EDISI KHAS BTDM
Perisikan atau Intelligence
Oleh: Lt Kol (B) Baharuddin Tasim Bil: 98/ Jul 2000
A
pakah itu perisikan atau Intrilligence dalam konteks ketenteraan? Umumnya perisikan ialah satu proses di mana maklumat yang dikutip/diperolehi, dianalisa terlebih dahulu untuk dijadikan produk perisikan sebelum dibekalkan kepada pelanggan. Malahan pengertian yang lebih luas ialah ‘intelligence’ is knowledge and foreknowledge of the world around us - the prelude to decision making and military operations. Perisikan perlu dibekalkan sebagai pengetahuan untuk pertahanan negara amnya dan operasi tentera khasnya. Sama ada di waktu aman ataupun semasa peperangan perisikan bukan sahaja diperlukan untuk mengubal dasar ketenteraan yang strategik bahkan ianya amat diperlukan oleh pasukan di medan terutama perisikan operasi dan taktikal. Di samping itu, pertahanan ketenteraan juga bergantung kepada keupayaan untuk mengawasi dan membendung kegiatan risikan musuh yang lazimnya dikenali sebagai risik balas atau counterintelligence. Kegiatan ini merangkumi perkara-perkara yang berkait rapat dengan keselamatan ketenteraan atau military security. Oleh itu, perisikan adalah satu komponen yang penting bagi dasar pertahanan. Mengambil kira untuk mengenal pasti kejujuran sesebuah negara sahabat ataupun untuk mengetahui sejauh mana sesebuah negara boleh mengancam di dalam keadaan tertentu, pengubal dasar memerlukan perisikan agar
KELENGKAPAN... KELENGKAPAN...permodenan seiring dengan keperluan semasa
24
mereka tidak dikejutkan dengan kejadian dan seterusnya akan berasa begitu yakin apabila memilih opsyen untuk bertindak. Keyakinan pasti akan wujud apabila rahsia operasi ketenteraan dipelihara dan perisikan yang diguna adalah tepat dan jitu. Dalam konteks ini peranan perisikan (termasuk risik balas) di dalam dimensi operasi ketenteraan adalah jelas sekali. lni adalah kerana perisikan, pada hakikatnya memberi ruang serta peluang untuk mengalahkan musuh dan membantu Panglima/Komander di dalam misi mereka. Malahan ianya juga merupakan kunci kejayaan dalam peperangan, sepertimana dinyatakan oleh General Norman Scywarzkopf, C in C, US Central Command, semasa operasi ‘DESERT STORM’: ‘The great military victory we achieved in Desert Storm and the minimal losses sustained by US and Coalition forces can be di-rectly attributed to the excellent intelligence picture we had on the lraqis’. Justeru, perisikan ialah satu ‘foundation’ di mana operasi ketenteraan dibina dan juga sebagai asas kepada pengubalan doktrin, taktik, latihan dan keperluan peralatan. Perisikan bukanlah satu fungsi bantuan tempur (combat support function) tetapi satu elemen tempur yang penting atau komponen kuasa tempur (component of combat power) dan menjadi naluri kepada Panglima/Komander mengguna kuasa tempur di waktu dan tempat yang
tertentu. Tanpa menghiraukan apa jua kegiatan musuh, pemerintah sentiasa memerlukan perisikan untuk memulakan atau meneruskan operasi bagi mencapai kejayaan. Kata-kata Sun Tze dalam penulisannya ‘The Art Of War’ menjelaskan pentingnya perisikan, iaitu: ‘Know the enemy and know yourself, in a hundred battles you will never be in peril. When you are ignorant of the enemy but know yourself, your chances of winning and losing are equal. If ignorant of both your enemy and of yourself, you are certain in every battle to be in peril’. Dalam pada itu, untuk mengurus hal-ehwal ketenteraan pihak-pihak tertentu wajib mengetahui selok-belok musuh atau bakal musuh dari pelbagai sudut. Selain dari aspek ketenteraan faktor-faktor seperti kegiatan ekonomi, trend demografi dan juga pergolakan siasah perlu juga diambil kira. Mengenai aspek-aspek ini, masalahnya bukan sahaja tertumpu kepada pengutipan maklumat tetapi juga untuk mengetahui tentang keupayaan mereka untuk organise, improvise and produce. Apa jua konsep perisikan yang diamal, matlamatnya ialah untuk membekalkan pengetahuan dan fahaman yang jelas dan tepat tentang musuh dan persekitarannya. Maka konsep perisikan berkisar kepada kajian terhadap musuh atau sasaran tertentu secara
EDISI KHAS BTDM
SUMBER...latihan berterusan diperlukan
berterusan untuk mengetahui tujuan, objektif, strategi, niat, keupayaan, cara bertindak atau operasi, kelemahan dan sense of value and loss. Oleh yang demikian, penganalisa perisikan harus memahami musuh atau sasaran dari sudut watak (character), kebudayaan (culture), norma sosial (social norms), adat dan tradisi (customs and traditions), bahasa dan juga sejarah. Pengetahuan dan fahaman tentang bagaimana musuh atau sasaran melihat sesuatu keadaan (situation), opsyen dan reaksi terhadap tindakan kita merupakan suatu tanggungjawab agensi perisikan kepada pengguna. Dalam konteks ketenteraan, perisikan lazimnya tertumpu kepada pengutipan maklumat tentang musuh (sama ada yang nyata atau potens), dan tidak kurang pentingnya ialah menyimpan atau merahsiakan maklumat daripada diketahui oleh pihak musuh. Tanggungjawab ini iaitu mengutip dan menyimpan maklumat dengan selamat, walaupun merupakan bidang staf perisikan juga menjadi tugas setiap individu dalam angkatan tentera. Di dalam angkatan tentera, perisikan umumnya dibahagikan kepada tiga lapisan, iaitu: * Strategik. Perisikan ini merangkumi semua
aspek yang mampu dilakukan oleh pihak lawan atau musuh. Maklumat yang diperoleh di lapisan ini adalah luas dan terlalu umum merangkumi hal ehwal ketenteraan dan awam. Pihak atasan atau pegawai-pegawai yang bertanggungjawab untuk menggubal dasar seringkali menggunakan Perisikan Strategik. Kutipan maklumat ini adalah pelbagai cara dan yang paling mudah ialah melalui sumber terbuka. Di samping itu, data yang diperoleh di peringkat operasional dan taktikal juga dimajukan ke pihak atasan untuk mengisi gambaran strategik. * Operasional. Perisikan dalam lapisan ini adalah lebih mendalam kerana kawasan tanggungjawabnya tidak begitu luas seperti bidang strategik. Seringkali perisikan ini dibahagikan mengikut aktiviti: darat, laut dan operasi udara. Panglima-panglima perkhidmatan selalu menggunakan Perisikan Operasi. Cara untuk memperoleh maklumat adalah sama seperti Perisikan Strategik, tetapi data yang diperolehi dari kawasan berkenaan dikaji lebih mendalam dan dianalisa dengan lebih pantas lagi. Perisikan Strategik dikemaskinikan setiap bulan manakala Perisikan Operasional lebih kerap lagi tertakluk kepada semasa. * Taktikal. lni adalah perisikan combat (diguna dalam CIW) atau perisikan medan perang (battle-field intelligence) dalam
peperangan konvensional. Perisikan ini memerlukan data-data yang khusus dan digunakan secepat mungkin setiap hari jika situasi memaksa. Unit-unit di peringkat batalion atau pasukan petugas (task force), akan mengarah anggotanya untuk mengutip maklumat atau data ini. Setelah diguna pakai maklumat tersebut akan diedarkan ke pihak atasan. Dalam operasi darat, rondaan untuk mengutip maklumat merupakan aktiviti utama. Pelbagai jenis pengesan (sensors) juga digunakan, di antaranya ialah radar, alat mendengar (listening devices) pesawat udara dan lain-lain. Kelazimannya, pasukan atau unit yang berjaya bertembung dengan musuh akan berupaya untuk memperoleh maklumat tentang pasukan musuh tersebut. Selepas beberapa hari bertembung dengan pihak musuh maklumat tentang kekuatan, kedudukan dan keupayaan musuh akan diketahui. Bagi unit yang berkeupayaan rendah untuk memperolehi perisikan akan kekal di dalam ‘kegelapan’. Kebelakangan ini tentera-tentera negara maju telah memperkenalkan ‘automation’ dalam ‘intelligence gathering and analysis’. Banyak maklumat diperoleh melalui ‘machines’ dan disalurkan ke komputer untuk dianalisis. Sistem ini akan mempercepatkan kelajuan proses kutipan maklumat tiga ke empat kali ganda. Bagi tentera yang masih menggunakan ‘card indexes’ sentiasa berada di tahap yang lembab. Perkembangan Mutakhir Operasi perisikan jika dibanding dengan
25
EDISI KHAS BTDM
PENGGUNA... PENGGUNA...penting mendapatkan matlamat terkini
keadaan dahulu dan sekarang amat berbeza sekali. Di permulaan abad tamadun manusia, perisikan bergantung sepenuhnya kepada sumber manusia. Dewasa ini perisikan telah menjadi bertambah canggih dengan penglibatan sains dan teknologi. Dengan wujudnya alat komputer dan satelit seiring dengan alat-alat khas, pelbagai maklumat boleh diperolehi. Dengan perkembangan teknologi dan pengenalan ‘internet’ secara tidak langsung peperangan maklumat (information warfare) telah bermula. Walaupun pelbagai maklumat boleh diperoleh ianya juga telah menimbulkan masalah untuk membezakan yang mana betul dan yang mana palsu. * Tinjauan elektronik. Gelombang udara di masa dahulu bermula dengan mendengar siaran radio yang dipancar oleh musuh. Sekarang perisikan boleh mendengar dan mengutip pelbagai jenis pancaran (transmission) elektronik termasuk juga yang bukan eletronik seperti ‘infra red images’ dan ‘magnetic disturbances’ atau gangguan magnetik. Di peringkat strategik, satelit di angkasa boleh mengesan seluruh pelusuk bumi, manakala di
26
peringkat taktikal anggota infantri mengguna alat radar yang kecil dan alat-alat pengesan (sensor system). Pesawat udara dan stesen kawalan bumi (ground monitoring stations) juga mampu mengutip ‘transmissions’. Sebuah helikopter yang berlegar di udara sejarak 1000 m dan 25 km di belakang garisan tembakan boleh mengesan pancaran ‘transmission’ sejauh beberapa ratus km. Sebuah ‘transmitter’ yang ke udara selama 30 saat boleh dikesan jika berada dalam jarak 1 km atau 2 km. * Tinjauan Foto (Photo Reconnaissance). Pesawat dan satelit mampu melakukan tugas ini dengan amat berkesan. Pesawat yang melakukan tugas ini dilengkapkan dengan kamera yang lebih moden dan berkeupayaan membuat analisis yang cepat dan pantas. Foto yang bukan konvensional boleh merekod imej yang sukar dilihat oleh pancaindera seperti panas, radiasi, gelombang magnetik dan lainlain. Sesebuah kamera satelit sejauh 128 km mampu membezakan imej di bumi sebesar satu kaki dan membezakan pakaian seragam dan awam. Dewasa ini tinjauan foto yang menggunakan pengesan elektronik telah
menghasilkan fotografi digital yang lebih canggih lagi. * Spy, Informer dan Tawanan Perang. Kesemua ini termasuk anggota tentera pasukan sendiri dikategorikan sebagai perisikan manusia atau ‘human intelligence (HUMINT)’. HUMINT masih kekal dan amat berharga tetapi oleh kerana manusia sukar dikendalikan dan diinterpretasi jika dibanding dengan fotografi dan data elektronik, mereka kerap kali lenyap atau ditenggelamkan di bawah banjiran maklumat yang jitu. Namun, ‘HUMINT’ masih amat berguna untuk mengetahui atau mengenal pasti sebab-sebab kejadian atau mendapat sesuatu keterangan yang nyata/sahih. * Analisis. Penugasan perisikan dibahagi kepada dua iaitu pengutipan (collection) dan analisa (analysis). Kedua-dua tugas ini adalah penting tetapi yang amat penting ialah analisis kerana proses analisis yang menjadikan maklumat atau data kepada perisikan. Hanya melalui analisa dapat mengenal pasti tindakan pihak musuh. Analisis perisikan bukan sahaja untuk mengira berapa banyak repal, kereta perisai,
EDISI KHAS BTDM
Kedua, melakukan kerja-kerja analisis dan ketiga mempertahankan analisis yang disediakan. Tugas Warga Tentera
KEPAKARAN... KEPAKARAN...kehadiran diperlukan di dalam keadaan tertentu
kapal perang, pesawat pejuang, peluru berpandu dan lain-lain yang dimiliki oleh pihak musuh. Perisikan harus menjawab soalan seperti: Apakah keupayaan sesuatu alat tersebut? Apakah kepercayaan pihak musuh tentang kebolehan peralatan tersebut? Apakah keupayaan peralatan musuh berbanding dengan peralatan kita? Apakah tindakan musuh jika peralatan mereka mempunyai kekuatan untuk menyerang pihak lawan? Setakat mana pihak musuh sedar tentang opsyen-opsyen
yang boleh mereka lakukan? Tugas analisis ini adalah tanggungjawab staf perisikan yang mahir dalam bidang-bidang tertentu. Mereka dikenali sebagai ‘analyst’. Kewujudan mereka ialah untuk mengendalikan data-data tersebut. Pelanggan ‘analyst’ di dalam ketenteraan ialah pegawai atasan khususnya pemerintah pasukan/formasi dan panglima-panglima perkhidmatan. Tugas sebagai ‘analyst’ bukanlah mudah kerana ia pertama sekali perlu mengenal pasti keperluan pelanggan dan seterusnya mencari data-data tersebut.
Perisikan bukan sahaja tertumpu kepada pengutipan dan menganalisa maklumat. Ianya juga merangkumi aktiviti musuh terhadap kita seperti mendapat maklumat secara espionage, mengubah fikiran, semangat dan taat setia warga tentera melalui subversion, dan memusnahkan harta benda kepunyaan tentera dengan melakukan sabotaj. Dalam pada itu menyebar maklumat palsu dan mengeliru (disinformation) bagi kepentingan mereka atau pihak tertentu. Berpandukan kepada keterangan di atas, tugas perisikan bukan sahaja terhad kepada staf perisikan. Pada hakikatnya, setiap individu boleh memainkan peranan samada di waktu aman atau perang. Tugas utama ialah menyalur segala maklumat yang diperoleh dan juga aktiviti-aktiviti individu tertentu yang menimbulkan kecurigaan ke pihak atasan untuk unit/sel perisikan meneruskan tindakan yang wajar. Tugas kedua ialah menyimpan rahsia-rahsia negara amnya dan tentera khasnya daripada anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab. Musuh-musuh negara dan agen-agennya sentiasa memerhati segala pergolakan dan perkembangan negara kita amnya dan tentera khasnya. Sikap ingin tahu tidak luput dari sifat manusia dan negara. Apatah lagi jika negara kita menjadi perhatian mereka dan masalah di rantau masih belum diselesaikan. Oleh itu kita harus sentiasa berwaspada.
TANGKAS... TANGKAS...sama ada di lautan ataupun daratan
27