Pintar Cerdas

  • Uploaded by: Afi Le Feu
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pintar Cerdas as PDF for free.

More details

  • Words: 2,825
  • Pages: 18
MURID PINTAR CERDAS: SENI DAN KREATIVITI oleh Roseidayu Bte Elias Masriyah Bte Ibrahim Universti Pendidikan Sultan Idris 14 Ogos 2007

1.0

PENDAHULUAN

Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama dikalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.

1.1

Definisi Pintar Cerdas

Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanakkanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai

1

kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The StanfordBinet Test” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik.

Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Di samping itu, Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972. Definisi Marland, (1972), dalam S.Deborah, (1998: hal. 277) iaitu:

“Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society. Children capable of high performance include those with demonstrated achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in combination General intellectual aptitude, Specific academic aptitude, Creative or productive thinking, Leadership ability and Visual and performing arts

2

2.0

CIRI PELAJAR PINTAR CERDAS

BIL

KOMPONEN

1

PERSONALITI

PELAJAR PINTAR CERDAS • Seorang yang peramah dan suka bertanya kepada guru mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami

2

KREATIVITI

• Kreatif

terutamanya

dalam

menguasai

kemahiran. Mereka dapat menggunakan barang ataupun peralatan yang biasa secara kreatif. • Mempunyai daya imaginasi yang tinggi, aktif dan pelik. 3

GAYA BELAJAR

• Suka

belajar

dengan

sistematik,

memberi

tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam bilik darjah serta rajin membuat latihan yang diberikan oleh guru. • belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi • berminat dalam pembelajaran dan pencapaian akademik yang tinggi 4

KOGNITIF

• Bijak dalam pelajaran serta mudah menerima ilmu yang diajar oleh guru dengan mudah. • peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan dan berupaya menyelesaikan masalah

5

EMOSI

• penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang baik • mampu bersosial dengan cepat

6

BAHASA

• mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat dan mengekal/ mengingat apa yang dibaca dan didengar dengan mudah.

3

7

FIZIKAL

• melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan, kekuatan dan kesihatan

3.0

KAEDAH MENGENALPASTI PELAJAR PINTAR CERDAS

Tiada satu konsep yang khusus untuk pintar cerdas/berbakat. Ia sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Ia bukan sahaja berasaskan kecerdasan tetapi juga merangkumi keupayaan intelek yang umum, kebolehan akademik, pemikiran kreatif dan produktif, kepimpinan, seni tampak dan lakonan serta keupayaan psikomotor. Cara mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas berdasarkan ujianujian piawai mengenai keupayaan umum, pencapaian, kreativiti, kecenderungan dan personaliti. Ia juga boleh dikenalpasti berdasarkan ramalan guru, ibu bapa, rakan sebaya dan kendiri. Dalam mengenalpasti murid pintar cerdas, kami telah memilih Alimnur Bin Mohd Fadzir. Sebelum kami memilih murid ini, kami telah mengenalpastinya melalui beberapa ujian, pencapaiannya serta temubual guru dan ibunya.

3.1

INVENTORI

Has the sudent done any of the following? entered kidergarten of first grade only

Which of the following standardized tests has the student taken? kindergarten

Has the student ever been given an evalation by psychologyst, social worker, learning specialist? yes

no

4

Does the student have a diagnosed learning or physical disability? yes

no

If yes, please explain and give diagnostic information used to determine the disability:

Has the student ever received special educatinal services or been on medication? yes

no

If yes, please explain

Attendance at school Excellent attendance yes

no

Physical size smaller than students in present grade same size as students in present grade larger than student in present grade

Age Youngest in the present grade Oldest in the present grade

Participation in school extracurricular activities participate does not participate limited participation

5

Motivation does not complete assignments complete all the assignments complete certain assignments that are interest of him

Relationship with peers poor interpersonal skills and no friend good interpersonal skills with all prefer to be with olde and/or adults rather than age-mates

Relationship with teacher poor interpersonal relationship with teacher very good interpersonal relationship with certain teacher excellent relationship with teacher

Emotional Development Has a positive and realistic self-concept about personal and academic abilities very sensitive to criticism or remarks self-concept as a student is poor

Behavior problem in classroom, home or community occasional discipline problems no history of discipline problems

Parent Involment parents uninterested and uninvolved in their child school progress parents interested and involved in their child school progress parents overly invoved in their child school progress and pressure the child

6

Grade Placement Of Sibling has no siblings sibling is one grade above or below current grade sibling is two or more grades above or below the students’s current grade

Marks more than 130 (gifted) 71-129 (normal) below 70 (mental retardation)

7

4.0

LATAR BELAKANG PELAJAR

i)

Latar belakang kanak-kanak

a.

Nama

:

Alimnur Bin Mohd Fadzir

b.

Umur

:

5 tahun

c.

Jantina

:

Lelaki

d.

Sekolah

:

Tabika Kemas Sri Andalas, Kg. Balun

e.

Adik-beradik

:

4 orang

f.

Alamat Rumah

:

No 12 Taman Slim Permai 2, 35800 Slim River, Perak

g.

Personaliti Pelajar

:

Seorang yang peramah dan suka bertanya kepada guru mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami. Seorang yang sihat, cerdas

8

dan cergas. Suka belajar dengan sistematik, memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam bilik darjah serta rajin membuat latihan yang diberikan oleh guru. Bijak

dalam

pelajaran

serta

mudah

menerima ilmu yang diajar oleh guru dengan mudah.

ii)

Latar Belakang Keluarga

a) Nama Bapa

:

Mohd Fadzir Bin Abd. Wahab

b) Pekerjaan Bapa

:

Guru

c) Taraf Pendidikan Bapa

:

Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan)

d) Nama Ibu

:

Seri Rahayu Bt Lahuri

e) Pekerjaan Ibu

:

Suri Rumah

f) Taraf Pendidikan Ibu

:

SPM

iii)

Susur Galur Keluarga

Perbincangan berkaitandengan pengaruh genetik dan persekitaran genetik dalam menentukan individu itu menjadipintar cerdas ataupu tidak, memang sudah lama berlaku. Peratus punca pintar cerdas boleh dilihat pada pembahagian berikut iaiti 50% berpunca daripada baka, manakala persekitaran individu dan keluarga masing-masing sebanyak 23%.

Setiap anak mewarisi beberapa ciri-ciri daripada ayah dan ibunya. Dalam konteks ini, Alimnur memiliki persekitaran keluarga yang positif untuk membantunya menjadi seorang pintar cerdas. Hal ini disebabkan oleh latar belakang kelarga ibunya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang yang berbeza-beza. Pencapaian tertinggi adik puan Seri

9

Rahayu apabila menjadi satu-satuya pelajar Malaysia yan diiktiraf sebagai pelajar terbaik Asia dalam bidang Kejuruteraan Kimia pada peringkat Master. Sebelum itu, beliau berjaya menjadi pelajar terbaik Sekolah Menengah Sains Selangor pada peringkat PMR dan SPM. Adik beradik puan Seri Rahayu yang lain masingmasing belajar di universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), dua orang di Universiti Malaya (UM), dan Universiti Teknologi Mara (UTM). Walaupun puan Seri rahayu hanya berkeluusan SPM, tetapi anaknya iaitu Alimnur, dilihat mula mengikut jejak ibu dan bapa saudaranya. Keluarga ayah Alimnur pula dilihat hanya ayah Alimnur seorang yang berjaya mencapai pendidikan tertinggi iaitu di UTM Skudai Johor dalam bidang pendidikan pada peringkat ijazah.

Persekitaran adik beradik Alimnur pula memperlihatkan bahawa Alimnur dan adiknya sahaja yang normal. Kedua-dua abang Alimnur adalah golongan pelajar istimewa dimana abang sulungnya kategori lembam dan abang keduanya golongan hiperaktif. Menurut temubual dengan ibunya, Alimnur sering diberi tanggungjawab untuk menjaga kedua-dua abannya jika ibunya tiada dirumah. Disinilah punca kepada kematangan pemikiran dan tingkah laku Alimnur.

10

5.0

RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU

Penyediaan pembelajaran murid pintar cerdas dengan cara menyediakan bahan dan aktiviti yang menarik dan mencabar. Menggalakkan kreativiti dan pembelajaran akses kendiri. Memberi peluang kepada murid membuat pilihan dan keputusan sendiri tentang bahan dan aktiviti yang ingin dilaksanakan. Mengadakan program pengayaan.

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI TABIKA KEMAS SRI ANDALAS KG. BALUN

Nama pelajar

: Alimnur Bin Mohd Fadzir

Umur Kronologi

: 5 Tahun

Matapelajaran

: Pendidikan Seni

Tarikh Mula

: Julai 2007

Tarikh Semakan

: September 2007

Pengetahuan Sedia Ada

: Alimnur faham dan pernah melihat corak hiasan.

Matlamat

: Alimnur boleh membuat rekaan corak berdasarkan motif mudah dengan menggunakan objek-objek yang terdapat dipersekitarannya dan objek yang berbentuk geometri.

11

OBJEKTIF

STRATEGI

PENILAIAN

CATATAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Jangka masa : 3 bulan

1. Alimnur

1. pemerhatian

1. Guru

boleh

menunjukkan

guru

menghasilkan

contoh

lukisan

aktiviti

satu

rekaan

corak

rekaan



terhadap

Alimnur dianggap

yang

pintar cerdas

dijalankan oleh

sekiranya

Alimnur.

dapat

corak

berdasarkan

berdasarkan

motif

motif mudah

yang terdapat di

rekaan corak

yang

dalam kelas dan

mudah

berbentuk

majalah.

sebanyak

mudah

menyiapkan

geometri

2. Alimnur

80% betu. 2. Menilai

2. Guru

hasil

kerja Alimnur.



Teruskan

boleh

menerangkan

menggunakan

dan

yang

benda

menunjukkan

seterusnya.

maujud untuk

cara

Bahan Bantu

mengahasilka

menghasilkan

mengajar:

n

rekaan

corak

rekaan

1. kertas warna

corak mudah.

motif

mudah

2. kertas

kepada Alimnur. 3. Alimnur

objektif

lukisan 3. gunting

membuat rekaan

4. gam

corak

5. daun

mudah

motif dengan

bimbingan guru.

12

6. pensil 7. pensil warna

6.0

ULASAN

Menurut Dr Gardner, individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan mempunyai kemahiran luar biasa, dalam salah satu daripada tujuh kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Dr Sternberg di dalam bukunya Conception of Giftedness pula berpendapat, kepintaran terdiri daripada tiga faktor iaitu :

1)

kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif

2)

kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis

3)

kepintaran praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan sesuatu ataupun digunakan dalam kehidupan seharian.

Hasan Mohd Ali (2006) menjelaskan Konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan individu dalam bidang akademik semata-mata. Kebolehan berkreatif dan bereksperimen termasuk menghasilkan bahan ataupun teori, kebolehan seni yang hebat juga adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu.

Kami menyatakan Alimnur adalah murid pinter cerdas kerana dia telah menunjukkan ciri-ciri yang terdapat pada murid pintar cerdas. Melalui ujian, inventori, dan temubual, kami dapati Alimnur tergolong dalam golongan pintar cerdas seni dan kreativiti. Antara ciri-ciri pintar cerdas yang dimiliki oleh Alimnur ialah dia dapat menghasilkan sebuah lukisan yang menggambarkan dirinya, ibu serta bapanya melalui ujian kreativiti Torrence. Dalam ujian tersebut dia telah berjaya memperoleh markah sebanyak 18/20. Hal ini kerana dia dapat melukis dengan gambaran yang sebenar. Jika diukur pada usianya yang baru mencecah 5 tahun ianya adalah sesuatu yang menakjubkan kerana hasil lukisannya hampir sama dengan rakannya yang berusia 6 tahun. Kanak-kanak yang berusia 3@4tahun hingga 7 tahun berada pada peringkat pra skematik

13

(Lowenfeld), intelektual realisme (Luquet) dan pra operasi (Piaget) mempunyai ciri-ciri umum pada hasil kerja mereka seperti bersifat subjektif, melukis apa yang mereka tahu bukan apa yang mereka perhati, warna yang digunakan tidak realistik, dan susunan secara rawak. Situasi ini adalah berbeza dengan Alimnur dimana dia dapat menggunakan warna secara realistik, melukis dengan gambaran yang betul serta susunannya adalah teratur.

Selain itu, kami juga dapati hasil kerja Alimnur amat memuaskan dan kemas. Hampir keseluruhan buku kerjanya diwarnakan jika terdapat gambar pada lembaran tersebut. Tulisannya kemas dan mudah difahami. Menurut gurunya, walaupun Alimnur mendaftar agak lewat iaitu pada pertengahan Februari, namun potensinya sangat membanggakan. Dia murupakan antara dua pelajar yang paling pintar di tadika tersebut. Walaupun baru berusia 5 tahun namun dia mampu bersaing dengan rakan-rakan yang berusia 6 tahun. Alimnur juga dikatakan pintar cerdas kerana dia dapat menceritakan semula dengan tepat apa yang dilukis dan ditulis di dalam buku. Hal ini terbukti apabila Alimnur mulukis gambar bapanya dan bola. Apabila disoal, dia menjelaskan bahawa bapanya suka bermain bola. Selain itu dia juga dapat menerangkan dengan tepat keadaan rumahnya dengan tepat melalui lukisannya.

Untuk membuktikan Alimnur adalah pintar cerdas,

kami telah

menemubual ibunya Pn. Seri Rahayu Bt Lahuri dan gurunya Pn Janiah untuk mengetahui sikap Alimnur di rumah dan disekolah. Berikut adalah hasil temubual tersebut:

Temubual dengan keluarga dan guru Alimnur

SOALAN 1 Soalan

: Bila mula kuasai bahasa dengan fasih? Adakah usia seawal 2 tahun?

Jawapan

: Sudah fasih bertutur ketika berusia 1 tahun setengah

14

Ulasan

: Kanak-kanak pintar dapat bertutur dalam bahasa dan ayat yang kompleks semasa baru berusia lebih kurang dua tahun. Alimnur pula dilihat sudah fasih bertutur sebelum berusia dua tahun. Kebolehan ini berbeza dengan kanak-kanak lain yang hanya mampu mengucap dan mengunakan beberapa patah perkataan serta rangkaian ayat mudah sahaja.

SOALAN 2 Soalan

: Boleh membaca atau tidak dalam umur 4 tahun?

Jawapan

: Minat membaca telah kelihatan

Ulasan

:Kemampuan ini terbayang apabila Alimnur begitu gemar membaca tanda-tanda jalan ataupun membaca tulisan yang terdapat pada pembungkus makanan dan tlisan-tulisan yang terdapat disekitarnya.

SOALAN 3 Soalan

:Boleh menjangkakan sebab musabab sesuatu perkara?

Jawapan

:Boleh menjangkakan dan membuat andaian. Pemikiran melebihi usia

Ulasan

: Kanak-kanak pintar mudah memahami sebab musabab kejadian ataupun perkara dengan cepat. Mereka mampu membuat jangkaan dan membuat spekulasi berkaitan sesuatu perkara secara logik. Misalya mereka dapat memahami berkaitan pasang surut air laut ataupun kejadian yang berlaku di sekelilingnya seperti ais mencair apabila dimasukkan ke dalam air panas.

SOALAN 4 Soalan

: Adakah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi?

Jawapan

:Ya. Menampakkan kematangan dalam pemikiran. Juga seorang yang kreatif dan suka mencuba.

Ulasan

: Kanak-kanak pintar mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

15

Ini menyebabkan mereka ini sentiasa berfikir berkaitan pelbagai perkara dan sentiasa berusaha mencari sebab-musabab kejadian sesuatu perkara. Kanak-kanak pintar ini jga sentiasa mempunyai idea-idea baru dan suka berimaginasi. Mereka sentiasa berfikir dan mencari-cari cara yang tebaik bagi merealisasikan imaginasi itu.

SOALAN 5 Soalan

: Adakah berupaya melakukan interaksi sosial?

Jawapan

:Ya

Ulasan

: Kanak-kanak pintar mempunyai kemahiran berfikir yang hebat serta dapat menyaingi pemikiran orang yang lebih tua daripadanya. Kelebihan ini membolehkan kanak-kanak pintar menyesuaikan diri dengan mudah bersama golongan orang yang lebih tua. Kanak-kanak pintar juga biasanya mempunyai daya kepimpinan, lebih superior dan dominan di dalam kumpulan. Hal ini juga dapat dilihat ketika Alimnur mengambilalih tugas ibunya menjaga kedua-kedua abangnya yang tergolong dalam kumpulan kanak-kanak istimewa.

SOALAN 6 Soalan

: Adakah cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru?

Jawapan

:Ya. Ketika mula-mula belajar di Tabika, Alimnur tidak menunjukkan sebarang masalah sosialisasi dengan rakan baru walaupun Alimnur masuk ke tabika pada bulan yang kedua iaitu lewat sebulan dari tarikh pendaftaran masuk ke tabika seperti kanak-kanak lain.

Ulasan

: Kanak-kanak pintar cerdas sangat kreatif dan suka mencuba. Ciriciri ini menyebabkan kanak-kanak pintar cepat mempelajari sesuatu perkara. Kebolehan mereka memusatkan perhatian dan cekap

mengadaptasi

16

persekitaran

membolehkan

mereka

memperkayakan pengalaman sendiri dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

SOALAN 7 Soalan

: Adakah boleh menyelesaikan masalah secara sistematik?

Jawapan

: Ya.

Ulasan

: Kebolehan kanak-kanak pintar melakukan tindakan logikal, membuat andaian serta memanipulasi sesuatu perkara memudahkan bagi mereka menyelesaikan masalah yang kompleks secara lebih sistematik.

7.0

PENUTUP

Pelajar pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada Negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar. Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka.

Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahir dan mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga. Hubungan yang erat, suasana

17

keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas.

BIBLIOGRAFI

Che Mah Yusof dan Dr. Mariani Md. Nor. Personaliti pelajar pintar cerdas dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Diperolehi pada 14 Ogos 2007 darip ada http://www.educ.upm.edu.my/~gradeduc/chemah.pdf

Hassan Mohd. Ali Ph.D.(2006). Anak Kita Memang Pintar Cerdas Panduan Membina Potensi Diri Anak-Anak. PTS Millennia Sdn. Bhd: Selangor

Jamilah K.A. Mohamed.(2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. PTS Profesional: Kuala Lumpur

Nordin Mamat.(2005). Asas Sosial Kanak-Kanak. Pustaka Salam Sdn. Bhd: Kuala Lumpur

Rohani Abdullah.(2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio. Universiti Putra Malaysia: Serdang

18

Related Documents

Pintar Cerdas
June 2020 18
Pintar Cerdas
November 2019 37
Pintar Cerdas
July 2020 13
Murid Pintar Cerdas
May 2020 9
Pintar
April 2020 29
Tip Cerdas
June 2020 15

More Documents from ""