Pilihanraya Malaysia Ke 12

  • Uploaded by: nazril
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pilihanraya Malaysia Ke 12 as PDF for free.

More details

  • Words: 333
  • Pages: 2
PILIHANRAYA MALAYSIA KE 12: REPRESENTASI, DEMOKRASI DAN PENDEMOKRASIAN UKM-GUP-TKS-07-11-088 PROF. MADYA DR AHMAD NIDZAMMUDDIN SULAIMAN PROF. MADYA GHAZALI MAYUDIN PROF. MADYA DR. RASHILA RAMLI PROF. MADYA DR FUAD MAT JALI DR MOHD RIZAL YAAKOP

ABSTRAK

Dua dekad terakhir menjelang millenium baru, perkembangan politik Malaysia menarik minat ramai pengkaji untuk menggandakan penelitian mereka terhadap apa yang dikatakan sebagai ‘politik baru’ atau terjelmanya elemen universal. Sudah terdapat beberapa kajian yang memperkukuh kenyataan ini seperti Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad (2002) yang menyuarakan ide ‘politik baru’ dalam Pilihan Raya Umum Malaysia setelah meneliti pilihanraya 1999 yang kemudian diperkukuh pula oleh hasil penyelidikan Loh Kok Wah & Johan Saravanamuttu (2003). Kedua-dua premis tersebut terbentuk daripada penelitian komprehensif yang dilakukan terhadap persepsi dan tingkahlaku politik masyarakat Malaysia dalam pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999. Keadaan ini berbeza dengan kebanyakan kajian yang lalu yang lebih menggambarkan dominasi dan hegemoni seperti hasil Milne & Mauzy (1982), Chandra Muzaffar (1980), Ratnam (1969), Karl Von Vorys (1975), Kua Kia Soong (1987), Jesudason (1995), Gomez (1995), Crouch (1996), dan juga Case (1996). Hegemoni telah berlangsung lama dan ia telah mewarnai perkembangan politik Malaysia selama ini, malah menurut majoriti dari pengkaji tersebut merupakan aset ideologi yang telah meletakkan parti gabungan Barisan Nasional, pimpinan UMNO, sebagai tunggak pemerintah Malaysia semenjak mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957. Ia telah memastikan penerusan sifat budaya politik yang parokial di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai latar budaya, pemerintah Malaysia dan diperkukuh menerusi pelbagai dasar ekonomi dan juga sosial dan seterusnya telah menjadikan idealisme budaya tersebut sebagai asas dalam setiap proses pengurusan kenegaraan dan kemasyarakatan. Hal ini telah meletakkan budaya politik tersebut sebagai budaya politik pemerintah yang hegemonik dalam negara ini. Pilihanraya ke 12 pada Mac 2008 ternyata telah merungkaikan budaya politik hegemoni ini sekali gus membawa banyak perubahan dalam trend politik masyarakat negara ini. Media alternatif merupakan unsur utama yang berperanan dalam menerobosi cengkaman state atau pemerintahan negara ini. Segala isu yang cuba disembunyikan ternyata dapat dibolosi oleh orang ramai melalui teknologi maklumat yang baru ini.

Related Documents


More Documents from "Mohd Noh bin Md. Yunus"