Petua Untuk Masalah Batuk

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Petua Untuk Masalah Batuk as PDF for free.

More details

  • Words: 189
  • Pages: 2
Petua Untuk Masalah Batuk 1. Batuk dikalangan kanak-kanak sungguh mengganggu dan jika dibiarkan boleh memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu. Insya-Allah, ia akan pulih.

2. Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina ( orang cina panggil bo ho ) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.

3.Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

4. Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih bauk dicampur sedikit air tetapi jangan

terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur. Insya- Allah, mujarab. http://www.geocities.com/yus_7177my/petua_untuk_masalah_batuk.htm

Related Documents

Petua Untuk Masalah Batuk
November 2019 44
Petua Untuk Kaya
June 2020 19
Petua Untuk Masakan
November 2019 40

More Documents from "zuhadisaarani"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31