KEBAIKAN DI SEBALIK KESAKITAN
من يرد ال به خيرا يصب منه Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya itu beroleh kebaikan, maka diujinya dengan kesusahan” (Al-Bukhari dan Muslim)
BERFIKIRAN POSITIF عجبا لمر المؤمن إن أمره كله خير – و ليس ذلك لحد إل للمؤمن – إن أصابته سّراء شكر فكان خيرا له و إن أصابته ضّراء صبر فكان خيرا له Sungguh luar biasa perihal orang mukmin. Sesungguhnya setiap perkara yang membabitkannya adalah baik belaka, dan ia tidak begitu melainkan untuk mukmin sahaja. Apabila dia beroleh kesenangan, dia bersyukur lantas ia menjadi kebaikan untuknya. Dan apabila dia mendapat kesusahan, dia bersabar lantas ia juga menjadi kebaikan untuknya – Riwayat Muslim
AKHIRAT DAN KESANNYA Meluaskan Dunia Dengan Melihat Akhirat
ADAB MELAWAT PESAKIT - أطعموا الجائع و عودوا المريض و فّكوا العاني – السير Berilah makan kepada yang lapar, ziarahilah orang yang sakit, dan bebaskanlah tahanan (Al-Bukhari)
Doakan agar sembuh dari penyakit Berikan ingatan agar sabar dan berbaik sangka dengan Allah Tidak ziarah terlalu lama Nabi S.A.W sering menyebut:
ن شاء ال ْ طهور إ, ل بأس Laa Ba’s, Tahoorun in shaa’ Allaah
“Tidak mengapa, semuanya penyucian dengan izin Allah” (Riwayat al-Bukhari)
BEBERAPA KAEDAH NABI
Baginda S.A.W meletakkan tangan kanannya di atas tubuh pesakit dan berkata:
ب الناس أذهب البأس إشف أنت الشافي ل شفاَء إل ّ اللهّم ر شفاؤك شفاًء ل يغادر سقمًا Allaahumma rabban-naasi adhhibil-ba’s. Ishfi Antrash Shaafee. Laa shifaa’a illaa syifaa’uka syifaa’an laa yughaadiru saqaman
Ya Allah, Tuhan sekalian manusia. Hapuskanlah penyakit, sembuhkan dia, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhan-Mu. Kesembuhan yang tidak meninggalkan kesan sampingan... (Al-Bukhari)
BEBERAPA KAEDAH NABI Seorang lelaki mengadu kepada Nabi S.A.W tentang kesakitannya. Lalu Baginda S.A.W berkata kepadanya:
: سبع مّرات: و قل. بسم ال: ن جسدك و قل ِ ضْع يدك على الذي يأَلُم م أعوذ بعّزة ال و قدرته من شّر ما أجد و أحاذر Bismillaah. A’uwdhu bi ‘izzatillaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadhir
“Letakkan tanganmu di atas bahagian yang sakit pada tubuhmu dan sebut: Bismillaah. Dan kemudian sebutlah sebanyak tujuh kali “Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya dari segala kejahatan perkara yang kutanggung dalam kesakitan, dan yang ku alami dalam ketakutan” (Riwayat Muslim)
MENGGALAK DAN MEMBANTU SOLAT
Menggalakkan si sakit selagi ‘sedar’ agar mengerjakan Solat
Membantu pesakit membersih dan menyucikan diri dari hadas
Amalan setiap insan dikira pada kesudahannya Bersolat sepanjang usia, tetapi gagal di akhir umur
Kekalkan kebersihan pakaian dan tempat baring pesakit dari kekotoran dan najis Bersederhana dalam menggunakan air ketika berwudhu Memahami persoalan menyapu khuf Tayammum
Memahami peruntukan Syara’ terhadap Solat
Posisi Solat Menjamakkan Solat
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH ّ ن أحدكم إل وهو يحسن بال الظ ن ّ ل يموَت Jangan ada sesiapa dari kalangan kamu yang mati melainkan dalam keadaan dirinya berbaik sangka dengan Allah (Riwayat Muslim)
Meyakini bahawa Allah bukan menghukum Meyakini bahawa Allah lebih suka mengampun dari menghukum
Allah yang Ghaffar, juga Rahim Memanfaatkan setiap saat untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah
MENGHADAPKAN SI NAZAK KE KIBLAT
Apabila tanda kematian semakin jelas, usahakanlah agar pesakit mengadap Kiblat dengan membaringkan beliau di atas rusuk kanan (mengereng) dan wajah serta dada mengadap Kiblat Jika sulit, kekalkan dalam keadaan berbaring dengan kaki berlunjur mengadap Kiblat dan kepala diangkat sedikit (jika boleh)
MENGAJAR TALQIN لقنوا موتاكم ل إله إل ال Ajarkan orang yang sedang nazak dari kalanganmu agar menyebut Laa Ilaaha IllalLaah - Tiada Tuhan Melainkan Allah - (Riwayat Muslim) Talqinkan hanya dengan lafaz Laa Ilaaha IllalLaah. Tidak perlu “Asyhadu...” dan tidak perlu “Muhammad Rasulullah” Jika pesakit telah menyebut Laa Ilaaha Illallah, berhenti dari Talqin. Jika beliau menyebut lagi perkara lain selepas itu, maka ulangi lagi Talqin supaya akhir kalamnya adalah Laa Ilaaha IllaLlaah
من كان آخر كلمه ل إله إل ال دخل الجّنة Sesiapa yang akhir kalamnya adalah Laa Ilaaha Illallaah, maka dia akan dimasukkan ke dalam Syurga (Riwayat Ahmad dan Daud – Hasan)
MEMBACAKAN YASIN ما من ميت يموت فتقرأ عنده )يس( إل هّون ال عليه Tidaklah ada seorang yang sedang nazak, yang dibacakan di sisinya Yasin, melainkan akan diringankan Allah dari kesakitan (sakaratul maut) Diriwayatkan di dalam al-Firdaws dari Abu Darda’ dan Abu Dzar dan hadith ini lemah. Matan yang lain ada juga direkodkan oleh Abu Dawud dan al-Nasaa’ie
MERAPATKAN MATA DAN MENUTUP TUBUH SI MATI Rasulullah S.A.W apabila masuk ke rumah sejurus selepas kematian Abu Salamah Radhiyallahu ‘anhu, baginda merapatkan mata Abu Salamah dan berkata:
ن الروح إذا قبض تبعه البصر ّإ Sesungguhnya roh itu, apabila dicabut, ia akan diturut oleh pandangan si mati (Riwayat Muslim)