Pl 3234-pengujian Dan Penilaian

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pl 3234-pengujian Dan Penilaian as PDF for free.

More details

  • Words: 1,997
  • Pages: 15
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM SESI 2008/2009 TAHUN 3 SEMESTER 6

PL 3234 PENGUJIAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU

Kerja Rumah, Kerja Sekolah, Kajian dan Projek

Pensyarah: Cikgu Rozaiman bin Makmun

Disediakan oleh: Siti Haidah Binti Haji Mahmud 06B0746 B.Ed. Primary Education (Pendidikan Bahasa Melayu)

Pembentangan pada: 10 Februari 2009

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Kerja sekolah Unit 5 : Sentiasa berhemat kita selamat Sub-tajuk : Pembakaran terbuka membawa petaka Tahun 4 Hasil Pembelajaran :

1.

Murid boleh melengkapkan petikan menggunakan imbuhan dengan betul. 2. Murid boleh membaca dengan betul dan lancar. 3. Mendedahkan murid dengan tugas-tugas ahli bomba selain daripada memadam api kebakaran.

Rasional:

1. Untuk memberikan tugasan lanjutan daripada kerja rumah. 2. Murid sudah terdedah dengan perkataan-perkataan berimbuhan. 3. Murid sudah didedahkan dengan isi pelajaran untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

Aspek Bahasa:

Perkataan Berimbuhan a) Awalan b) Akhiran c) Apitan

Kemahiran Berbahasa:

1. 2. 3.

Membaca Menulis Berfikir

Tugasan ini adalah sebagai lanjutan daripada kerja rumah yang telah diberi kepada murid-murid sehari sebelum kerja sekolah diberikan. Kerja rumah untuk latihan bacaan diberikan dalam bentuk ayat-ayat yang bernombor manakala kerja sekolah diberikan dalam bentuk sebuah petikan yang tidak lengkap. Tugas murid-murid adalah melengkapkan petikan dengan perkataan-perkataan yang berimbuhan.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

N ama: ________________________________________________________________________ Tahun 4 __________________________________ Tarikh:_______________________________

Baca dan fahami teks di bawah ini, kemudian berikan imbuhan awalan, akhiran atau apitan bagi perkataan-perkataan di dalam kurungan dan tuliskan di tempat-tempat kosong.

_______________(bakar) sampah secara terbuka oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sisi Lebuh Raya Tutong – Muara telah menyebabkan kenderaan terlibat dalam ________ (malang). Kejadian ini ______ (laku) kerana asap tebal yang ________ (punca) daripada pembakaran sampah ________ (hampir) dengan lebuh raya itu. Asap tebal ini telah mengehadkan jarak __________ (pandang) pemandu. Akibatnya, kenderaan yang ___________ (pandu) telah merempuh kenderaan lain yang berada di hadapan.

Pasukan polis dan pasukan bomba dan penyelamat telah _________ (hubung) untuk menangani masalah ini.

Pasukan polis ditugaskan untuk mengawal

__________ (sesak) jalan raya manakala pasukan bomba dan penyelamat berusaha untuk _______ (bantu) mangsa kemalangan yang ____________ (perangkap) di dalam kenderaan yang terbabit.

Lima orang mangsa yang cedera dalam

kemalangan itu telah dibawa ke hospital RIPAS. Mereka terdiri daripada penduduk _________________ (tempat) dan warganegara asing. _____________ (rawat) sebagai ______________ (sakit) luar.

Mereka diberi

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Petikan yang lengkap

Pembakaran sampah secara terbuka oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sisi Lebuh Raya Tutong – Muara telah menyebabkan kenderaan terlibat dalam

kemalangan. Kejadian ini berlaku kerana asap tebal yang berpunca daripada pembakaran sampah berhampiran dengan lebuh raya itu. Asap tebal ini telah mengehadkan jarak pandangan pemandu. Akibatnya, kenderaan yang dipandu telah merempuh kenderaan lain yang berada di hadapan.

Pasukan polis dan pasukan bomba dan penyelamat telah dihubungi untuk menangani masalah ini. Pasukan polis ditugaskan untuk mengawal kesesakan jalan raya manakala pasukan bomba dan penyelamat berusaha untuk membantu mangsa kemalangan yang terperangkap di dalam kenderaan yang terbabit. Lima orang mangsa yang cedera dalam kemalangan itu telah dibawa ke hospital RIPAS. Mereka terdiri daripada penduduk tempatan dan warganegara asing. Mereka diberi rawatan sebagai pesakit luar.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Kerja rumah Unit 5 : Sentiasa berhemat kita selamat

Sub-tajuk : Pembakaran terbuka membawa petaka Tahun 4

Hasil Pembelajaran :

1. 2. 3.

Murid boleh membaca dengan betul dan lancar Murid boleh menyebutkan perkataan-perkataan yang berimbuhan dengan betul. Mendedahkan murid dengan tugas-tugas bomba selain daripada memadam api kebakaran.

Rasional :

1. Murid didedahkan dengan perkataan-perkataan berimbuhan. 2. Ayat tidak disusun mengikut urutan yang betul untuk mengelakkan murid menghafal petikan. 3. Supaya ada kesinambungan antara kerja rumah dengan kerja sekolah.

Aspek Bahasa : Perkataan Berimbuhan a) Awalan b) Akhiran c) Apitan

Kemahiran Berbahasa : 1. 2. 3.

Membaca Menulis (jika ada) Berfikir

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Arahan untuk ibu bapa: Teks ini diberikan sebagai latihan kerja rumah. Murid-murid diarahkan untuk membaca teks dengan kehadiran ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa atau penjaga diharap akan dapat memantau dan memberikan bimbingan kepada murid-murid. Berikan lebih tumpuan pada perkataan-perkataan yang berimbuhan (awalan, apitan dan akhiran), jika perlu berikan latihan secara bertulis. Latihan lanjutan secara bertulis akan diberikan di sekolah.

Tandakan ( / ) pada petak yang berkenaan sahaja.

Kebolehan membaca murid :

Boleh membaca sendiri

Masih perlukan bantuan

Tahap kelancaran membaca murid:

Lancar

Sederhana

Tidak lancar

Tidak boleh membaca

Pengetahuan murid bagi perkataan berimbuhan: Boleh mengenal perkataan berimbuhan Tidak boleh mengenal perkataan berimbuhan Tanda tangan ibu bapa atau penjaga: …...........................................

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Untuk memudahkan ibu bapa atau penjaga mengajar murid di rumah, di bawah ini disenaraikan contohcontoh perkataan berimbuhan: Kata dasar

Awalan

Apitan

Akhiran

guna

berguna

digunakan

gunakan

jadi

terjadi

kejadian

jadikan

bakar

dibakar

kebakaran

bakarkan

Ayat di bawah tidak mengikut urutan yang betul untuk mengelakkan murid daripada menghafal perkataan- perkataan berimbuhan.

Baca ayat-ayat di bawah ini. 1. Pasukan polis dan pasukan bomba dan penyelamat telah dihubungi untuk menangani masalah ini. 2. Kejadian ini berlaku kerana asap tebal yang berpunca daripada pembakaran sampah berhampiran dengan lebuh raya itu. 3. Lima orang mangsa yang cedera dalam kemalangan itu telah dibawa ke hospital RIPAS. 4. Pembakaran sampah secara terbuka oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sisi Lebuh Raya Tutong – Muara telah menyebabkan kenderaan terlibat dalam kemalangan. 5. Pasukan polis ditugaskan untuk mengawal kesesakan jalan raya manakala pasukan bomba dan penyelamat berusaha untuk membantu mangsa kemalangan yang terperangkap di dalam kenderaan yang terbabit. 6. Mereka diberi rawatan sebagai pesakit luar. 7. Asap tebal ini telah mengehadkan jarak pandangan pemandu. 8. Akibatnya, kenderaan yang dipandu telah merempuh kenderaan lain yang berada di hadapan. 9. Mereka terdiri daripada penduduk tempatan dan warganegara asing.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Cadangan kajian :

Peringkat

Unit

Unit 2 Tahun 4

Tajuk : Keluargaku berwawasan

Kajian

Dengan bantuan ibu bapa atau ahli keluarga, layari laman web ini www.fire-rescue.gov.bn. Cari maklumat tentang kerjaya seorang bomba dengan andaian murid bercita-cita menjadi seorang ahli bomba. Kemudian tulisan laporan mengenainya.

Sub-tajuk : Pendidikan untuk masa depan

Unit 5 Tahun 4

Dengan bantuan ibu bapa atau ahli keluarga, layari laman web Tajuk : Sentiasa berhemat kita di bawah ini: selamat www.youtube.com/watch?v=TNg_xIuFB8k kemudian tuliskan laporan mengenainya. Sub-tajuk : Awas, Banjir!

Unit 13 Tahun 1

Tajuk : Kenderaan Sub-tajuk : Kenderaan kini

Cari maklumat tentang semua kenderaan yang digunakan oleh pasukan bomba dan penyelamat sama ada dari buku, majalah, surat khabar, menjalankan wawancara atau layari internet: www.jenterabomba995.blogspot.com Kemudian tuliskan sebuah laporan mengenainya.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Kajian Utama Tahun 4 Unit 2 Tajuk : Keluargaku berwawasan Sub-tajuk : Pendidikan untuk masa depan

Hasil Pembelajaran :

1. Murid berani mengajukan soalan kepada orang yang diwawancara (orang yang tidak dikenali). 2. Murid boleh menggunakan bahasa baku semasa mewawancara. 3. Murid boleh mencatat hasil dapatan daripada wawancara.

Rasional :

1. Murid akan tampil lebih berani dan berkeyakinan apabila membuat atau melakukan sesuatu yang baharu dan mencabar. 2. Murid boleh memperbaiki lagi cara penulisan mereka serelah menyemak semula catatan wawancara mereka.

Kemahiran Berbahasa : 1. 2. 3. 4. 5.

Mendengar Bertutur Membaca Menulis Berfikir

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Katakanlah setelah mengikuti lawatan ke Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat, kamu berasa teringin hendak menjadi seorang ahli bomba. Kamu telah menyatakan hasrat kamu kepada ibu bapa kamu. Tetapi sebelum kamu benar-benar menceburi bidang itu, kamu perlulah mengetahui sedikit banyak tentang kerjaya seorang ahli bomba. Kamu dikehendaki menjalankan satu kajian.

Wawancara ibu bapa, ahli keluarga, jiran atau kawan ahli keluarga yang bertugas sebagai ahli bomba. Ajukan soalan-soalan berikut dan buat catatan bagi jawapan yang diberikan. Awak bolehlah merakam wawancara tersebut untuk memudahkan awak mendengar dan menyemak jawapan orang yang diwawancara.

Di bawah ini adalah contoh-contoh soalan untuk wawancara tersebut. Anda bolehlah menambah lagi dengan soalan-soalan yang berkaitan jika perlu. Kemudian tuliskan sebuah laporan mengenainya.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Sudah berapa lamakah anda bertugas sebagai ahli bomba? Mengapa anda memilih ahli bomba sebagai kerjaya? Siapakah yang mendorong anda menjadi ahli bomba? Bagaimanakah perasaan anda setelah menjadi ahli bomba? Apakah pangkat yang anda jawat sekarang? Apakah jenis kecemasan yang kerap ditangani oleh ahli bomba? Apakah tugas-tugas lain yang anda lakukan jika tidak ada kecemasan berlaku? 8. Apakah keistimewaan yang anda dapat menjadi ahli bomba? 9. Bagaimana perasaan anda setelah membantu orang dalam kecemasan? 10. Adakah menjadi ahli bomba membahayakan diri kita sendiri? 11. Perkara manakah yang paling mencabar? i) memadam api kebakaran? ii) membantu mangsa kemalangan jalan raya? iii) menangkap ular berbisa di halaman rumah orang?

Perhatian:

Kajian hendaklah dihantar sebelum 28 Februari 2009

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Cadangan projek:

Peringkat

Unit

Unit 13 Tahun 1

Tajuk : Kenderaan

Projek

Membuat buku skrap. Mengumpul gambar semua kenderaan bomba dalam sebuah buku, kemudian tuliskan nama kenderaan-kenderaan tersebut.

Sub-tajuk: Kenderaan kini Unit 5 Tahun 4

Tajuk : Sentiasa berhemat kita selamat Sub-tajuk : Awas, Banjir!

Unit 5 Tahun 4

Tajuk : Sentiasa berhemat kita selamat Sub-tajuk : Utamakan keselamatan

Membuat buku skrap menggunakan kalendar yang tidak lagi digunakan. Kumpul gambar-gambar ahli bomba menyelamatkan mangsa banjir kemudian tuliskan ayat yang sesuai dengan gambar-gambar tersebut kemudian lekatkan pada kalendar tadi.

Melukis poster bermesej tentang papan-papan tanda amaran tempat berbahaya.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Projek Utama Tahun 1 Unit 13

Tajuk : Kenderaan Sub-tajuk : Kenderaan kini Hasil Pembelajaran : 1. 2. 3. 4.

Murid boleh mengguna pakai semula barang-barang yang tidak lagi digunakan. Murid boleh bekerjasama dengan ahli keluarga untuk menyiapkan projek Mengembangkan lagi kreativiti murid dalam membuat (menyiapkan) projek Murid boleh menghasilkan karangan untuk dilekatkan pada model kenderaan bomba. Rasional : 1. Murid dilatih untuk mengguna pakai semula barang yang tidak lagi digunakan. 2. Murid dilatih supaya tidak membazir. 3. Kenderaan tersebut boleh digunakan lagi selepas pameran sebagai tempat menyimpan alat tulis dan sebagainya. Kemahiran Berbahasa: 1. 2. 3. 4. 5.

Mendengar Bertutur Membaca Menulis Berfikir

Barang-barang yang diperlukan kotak tayar kereta mainan yang tidak lagi digunakan atau penutup botol air gambar atau lukis sendiri kenderaan bomba karangan pendek yang dihasilkan oleh murid sendiri

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Arahan

Pilih satu jenis kenderaan bomba yang kamu gemari (sama ada kenderaan di darat atau di air) dan buatlah projek dengan bantuan ibu bapa, penjaga atau ahli keluarga. Sediakan barang-barang terbuang yang diperlukan sebelum memulakan projek. Setelah projek disiapkan, kamu bolehlah mengarang karangan ringkas mengenai lawatan kamu ke Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat pada minggu lalu, kemudian lekatkan pada model kenderaan kamu.

Untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga di bawah ini diberikan gambar-gambar kenderaan bomba. Anda bolehlah memilih satu daripadanya.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Hasil projek murid-murid akan dipertandingkan. Pemarkahan projek diambil kira dari segi kreativiti murid membuat model kenderaan bomba dan dalam penulisan karangan. Pemberian markah diberikan secara berasingan. Tiga model kenderaan bomba yang paling kreatif (bukan sahaja cantik tapi boleh diguna pakai untuk menyimpan barang) dan tiga karangan yang terbaik akan dipilih. Semua murid yang berjaya menyiapkan projek bukan sahaja akan mendapat markah malah akan diberikan hadiah. Seorang pemenang keseluruhan juga akan dipilih.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Perhatian : 30 markah untuk kenderaan dan 20 markah untuk penulisan karangan.

Projek hendaklah dihantar sebelum 28 Februari 2009.

Pada minggu lalu saya dan kawankawan saya telah dibawa melawat ke Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat yang terletak di Lapangan Terbang Lama, Berakas. Di sana terdapat banyak jenis kereta bomba, ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna merah. Selain itu ada juga 2 buah perahu bomba. Kami dibenarkan menaiki kenderaankenderaan bomba tersebut. Saya dan kawan-kawan saya dibawa melihat kawasan Pusat Latihan Bomba dengan menaiki sebuah kereta bomba. Saya berasa seronok. Siti Haidah binti Haji Mahmud Tahun 1 Bijaksana

Related Documents