar misi nasional tercapai. Antaranya ialah:

11 640919035002 1.Mempertingkatkan Profesionalime Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemas kini serta terus berusaha dengan kaedah-kaedah P&P terkini. Guru juga menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan,Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Dengan mengikuti kursus tersebut,dapat mempertingkatkan keupayaan,ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini.Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleah para pendidik.

2.Mahir IT dan ICT.

Bidang keguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman.Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai misi nasional.Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih.Ilmu IT ini mesti terlebih dahulu dikuasa oleh para pendidik sebagai golongan yang paling hadapan . Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan Sekolah Bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagi satu 12 640919035002 bentuk kurikulum .Wawasan Negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang

2020,menyebabkan

kerajaan

membangunkan

Koridor

Raya

Multimedia (MSC) sebagai pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa.

Profesional keguruan harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat

masa kini, masyarakat terpaksa berdepan dengan

pelbagai peralatan elektronik

dalam kehidupan harian juga menjadi suatu

kemestian sebagai satu cara hidup

Selaras dengan usaha yang dilakukan bagi meningkatkan martabat profession keguruan ialah menyerahkan Resolusi 27 perkara yang dicapai dalam Seminar

Kebangsaan 2002 kepada Menteri Pendidikan,Tan Sri Musa Mohammad, untuk tindakan lanjut. Antara resolusi yang dicapai pada seminar tersebut ialah: a. Etika profession keguruan sedia ada harus disemak semula bersesuaian dengan cabaran Pendidikan kini. Pendedahan semula melalui latihan dalam perkhidmatan yang menfokus kepada etika keguruan dan dipastikan menjadi garis panduan kepada para pendidik. b. Kurikulum Pendidikan guru harus mengambil kira kepentingan hubungan interpersonal antara guru dan pelajar.Latihan dalam perkhidmatan dan kursus jangka pendek boleh dijalankan untuk tujuan berkenaan.

13 640919035002

c. Tatasusila profession keguruan harus memberi tumpuan kepada iktisas dan ilmiah, manakala latihan dalam perkhidmatan perlu dimantapkan dari aspek kesesuaian bidang pendidkan semasa supaya bergerak seiring dengan perkembangan terkini. Sebuah jawatan kuasa mesti diwujudkan untuk meneliti kepiawaian dalam latihan praperkhidmatan di samping konsep pembelajaran sepanjang hayat harus diterapkan kepada guru supaya peningkatan ilmu dapat dilakukan.

d. Program pengenalan kepada profession keguruan harus dijalankan untuk guru, permulaan dengan menggunakan konsep mentoran,

manakala pentadbir pula perlu memainkan peranan lebih berkesan dalam menangani perubahan supaya dapat diterima oleh pendidik.

e. Pemantapan harus dilakukan ke atas guru permulaan untuk meningkatkan kredibiliti mereka dalam aspek amalan pengajaran .Pemantauan harus dilakukan secara tekal oleh pentadbir sekolah serta pihak nazir .Laporan pemantauan digunakan untuk pengesahan dalam jawatan dan kenaikan pangkat.

f. Budaya professionalisme harus diterapkan pada semua peringkat 14 640919035002 organuisasi pendidikan. Sebuah jawatankuasa peringkat Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daeran dan sekolah harus dibentuk untuk memastikan budaya professionalisme diikuti pada setiap peringkat.

Dengan resolusi yang digariskan itu, sebenarnya menunjukkan kesungguhan warga pendidik untuk mengangkat martabat professioan keguruan, seterusnya memastikan profession ini terus diiktiraf, dihormati, dan dikagumi bagi merealisasikan misi nasional.

Dalam usaha memartabatkan profession keguruan bagi merealisasikan misi nasional ini, turut mendapat tempat pada permulaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Bagi menyahut misi nasional ini, tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah Pelancaran Pelan Tindakan atau ‘blue-print’ yang menyediakan asas yang kukuh ke arah menreformasikan pendidikan sepenuhnya menjelang 2020. Tiga matlamat utama yang akan dicapai melalui pelan tindakan ini ialah: 1.Membentuk cirri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia yang maju menjelang 2020.

15

640919035002 2.Menyediakan akses, ekuiti dan pendidikan berkualiti untuk semua golongan agar pada tahun 2020 nanti, tidak ada yang akan tercicir dalam arus pembangunan. 3.Terarah untuk memastikan pembangunan yang mapan agar kemajuan yang dicapai oleh Negara dan bangsa dapat terus dipertahankan. Semasa ucapan pembentangan RMK9 oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengistiharkan sebuah misi nasional yang telah menggariskan lima teras utama Dua daripadanya sangat berkait rapat dengan pembangunan modal insan dan bidang pendidikan , serta peranan yang

perlu dimainkan oleh kita sebagai warga pendidik dalam memartabatkan profession keguruan , seterusnya misi nasional dapat direalisasikan.

16

640919035002 RAJAH TENTANG LIMA TERAS KE ARAH PENCAPAIAN MISI NASIONAL

TERAS 1 MENINGKATKAN EKONOMI PENGETAHUAN DAN INOVASI DALAM RANTAIAN NILAI LEBIH TINGGI

TERAS 2 MENINGKATKAN KEUPAYAAAN PEN GETAHUAN DAN INOVASI NEGARA SERTA MEMUPUK ‘ MINDA KELAS PERTAMA’

LIMA TERAS MENJAYAKAN MISI NASIONAL

TERAS 3

TERAS 4

MENANGANI MASALAH KETIDAKSAMAAN SOSIOEKONOMI YANG BERTERUSAN SECARA MEMBINA DAN PRODUKTIF

MENINGKATKAN TAHAP DAN KEMAMPANAN KUALITI HIDUP

TERAS 5 MENGUKUHKAN KEUPAYAAN INSTITUSI DAN PELAKSANAAN

17 640919035002 . a.Teras 1: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Bagi subsektor pendidikan, langkah akan dipergiat untuk mempromosi Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau bagi Pendidikan peringkat tertiari.Pendidikan tertiari dalam konteks sistem Pendidikan Kebangsaan adalah pendidikan selepas pendidikan menengah hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pendidikan pada peringkat ini merangkumi program pendidikan di kolej komuniti,

politeknik, institusi latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti awam, dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS). Pendidikan tertiari merupakan pemangkin utama penjanaan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, dan berketrampilan bagi memenuhi keperluan mencapai wawasan negara. Pendidikan tertiari harus berupaya membangunkan minda yang kritis, kreatif, dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan Negara dalam persaingan global. Pendidikan tertiari juga merupakan agen utama untuk mencorakkan sosioekonomi yang lebih saksama dan berasaskan K-ekonomi, serta menghasilkan masyarakat berakhlak mulia, berperibadi tinggi, berdaya saing, dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam konteks pendidikan ini, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan dipergiatkan yang dijalankan oleh jabatan/bahagian yang 18

640919035002 mempunyai perkaitan dengan hal-hal dasar dan isu-isu terkini pendidikan. Hasil dapatan digunakan sebagai input untuk pemutusan dasar dan perancangan Pendidikan atau oleh pensyarah di maktab perguruan merupakan kajian tindakan untuk memperbaiki proses P&P.Dalam strategi pelaksanaan , melalui R&D, bidang kritikal yang perlu disemak semula dikenal pasti oleh setiap jabatan dan bahagian untuk memperkemas dan menambah kecekapan pengurusan pendidikan mengikut keperluan.

b.Teras 2 Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘Minda Kelas Pertama’ Dalam tempoh Rancangan, usaha akan dipergiat untuk mebangunkan modal insane demi memacu transformasi negara kearah ekonomi berasaskan pengetahuan.Program dan projek akan dilaksana bagi mencapai keutamaan Misi Nasional , iaitu menambah baik sistem pendidikan, meningkatkan inovasi dan memastikan pembanguan modal insan yang menyeluruh. Meningkatkan Akses dan Kualiti Sistem Pendidikan di semua peringkat kurikulum dan pengajaran.Dalam tempoh rancangan, pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan akan dipercepatkan untuk memastikan keseragaman dan kualti. Di peringkat sekolah, aktiviti kurikulum dan kokurikulum akan dikaji 19 640919035002 semula bagi memastikan asas yang kukuh dalam pembangunan kompetensi teras dan bersesuaian dengan keperluan yang sentiasa berubah. Kurikulum bagi latihan perguruan juga akan dikaji semula, antaranya untuk menambah baik kandungan mata mata pelajaran , meningkatkan kemahiran pedagogi dan membolehkan penggunaan ICT yang lebih meluas dalam bidang pendidikan. Majlis Penasihat Kebangsaan bagi pendidikan dan latihan akan ditubuhkan bagi memberi panduan mengenai dasar dan strategi berkaitan pendidikan. Akses kepada pendidikan prasekolah akan diperluas dengan

penyediaan lebih banyak kelas prasekolah, terutama di kawasan luar bandar.Lebih banyak peluang latihan dalam perkhidmatan disediakan kepada guru, menjadikan semua sekolah kebangsaan sebagai sekolah ‘bestari’ melalui Program Pembestarian Sekolah. Kualiti ahli akademik dipertingkat, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka akan diusahakan termasuk melalui kerjasama penyelidikan.Penampilan yang progresif serta moral, etika dan nilai murni akan menjadi komponen utama dalam membangunkan modal insan.

c. Teras 3 Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Tempoh RMK ke-9 akan memperlihatkan penekanan semula dalam menangani ketidakseimbangan sosioekonomi.Jika dibiarkan, ketidaksamaan 20 640919035002 yang berterusan akan memberi impak negatif kepada pertumbuhan, menggugat perpaduan nasional dan menjejaskan kestabilan sosial.Walau bagaimanapun, pendekatan kea rah menangani ketidakseimbangan sosioekonomi akan menumpu kepada bina upaya dan meningkatkan daya saing, serta akan diperhalusi semula dengan mengambil kira pengalaman yang dipelajari dalam pelaksanaan yang lepas serta tekanan daripada persaingan global dan liberalisasi.

d.Teras 4 Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup Bagi membina kecemerlangan kesukanan dan gaya hidup sihat, pelbagai program sukan untuk orang ramai akan.dilaksanakan. Inisiatif berkaitan sukan dan infrastruktur di sekolah akan dipertingkat bagi mewujudkan asas yang lebih baik untuk memupuk dan membangun atlit dalam bidang sukan berprestasi tinggi.

e.Teras 5 Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan Kerenah birokrasi akan terus dikurangkan di semua peringkat meliputi tempatan dan daerah.Proses dan prosedur kerja serta undang-undang akan dirombak dan diperkemaskan , manakala lebih banyak pusat keputusan akan ditubuhkan bagi 21 640919035002 membolehkan keputusan dibuat dengan lebih berkesan dan cepat. Daripada lima teras yang dikemukakan di atas, dua daripadanya sangat berkait rapat dengan pembangunan modal insan dan pendidikan.Bagi menyahut misi nasional,sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan, kita warga pendidik harus perlu menjurus ke arah usaha memperbaharui komitmen kita semua terhadap profession keguruan dan juga pendidikan anak bangsa secara bersungguh-sungguh di dalam melaksanakan agenda dan wawasan negara.

Pelan tindakan Kementerian Pelajaran sepanjang Rancangan Malaysia ke-9 yang akan dilancarkan nanti berhasrat untuk mencapai tiga matlamat utama:

Matlamat Pelan Tindakan Kementerian Pelajaran

Membentuk ciri-ciri individu

Menyediakan akses, ekuiti,

Terarah untuk

dan masyarakat bangsa

dan pendidikan berkualiti

memastikan

Malaysia maju pada

untuk semua golongan agar

pembangunan

tahun 2020.

pada tahun 2020 kelak,

yang mapan

tidak ada mana-mana pihak

agar kemajuan

yang tercicir dari arus

dicapai

kemajuan negara.

oleh negara

22

dan bangsa 640919035002

Berdasarkan Pelan Tindakan Rancangan Malaysia ke-9 ini, golongan pendidik harus menggerakkan komitmen untuk menyelesaikan tugas-tugas yang belum selesai, mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah-sekolah di dalam kelompok-kelompok kecemerlangan sehingga semua sekolah termasuk guru dan pelajarnya boleh mengangkat nama negara dan sistem pendidikan negara di mata dunia.

Oleh sebab profession keguruan sangat penting dalam proses pembangunan manusia dan negara, maka adalah menjadi tanggungjawab bersama semua pihak untuk menjaga, melindungi dan meningkatkan martabat profession ini agar integriti dan autoritinya sentiasa terpelihara, diyakini dan dihormati. Institusi di dalam proffesion ini juga harus mempunyai ‘substance’ dan ‘content’ agar peranannya untuk menjana proses penyerapan dan pembinaan ilmu di dalam masyarakat dapat diperkukuhkan sepanjang masa.

Dalam usaha memartabatkan profession keguruan ini, suatu pendekatan yang bersepadu dan pelbagai dimensi haruslah diamalkan. Kedua-dua pendekatan ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak di dalam masyarakat.Bukan sahaja usaha berpanjangan dari kerajaan, tetapi juga sokongan dari masyarakat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan 23 640919035002 pihak swasta harus ada suatu pakatan bijak (Smart partnership) agar peningkatan kemahiran, kualiti perkhidmatan, daya kepimpinan mampu mengangkat martabat profession keguruan, seterusnya misi nasional mampu direalisasikan.

24 Kesimpulan:

640919035002

Sebenarnya sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju p dan ini adalah menjadi satu bentuk cabaran dalam profession keguruan. Walau apapun, kita yang bergelar ‘guru’ harus sentiasa mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dan keyakinan diri dari semasa ke semasa agar segala tuntutan-tuntutan dalam perubahan berkaitan pendidikan seperti kurikulum dan dasar-dasar dapat ditangani secara lebih efisien.

Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan profession keguruan adalah bergantung kepada anggapan masyarakat kerana masih ada lagi yang menganggap profession ini sebagai ‘kelas kedua’.Jika situasi ini masih berterusan, adalah perlu bagi pihak kerajaan bersungguh-sungguh menjadikan profession keguruan ini sebagai satu profession yang unggul dan disegani ramai. Dalam usaha memartabatkan profession keguruan, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan keprofessionalismanya iaitu melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran.Pihak guru sendiri harus sentiasa mengasah bakat kepimpinan mereka dan bersikap lapang dada bersedia untuk meningkatkan produktiviti masing-masing dengan penuh keikhlasan, tanpa mengharapkan imbalan keduniaan atau material.Jangan biarkan pepatah menyebut ’guru kencing berdiri, murid kencing berlari’ atau ‘seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul’ mencemari profession yang bergelar guru.

25

640919035002

BIBLIOGRAFI

1.PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2001 – 2010 – Kementerian Pendidikan Malaysia

2.KEPIMPINAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – YAHYA DON – Siri Pengurusan Sekolah

3. PENDIDIKAN DI MALAYSIA; SEJARAH SISTEM DAN FALSAFAH – Sufean Hussin DBP

4.DEWAN KOSMIK OGOS 1997

5.DEWAN EKONOMI MEI 2002

6.FOKUS ERA BARU DUNIA PELAJAR SPM

7.JAYAKAN MISI NASIONAL – RMK-9 Pacu Malaysia menuju Wawasan 2020-Asuki Abas

26

Related Documents

Pn Salma
October 2019 34
Pn
August 2019 41
Pn
July 2020 17
Pn
June 2020 16
Pn
April 2020 26
Salma Hayek
June 2020 15

More Documents from ""

Negaraku Tercinta
October 2019 39
Pn Zaridah
August 2019 34
Kerjaya Aeroangkasa
October 2019 36
Hjh Salma
August 2019 37
Digestionratna
August 2019 38
Sej_sabaht1
June 2020 21