Perlembagaan Josrac

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perlembagaan Josrac as PDF for free.

More details

  • Words: 1,214
  • Pages: 5
UNDANG-UNDANG BAGI KREW RADIO AMATUR PENGAKAP JOHOR BAB 1 : NAMA BAB 2 : TUJUAN BAB 3 : KEAHLIAN BAB 4 : YURAN AHLI BAB 5 : PENTADBIRAN BAB 6 : MESYUARAT AGUNG BAB 7 : KEWAJIPAN AHLI BAB 8 : TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA BAB 9 : KEWANGAN BAB 10 : PINDAAN UNDANG-UNDANG BAB 11 : TAFSIRAN

JOSRAC

Page 1

BAB 1 : NAMA Organisasi ini dinamakan Krew Radio Amatur Pengakap Johor (atau dalam bahasa inggeris disebut Johor Scout Amateur Radio Crew atau nama ringkasnya JOSRAC) yang selepas ini disebut Krew. Merupakan sebuah kumpulan dibawah kelolaan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor yang ditubuhan dibawah Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968, No. 143 Tahun 1974 (Pindaan), No. 409 Tahun 1989 (Kajisemak). BAB 2 : TUJUAN 2.1. Memberikan pendedahan dan peluang kepada pengakap dalam melengkapkan pengetahuan di bidang teknologi komunikasi radio. 2.2. Menjalankan kegiatan komunikasi radio amatur melalui aktiviti kepengakapan serta meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan. 2.3. Merancang dan melaksanakan program-program serta kemahiran yang bermanfaat demi memajukan pergerakan pengakap dalam perkembangan teknologi komunikasi radio. BAB 3: KEAHLIAN 3.1. Keahlian adalah terdiri kepada 2 bahagian seperti berikut: a) Ahli Pemancar: Mana-mana pengakap yang memiliki Lesen Radio Amatur kelas A atau B. b) Ahli Bersekutu (SWL): Mana-mana pengakap yang belum memiliki lesen radio amatur.- Sebagai seorang pendengar atau Shortwave Amateur Radio Listener (SWL). 3.2. Tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat kepada Setiausaha melalui borang permohonan keahlian berserta yuran pendaftaran dan tahunan. BAB 4 : YURAN AHLI 4.1. Bayaran pendaftaran dan yuran tahunan adalah seperti berikut:Yuran Pendaftaran sebanyak RM 20.00Yuran Tahunan sebanyak RM 10.00 setahun. 4.2. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara tertentu boleh dipungut dari masa ke semasa jika dirasakan perlu. 4.3. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran yuran ahli dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. BAB 5 : PENTADBIRAN 5.1. Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri (A.S.C); Unit Radio Amatur. a) Jawatan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri; Unit Radio Amatur adalah dilantik oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri (S.C). b) Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam menggerakan Krew. c) Secara automatik menjadi Pengerusi kepada Jawatankuasa yang ditubuhkan. 5.2. Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (A.D.C); Unit Radio Amatur. a) Jawatan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah; Unit Radio Amatur adalah dilantik oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah (D.C). b) Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam menggerakan Krew. c) Sebagai Pegawai Penyelaras kepada Daerah yang diwakilinya. d) Secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa kepada Jawatankuasa yang ditubuhkan. JOSRAC

Page 2

5.3. Jawatankuasa a) Jawatankuasa berfungsi bagi mengatur dan melaksana kerja-kerja serta membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Krew. b) Jawatankuasa ditadbir oleh seorang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri; Unit Radio Amatur selaku Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa yang dilantik seperti berikut: i. Pengerusi ii. Timbalan Pengerusi iii. Setiausaha iv. Penolong Setiausaha v. Bendahari vi. Ahli Jawatankuasa/AJK c) Pengerusi berkuasa melantik seorang Timbalan Pengerusi, seorang Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha, seorang Bendahari dan bagi lantikan Ahli Jawatankuasa adalah secara automatik iaitu semua A.D.C Unit Radio Amatur dari setiap daerah sebagai Ahli Jawatankuasa. Pengerusi juga berkuasa melantik 5 orang lagi yang bukan A.D.C Unit Radio Amatur sebagai Ahli Jawatankuasa. d) Keseluruhan Jawatankuasa tersebut hendaklah tidak lebih 20 orang. e) Jawatankuasa berkuasa melantik ahli-ahli bagi menubuhkan satu jawatankuasa kecil/biro jika dirasakan perlu. f) Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun. 5.4. Pasukan Petugas a) Secara umumnya keanggotaan Pasukan Petugas hendaklah terdiri daripada kalangan ahli-ahli atau dari pihak luar Krew yang berkebolehan dan berpengalaman yang difikirkan sesuai. Peranan Pasukan Petugas adalah seperti berikut:i.membantu Jawatankuasa tentang perlaksanaan secara keseluruhan di peringkat Negeri/Daerah. ii.membantu dalam penyediaan pelan mengikut garis panduan dan senarai yang telah disediakan oleh Jawatankuasa. iii.menyediakan infrastruktur dan rangkaian komunikasi untuk kemudahan ahli-ahli. iv.menjadualkan serta melaksanakan latihan dan aktiviti. v.menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak melangari undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 serta pindaanya yang sedang berkuatkuasa dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). vi.menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak bercanggah dengan persetiaan dan undangundang pengakap. b) Pelantikan Ahli Pasukan Petugas dibuat oleh Jawatankuasa. c) Keseluruhan keanggotaan Pasukan Petugas hendaklah tidak lebih 10 orang termasuk seorang Ketua Pasukan. BAB 6 : MESYUARAT AGUNG 6.1. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali setahun dan tempat persidangan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa. 6.2. Mesyuarat Agung boleh dijalankan apabila kehadiran ahli sekurang-kurangnya separuh daripada keseluruhan ahli. 6.3. Setiausaha hendaklah memberitahu mengenai Mesyuarat Agung dan Agenda 14 hari sebelum mesyuarat diadakan. JOSRAC

Page 3

BAB 7 : KEWAJIPAN AHLI 7.1. Setiap ahli hendaklah membayar yuran tahunannya. 7.2. Hendaklah mematuhi peraturan-peraturan Krew dan undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. 7.3. Setiap ahli yang menghadiri setiap mesyuarat / perjumpaan yang dianjurkan oleh Krew hendaklah mengikut tatatertib mesyuarat / perjumpaan. 7.4. Ahli-ahli dilarang sama sekali menyiarkan surat-surat pekeliling atau sebarang surat mengenai Krew ini. 7.5. Dilarang menerbitkan atau mencetak sebarang dokumen yang berkaitan dengan Krew sebelum mendapat keizinan dari Jawantankuasa. BAB 8 : TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA A. Pengerusi · Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat. · Ia berhak memberi keputusan. · Ia menyaksikan dan menandatangani tanda pengesahan wang daripada Bendahari. · Ia akan menandatangani minit mesyuarat apabila telah disahkan. · Menjaga dan mentadbir hal ehwal perjalanan Krew ini. B. Timbalan Pengerusi · Menggantikan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. C. Setiausaha · Ia akan mengelolakan urusan-urusan dan kerja-kerja Krew. · Ia akan bertanggungjawab mengutus surat-surat Krew yang ditentukan oleh Jawatankuasa. · Ia akan hadir di dalam semua mesyuarat dan menulis semua minit mesyuarat. · Menyediakan minit Mesyuarat Agung dan membentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa pertama. Minit ini hendaklah diterima oleh Jawatankuasa untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung. · Menyimpan buku-buku daftar ahli-ahli Krew serta butir-butir mengenai semua No. Pendaftaran, Nama Ahli-ahli, Ahli Jawatankuasa dan sebagainya yang diperlukan. D. Penolong Setiausaha · Ia akan menolong Setiausaha di dalam menjalankan semua urusan dan kerja-kerja Krew serta menggantikan tempat Setiausaha apabila ketiadaannya. E. Bendahari · Bertanggungjawab mengenai hal kewangan Krew dan segala buku-buku berkaitan kewangan · Membentangkan Penyata Kewangan Krew pada setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa . Penyata ini hendaklah diterima oleh Jawatankuasa bagi dibentangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung. · Menyimpan segala kira-kira perbelanjaan Krew, resit-resit dan menyediakan segala penyata. · berkenaan pada bila-bila masa yang dikehendaki. F. Ahli Jawatankuasa · Bertanggungjawab di atas kemajuan semua mesyuarat. · Hendaklah hadir dalam setiap mesyuarat. JOSRAC

Page 4

· Jika seseorang AJK tidak dapat hadir di dalam mesyuarat hendaklah memaklumkan secara bersurat kepada Setiausaha dengan alasan munasabah. · Adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa untuk menepati masa menunaikan sebarang panggilan mesyuarat . · Mereka hendaklah dilantik menjadi Pengerusi/AJK untuk sesi / biro Jawatankuasa yang dibentuk. BAB 9 : KEWANGAN 9.1. Sumber kewangan - Yuran ahli, Baki wang tahun lepas, sumbangan dan tajaan. 9.2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari RM 500.00 pada suatu ketika 9.3. Jumlah wang yang besar hendaklah disimpan oleh Pemegang Amanah yang ditentukan oleh Pengerusi dalam Mesyuarat Agung. 9.4. Penggunaan wang Krew yang dikeluarkan oleh Bendahari hendaklah diberi makluman kepada Pengerusi atau sewaktu di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 9.5. Kewangan Krew bermula pada awal Januari dan berakhir pada bulan Disember. 9.6. Baki wang berdasarkan Penyata Kira-kira Tahunan hendaklah diserahkan atau dimaklumkan kepada Pengerusi Krew oleh Pemegang Amanah. BAB 10 : PINDAAN UNDANG-UNDANG 10.1. Undang-undang ini tidak boleh ditambah atau dipinda kecuali sewaktu di dalam Mesyuarat Agung. 10.2. Pindaan atau tambahan pada undang-undang tidak boleh dijalankan kuatkuasaannya sebelum dibenarkan oleh Jawatankuasa. BAB 11 : TAFSIRAN Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam Undang-Undang ini, perkara itu hendaklah dirujuk kepada Pengerusi/ Setiausaha Krew.

JOSRAC

Page 5

Related Documents

Perlembagaan Josrac
May 2020 7
Perlembagaan
May 2020 23
Pegawai Josrac
May 2020 12
Keluhuran Perlembagaan
April 2020 23