SEK. MEN. SAUJANA IMPIAN KAJANG PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 3 TAHUN 2003 ________________________________________________________________ SAINS Satu jam tiga puluh minit
________________________________________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
Arahan 1. Kertas soalan ini mengandungi 75 soalan 2. Jawab semua soalan 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih stu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Fikirkan dengan teliti ketika memilih jawapan anda. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamtkan pilihan anda yang baru.
________________________________________________________________
1 P – Membuat rumusan Q – Membuat hipotesis R – Menguji hipotesis melalui eksperimen S – Mengenal pasti masalah P, Q, R dan S dalam Jadual 1 ialah langkah dalam proses sains. Antara berikut urutan langkah yang manakah betul? A S, Q, P, R B Q, S, P, R C S, Q, R, P D Q, S, R, P 2
10 cm³ air dimasukkan ke dalam botol berisi padu 25 cm³ . Sebiji bebola plumbum boleh menyesarkan 0.2 cm³ air. Berapa biji bebola plumbumkah yang perlu dimasukkan supaya aras air memenuhi botol itu? A 35 B 50 C 75 D 125
3
Antara campuran berikut yang manakah dapat diasingkan dengan kaedah penurasan? A Pasir dan larutan gula B Air dan garam biasa C Minyak dan eter D Air dan etanol
4
Cacing tanah sentiasa mengekalkan kelembapan kulit luar badannya untuk A memudahkan penyerapan oksigen B memudahkan pergerakannya C membantu proses mengawan D mengekalkan bentuknya
5
Seekor haiwan mempunyai sifat-sifat berikut: • Ia mempunyai kulit kering bersisik • Ia mempunyai paru-paru • Haiwan betinanya bertelur • Mengalami persenyawaan dalam Antara haiwan berikut yang manakah mempunyai sifat-sifat di atas? A Ikan B Katak C Cicak D Kura-kura
6
Rajah 1 Rjah 1 menunjukkan struktur dalams el tumbuhan. Antara struktur yang berlabel A, B, C dan D, di struktur manakah berlakuny aprises fotosintesis? A A B B C C D D 7 Tumbuhan
Q
P
Alga
Kulat
Lumut
Paku pakis
R
S
Rajah 2 Rajah 2 menunjukkan pengelasan tumbuhan. Antara berikut yang manakah benar bagi P, Q, R, dan S? P Q R S A Monokotiledon Dikotiledon Tidak berbunga Berbunga B Dikotiledon Monokotiledon Berbunga Tidak berbunga C Berbunga Tidak berbunga Dikotiledon Monokotiledon D Tidak berbunga Berbunga Monokotiledon Dikotiledon
8
A, B, C dan D ialah susunan atom dalam bahan. Antara berikut yangmanakah unsur A
B
C
D
9
Antara berikut yang manakah menunjukkan urutan perubahan tenaga yang berlaku dalam penghasilan tenaga elektrik di stesen hidroelektrik? A Tenaga keupayaan → tenaga kinetik → tenaga mekanik → tenaga elektrik B Tenaga kinetik → tenaga mekanik → tenaga keupayaan → tenaga elektrik C Tenaga mekanik → tenaga keupayaan → tenaga kinetik → tenaga elektrik D Tenaga mekanik → tenaga kinetik → tenaga keupayaan → tenaga elektrik
Soalan 10 dan 11 berdasarkan Jadual 1 Keadaan fizik jirim Ciri jirim Tenaga kinetik zarah Saiz ruang antara zarah Daya tarikan antara zarah
X Sederhana Kecil Lemah
Y Paling rendah Sangat kecil Sangat kuat
Z Paling tinggi Besar Sangat lemah
Jadual 1 10
Jadual 1 menunjukkan ciri bagi keadaan fizik jirim, X, Y, dan Z. antara berikut yang manakah keadaan fizik Z, Y dan Z? X Y Z A Pepeja; Cecair Gas B Pepejal Gas Cecair C Cecair Pepejal Gas D Cecair gas Pepejal
11
Satu bahan didapati bertukar bentuk daripada keadaan fizik X kepada Y. Antara berikut proses yang manakah menyebabkan perubahan itu? A Pembekuan B Peleburan C Kondensasi D Pemejalwapan
12
Rajah 3 Rajah 3 menunjukkan ilustrasi proses fotosintesis. Anak panah menunjukkan keperluan dan hasil dalam fotosintesis. Antara berikut yang manakah benar bagi J dan K? J K A Air Gula
B C D 13
Gula Kanji Garam
Kanji Air Gula
Dalam satu eksperimen, sepuluh ekor tikus dimasukkan ke dalam sebuah serkup kaca. Selepas 30 minit, apakah perubahan yang dijangkakan berlaku kepada peratus kandungan udara dalam sekup kaca itu? Oksigen Karbon dioksida Wap air A Bertambah Berkurang Bertambah B Bertambah Berkurang Berkurang C Berkurang Bertambah Bertambah D Berkurang Bertambah Berkurang
14
Rajah 4 Seorang budak mempunyai penglihatan normal. Apabila dia cuba memakai cermin mata rakannya yang menghidap rabun jauh, didapati objek yang dilihatnya tidak jelas. Antara berlabel J, K, L dan M dalam Rajah 4, di kedudukan manakah imej terbentuk? A J B K C L D M
15
Rajah
5
Tiga biji anak benih kacang hijau L, M dan N diletakkan di atas kapas lembap dalam sebuah petri yang tertutup dan ditegakkan seperti yang ditunjukkan alam Rajah 5. Antara gambar rajah berikut yang manakah diperhatikan selepas 3 hari? A
B
C
D
16
Seorang pelajar berada pada jarak 6 m di hadapan sekeping cermin satah. Jika pelajar itu bergerak sejauh 2 m mendekati cermin itu, berapakah jarak baru di antara murid itu dengan imejnya? A 4m B 6m C 8m D 12 m
17
Antara berikut yang manakah menunjukkan urutan yang betul tentang laluan gelombang bunyi yang memasuki telinga? A Osikel telinga, gegendang telinga, jendela bujur, koklea B Osikel telinga, koklea, jendela bujur, gegendang telinga C Gegendang telinga, osikel telinga, jendela ujur, koklea D Gegendang telinga, koklea, osikel telinga, jendela ujur
18
Proses pembebasan ovum dari ovari disebut A Haid B Penempelan C Pengovulan D Persenyawaan
19
Rajah 6 Rajah 6 menunjukkan satu alur cahaya X ditujukan kepada bongkah kaca. Antara sudut berikut yang manakah sudut tuju dan sudut biasan? Sudut tuju Sudut biasan A P R B P S C Q R D Q S 20
Antara beikut yang manakah perlu diambil oleh wanita hamil untuk perkembangan tisu fetus? A Makanan berlemak B Makanan berprotein C Zat kalsium D Zat besi
21
Lapisan atmosfera yang dapat memantulkan gelombang radio ialah A troposfera B stratosfera C ionosfera D eksosfera
22
Rajah 7 Rajah 7 menunjukkan struktur sekuntum bunga. Bahagian manakah membentuk pistil? A S B S dan T C P, S dan T D P dan S 23
Antara kitar hidup kupu-kupu berikut yang manakah menjadi perosak kepada tanaman? A Imago B Pupa C Nimfa D Larva
24
Rajah 8 Rajah 8 menunjukkan sperma manusia, W, X, Y dan Z ialah empat bahagian sperma. Antara bahagian berikut yang manakah berfungsi membekalkan tenaga untuk menggerakkan sperma? A W B X C Y D Z 25
Batu enapan terbentuk daripada A penyejukan dan pembekuan bahan-bahan lebruan bumi B enapan yang mengalami tekanan tinggi C batu igneus yang mangalami tindakan haba yagn tinggi D batu batan bumi akibat luluhawa
26
Antara berikut yang manakah bukan ciri tanah liat A Bersifat asid lemah B Tindakan kapilari yang tinggi C Menakung air D Mengandungi banyak humus
27
Antara berikut yang manakah akan mengurangkan keasidan tanah? A Baja organik B Ammonium sulfat C Kapur mati D Humus
28
Lengkapkan persamaan berikut: Sulfida logam dipanaskan A B C D
oksida logam + sulfur oksida logam + sulfur dioksida logam + sulfur logam + karbon dioksida
29
Rajah 9 Apabila bahan X dipanaskan seperti ditunjukkan dalam rajah di atas, warna ungu larutan kalium permanganat berasid dilunturkan. Apakah bahan X? A Kuprum karbonat B Plumbum sulfida C Magnesium oksida D Kalium sulfat 30
Berikut ialah pasangan organisma dan sokongannya. Pasangan yang manakah tidak benar? Organisma Sokongan A Cacing tanah Rangka luar B Rumpai air Keapungan air C Gajah Rangka dalam D Pokok keembung Segahan air
31
Seorang pelajar menguji larutan J, K dan L dengan menggunakan penunjuk semesta. Keputusan ujian direkodkan seperti dalam Jadual 2. Larutan Warna
J Hijau
K Ungu
L Kuning
Jadual 2 Antara berikut yang manakah benar tentang sifat larutan J, K dan L itu? Larutan J Larutan K Larutan L A Neutral Beralkali Berasid B Beralkali Berasid Neutral C Berasid Neutral Beralkali D Berasid Beralkali Neutral
32
Antara berikut yang manakah bukan sifat kalsium oksida? A Tidak terurai oleh haba B Tidak larut dalam air C Bertindak balas denga asid D Mengeluarkan api merah dan ujian nyalaan
33
Apabila asid hidroklorik cair ditindakbalaskan dengan pita magnesium didapati satu gas terbebas. Gas ini memberikan keputusan positif apabila diuji dengan A Air kapur B Kayu uni menyala C Kertas kobalt klorida D Larutan kalium permanganat
34
Botol kaca dengan penutup logam yang ketat boleh dibuka selepas mengalirkan air panas ke atas penutupnya selama beberapa minit. Ini kerana A Botol kaca mengecut B Air panas mengurangkan geseran C Penutup logam mengembang D Tekanan udara dalam botol bertambah
35 P – Antibodi Q – Sel darah putih R – Platlet S – Sel darah merah Jadual 3 P, Q, R dan S dalam Jadual 3 ialah komponen darah. Antara berikut yang manakah terlibat dalam sistem pertahanan badan dengan cara membunuh bakteria? A S sahaja B R sahaja C P dan Q sahaja D P, Q dan S sahaja
36 Bumi
U
Hidrosfera
W
Atmosfera
V
X
Z
y
Rajah 10 Rajah 10 menunjukkanpengelasan kerak bumi. Antara berikut yang manakah mewakili U, W dan Z? U W Z A Litosfera Kerak Teras B Mantel Teras Litosfera C Kerak Teras Mantel D Kerak Litosfera Teras 37
Rajah 11 Rajah 11 menunjukkan sebiji bebola X diletakkan di dasar takung yang berisi air. P, Q, R dan S kemungkinan kedudukan imej bebola X. Antara berikut yang manakah kedudukan imej bebola X apabila dilihat oleh pemerhati? A P B Q C R D S
38 Makanan + oksigen → karbon dioksida + air + tenaga Apakah nama proses yang ditunjukkan oleh persamaan di atas? A Fotosintesis B Perkumuhan C Pereputan D Respirasi 39
Kekurangan garam mineral yang manakah menyebabkan penyakit kurang zat berikut? Goiter Anemia Riket A Besi Iodin Kalsium B Iodin Kalsium Natrium C Kalsium Besi Natrium D Iodin Besi Kalsium
40
Rajah 12 A, B, C dan D dalam Rajah 12 menunjukkan tempat dan aktiviti masingmasing di sepanjang satu sungai. Didapati wabak taun yang merebak di satu kawasan di sepanjang sungai itu berpunca dari memakan makanan dan meminum air yang tercemar. Antara aktiviti berlabel A, B, C dan D yang manakah merupakan punca pencemaran bagi merebaknya wabak taun itu? A A B B C C D D
41
Rajah 13 Rajah 13 menunjukkan seorang pelajar yang berjisim 30 kg menaiki tangga yang tingginya 4 m dalam masa 8 s. Berapakah kuasa pelajar untuk menaiki tangga itu? [Anggapkan daya graviti yang bertindak ke atas jisim 1 kg ialah 10 N] A 96 W B 150 W C 600 W D 1,200 W 42
Rajah 14 Rajah 14 menunjukkan penyepit ais. Antara kawasan berlabel A, B, C dan D, di manakah memerlukan daya yang paling besar untuk menyepit seketul ais? A A B B C C D D
43
Berikut ialah ciri bunga sejenis tumbuhan. • • • •
Mempunyai ranggi yang besar dan berwarna-warni Mempunyai bau Mempunyai butir debunga yang besar Mempunyai stigma yang melekit
Agen pendebungaan bagi tumbuhan yang mempunyai ciri bunga seperti di atas ialah A Air B Angin C Serangga D Manusia 44
Urutan yang betul menunjukkan pergerakan gamet jantan bermula dari vesikel semen haigga gamet itu mempersenyawakan gamet betina ialah A Faraj → uretra → uterus → tiub Fallopio B Faraj → tiub Fallopio → uterus → ovari C Uretra → faraj → uterus → tiub Fallopio D Uretra → uretra → tiub Fallopio → faraj
45
Berikut ialah beberapa peringkat dalam proses pembentukan biji benih bagi tumbuhan kacang parang. J – Percantuman nukleus gamet jantan dengan nukleus gamet betina K – Perpindahan debunga dari anter ke stigma L – Pertumbuhan zigot menjadi biji benih M – Pembentukan tiub debunga A J, K, L, M B J, M, K, L C K, M, J, L D K, J, L, M
46
Bagaimanakah logam natrium disimpan dengan selamat dimakmal? A Disimpan dalam botol gelap B Disimpan dalam minyak parafin C Disimpan dalam balang pengering D Disimpan dalam kotak plumbum bertutup
47 Lelaki
Perempuan
S
T
U ↓ V ↓ W
Bayi Rajah 15 Rajah 15 menunjukkan gambar rajah skema tentang pembiakan dan peringkat perkembangan manusia. Apakah yang diwakili oleh S, T, U, V dan W S T U V W A Sperma Ovum Zigot Embrio Fetus B Ovum Sperma Embrio Fetus Zigot C Sperma Ovum Fetus Zigot Embrio D Ovum Sperma Embrio Zigot Fetus Soalan 48 dan 49 berdasarkan Rajah 16
Rajah 16
48
Giliran tanaman dijalankan untuk memulihkan tanah. Rajah 16 menunjukkan jadual giliran tanaman seorang petani. Tanaman yang palin gsesuai bagi X ialah A Koko B Tembikai C Ubi keledek D Kacang tanah
49
Antara berikut yang manakah merupakan sebab bagi pemilihan X itu? A Akar tumbuhan itu mengembalikan semula nitrogen ke dalam tanah B Daun tumbuhan itu dapat mengelakkan kehilangan air tanah C Daun tumbuhan itu menyerap banyak karbon dioksida D Akar tumbuhan itu mengelakkan hakisan tanah
50
Rajah 17 Simbol yang ditunjukkan dalam rajah 17 didapati pada satu botol yang mengandungi bahan kimia. Apakah bahan kimia yang mungkin terdapat dalam botol itu? A Alkohol B Asid C Merkuri D Petrol
Bagi soalan 51 hingga 75, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Tentukan tiap-tiap cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang betul daripada A, B, C dan D seperti berikut: A I, II, III
B I, II
C II, III
D I sahaja
51
Rajah 18 Rajah 18 menunjukkan picagari yang tertutup rapat. Apabila omboh ditolak dari X ke Y, yang manakah antara berikut akan berlaku kepada zarah udara di dalam picagari? I Jarak antara zarah undara menjadi lebih rapat II Zarah udara menghentam dinding dengan lebih kerap III Zarah udara terbahagi menjadi dua 52
Pilih bahan yang akan mengalami proses pemejalwapan apabila dipanaskan. I Hablur iodin II Ubat gegat III Ais kering
53
Antara proses berikut yang manakah termasuk dalam kitar air semulajadi ? I Penyejatan air laut II Respirasi yang berlaku pada haiwan III Fotosintesis yang berlaku pada tumbuhan
54
Antara faktor berikut yang manakah boleh menyebabkan kemandulan kepada lelaki? I Menghasilkan bilangan sperma yang sedikit II Duktus sperma tersumbat III Pengovulan tidak berlaku
55
Transfusi darah selamat apabila I Penderma darah mempunyai kumpulan darah yang sama dengan penerima II Darah penderma tidak menyebabkan penggumpalan darah penerima III Penerima mempunyai kumpulan darah AB
56
Antara berikut yang manakah benar tentang penyejatan ? I Berlaku pada setiap masa II Berlaku pada sebarang suhu III Berlaku pada permukaan cecair sahaja
57
Apabila serbuk besi dipanaskan dengan serbuk sulfur didapati satu bahan berwarna hitam terhasil. Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang bahan yang terhasil itu? I Bahan itu ialah besi sulfida II Bahan itu ialah sebatian III Bahan itu mempunyai sifat kimia yang sama dengan sifat kimia besi dan sulfur
58
Air yang tercemar dengan bahan buangan pertanian mengalami pertambahan I Oksigen II Rumpai air III Bakteria
59
Antara berikut yang manakah sumber tenaga ? I Arang batu II Biojisim III Batu batan
60
Bahagian mata yang membiaskan cahaya ialah I Iris II Kornea III Gelemair
61
Rajah 19 Rajah 19 menunjukkan ilustrasi tentang kejadian sejenis bayu. Antara pernyataan berikut yang manakah benar? I Pada waktu siang darat lebih cepat panas daripada laut II Udara sejuk dari laut menggantikan udara panas di darat III Udara di laut kurang tumpat berbanding dengan udara di darat 62
Sifat cahaya yang manakah membolehkan gerhana matahari berlaku? I Cahaya tidak boleh menembusi objek legap II Cahaya merambat secara lurus III Cahaya boleh dibiaskan
63
Jumlah haba yang terkandung dalam satu kuantiti air yang dipanaskan bergantung kepada I Jisim II Suhu III Tekanan
64
Penyesuaian pada tumbuhan untuk mengawal transpirasi yang berlebihan termasuk I Mempunyai daun yang kecil II Mempunyai bilangan stoma yang sedikit III Mempunyai kutikal daun yang berlilin
65
Semasa melalui selekoh dengan laju, penunggang motosikal mencondongkan motosikal dan badannya ke permukaan jalan. Perbuatan ini dapat I Merendahkan pusat graviti penunggan dan motosikalnya II Menambah geseran antara permukaan jalan dan tayar motosikal III Mengurangkan rintangan udara
66
Antara binaan berikut yang manakah disesuaikan bagi tugas jantung mengepam keluar darah yang bertekanan tinggi? I Dinding ventrikel kiri lebih tebal daripada dinding ventrikel kanan II Terdapat injap yang mengasingkan antara aurikel dan ventrikel III Jantung mempunyai empat ruang
67
Ciri haiwan yang hidup di kawasan tundra termasuk I Mempunyai saiz badan yang kecil II Mempunyai bulu yang tebal III Mempunyai lapisan lemak yang tebal
68
Rajah 20 Rajah 20 menunjukkan model satu haiwan daripada plastisin. Model itu menjadi lebih stabil apabila I Kaki-kakinya dikangkangkan II Kaki-kakinya dipanjangkan III Satu lagi bongkah berbentuk badannya diletakkan di atas badan model itu 69
Karat adalah berbahaya kepada kesihatan kerana mungkin mempunyai bakteria yang menyebabkan penyakit…. I Tetanus II Selsema III Hapatitis B
70
Cara-cara mencegah pengaratan besi ialah I Menyapu dengan gris II Mengecat III Menyalut permukaan dengan zink
71
Fungsi rangka pada haiwan vertebrata adalah untuk I Menyokong berat badan II Mengekalkan bentuk badan III Menjadi tempat tautan otot
72
Berikut ialah peringkat dalam kitar hidup serangga. Peringkat yang manakah terdapat dalam metamorfosis lengkap? I Larva II Kepompong III Nimfa
73
Antara berikut yang manakah kelemahan persenyawaan luar berbanding dengan persenyawaan dalam? I Gamet mudah dihanyutkan oleh air II Peluang bagi gamet dipersenyawakan rendah III Emrio terdedah kepada musuhnya
74
Antara logam berikut yang manakah wujud sebagai unsur dalam kerak bumi? I Emas II Platinum III Merkuri
75
Pengeluaran organisma dari satu sampel tanah dengan menggunakan corong Baermann bergantung kepada sifat organisma tanah itu. Sifat yang manakah antara berikut membolehkan kaedah ini digunakan? I Bergerak menjauhi punca haba II Bergerak ke arah cahaya III Bergerak ke arah bahan kimia
SELAMAT BERJAYA
Disediakan oleh:
Disemak oleh :
……………………………. Pn. Wan Rahani Wan Jaafar
…….…………………… Pn. Wahida Ismail Ketua Panitia Sains SMKSI