1.0 PENDAHULUAN Esei ini ditulis bagi membincangkan perspektif ruang geografi di kawasan mukim Kuala Berang iaitu sebuah pekan kecil di daerah Hulu Terengganu. Perbincangan adalah berkenaan enam aspek penting keruangan iaitu pertama dibincangkan mengenai lokasi iaitu tempat terletaknya pekan kecil ini dari sudut lokasi mutlak dan lokasi bandingan. Kedua, interaksi antara manusia dan alam merangkumi dua konsep asas yang memperlihatkan kewujudannya di segenap kawasan kecil ini iaitu konsep determinisme dan possiblisme alam sekitar. Antara kedua ini konsep mananakah yang lebih dominan dengan masyarakat setempat akan dibincangkan. Seterusnya sedikit sebanyak akan diceritakan sentuhan emosi penulis mengenai selikar kenangan yang dibawa penulis yang tidak akan luput ditelan zaman mengenai satu kawasan terpilih di pekan ini dalam sub topik tempat. Keempat, akan membicarakan mengenai wilayah .Topik ke lima iaitu pergerakan akan mengfokuskan keadaan migrasi yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Fokus terakhir ialah berkenaan pandang darat yang wujud di kawasan ini .sejauhmana pandang darat didaerah ini masih mengekalkan tradisi folk atau sudah mengalami proses globalisasi dan sebagainya. Kesemua isu yang akan dibicarakan InsyaAllah akan memberikan para pembaca memahami dan membentuk persepsi dan imej mental sendiri mengenai kawasan kajian ini.
1
2.0 LOKASI Negeri Terengganu Darul Iman adalah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan , manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Daerah yang akan dibincang ialah daerah Hulu Terengganu yang mempunyai Keluasan 387,462.6 hektar ( http://www.jutr.gov.my/pesuma05/ASASTRG.htm) Tedapat kira-kira 155 buah kamnpung ( Prof Rashid Abdul Hamid,1994:566) . Pekan Kuala Berang merupakan sebuah kawasan yang terletak di tengah negeri Terengganu. Terletak kira-kira 33 KM dari kuala Terengganu merupakan satu-satunya kawasan yang tidak mempunyai pantai di Terengganu tetapi kaya dengan kehijauan Flora dan Fauna serta taman rekreasi. Kuala Berang berada dalam latitude 5.0667 dan longitudenya 103.0167 (http://www.fallingrain.com/world/MY/13/Kuala_Berang.html).
2
PETA DAERAH HULU TERENGGANU
3
3.0 INTERAKSI MANUSIA ALAM Interaksi antara manusia dan alam umumnya terbahagi kepada dua kategori iaitu determinisme dan posiblisme. Kajian ini merupakan kajian terhadap hubungan manusia dengan alam sekitar berkenaan sejauhmana alam mempengaruhi manusia dari pelbagai aspek. Contohnya, bentuk tubuh, kehidupan dan cara manusia dapat menyesuaikan atau mengubah unsur alam untuk menjalani kehidupan. 3.1 DETERMINISME Determinisme ialah kajian hubungan manusia-alam sekitar berkenaan kedudukan sejauhmana alam sekitar mempengaruhi manusia dari segi bentuk tubuh, kehidupan dan cara manusia dapat menyesuaikan atau mengubah unsur alam untuk kehidupan. Determinisme
juga dikaitkan dengan kepercayaan bahawa persekitaran fizikal
membentuk acuan manusia, tingkah laku dan pemikiran mereka (Fellman J.D et all,
2001: 37 ) Determinisme masih memberi impak terhadap kehidupan masyarakat di Kuala Berang. Contoh yang dapat dilihat masih jelas ketara ialah pertaburan perumahan. Sesetengah kawasan rumah dibina di kawasan yang agak tinggi dan jauh daripada kawasan sungai. Hal ini demikian kerana setiap musim tengkujuh iaitu antara bulan November hingga januari, kawasan-kawasan rendah berisiko ditenggelami air akibat hujan lebat. Kawasan-kawasan yang sering mengalami masalah ini adalah kawasankawasan berhampiran Sungai Telemong seperti Kampung Matang, Kampung Bukit Tadok, Kampung Nibong dan kampung-kampung lain berdekatan. Hal ini menyebabkan pola pembinaan rumah di kawasan berdekatan sungai berada di kawasan bukit yang lebih tinggi dan rumah yang berada dikawasan tanah
4
rendah berhampiran sungai cenderung membina rumah yang bertiang tinggi iaitu lantainya kira-kira 1.5 -2.5 meter dari tanah. Pembinaan rumah yang tinggi ini mengurangkan risiko kerosakkan alatan rumah ketika banjir. Kehidupan masyarakat di sini kebanyakannya berasaskan pertanian kerana kesesuaian tanahnya yang subur. Kaki bukit dan kawasan yang beralun dan bersaliran baik sesuai untuk penanaman kelapa sawit dan getah. Suhu yang tinggi sepanjang tahun iaitu
kira-kira
27º
dan
hujan
yang
turun
kira-kira
2600
(mmhttp://www.fallingrain.com/world/MY/13/Kuala_Berang.html) sepanjang tahun menggalakkan penanaman getah dan kelapa sawit. Kuala Berang juga terkenal sebagai tempat penanaman dan penjualan jagung dan kacang tanah utama di negeri Terengganu terutama di kampung Gaung dan Kuala Pueh. Hal ini kerana keadaan cuaca dan tanahnya yang bersesuaian untuk penanaman padi dan kacang tanah. Namun, penanaman terpaksa dihentikan pada musim tengkujuh akibat hujan dan ini mendorong masyarakat setempat mencari punca pendapatan lain seperti menangkap ikan sungai seperti kelah, lapan, dan sebagainya untuk dijadikan hasil jualan. Hal ini kerana ketika musim tengkujuh ikan air masin sukar diperolehi lantaran keadaan yang tidak mengizinkan nelayan ke laut. Penjelasan diatas membuktikan masyakat Kuala Berang masih dipengaruhi alam sekitar dalam sebahagian kecil kehidupan mereka. 3.2 POSSIBLISME Possiblisme bermaksud manusia menakluk unsur alam sekitar asli, mengubahsuai supaya sesuai dengan keperluan masyarakat.
5
Possiblisme
melihat manusia dan
bukannya persekitaran yang mempunyai kuasa dinamik terhadap pembangunan. (Fellman J.D et all, 2001: 37 ) Kawasan yang subur di Hulu Terengganu dan kawasan tanah gambut menarik minat badan-badan tertentu untuk dimajukan menjadi kawasan penanaman kelapa sawit dan getah di bawah rancangan FELDA dan FELCRA. Kawasan hutan tebal digondolkan, dibersihkan dan diganti dengan penanaman tersebut dan kilang-kilang kelapa sawit didirikan. Kawasan hutan beratus-ratus hektar turut di tebang dan disediakan jalan raya, sekolah, klinik dan rumah kayu berukuran lima ratus kaki persegi dan kemudiannya dilengkapi dengan infrastruktur ( Amri Marzali, 1978:85). Kesannya muncul banyak penempatan tanah rancangan seperti Felda Mengkawang, Felda Tersat, Felcra Bukit Kapah, Felcra Banggol Gajah Mati dan sebagainya. Secara automatik mengubah keadaan alam semulajadi dan bentuk muka bumi disitu. Aliran sungai yang banyak di kawasan bukit bakau mewujudkan idea menjadikan aliran sungai Terengganu Mati di antara kawasan Jenagor hingga ke kampung Basung menjadi kawasan empangan yang terbesar di Asia Tenggara iaitu empangan Kenyir dan Hidroelektrik Sultan Mahmud. Keluasannya sehingga ke sempadan Kelantan dan Pahang iaitu kira-kira 38 ribu hektar dan terdapat 340 pulau di dalamnya. Empangan ini mengeluarkan 400mw tenaga elektrik untuk dibekal seluruhan negara ( Puteri Fahsyar, 2004 :23). Namun, pembinaan ini telah menyebabkan sebahagian hutan sekitar ditenggelami air dan tasik yang luas terbentuk , mengubah pemandangan sebenar kawasan. Selain itu yang terbaru, hutan tebal di kawasan berbukit-bakau Chemor berhampiran Kampung Tapah, Felcra Bukit Kapah dan Perkampungan Orang Asli Sungai
6
Berua telah diterokai dan kawasan alam sekitar asli dan beberapa buah pulau berdekatan daratan ditambung untuk didirikan Kawasan ternakan ikan terbesar di Malaysia. Semua keadaan diatas menunjukkan perubahan alam sekitar yang terpaksa dikorbankan untuk memudahkan dan meningkatkan kehidupan masyarakat sekitarnya. Possiblisme banyak berlaku di kawasan Kuala Berang.
PERUBAHAN BENTUK MUKA BUMI KAWASAN CHEMOR
4.0 WILAYAH Wilayah biasanya mempunyai perbezaan antara satu dengan lain yang lain dari segi saiznya. Wilayah memerlukan satu organisasi atau sistem yang teratur . Sistem wujud apabila penduduk, barang, maklumat dan sebagainya akan sentiasa mengalir dari
7
desa ke Bandar, tani ke pasar, kampung ke kampung, pengeluar kepada pengguna dan daripada satu masyarakat yang lain ( Katiman Rostam, 1990: 24).
Proffesor R.
Harstone mendefinasikan wilayah sebagai “ kawasan berlokasi spesifik yang mempunyai corak tersendiri berbeza dengan kawasan lain” ( De Blij, 1996:5). Aspek wilayah di mukin Kuala Berang boleh diklafikasikan sebagai wilayah sumber terutama dalam sektor pertanian formal iaitu penanaman tanaman yang dijadikan bahan eksport utama seperti kelapa sawit dan getah. Kelapa sawit ini ditanam dan kemudiannya dihantar ke kawasan perindustrian untuk dieksport. Bagi memudahkan kajian wilayah, mukin Kuala Berang diklafikasikan wilayah seragam
banyak sifat yang mempunyai beberapa kombinasi beberapa sifat yang
kelihatan sama atau berulang-ulang dan menunjukkan pola keseragaman dengan daerah lain disekitarnya. Contohnya, majoriti mengamalkan adat budaya agama islam, bahasa yang seragam iaitu dialek Terengganu, makan budu, menghasilkan batik, menerima hujan lebat serta mudah banjir dan sebagainya. 5.0 TEMPAT Tempat merupakan unsur paling penting segala pengalaman manusia yang bersifat geografik( Wan Azmi Ariffin,1980:6). Membesar selama 21 tahun di mukin Kuala Berang memberikan makna yang amat mendalam dalam kehidupan penulis. Dimana jua bumi dipijak kenangan yang terselit di sebuah kawasan di mukin Kuala Berang iaitu perkampungan Felcra Bukit Kepah mewujudkan satu ‘perasaan’ dalam kehidupan. Disinilah, penulis dibesarkan berlatar belakang kehijauan alam dan kicauan burung. Kawasan-kawasan air terjun yang terdapat di kawasan kampung menjadi tempat melepaskan keinginan berenang dan mandi manda dalam kesejukan air yang masih
8
belum tercemar. Disini jualah penulis mencari cendawan, rebung, siput sedut, dan pucukpucuk kayu untuk dijadikan hidangan makan yang menyelerakan. Kenangan ini amat indah bila dikenang. PETA AIR TERJUN DI FELCRA BUKIT KAPAH
PERGERAKAN Pergerakan ialah proses perpindahan penduduk, barang, idea, haiwan dan sebagainya yang berpunca daripada keperluan-keperluan sosial dan biologi masyarakat ( Katiman Rostam, 1990: 24). Bilangan gerakan yang terhasil bergantung kepada ekonomi dan sosial iaitu tarikan tempat dituju berbanding tempat asal, keadaan ekonomi, iklim, sosial dan masa yang mempengaruhi pergerakan ( Bradford M.G: 1981 :154). Sebagai sebuah daerah yang masih menuju arus kemajuan, untuk mendapatkan peluang kerja dan seterusnya kehidupan yang lebih baik berlaku migrasi atau pergerakan keluar
9
terutama dalam kalangan anak muda. Gaji murah dan tidak setimpal dengan kerja serta peluang pekerjaan yang terhad merupakan faktor utama migrasi keluar yang berlaku. Migrasi keluar yang berlaku tidaklah pula setimpal dengan jumlah kemasukan. Selain pergerakan penduduk, barangan dan maklumat turut mengalami pergerakan. Misalnya barangan keluaran pertanian penduduk sekitar akan terus mengalir dari desa ke Bandar dan barang dari Bandar di edar ke kawasan desa. Aliran-aliran maklumat pula diperolehi melalui media massa dan saluran komunikasi. Kuala Berang turut menerima pergerakan daripada teknologi luar untuk kegunaan masyarakat seperti komputer, kenderaan pengangkutan, alatan rumah, teknologi industri dan sebagainya. Malahan apa yang menarik, budaya tradisional ataupun budaya folk masih lagi dikekalkan terutama aktiviti seperti gotor-royong, kenduri dan sebagainya. Namun, tidak dapat dinafikan difusi budaya turut merebak mempengaruhi kehidupan masyarakat seperti corak berpakaian, percakapan dan sebagainya. Akibat banyak kawasan yang diteroka, kebanyakan haiwan liar telah bergerak keluar dari kawasan-kawasan hutan seperti di daerah membangun lain seperti kuala Terengganu dan Marang ke kawasan hutan di Kuala Berang contohnya seperti di kawasan empangan kenyir yang menjadi pusat pelepasan gajah-gajah liar dan juga pintu masuk ke Taman Negara. LANDSKAP Landskap atau Pandang darat (PD) ialah satu pemandangan keatas muka bumi yang terbentuk diatas satu-satu kawasan itu ‘Bird’s
eye View’ terhadap satu-satu
kawasan muka bumi. Apabila mengfokus tentang landskap Saya mengambil contoh di
10
kampung kelahiran saya iaitu Felcra Bukit Kapah. PD budaya kawasan ini ialah PD pertanian kelapa sawit. PETA PERKAMPUNGAN FELCRA BUKIT KAPAH
11
PD Petempatan penduduk adalah berjajar iaitu ditepi-tepi jalan raya iaitu di tengah-tengah ladang kelapa sawit untuk memudahkan pekerja pergi ke ladang. Pusat sosial seperti masjid, sekolah, tadika dan sebagainya berada ditengah-tengah kawasan perumahan. PD Rumah yang ada disini pula awalnya adalah hampir sama saiznya kerana didirikan mengikut spesifikasi dan ukuran yang sama. Rumah-rumah adalah sederhana dan merupakan kombinsi binaan kayu dan simen. Bahagian atap selalunya dibina dari papan, manakala bahagian bawah dibina dengan simen. PD Tumbuhan selain pokok kelapa sawit ada pelbagai mengikut kehendak penduduk. Kebanyakan penduduk menanam pokok buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan disekeliling rumah memandangkan kawasan sekeliling rumah yang mengcukupi. Selain itu terdapat kawasan belukar yang tidak diduduki dibiarkan dipenuhi paku-pakis untuk menjadi sumber makanan. Malahan, pokok buah-buahan yang tidak perlu dijaga seperti durian, buah stor dan petai tumbuh liar dikawasan sungai. PD Aliran air sungai dan perairan akan didapati disetiap ladang. Hampir setiap hari, dapat dilihat para peneroka menggunakan galah bersabit untuk menurunkan kelapa sawit. Jentera dan lori dilihat berulang-alik dari kawasan ladang kelapa sawit ke kilang sawit berhampiran. Kedai-kedai yang wujud di kawasan kampung juga kecil. Kedai-kedai hanya menjual barang-barang keperluan harian dan untuk keperluan kelapa sawit seperti baja, sabit, racun rumpai dan sebagainya. Terdapat juga kedai-kedai membaiki motosikal dan kenderaan bersaiz kecil. Selain itu, gerai makan juga wujud tetapi pada saiz yang kecil untuk peneroka melepaskan penat lelah dan berkumpul diwaktu lapang.
12
KESIMPULAN Sesungguhnya kajian ruangan terhadap daerah Hulu Terengganu memberikan satu pandangan kepada pembaca untuk memahami dan mengambarkan kawasan Hulu Terengganu ini berdasarkan beberapa kawasan yang dipilih. Diharap dengan pengarapan esei ini dapat memberi satu kefahaman tentang konsep ruangan di Hulu Terengganu.
(1970 patah perkataan)
13
BIBLIOGRAFI Bradford et all. 1981. Geografi Manusia : Teori-Teori dan Penggunaannya. Kuala Lumpur : Fajar Bakti De Blij , H.J. 1996. Human Geography: Culture, Society and Space. New York: John Wiley and Sons. De Blij , H.J. dan Murphy, A.B. 2003. Human Geography: Culture, Society and Space. New York: John Wiley and Sons. Fellman J. D., Gertis A. and Getis J. 2001. Human Geography : Landscapes of Human Activities. New York: McGraw Hill. Katiman Rostam. 1990. Konsep Asas: geografi Manusia. Bangi : Penerbit UKM. Prof. Abdul Hamid Abdullah, dan Prof. Madya Dr. Katiman Rostam, 1994. Kertas kerja ke-30, Seminar Kebangsaan Geografi Manusia 94: Ke arah Pemupukan Minda Geografi dalam Pembangunan Negara. USM : Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Puteri Fashyah. 2004. Terengganu dan Kelantan. Kuala Lumpur: Pustaka Buana. Wan Azmi Ariffin, dan Micheal Pongiras. 1980. Pengantar Geografi : Tradisi Wilayah. USM : PPIK dan Unit Pengajian Luar kampus. Sumber Majalah: Amri Marzali.1978. ‘Transmigrasi Ala Malaysia’ PRISMA. Jil. no.7. Ogos 1978. Jakarta : Repro International. Hlm.85. Sumber Internet: http://www.fallingrain.com/world/MY/13/Kuala_Berang.html http://www.jutr.gov.my/pesuma05/ASASTRG.htm
14