Pengukuran Dan Penilaian

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengukuran Dan Penilaian as PDF for free.

More details

  • Words: 511
  • Pages: 16
TAJUK 1 PENGUKURAN,PENGUJIAN DAN PENILAIAN KUMPULAN 1 1.CHE YUSOF B. CHE LAH 2.BAMAVATHY A/P MARIMUTHU 3.BOAY YOKE CHENG KDP 14 MINGGU OUM IPIK 2009 PENSYARAH: PN.HASLINA JAPRI

OBJEKTIF 

Menjelaskan maksud pengujian,pengukuran dan penilaian.



Membezakan konsep pengujian,pengukuran dan penilaian.



Mengenal pasti tujuan penilaian dijalankan.

PENILAIAN 

Penilaian ialah satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai (Gay 1985).



Penilaian ialah satu proses membuat keputusan dalam memberi nilai,mutu atau harga sesuatu benda atau perkara.

Penilaian melibatkan:   

Penentuan objektif Mendapatkan maklumat dan proses maklumat. Membuat kesimpulan.

ATA U 3 proses utama:   

Menentukan ukuran Menganalisis ukuran Menyatakan nilai / interpretasi ukuran

Data yang digunakan untuk membuat penilaian. -Kuantitatif –gred,peratus (serta dengan penjelasan

nilainya) Contohnya :cemerlang, kepujian,baik,lulus/gagal,dsb -Kualitatif –pemerhatian,temubual. Contohnya:cepat,tepat,bersih,dsb.



Penilaian membolehkan kita membuat anggaran,sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.



Penilaian dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara.



Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan masalah.

Contoh penilaian 1.Menilai pencapaian objektif P & P 2.Menilai pencapaian matlamat menguasai kemahiran 3M di kalangan murid sekolah rendah. 3.Menilai hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.

Prosedur penilaian. 1.Persediaan ujian 2.Pentadbiran ujian 3.Pemeriksaan jawapan ujian 4.Analisis ukuran 5.Interpretasi dan tindakan susulan.

PENTAKSIRAN (PENILAIAN) 

Proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian.



Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran,merangkumi aktiviti menghurai,mengumpul,merekod,memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran (LPM,2000).



Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor (mestilah sah & dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan)

PENGUKURAN 

Satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.



Pengukuran ialah satu proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.

Contoh Pengukuran 

Ramli mendapat 60% dalam ujian matematik [ kita tidak menyatakan prestasi Ramli itu baik @ sebaliknya] [Kita hanya mengukur pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh]

*** Pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.

Ciri-ciri Pengukuran

1.Boleh dibuat tanpa menggunakan alat pengujian . Contoh: melalui pemerhatian/pencerapan (lukisan)melalui temubual (sikap & pengetahuan). 2.Mendapatkan ukuran dengan menggunakan kaedah (pengujian ialah salah satu kaedahnya).

3.Pengukuran tidak bersifat mutlak. Contohnya: Pengukuran keupayaan mental sukar diukur dengan tepat berbanding ketinggian pelajar yang boleh diukur dengan pembaris. 4.Hasil pengukuran diwakilkan dengan sesuatu angka (prestasi / keupayaan digambarkan dengan angka)

PENGUJIAN 

Prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku @ perubahan seseorang pelajar dengan menggunakan satu set instrumen.



Ujian ialah satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan satu sistem yang berkategori (Cronbach 1970)



Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.



Melalui pengujian,seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran @ sikap yang ingin disampaikan guru.



Prosedur pengujian (persediaan,pelaksanaan ujian,pemeriksaan skrip jawapan)

RUMUSAN 

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran, dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah.



Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Related Documents