SKEMA BERCABANG PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAHASA MELAYU PURBA
BAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU KLASIK
BAHASA MELAYU INDUK
DIALEK 1
DIALEK JOHOR-RIAU
DIALEK MELAYU MODEN
DIALEK 2
DIALEK LAIN
BAHASA MELAYU PURBA •
• •
• •
•
Bahasa Melayu Purba merupakan Bahasa Melayu terawal yang digunakan oleh kelompok manusia yang mendiami kawasan Nusantara untuk berkomunikasi sesama mereka Kelompok yang menggunakan Bahasa Melayu Purba ini dikatakan berasal daripada kelompok Melayu-Deutro Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti sejarah tentang Bahasa Melayu Purba, tetapi dipercayai kelompok-kelompok manusia yang awal ini menggunakannya sebagai bahasa komunikasi Bahasa yang digunakan hanya dalam bentuk lisan Penggunaan aksara dalam tulisan merupakan perkembangan dalam bahasa melayu purba tetapi apabila bahasa melayu menggunakan aksara, bahasa melayu itu sudah tidak dianggap sebagai bahasa melayu purba tetapi dikenali sebagai bahasa melayu kuno. Bahasa Melayu Purba hanyalah merujuk bahasa melayu yang tidak mempunyai bukti sejarah.
LATAR BELAKANG •
• • •
Dengan Bahasa Melayu Kuno dimaksudkan Bahasa Melayu yang diketemukan dalam prasasti-prasasti di Sumatera Selatan dan Pulau Bangka Bahasa yang ditilis dalam prasasti ini merupakan bahasa yang tertua yang pernah dirakam dalam bahasa melayu. Kita dapat memahami bahasa abad ke-13 dan ke-17. Ini adalah bukti utama bahawa Bahasa Melayu Kuno (Mkn), berlainan dengan Bahasa Melayu Klasik (MKI) dan Bahasa Melayu Moden (MM)
BAHASA MELAYU KUNO • • • •
Merupakan keluarga bahasa Nusantara Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana : 1-Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar 2- Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat 3- Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa 4- Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit dikenalpasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan Bahasa Melayu)
• Bahasa Melayu mudah dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit kerana : Pengaruh agama Hindu Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan , dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan •
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf pallawa : Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang ( 683 M) Batu Bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu Bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu Bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi ( 686 M)
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO • • • • • • • •
Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno ( bulan= wulan) Bunyi e pepet tidak wujud (dengan=dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu Kuno ( berlepas=marlapas) Awalan di- ialah ni- dalam Melayu Kuno ( diperbuat= niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh,kh, h (sukhashitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden ( semua=samuha, saya=sahaya)
SISTEM TULISAN • • • • • • •
Keempat-empat batu bersurat awal yang dijumpai adalah menggunakan tulisan Palava Tulisan palava ialah sejenis tulisan India Selatan purba yang digunakan untuk penyebarab agama Hindu Mempunyai prinsip tulisan yang sama tinggi Tulisan lain yang digunakan ialah tulisan Kawi dan Nagiri Perkataan Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair Pada awalnya ditulis pada batu lontar dan kemudiannya diubah suai dan diukir pada batu Tulisan Nagiri digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli dan ia berasal dari Utara India
KOSA KATA •
Fonem semivokal w dallam bahasa melayu kuno berubah menjadi b secara konsisten dalam bahasa melayu moden
BAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU MODEN
WUAT
BUAT
WUNUH
BUNUH
TUWA
TUBA
•
Ketidakwujudan vokal e pepet dalam Bahasa Melayu Kuno BAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU MODEN
DANGAN
DENGAN
TATHAPI
TETAPI
MARWABGUN
MEMBANGUN
MANGHIDUPI
MENGHIDUPI
•
Bahasa Melayu Kuno menunjukkan perubahan fonem yang tidak konsisten. Contohnya fonem u berubah menjadi o tetapi u tidak berubah menjadi o dalam lingkungan suku akhir tertutup BAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU MODEN
WUNUH
BUNUH
SURUH
SURUH
WULUH
BULUH
•
Awalan mar- dalam bahasa melayu kuno berubah menjadi berdalam bahasa melayu moden
•
Contohnya : marlapas=berlepas marwuat= berbuat
• •
Awalan par- berubah menjadi perContohnya : parwuat= perbuat
• •
Awalan maka tidak lagi digunakan dalam bahasa melayu moden Contohnya : makagila = menjadi gila makasakit = menjadi sakit
• •
Akhiran –a tidak lagi wujud dalam bahasa melayu moden Contohnya : datua = tanggungjawab datu wuata = tindakan
•
Akhiran –i sama seperti bahasa melayu moden dan biasanya bersama-sama dengan imbuhan awalan. Contohnya : Niujari = diujari
•
•
Bunyi n dalam Bahasa Melayu Kuno berubah menjadi ny dalam Bahasa Melayu Moden • Contohnya : wuahna = buahnya tatkalana = tatkalanya • •
Bunyi h yang terdapat dalam Bahasa Melayu Kuno telah dilenyapkan dalam Bahasa Melayu Moden Contohnya : sahaya = saya tuha = tua samuha = semua
•
Terdapat juga Bahasa Melayu Kuno yang tidak lagi digunakan pada masa kini
BAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU MODEN
TUWI
DENGAN
INAN
ITU
TLU
TIGA
HULUN/ULUN
ORANG GAJI
SARAK
MEMISAHKAN DIRI
LANGIT/MAKALANGIT
MEMPERDAYA
PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK • •
• • • 7.
Abad ke-12 dan ke-13 merupakan zaman peralihan daripada agama Hindu Buddha kepada agama Islam. Dari segi perkembangan bahasa, abad ini merupakan zaman peralihan daripada Bahasa Melayu Kuno ke Bahasa Melayu Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 Selepas itu, Bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan Terdapat tiga batu bersurat yang penting : Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minagkabau( 1356) - Ditulis dalam huruf India - Mengandungi prosa Melayu Kuno dan beberapa baris sajakan Sanskrit
BAHASA MELAYU KLASIK • Menjadi lingua-franca iaitu bahasa yang digunakan dalam pergaulan seharian dan urusan-urusan rasmi dan ia juga menjadi bahasa ilmu pengetahuan. • Ia digunakan untuk penyebaran agama islam sama ada melalui tulisan ataupun lisan • Merupakan bahasa melayu yang telah mempunyai aksara sendiri. • Masyarakat melayu pada zaman ini dikatakan telah mengenali huruf kerana masyarakat melayu pada ketika itu telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan.
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK •
• • •
• • •
Ayat-ayat yang digunakan dalam Bahasa Melayu Klasik panjang dan bersifat meleret-leret kerana penulis cerita atau hikayat gemar memasukkan kata-kata yang tidak bermakna apabila menyatakan sesuatu perkara Subjek atau predikat dalam ayat meleret-leret dan sukar difahami oleh pembaca Ayat-ayat Melayu Klasik juga sering ditandai dan sering diulang-ulang dengan kata adapun, kalakian, arakian, hatta dan sebagainya Terdapat predikat dalam ayat yang digunakan menyebabkan penyongsangan ayat. Pendepanan predikat biasanya terdiri daripada predikat kata kerja, objek atau pelengkap yang merupakan pengaruh nahu Arab Bentuk pengulangan kata tunjuk, kata penegas dan kata hubung yang banyak Terdapat struktur ayat yang luar biasa dan mempunyai ragam yang berbeza dengan bahasa melayu moden Terdapat unsur pengulangan dalam ayat-ayat prosa Melayu Klasik
FAKTOR PERBEZAAN •
Perbezaan antara bahasa melayu kuno dan klasik terdapat pada 3 faktor iaitu: Perbendaharaan kata Nahu Bunyi bahasa
PERBENDAHARAAN •
Bahasa melayu kuno banyak banyak sekali terdapat kata-kata Sanskrit.
•
Merupakan bahasa yang digunakan oleh raja yang memerintah kerana bahasa yang terukir di prasasti itu adalah bahasa dalam tatatingkat sosial yang tinggi.
•
Bahasa melayu ini juga berbeza dengan prasasti kerana kita dapati perkataan-perkataan ini sudah asing bagi kita.
NAHU • •
•
Berbeza antara nahu bahasa melayu kuno dan bahasa melayu klasik. Dilihat pada penggunaan awalan dan akhiran , bahasa melayu klasik dan bahasa melayu moden sudah jauh menyimpang dari bahasa melayu kuno Awalan-awalan yang ada dalam bahasa melayu kuno sudah digantikan oleh awalan-awalan lain atau digugurkan sama sekali, baik dalam abad ke-13 mahupun bahasa melayu sekarang ini
BAHASA MELAYU MODEN • • •
• • •
Tahap bahasa melayu moden dikenali pada abad ke-19 dan abad ke-20 Terdapat pembaharuan dari segi bahasa yang digunakan hasil daripada pertembungan kebudayaan Timur dan BArat Terdapat karya-karya yang dihasilkan oleh Abdullah Munsyi yang memisahkan zaman sastera klasik dengan zaman sastera moden. Di antara karya-karya tersebut ialah Kitab Adab Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri ( 1837) dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan ( 1838) Bahasa melayu dijadikan bahasa perantaraab di Tabah Melayu sebelum British bertapak dan memegang teraju peemrintahan Digunakan sebagai bahasa pengantar di pusat pemeritahan, pusat pendidikan Islam dan istitusi-institusi lain Bahasa melayu moden terbahagi kepada dua iaitu bahasa melayu modne pramerdeka dan bahasa melayu moden pascamerdeka
BAHAN BUKTI BAHASA MELAYU KLASIK • •
Dalam bentuk surat dan karya-karya kesusateraan Melibatkan surat-surat yang dikirik oleh para raja melayu dengan raja-raja melayu yang lain • Surat sultan tarnate kepada raja portugal (1521, 1522 )
BAHASA MELAYU MODEN PRAMERDEKA •
•
•
• • •
Sebelum merdeka, bahasa melayu terpinggir kerana penggunaan bahasa inggeris lebih diutamakan dalam pentadbiran dan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Tidak diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan kerana penggunaan yang terhad dalam komunikasi seharian dan penulisan buku-buku berunsur Islam dan sastera sahaja Pada awal abad ke-20 sasterawan, wartawan, budayawan telah menyedari bahawa bahasa melayu semakin dipinggirkan dan mereka mahu memperjuangkan kedudukan bahasa melayu di tanah melayu Mereka telah memperjuangkan bahasa melayu ini melalui perantaraan akhbar dan majalah serta hasil karya mereka Penyebaran tersebut dibahagi kepada dua iaitu melalui perseorangan dan pertubuhan-pertubuhan Perjuangan secara individu dilakukan melaui akhbar tempatan dengan megemukakan pelbagai isu dan persoalan dari hasil karya
BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA • • • •
Para nasionalis berusaha gigih untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan Usul bahasa melayu sebagai bahasa kenagsaan telah termaktub dalam perlembagaan negara kita . Hasilnya , tertubuh Suruhanjaya Reid yang dilantik khas untuk menyediakan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Apabila mencapai kemerdekaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152v menyatakan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara yang merdeka.
FUNGSI BAHASA MELAYU MODEN • • •
•
•
Digunakan sebagai bahasa kebangsaan , bahasa rasmi bahasa perpaduan dan bahasa ilmu Fungsinya sebagai bahasa rasmi negara , bahasa penradbiran, bahasa perhubungan umum, bahasa pengantar dan bahasa ilmiah Bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi * untuk menyampaikan perasaan dan fikira secara lisan ataupun bertulis *digunakan sebagai bahasa tulisan di akhbar dan majalah * digunakan dalam pertuturan, penerangan dan penyampaian maklumat Bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan * alat untuk menyatupadukan kaum *dapat melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai identiti yang sama * memupuk semangai kekitaan dan bersatu-padu Bahasa melayu sebagai bahasa ilmu * alat untuk menyampaikan dan memperoleh ilmu dalam pelbagai bidang * memantapkan sisten ejaan serta meluaskan perbendaharaan kata serta mempunyai tatabahasa yang lengkap
Perbezaan Bahasa Melayu Kuno Dengan Moden 1.
Perkataan-perkataan itu sudah tidak wujud lagi,bahkan tidak ditemui lagi dalam bahasa Sejarah Melayu. 2. Ada perkataan-perkataan yang boleh dikesan tetapi hanya setelah kita faham akan kesejajaran antara bunyi-bunyi yang terdapat dalam perkataan-perkatan itu dengan yang terdapat pada bahasa melayu sekarang. 3. Terdapat perkataan –perkataan yang nampaknya biasa bagi kita tetapi yang sudah mengalami perubahan makna.
RUJUKAN • SUSUR GALUR BAHASA MELAYU, PENGARANG ASMAH HAJI OMAR • KURSUS KOMPREHENSIF FAJAR BAKTI BAHASA MELAYU STPM KERTAS 1 DAN 2 • BAHASA MELAYU STPM KERTAS 1 DAN 2 EDISI PELANGI